Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALIKAN SISTEM STUDIO.


Oleh Mansor Puteh



Fakta yang tidak dapat disangkai oleh sesiapo, ialah sistem studiolah yang telah menyebabkan kejayaan perfileman Melayu lama di Singapura. Dan sistem inilah yang telah juga menujudkan tokoh-tokoh perfileman Melayu yang diingati sehingga kini.
      Sekiranya sistem studio yang telah diwujudkan oleh adik-beradik Shaw dan Loke Wan Tho di Jalar. Ampas dan East Coast Road di Singapura, kemungkinan besar perusahaan filem Melayu lama tidak wujud dan filem-filem tidak dibuat.
      Sistem studio ini yang dipinjamkan dari sistem studio di Hollywood telah baryak memajukan perusahaan filem lama sehinggakan apabila ia runtuh, perusahaan filem ini turut hancur.
      Tetapi, sistem studio di Hollywood masih kekal sehingga kini. Dan boleh dikatakan kesemua filem-filem besar diperbuat di Hollywood dihasilkan oleh studio-studio besar, dengan sejumlah kecil filem utama dan dipenerbit oleh studio kecil dan bebas.
      Ini bererti bahawa sistem studio ini penting kepada perkembangan sasebuah perusahaan perfileman kebangsaan. Dan di negara kita juga sistem studio seperti yang telah diperkenalkan di Singapura boleh juga berguna kepada perkembangan perusahaan filem kita. Dan cuma dengan adanya sistem seperti itu kita boleh tingkatkan jumlah pengeluaran filem ke suatu tahab yang stabil, tanpa takut dengan karenah penerbit bebas yang tidak mampu menghasilkan filem-filem dengan banyak bagi menampung perusahaan, dan permintaan orang ramai dan penonton.
      Kita sepatutnya sudah berjaya menghasilkan tidak kurang empat-puluh buah filem setahun, dan dengan ini membuat perusahaan kita lebih stabil dan profesional dan filem-­filem yang diterbitkan itu lebih mencerminkan  keperibadian kita sebagai sebuah  negara majmuk dan berbilang kaum.
      Tetapi, malangnya, penerbit-penerbit bebas datang dan pergi. Dan yang ada itu tidak giat menerbit filem tetapi berpolitik tentang filem dan memegang jawatan dalam persatuan sahaja. Itu sahaja kegiatan mereka dan tidak dalam bidang penerbitan filem.
      Dalam sebuah sistem studio peranan penerbit bebas ini boleh diketepikan dan ini bererti bahawa pengkaryu filem dan filem boleh diketengahkan, sama seperti di Hollywood di mana penerbit jarang menonjolkan diri dalam apa acarapun. Sebabnya ialah filem itu hak-milik pengkarya dan bukan penerbit: Tetapi di negara kita, penerbit lebih menonjolkan diri mereka, dan bukan filem atau pengkarya.
       Tidak dapat dinafikan bahawa Finas telah gagal untuk meningkatkan jumlah pengeluaran filem tempatan hingga ke empat-puluh tajuk setahun.
       Dan perbadanan itu juga mengeksploit daya kreativiti pengkarya muda berpendidikan dari sekolah filem. Sehingga sekararg cuma mereka yang mempunyai wang sahaja yang membuat filem, sementara yang berpendidikan terpaksa menunggu belas-kasihan dan ihsan produser-produser baru yang lebih percayakan kebolehan dan kelayakan mereka. Ini dapat dilihat dengan tertampilnya pengarah-pengarah muda yang telah menghasilkan filem-filem yang kesemuanya menunjukkan kelainannya.
       Sistem studio ini boleh pentingkan siapa yang layak dan berkebolehan dan ketepikan mereka yang ingin memasukkan dalam perusahaan filem untuk bersuka-suka. Ini dengan secara tidak langsung boleh membuat perusahaan filem lebih professional sama seperti barian-badan professional lain, seperti jurukira, peguam, akuntan, kedoktoran yang cuma khusus untuk mereka yang berkelayakan sahaja.
       Dalam perusahaan filem kita sekarang, oleh sebab tidak ada kawalan, sesiapa sahaja boleh terbitkan filem dan mengarah. Ini telah menjatuhkan imej dan tahab professionalisme perusahaan itu sendiri.
       Sepatutnya perusahaan filem kita sudah boleh belajar dari pengelaman lampau iaitu dari sistem studio di Singapura dan Hollywood. Dan sekarang kita sudah boleh mengeksploit tenaga kreatif pengkarya filem kita dan menghasilkan filem-­filem penting yang boleh menarik perhatian antarabangsa.
       Yang pentingnya sekarang ialah kita mesti mangeksploit tenaga kreatif dari golongan pengkarya filem berpendidikan dan mengalakkan mereka menghasilkan filem bermutu. Kita tidak boleh biarkan perusahaan filem kita terjatuh di tangan mereka yang berwang dan mampu untuk menerbit filem oleh sebab keadaan seperti ini tidak stabil. Iaitu sekiranya beberapa orang penerbit ini berhenti dari menerbit filem, kemungkinan besar perusahaan filem kita tidak akan menghasilkan apa-apa filem dalam setahun.
       Sekarang inipun kita sudah boleh lihat akan jenis filem yang diterbit oleh penerbit bebas, dan kita boleh berkata bahawa filem-filem tersebut bukan filem yang berbudaya tinggi, tetapi filem komersil yargg bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai dan penonton semata-mata untuk mendapat keunturgan. Jadi tujuan utama penerbit berkenaan ialah untuk mendapat keuntungan besar tanpa memikirkan aspek budaya dan kesenian.
      Keadaan seperti ini telah berlaku sejak tahun 1970an sehingga sekarang dan ianya tidak menjanjikan yang sesuatu yang pentirg bakal berlaku dalam perusahaan. Saya percaya keadaan terbelenggu ini akan berterusan sekiranya sistem yang ada ini tidak ditukar kepada sistem studio. Dengan ini bermakna bahawa pihak kerajaan seharusrya menukar Finas kepada sebuah yayasan kebudayaan dan kesenian filem, yang mana boleh bertindak sebagai sebuah agensi penerbitan filem yang boleh memberi kesempatan dan peluang kepada bakat-bakat muda yang berpendidikan untuk berkarya dan terus berkarya.
      Di negara-negara lain seperti India, Rusia, Iran dan sebagainya, sistem ini telah lama wujud, dan kita lihat graduan sekolah filem mereka berjaya membuat filem demi filem. Kalau sistem bebas wujud dalam negara tersebut kemungkinan besar hampir kesemua graduan itu akan menganggor tanpa berjaya menghasilkan apa-apa filem. Ini disebabkan mereka tidak mungkin akan dapat mengumpul setengah juta hingga satu juta ringgit untuk menerbit sebuah filem.
      Dan kita hairan yang pengarah filem muda dari negara-negara seperti itu dapat menghasilkan beberapa buah filem dalam setahun, sedangkan mereka sendiri tidak mewah. Kalau kita perhati mereka di pesta filem antarabangsa kita akan rasa hairan dengan cara pakaian mereka yang menunjukkan tentang tahab ekonomi mereka yang rendah. Tetapi, sebaliknya mereka telah menghasilkan filem-filem yang penting dan  mendapat pengiftirafan di peringkat antarabangsa.
      Di negara kita, orang asing akan rasa agak hairan melihat pengarah filem muda kita yang memandu keretaa mewah dan berpakaian segak, tetapi tidak mempunyai sebarang filem maupun drama televisyen yang mengkagumkan.
      Sebuah sistem studio tidak semestinya mempunyai fasarana yang besar dan lengkap seperti di Hollywood atau di Jalan Ampas. Sistem yang saya maksudkan ialah di mana terdapat sebuah yayasan perfileman yang bertindak sebagai agensi penerbitan filem yang memberi kesempatan kepada pengkarya filem muda untuk menerbit filem, dan mencungkil bakat dari kalangan mereka yang terdidik. Sebab dengan cara ini sahaja boleh kita majukan perusahaan filem secara tersusun dan professional.
      Tanpa sistem seperti itu, penerbit bebas yang bermaharaja-lela. Lihat sahaja karenah dan tingkah-laku mereka setelah menerbit satu atau dua filem yang kurang berjaya, dan kita sedar bahawa perusahaan filem kita akan menggelirukan. Sepatutnya yang mesti dipentingkan ialah bukan penerbit, tetapi filem dan diikuti oleh pengkarya filem.
      Sebuah yayasan sahaja boleh berusaha untuk mendapatkan kewangan yang diperlukan untuk menerbit empat-puluh buah filem setahun. Dan individu yang bertindak sebagai penerbit tidak mungkin mempunyai kesanggupan seperti itu. Mereka cuma mampu untuk menerbit satu atau dua buah filem setahun.
      Sistem yang pentingkan penerbit mesti dihancurkan dan digantikan dengan sistem yang pantingkan filem dan pengkarya. Ini disebabkan kebanyakan penerbit kita tidak berkelayakan dan mereka tidak berpengelaman dalam bidang ini termasuk kurang pengetahuan tentang sejarah filem dunia. Oleh itu pengelibatan mereka dalam perusahaan filem boleh menggelirukan orang ramai dan perusahaan itu sendiri. Dua-tiga dekad kebelakangan ini telah menunjukkan tentang adanya penerbit yang masuk dan keluar dari bidang penerbitan filem sesuka hati mereka. Sementara itu yang rugi ialah perusahaan dan negara, dan lebih-lebih lagi pengkarya filem muda.
      Saya mempunyai cadangan bagaimana negara kita boleh tingkatkan jumlah pengeluaran filem ke empat-puluh tajuk setahun dalam jangka waktu yang pendek. Dan saya harap pihak-pihak persatuan berkenaan juga boleh menampilkan cadangan ini untuk meningkatkan jumlah filem setahun dan menulis lapuran seperti yang mampu dihasilkan oleh saya. Dengan ini kita boleh tahu siapakah yang lebih layak dan berkelayakan, atau siapakah yang cuma mahu berpolitik dan ketengahkan diri mereka sahaja. Dengan ini saya ingin mencabar Finas, Persatuan Produser Filem Malaysia, Persatuan Pengarah Filem, Seniman, dan persatuan lain untuk mengemukakan lapuran seperti itu.
      Dan yang perlu dipentingkan ialah usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran filem ke empat-puluh setahun dengan menubuh sebuah sistem studio atau yayasan kesenian filem kebangsaan. Dan tindakan kedua yang harus pihak-pihak itu pentingkan ialah untuk mengurangkan pengaruh filem Hong Kong dan ketiga ialah untuk meletakkan nama Malaysia dalam peta filem dunia.
      Saya percaya tiga tindakan ini harus difikirkan oleh mereka sekiranya mereka berani menerima cadangan saya untuk menghasilkan idea dan cadangan bernas untuk memajukan perusahaan. Dan saya juga boleh tulis sebuah lapuran seperti itu dengan tujuan yang sama sekira persatuan-persatuan perfileman dan Finas sanggup untuk menghantarnya ke sebuah pihak bebas untuk mengkaji dan menilainya.
      Saya membuat cabaran ini semata-mata mementingkan perusahaaan filem dan imej negara. Dan cuma dengan cara mencabar pihak-pihak tersebut untuk membuat lapuran dalam masa dua minggu, kita boleh tahu apakah mereka yang kini menganggap diri mereka ‘tokoh perusahaan filem kebangsaan’ benar-benar tokoh atau bercakap besar dan angkuh sahaja.
      Yang pentingnya bukan tokoh-tokoh, persatuan-persatuan atau Finas, tetapi perusahaaan dan imej negara yang mesti di jaga. Sekiranya mereka tidak berbuat sesuatu dan memberi cadangan bernas, ini cuma membuktikan bahawa mereka tidak berkeupayaan untuk memajukan perusahaan, tetapi bertujuan untuk menghalang kemajuan.
      Saya ingin mengemukakan tindakan-tindakan utama yang harus difikirkan iaitu: 1) Meningkatkan jumlah pengeluaran filem kepada empat-puluh tajuk setahun dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang, 2) Mengurangkan pengaruh filem Hong Kong di pawagam-dan di kalangan penonton keturunan Cina, dan, 3) Meletakkan nama Malaysia dalam peta dunia perfileman dalam masa tiga hingga lima tahun.
      Sanggupkah individu-inatividu atau presiden persatuan perfileman yang tersebut di atas dan Finas menerima caba-ran saya untuk menghasilkan sebuah lapuran pendek untuk memajukan perusahaan dan sampaikan lapuran mereka ke ketua pengarang Utusan Malaysia dalam tempuh dua minggu untuk dikaji dan dinilal oleh jawatankuasa bebas tentang keberkesanannya demi kepentingan perusahaan dan imej negara? Saya sanggup menghasilkan lapuran saya sekiranya mendapat jawapan positif dari mereka.















Tiada ulasan: