…MELAYU,
MALAYSIA
ATAU AMERIKA DAN ZIONIS?
Oleh
Mansor Puteh
(Nota:
Rencana ini ditulis akibat dari forum – Utusan Melayu: Kewartawanan, dulu dan
sekarang… di Dewan Bahasa dan Pustaka, 19 Disember, 2012, yang mana saya
menjadi salah seorang dari ahli panel bersama Dr Murad Merican dan Datuk Azman
Ujang, dalam mana telah juga tayang dokumentari 46 minit, terbitan saya
berjudul, ‘Utusan, Warisan Bangsa…’)
Saya cabar semua akhbar tidak kira dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk cetak di mukadepan yang mereka sokong Perlembagaan Negara. Tetapi sehingga kini ia tidak berlaku.
Yang sanggup siar mungkin Utusan Malaysia sahaja dan saya tidak yakin akhbar Mandarin dan Tamil sanggup berbuat demikian.
Ini disebabkan akhbar Mandarin dan Tamil di Malaysia rata-rata lebih ghairah siar berita dan rencana tentang Hong Kong dan Negara India, dan kurang tentang Malaysia atau tentang Melayu.
Saya cabar semua akhbar tidak kira dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk cetak di mukadepan yang mereka sokong Perlembagaan Negara. Tetapi sehingga kini ia tidak berlaku.
Yang sanggup siar mungkin Utusan Malaysia sahaja dan saya tidak yakin akhbar Mandarin dan Tamil sanggup berbuat demikian.
Ini disebabkan akhbar Mandarin dan Tamil di Malaysia rata-rata lebih ghairah siar berita dan rencana tentang Hong Kong dan Negara India, dan kurang tentang Malaysia atau tentang Melayu.
Amerika,
dan juga England
serta Zionis tidak mungkin boleh beli saham dalam mana-mana syarikat akhbar dan
television serta radio, walaupun dengan mengguna proksi, sebab ia boleh
cetuskan perbalahan dan skandal.
Tetapi
mereka bukan bodoh; mereka tidak perlu beli saham untuk mengambil kuasa dalam
mana-mana syarikat tersebut. Mereka masih mempengaruhinya dengan mengguna cara
halus, iaitu dengan membentukkan pemikiran pihak pengarang untuk menyebelahi
mereka.
Dengan
ini mereka masih dapat menguasai semua media di Malaysia untuk sokong dan puji
mereka, walaupun kadang-kala mereka dikecam dan ada kumpulan orang berarak ke
Kedutaan Besar Amerika di Jalan Tun Razak, tetapi ia hanya untuk main-main
sahaja.
Itulah
sebabnya kenapa semua media di Malaysia sokong dan beri ruang luas untuk Liga
Perdana Inggeris atau English Premier League, dan acara sokan dan kebudayaan
dan hiburan Amerika dan barat, termasuk dari Hong Kong dan India.
Ia telah
juga membuat banyak orang Melayu menjadi keliru, dan kini telah mewujudkan apa
yang ramai orang lain anggap sebagai segolongan anak muda yang dipanggil
‘Generasi-Y.’.
Pada
saya mereka bukan ‘Generasi-Y’ tetapi ‘Generasi-K’ atau ‘Generasi-Keliru’.
Sehinggakan
pemikiran mereka juga telah menjadi bukan sahaja keliru tetapi berserabut,
sehinggakan ada seorang anak muda yang sudah tidak lama lagi akan hidup. Dia
cuma mempunyai satu niat atau hajat untuk dinyatakan iaitu untuk pergi ke Manchester, untuk melihat
pasukan bola sepak Manchester United.
Dia tidak terfikir untuk pergi ke Mekah, tetapi Manchester.
Tidak
pernah dinilai dan dikaji mengenai bidang ini. Tidakkah sudah tiba masanya
untuk ia dijadikan bahan penyelidikan untuk menentukan samada ia berguna untuk
negara atau kuasa asing, termasuk Amerika dan Zionis?
Selagi
ini tidak dilakukan, selagi itu kewartawanan di Malaysia akan tetap berada ditakuk
yang sama, menguntungkan kuasa asing dan tidak Bangsa Melayu dan Umat Islam.
Akhbar
dan media di Malaysia akan menjadi propagandis untuk Amerika dan barat, yang
telah menggunanya sejak sekian lama, tanpa menguna sebarang usaha untuk mempengaruhi
perkembangan kewartawanan dan media di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia
amnya, supaya perkembangan bidang ini tidak menyebabkan penubuhan suatu pakatan
diantara Bangsa Melayu dan Umat Islam.
Dan
dalam masa yang sama satu usaha untuk menilai dan mengkaji bidang-bidang lain
juga harus dilakukan iaitu bidang kesusasteraan, pencetakan dan pengedaran
buku; penerbitan dan pengedaran serta penghayatan filem dalam Dunia Nusantara
dan Dunia Islam.
Jadi ini
yang peliknya: Bidang kewartawanan di Malaysia yang telah berusia begitu
lama, tidak pernah dinilai dan dikaji sehingga kini.
Jadi
kita tidak tahu samada ia baik atau ia telah tersempang dari peranan asal dan
bagaimana ia telah menyebabkan masyarakat di negara menjadi kelam-kabut dan
keliru, dengan setiap akhbar mempunyai agenda sendiri, yang tidak sebuahpun
yang betul-betul mahu jaga kepentingan negara, khususnya akhbar dalam bahasa
asing yang langsung tidak kelihatan seperti ia menyokong hasrat negara dan
Perlembagaan Negara.
Dan dalam masa yang sama, tidak ada juga pengajian dan penilaian yang telah dibuat untuk melihat peranan akhbar di negara jiran khususnya di Indonesia dan Brunei termasuk Singapura untuk melihat apakah perkembangan kewartawanan di negara-negara tersebut khususnya di Indonesia yang telah menyebabkan perhubungan dikalangan Bangsa Melayu di kedua buah negara, Malaysia dan Indonesia terancam.
Yang
lebih teruk sekali ialah tidak sesiapapun termasuk ahli politik dan pemimpin di
negara-negara berkenaan yang telah dapat melihat betapa asyik sekali akhbar
termasuk media elektronik di Malaysia dan Indonesia dalam memainkan peranan
untuk menyebar dakyah Amerika dan barat, sehinggakan negara-negara tersebut
tidak perlu lagi membeli ruang iklan untuk mempromosi negara mereka; tugas ini
dilakukan sendiri oleh media di negara-negara lain.
Yang
menjadi teruk sekali ialah apabila akhbar dan media elektronik di Malaysia
khususnya berlwan-lawan untuk menjadi jaguh bagi mempromosi kepentingan
Amerika. Mereka akan rasa janggal kalau mereka tidak siar berita dari Amerika,
walaupun ia tidak lain gosip tentang pelakon dan penyanyi negara tersebut.
Kenapa
keadaan ini berlaku, tidak pernah ditanya oleh pihak akhbar dan media itu
sendiri.
Mereka
juga tidak sedar yang mereka itu telah diupah tanpa diberi bayaran oleh
Amerika. Dan kerajaan juga tidak pernah melihatnya sebagai masalah.
Tidak
pula perkara ini dijadikan bahan debat dalam parlimen atau ceramah politik.
Kewartawanan
di Malaysia sebenarnya bertolak dari Utusan Melayu. Ini tidak dapat dinafikan
samasekali, walaupun amalan atau tradisi penglipur-lara telah lama sebati dalam
jiwa orang Melayu sejak dulu, sejak orang Melayu rasa terpanggil untuk merakam
peristiwa dan sejarah mereka.
Amalan
ini turut disambut oleh Raja Haji dan anak beliau, Raja Ali Haji sehingga ke
Tun Seri Lanang, dan kemudiannya Abdul Rahim Kajai, Abdul Samad Ismail dan
ramai lagi pencatit berita, maklumat dan peristiwa tentang Orang Melayu,
sehinggalah terlahirnya akhbar Utusan Melayu di Queens Road dan kemudian di Cecil
Road di Singapura.
Jadi
amalan yang dipanjangkan oleh Utusan sebenarnya bertolak dari peristiwa yang
telah bermula lama dulu, sehingga kebelakangan ini ia dipanggil amalan
kewartawanan, yang turut mencatit sejarah Orang Melayu dan juga negara Malaysia.
Dan yang
lebih dari itu ia menjadi pelopor kepada penghayatan dan pengiktirafan kepada
Perlembagaan Negara.
Usaha
seperti ini tidak dilafazkan oleh pihak Utusan dulu dan sekarang; tapi ia
adalah yang dilakukan setiap hari, walaupun dicemuh dan diherdik, sehingga ada
yang bawa beberapa perkara ke mahkamah.
Namun Utusan tidak berganjak. Walaupun kadang-kala ia kalah di mahkamah, tetapi ia tetap menang dihati dan mata rakyat.
Siapa
kata perjuangan sesebuah pertubuhan akhbar seperti Utusan itu, boleh tunduk
kepada cengkaman dan tuduhan melulu, begitu saja?
Ia disokong padu oleh Orang Melayu sendiri. Ini yang memberi kekuatan kepada Utusan.
Ugut
oleh beberapa pihak mahu ambil tindakan mahkamah tidak lenturkan semangat para
wartawan dan penyuntingnya.
Malah ia
langsung tidak menjudi sebarang perbalahan oleh pemegang saham; dan setiap kali
ada mesyuarat syarikt, perkara seperti itu tidak timbul langsung, sebab
pemegang saham sedar, Utusan yang mereka sokong bukan calang-calang akhbar.
Sejarah
kehadiran bidang kewartawanan bersemangat waja seperti Utusan ini memang
bermula awal lagi sebelum penubuhan Utusan Melayu, tetapi pelopor di Utusanlah
yang merubahkan bidang kewartawanan di Malaysia sejak dulu sehingga
sekarang.
Akhbar
lain terkial-kial cuba
untuk menirunya, tetapi mereka semuanya gagal, dan akhirnya mereka ambil
tindakan sendiri untuk cari cara mereka, dengan akhbar bahasa lain turut
memainkan peranan untuk memajukan agenda peribadi mereka untuk menjaga
kepentingan kaum mereka sendiri.
Akhirnya kesemua mereka terikut-ikut dengan rentak media di Barat dan kini mirip akhbar di sana.
Dan tidak mahu ketinggalan Utusan juga terikut-ikut guna cara ini sehinggakan perjuangannya sudah terkubur, sehinggalah munculnya Reformasi tahun 1998 dulu dan kemelesatan Umno dan Barisan Nasional bilamana tercetus pelbagai perbalahan pseudo-politik yang menyebabkan Utusan terpanggil semula untuk menjadi jaguh untuk mereka, iaitu dikalangan pemimpin pseudo-politik mengeluarkan suara mereka tentang apa yang mereka fikirkan sebagai elemen yang bertentangan dengan hasrat mereka.
(Pseudo-politik
disini bermakna ‘politik-temberang’; mereka adalah jenis manusia yang masuk
dalam bidang politik sebab mereka sedar mereka tidak ada kelayakan dalam bidang
akademik atau yang mampu melanjutkan pelajaran mereka ke tahab yang lebih
tinggi.
Mereka
masuk dalam bidang ini untuk mendapat ganjaran dari segi peluang pekerjaan dan
keuntungan dari segi kewangan yang melebihi kelayakan akademik mereka. Tapi
alasan yang mereka sering guna ialah mereka mahu beri sumbangan kepada ugama,
bangsa dan negara.
Yang
sebenarnya ialah mereka hanya mahu mendapat faedah untuk diri sendiri.
Dan
olehsebab adanya ahli politik temberang ini maka adalah juga suasana politik
temberang dan isiu politik temberang.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan