Selasa, 18 Disember 2012

KESESAKAN JALAN DI KUALA LUMPUR: APA SEBABNYA?


Oleh Mansor Puteh




Punca kesesakan di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain di selliruh negara ialah perancangan bandar dan sistem jalan raya yang tidak baik. Ini ditambah pula dengan pembangunan bandar yang mengikutkan sangat kehendak pihak berkuasa yang mahu merobohkan bangunan-bangunan lama untuk digantikan dengan yang baru agar bandar-bandar berkenaan, termasuk Kuala Lumpur menjadi lebih ‘moden’ dan ‘indah’ dipandang mata.
Sistem jalan raya serta pejalan kaki di bandar-bandar seluruh negara, lebih-­lebih lagi memburukkan keadaan.
Di Kuala Lumpur, misalnya, pejalan kaki tidak mempunyai kaki-lima untuk berjalan.
Dulu kaki-lima bererti ruang untuk berjalan seluas lima kaki disediakan, tetapi kini ia diambil alih oleh jalan yang dilebarkan untuk kemudahan kenderaan.
Kuala Lumpur mengalami kesesakan jalan yang buruk berbanding dengan saiz penduduknya yang tidak begitu besar, sekadar satu-setengah juta orang.
Jadi, tidak ada gunanya untuk pihak berkuasu untuk membuat lorong khas untuk bas sebab ini cuma satu penyelesaian yang pendek akal. Ia juga menyempitkan lagi jalan raya yang sedia ada yang boleh menyesakkan jalan berkenaan untuk kenderaan persendirian dan awam lain.
Sudah tentu masalah utama kesesakan jalan di Kuala Lumpur berpunca dari perancangan Bandar dan sistem jalan dan pejalan kaki yang tidak baik.
Ini menyebabkan segala tumpuan penduduk di Kuala Lumpur menghala ke jalan yang sama walaupun mereka tidak mahu ke pusat Bandar.
Sering sekali orang ingin pergi ke Gombak atau Cheras, misalnya dari Petaling Jaya harus masuk ke pusat bandar, dan ini menyebabkan kesesakan yang seharusnya tidak berlaku.
Ramai pemandu kereta tidak ada urusan di pusat bandar, tetapi mereka terpaksa melalui dua-tiga batang jalan utama yang membawa. mereka ke pusat bandar juga, oleh sebab ketiadaan jalan pilihan atau lawang.
Kalau satu bancian dibuat, sudah pasti ini boleh ditentukan.
Kuala Lumpur, sebagai sebuah bandar begitu sempurna dalam tahun 1950an dan 1960an dimana jalan raya lebar dan jumlah penduduk dan kenderaan cukup untuk menampung saiz bandar ketika itu dan jalan.
Tetapi, Kuala Lumpur mulai rosak awal 1970an dulu bila pihak berkuasa mula mahu merubah bandaraya ini sebagai sebuah ibu kota yang serba moden dan canggih.
Kesan sampingan ialah perancangan yang tidak baik ialah kesesakan jalan seperti yang berlaku kini.
Kesesakan jalan tidak boleh wujud kalau perancangan telah dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor jumlah penduduk, kenderaan, disamping saiz jalan dan bandar itu sendiri.
Ini di tambah pula dengan bentuk bandar dan fungsinya.
Nampaknya Kuala Lumpur kini mirip sebuah bandaraya yang tidak sempurna. la tidak mempunyai jumlah penduduk yare meng,inap di dalamnya. Orang Kuala Lumpur  yang ada kebanyakannya tinggal di kawasan perumahan terletak di luar bandaraya.
Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat mereka memandu kereta menghala ke pusat bandar untuk pergi kerja di waktu pagi, dan menghala pulang ke rumah sendiri selepas waktu pejabat. Dengan penumpang beratus-ratu ribu pekerja, ia sudah tentu mengakibatkan kesesakan jalan di waktu pagi dan petang.
Kuala Lumpur, sebenarnya bukan sebuah bandaraya yang lengkap. Ia cuma sebuah pusat besar bangunan membeli-belah, pejabat dan hotel. Kita tidak boleh lihat flet kediaman di mana orang boleh menetap, tanpa mengguna kereta, dan dimana mereka boleh pergi membeli-beiah dan menonton wayang atau kerja tanpa memandu kereta sendiri.
Sebagai sebuah ibu kota dan bandaraya, Kuala Lumpur janggal, sebab penempatan secara banyak bangunan-bangunan tinggi pencakar langit pusat membeli-belah, pejabat dan hotel ini.
Bangunan tinggi inilah yang menjadi tumpuan ramai pemandu kereta untuk menghala, dan yang menyebabkan kesesakan.
Kuala Lumpur seperti yang terdapat dulu-kala itu sepatutnya tidak diusik dan dibiarkan untuk menjadi Kuala Lumpur Lama atau Asal, seperti Delhi Lama atau Old Delhi di India.
Pihak Inggeris berpendapat untuk membuka kawasan baru dan mendirikan New Delhi sebagai pusat kerajaan India.
Kesannya ialah Old Delhi masih kekal dan bangunan lama dan bersejarah tidak diruntuh untuk didirikan bangunan tinggi di tempatnya.
Di Kuala Lumpur pula, bangunan lama diruntuhkan dan bangunan tinggi didirikan di hadapan jalan raya yang sempit yang mana tidak sesuai untuk menampung bangunan tinggi-tinggi dengan jumlah penghuni yang lebih ramai.
Oleh yang demikian, kesesakan berlaku dimana banyak kenderaan yang dipandu oleh mereka yang berurusan di bangunan-bangunan tinggi itu sementara jalan di depannya tetap sempit.             
Cara untuk mengatasi masalah kesempitan jalan ialah untuk manukar jalan dua-hala ke satu hala dan melebarkan jalan danean membuangkan kawasan kaki-lima yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
Jadi, pejalan kaki kini terpaksa berjalan di atas jalan yang dilebarkan, atau kaki-lima yang begitu sempit, mirip pembahagi jalan.
Kuala Lumpur sekitar pusat bandar memang sesuai untuk pejalan kaki, sebab ia tidak luas, tetapi oleh sebab kawasan untuk berjalan tidak ada, orang ramai kini menjadi beban kepada kenderaan dimana mereka menyeberang jalan sesuka hati.
Masalah kesesakan jalan di Kuala Lumpur tidak boleh diatasi dengan mengkhaskan lorong untuk bas atau dengan sistem LRT dan Komuter KTM. Ini cuma merupakan peryelesaian yang kecil, sedangkan masalah utamanya ialah struktur bandaraya itu sendiri.
Kuala Lumpur mesti diubah fungsinya, dari sebuah bandaraya pusat membeli­-belah, ibupejabat dan hotel yang mana tidak mengunakan ruang sepenuhnya9 kepada sebuah bandaraya untuk perghuni secara kepadatang penghuni tinggi (high density).
Ini boleh memberi kesempatan kepada penghuni untuk menetap di pusat Bandar dimana mereka boleh berjalan ke pejabat dan tempat.
Cuba perhati bandaraya besar dunia seperti London, Paris, Kaherah, New York dan lain-lain dan kita akan mendapati bahawa terdapat tempat kediaman di pusat Bandar.
Orang menginap di rumah sendiri di Ginza, Tokyo, atau di Oxford Street, London dan Park Avenue, New York, dan di bandaraya-bandaraya utama dunia lain, sedangkan ia merupakan jalan raya utama di bandaraya berkenaan.
Tetapi, di Kuala Lumpur bangunan untuk kediaman tidak didapati di Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau Jalan Raja Laut, yang telah diubah untuk menjadi jalan khas untuk bangunan pejabat dan pusat membeli-belah yang tinggi.
Boleh dikatakan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur mengguna ruang yang banyak sedangkan tidak begitu ramai yang menggunanya. Ini bererti bahawa bangunan dan ruang untuknya langsung tidak digunakan selepas waktu pejabat, dan ia kosong pada waktu malam.
Perancangan yang buruk telah menyebabkan Kuala Lumpur rosak, dan ini boleh dilihat dengan kesesakan yang buruk yang berlaku setiap hari.
Penyelesaian utama baik untuk dibuat ialah dengan memberhentikan pembangunan bangunan tinggi untuh tujuan dagangan, hotel atau pejabat.
Bangunan pencakar langit untuk tujuan yang tidak berbentuk kepadatan tinggi mesti dibuat di kawasan baru di luar Kuala Lumpur.
Penjara Pudu tiduk seharus dirobohkan dan tempatnya didirikan bangunan pencakar langit sebab ia akan menyebabwan kesesakan jalan di kawasan Pudu, ditambah teruk lagi dengan penyiapan komplek Berjaya City. Sudah pasti kesesakan akan melempah ke kawasan Bukit Bintang.
Sememangnya pusat membeli-belah yang besar menjadi masalah dalam kesesakan jalan sebab ia menjadi tumpuan ribuan orang.
Jadi, pihak berkuasa harus tidak menggalakkan pusat-pusat seperti itu dali didirikan di pusat bandar agar kesesakan dapat diredakan.
Mujur kini terdapat banyak pusat sedemikian yang terletak di luar Kuala Lumpur seperti di Damansara, Subang Jaya, Cheras dan Gombak atau Wangsa Maju, kalau tidak ia sudah pasti menyemarakkan keadaan di Kuala Lumpur.
Memang ada baikriya untuk digalakkan pusat-pusat membeli-belah atau perdagangan di kawasan perumahan di luar Kuala Lumpur untuk menampung kehendak penghuni di kawasan berkenaan.
Ini boleh mengelakkan mereka untuk pergi ke pusat bandar untuk berbelanja dan dalam proses ini menyebabkan kesesakan.
Pembangunan Putra Jaya diharapkan boleh melegakan Kuala Lumpur sebab beberapa ratus ribu orang akan dipindahkan ke sana untuk berkerja.
Kuala Lumpur harus dibiarkan dan pembangunan dan pembinaan bangunan tinggi baru dibekukan untuk melegakan jalan raya yang penuh sesak.
Berbeza dengan bandaraya. utama dunia lain, jalan-jalan di Kuala Lumpur semuanya menghala ke pusat bandar. Pemandu kereta semuanya terpaksa pergi ke pusat bandar untuk menyeberangi ke sebelah lain.
Tidak ada jalan-jalan pilihan yang boleh diambil. Seperti pusat kediaman lama di Subang Jaya, Taman Kosas, Cheras, Gombak, Wangsa Maju, Keramat, dan lain-lain, kesemua jalan dari kawasan ini menghala ke pusat bandar dan cuma terdapat satu jalan untuk mereka yang menetap di situ, walaupun setiap kawasan mempunyai berpuluh-puluh ribu penghuni. Ini agak menakjubkan, sebab sepatutnya setiap kawasan itu boleh dihubungi dengan pelbagai jalan raya untuk dipilih oleh mereka yang menetap di situ.
Sebenarnya, masalah kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur berpunca dari perancangan bandar yang tidak baik. Cuba lihat peta Kuala humpur dan kita akan dapat melihat betapa mudahnya sistem jalan raya yang ada yang mana semuanya menghala ke pusat bandar.
Jadi, orang terpaksa pagi juga ke Kuala Lumpur walaupun mereka tidak ada sebarang urusan di situ. Mereka cuma mahu menyeberani bandar untuk ke Petaling Jaya misalnya.
Pelan struktur Kuala Lumpur tidak mengambil kira banyak factor, dan kegagalan perancangan Bandaraya Kuala Lumpur terbukti dengan kesesakan jalan seperti yang berlaku sekarang.










Tiada ulasan: