…MEMBENARKAN
KUMPULAN SAMPINGAN ANAK-ANAK BANJINGAN DI JAKARTA
CUBA
HIDUPKAN ERA KONFRANTASI II.
Oleh
Mansor Puteh
Merekalah
sebabnya kenapa ada perbalahan diantara Malaysia dan Indonesia – atau lebih
tepat lagi diantara sekumpulan kecil anak-anak banjingan di Jakarta dan
beberapa buah bandaraya lain di Indonesia yang mahu ambil kesempatan untuk
tunjuk belang dan bodoh mereka dengan menunjuk perasaan di hadapan kedutaan
besar Malaysia di Jakarta.
Mereka
adalah anak-anak banjingan.
Tapi yang lebih teruk sekali ialah mereka dari Indonesia sendiri yang telah belajar di Malaysia yang tidak berbuat apa-apa; mereka berdiamkan diri dan tidak mahu komen. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan yang mereka benar-benar mendapat manfaat dari belajar di universiti di Malaysia beberapa tahun dan menetap di negara ini.
Yang harus dipersalahkan juga ialah bekas pelajar-pelajar dari Malaysia yang telah belajar di banyak universiti atau ‘universitas’ di seluruh Indonesia sejak dulu sehingga sekarang.
Apa yang mereka telah lakukan untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara, serumpun dan seugama?
Tidak ada apapun.
Dan apa
yang telah dilakukan oleh pelajar Indonesia di Malaysia sekarang dan pelajar
Malaysia di Indonesia sekarang?
Tidak ada apapun.
Walaupun terdapat berbagai perbalahan yang dicetuskan oleh anak-anak banjingan di Jakarta khususnya dengan alasan yang tidak munasabah dan terlalu bodoh, tetapi kumpulan bekas pelajar Malaysia di Indonesia dan bekas pelajar Indonesia di Malaysia terus berdiam.
Dan pelajar Indonesia di Malaysia dan pelajar Malaysia di Indonesia sekarang turut berdiam.
Jadi,
boleh dikatakan rakyat Malaysia
dan rakyat Indonesia
yang telah sempat dan berpeluang untuk belajar di negara lain itu tidak
mendapat sebarang manfaat dari pengelaman mereka.
Dan yang turut bodoh ialah anak-anak Indonesia yang berjumlah jutaan yang telah dan sedang bekerja di Malaysia juga berdiam diri.
Mereka tidak berani buka mulut dan kecam anak-anak banjingan di Jakarta bila mereka menempek.
Sebabnya ialah pekerja Indonesia di Malaysia tidak rasa terancam. Mereka tahu orang Melayu di Malaysia tidak akan ambil tindakan terhadap mereka sama seperti anak banjingan di Jakarta yang tahan rakyat dan pelancong Malaysia yang datang ke sana.
Mereka telah menahan teksi yang membawa pelancong dan pelawat dari Malaysia yang baru tiba di Bandara Sukarno-Hatta dan ugut mahu cederakan mereka, sekiranya mereka tidak beri wang.
Seorang teman yang kebetulan berada di Jakarta dipaksa beri 400,000 Rupiah kepada anak-anak banjingan yang kini telah menjadi perampok, untuk membenarkan dia teruskan perjalanan ke hotel.
Ia
adalah satu jumlah yang besar.
Di
Malaysia, rakyat Malaysia
khususnya orang Melayu tidak pula mahu tahan mana-mana rakyat Indonesia yang
bekerja atau melawat negara ini dan tuntut diberi wang.
Dan
kedua buah negara juga tidak ada sebarang perancangan untuk mengelakkan
perbalahan seperti itu dari diulang.
Kerajaan
Malaysia dan pemerintah Indonesia tidak
tahu apa yang berlaku dan kenapa ia boleh berlaku.
Ia
adalah sesuatu perbuat yang baru yang tidak pernah wujud sejak begitu lama.
Kali terakhir dulu ialah apabila kumpulan dari kedua buah negara rapat untuk mengadakan tunjuk perasaan ketika kedua buah negara menghadapi Era Konfrantasi.
Anak-anak Malaysia
dan Indonesia
bakar bendera negara lain. Mereka menempek di luar kedutaan lain.
Tetapi
Era Konfrontasi II yang berlaku dulu bermula oleh anak-anak banjingan di Jakarta.
Yang
anihnya ialah anak-anak banjingan di Jakarta itu
boleh dikatakan belum dilahirkan lagi semasa Era Konfrantasi dulu, semasa Indonesia
dibawah pemerintahan Presiden Mohammad Sukarno atau Bung Karno.
Tetapi
yang amat menyedihkan sekali ialah mereka tidak sedar bahawa perbalahan yang
berlaku itu sebenarnya untuk mereka jaga kepentingan Indonesia, sebab mereka
bukan Indonesia walaupun pemimpin Indonesia berdiam seperti mereka benarkan
anak-anak banjingan itu teruskan kerja bodoh mereka.
Apa yang anak-anak banjingan itu lakukan sebenarnya lebih menguntungkan Zionis dan Amerika, yang mahu Negara Melayu dan Islam berpecah.
Mereka
telah berjaya menghancurkan negara Arab dan Islam lain di Timur Tengah sebab
rakyat keturunan Arab di negara-negara berkenaan itu bebal tidak faham tindakan
yang diambil oleh kuasa jahat itu.
Jadi
mereka terus bertempur sesama sendiri.
Yang
lebih hodoh sekali ialah Pakistan,
yang dulunya aman, tetapi kini sudah hancur dengan rakyat Pakistan
sendiri yang menghancurkan negara sendiri.
Mereka
tidak sedar bahawa kalau Pakistan bersatu, tumpuan semua rakyat Pakistan adalah
terhadap musuh utama mereka iaitu kaum Zionis dan Amerika yang telah menguasai
Afghanistan dan Iraq, yang mana mereka ada banyak sebab untuk turut bantu
bebaskan.
Tetapi
ini tidak boleh dilakukan sekarang sebab orang Pakistan berbalah dan bergaduh
sesama sendiri, dan Amerika dan Zionis boleh peluk tubuh dan lihat.
Kalau Pakistan menjadii aman, mereka akan lakukan
sesuatu untuk menwujudkan kacau-bilau dan galak orang Pakistan
melenting dan berperang sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan