Ahad, 29 Januari 2012

AKHBAR DAN MAJALAH CINA DAN INDIA MALAYSIA BOIKOT FILEM DAN MUZ1K MALAYSIA(MELAYU)?:

Oleh Mansor Puteh



Sempena penganjoran persidangan penerbitan Cina di Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Datuk Seri, saya ingin kemukakan satu pandangan (observation) tentang perihal tindakan dan kelakuan serta sikap akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia yang langsun tidak pernah menyiarkan berita tentang kegiatan filem dan muzik Malaysia, maksudnya Melayu.

Saya syak ada satu agenda tersorok di kalangan tuanpunya akhbar dan majalah tersebut untuk sengaja tidak mahu memberi publisiti tentang filem dan muzik Melayu (Malaysia) dan sengaja mengempar­gempurkan berita tentang industri filem dan muzik di Hong Kong dan India.

Ini bertujuan untuk mengelakkan masyarakat bukan Melayu menggemari filem dan muzik tempatan, dan disamping itu terus mengagungkan bahan-bahan dari Hong Kong dan India.

Saya perhatikan akhbar dan majalah Cina dan India terbitan tempatan memberi ruang yang luas kepada aktiviti industri filem dan muzik Hong Kong dan India, sehingga masyarakat bukan Melayu tidak didedahkan kepada filem dan muzik tempatan.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan agar kerajaan atau kementerian tertertentu seperti kementerian dalam negeri (KDN) menggalakkan atau mengadakan peraturan supaya akhbar dan majalah bukan Melayu di negara ini tidak menyiarkan berita tentang kegiatan filem dan muzik asing dan tumpukan perhatian terhadap industri tempatan.

Secara ini masyarakat bukan Melayu khususnya boleh didedahkan kepada filem dan muzik kita. Dan secara tidak langsung memupuk semangat kekitaan dalam pembuatan filem dan muzik nasional.

Ini juga secara tidak langsung boleh menggalakkan masyarakat bukan Melayu memuji hasil tempatan, dan tidak bergantung kepada hasil kreatif luarnegeri, dan bantu menyekat pengeluaran wang ke negara asing. Sehingga kini akhbar dan majalah di Hong Kong dan India tidak pernah menyiar artikel tentang filem dan muzik kita, jadi adalah tidak munasabah kita mendewa-dewakan hasil negara itu.

Dan dalam konteks yang saya, saya ingin mengesyorkan agar akhbar Inggeris di negara ini kurangkan penyiaran berita tentang indusri filem di Hollywood dan muzik Inggeris.

Lama-kelamaan masyarakat Melayu dan bukan Melayu tidak akan gemar menonton filem asing dan mendengar muzik asing, khususnya dari Amerika, Hong Kong dan India. Dengan cara ini masyarakat majmuk boleh meminati hasil kreatif tempatan, yang mencerminkan keperibadian Malaysia dan nilai kita.

RADIO TEMPATAN PUSAT BUDAYA BARAT?

Saya juga perhatikan bahawa stesyen radio kita sudah jadi pusat perkembangan budaya Barat, sebab gemar memainkan muzik Barat dan juruhbahnya lebih berbahasa Inggeris dari Melayu.
Berbanding dengan televisyen, radio kita sudah dijajah oleh Barat secara tidak langsung. Dan kalau yapun, ada syarat mengenakan stesyen radio memainkan muzik tempatan dan mengadakan program dalam bahasa Melayu, ia adalah di masa-masa ‘off-peak’.

Kadang-kala semua stesyen radio kita memainkan muzik Barat sehingga saya rasa keliru samada saya berada di Amerika atau Malaysia

Mengenai ikklan di televisyen dan pawagam, saya ingin mengesyorkan semuanya diadakan dalam bahasa Melayu sebab bahasa ini sudah difahami oleh 100 peratus penduduk, sedangkan bahasa Cina dan India serta Inggeris tidak mempunyai peratus seperti itu.

Jadi, adalah tidak lojik untuk mana-mana syarikat yang mahu terus menggunakan bahasa asing, selain mahu mengenepikan bahasa nasional. Sebab untuk mengiklankan apa-apa barangan maupun perkhidmatan, bahasa Melayu boleh berkesan, dan maksudnya boleh disampaikan, tanpa menggunakan bahasa orang.

BAHASA JAWI:

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat Melayu dan kementerian kerajaan serta agensi kerajaan menggunakan bahasa Jiwi disamping bahasa rumi dalam papantanda di bangunan, maupun di dalam ‘letterhead’ untuk memajukan pengunaan bahawa jawi ini, kalau tidak ia akan dianggap
sebagai asing oleh bukan Melayu dan Melayu sendiri.

Saya ingin puji Hongkong Bank yang menggung Jawi di depan bangunan, tapi saya hampa melihat syarikat-syarikat Melayu yang tidak menggunanya.

Libat syarikat Cina, yang sering mengguna bahasa Cina dalam papantanda dan di depan bangunan mereka, dan di kawasan perumahan. Bahkan setidak-tidaknya mereka akan mengguna senibena corak cina, seperti Mines Resort yang pada awalnya menghantar lukisan mempunyai bumbung Melayu,tetapi bila disiapkan bangunan, bumbung itu diganti kepada bumbung ‘lotus’ Cina.

Sebaliknya, syarikat Melayu tidak pernah mengguna senireka Melayu dalam projek perumahan maupun bangunan. Amat kebelakang usahawan Melayu dalam hal ini berbanding dengan usahawan Cina, yang menganggap diri mereka tokoh budaya dan bahasa Cina, sedangkan usahawan utama Melayu yang mempunyai syarikat besar, tidak memainkan peranan seperti itu untuk mempromosi budaya dan bangsa Melayu serta ugama Islam.

Tentu peranan sebagai usahawan untuk mengutip keuntungan sahaja tidak cukup, dan mereka mesti boleh menjadi ‘role model’ yang boleh disegani oleh masyarakat Melayu.

Saya harap pandangan dan cadangan saya dapat pehatian.

Rabu, 25 Januari 2012

BEIJING, BANDAR PURBA…

Oleh Mansor Puteh



Bandaraya Beijing terkenal seluruh dunia. Sejak negara Cina dibuka kepada masyarakat dunia, ia telah menerima berjuta-juta pelancong yang mahu datang dan lihat sejarah gemilang. Ramai juga masyarakat Malaysia tidak kira dari keturunan Cina maupun Melayu yang pernah melawatnya.

Negara Cina begitu besar, dan mempunyai jumlah penduduk yang banyak.  Jadi tidak hairan kalau kita akan dapat melihat orang dengan begitu banyak sekali di mana-mana.

Setibanya di Lapangan Terbang Antrabangsa Capital di luar Bandaraya Beijing, kita akan melalui jalanraya utama untuk ke hotel di pusat bandar. Di kiri-kanan jalan kita akan dapat melihat orang mengayuh basikal di tepi jalan.

Suasana kelihatan seperti suatu keramaian atau cuti am, tetapi sebenarnya ia merupakan hari biasa sahaja di Beijing.  Setiap hari beratus-ratus ribu, malah berjuga-juta penduduk di bandaraya ini akan melakukan pekerjaan masing-masing.

Kenderaan melunsur jalan dengan pelahan. Banyak juga diantaranya adalah kenderaan yang diimport.  Ini melambangkan betapa meningkat majunya negara ini yang sanggup melahirkan jutawan baru serta usahawan. 

Banyak lagi kenderaan buatan tempatan yang lebih gempal dan tidak mempunyai rekabentuk yang menarik.

Banyak bangunan pencakar langit sudah didirikan sejak negara ini dibuka kepada dunia. Disamping itu terdapat juga bangunan-bangunan lama dan bersejarah di merata tempat. Bangunan lama ini kelihatan usang. 

Dan yang paling nyata sekali ialah jalanraya di bandaraya ini luas dan lurus. Ia teratur. Kebanyakannya telah dibina semasa zaman tertutup negeri Cina sementara ada yang baru dibina.

Negara Cina dan Bandaraya Beijing sekarang tidak banyak beza dengan negara-negara moden lain. Sejak negara ini dibuka kepada dunia, masyarakat di sini sudah pandai memakai pakaian moden. 

Dalam sekilas pandang kita akan rasa seperti berada di Hong Kong, Taiwan atau Singapura. Silap pandang, kita akan rasa seperti berada di Jalan Petaling; cuma yang berbeza ialah rakyat Cina di negara ini lebih tinggi dan berwajah pucat. Ini disebabkan mereka hidup dalam cuaca yang sejuk dan mereka lebih berjalan dan berbasikal, jadi tidak hairan kalau mereka tegap dan lebih cerah.

Juga kita dapati mereka lebih mesra dengan pelancong asing; kecuali orang yang lebih dewasa yang masih melihat orang asing seperti pelancong sebagai ‘musuh’ mereka.  Ini disebabkan mereka sudah lama disogokkan dengan propaganda pemerintah komunis yang tidak menggalak mereka bergaul dan bermesra dengan orang asing, yang dikatakan sebagai agen kuasa besar.

Untuk masyarakat Cina generasi sekarang, mereka tidak tertakluk dengan pemikiran demikian. Oleh yang demikian mereka lebih mesra dengan orang asing dan pelancong. Cuma yang menghalang perhubungan ialah mereka tidak faseh berbahasa Inggeris.

Saya juga perhatikan pelancong keturunan Cina dari Malaysia yang pergi ke sana jarang rasa bangga dapat pulang ke tanah asal datuk-nenek atau moyang mereka. Mereka rasa kekok berhubung dengan masyarakat Cina tempatan bukan sebab loghat mereka tidak sama dengan loghat Cina Malaysia, tetapi lebih dari itu.

Saya sudah lama mahu menjejakkan kaki di negara ini oleh sebab ia sebuah negara yang unik dan mempunyai kelainan tersendiri. 

Saya pernah ke India beberapa kali sebelum ini dan Hong Kong atau Taiwan, walaupun setakat bersinggah di Lapangan Terbang Chiang Kai Shek lebih 10 kali. Jadi, saya mahu melihat negeri Cina dengan mata sendiri.

Tetapi, lebih dari itu, saya mahu melihat semua bangunan bersejarah yang sudah berusia beribu-ribu tahun yang masih kekal dipelihara oleh pihak pemerintah negeri ini. Sama seperti hasrat saya untuk melihat dengan mata sendiri bangunan piramid di luar bandaraya Kaherah di Mesir dulu yang sudah tercapai.

Tamaddun Cina menjangkau masa-masa atau zaman yang penuh warna, dengan tempuran hebat dari musuh-musuh mereka di utara.  Tambahan pula sejarah negeri Cina ada kaitan rapat dengan sejarah kesultanan negeri Melaka negeri asal saya.

Kita semua tahu bahawa sultan dari Melaka sering ke negeri Cina untuk bertemu dengan raja mereka. Dan Sultan Mansur Shah pernah membawa seorang gadis Cina bernama Puteri Hang Li Po selepas mereka berkahwin.

Ramai juga orang dari negeri ini yang datang ke Melaka dan seluruh Semenanjung Malaysia dan Tenggara Asia untuk menguji nasib.  Mereka tahu di kawasan yang subur ini mereka boleh mencari keuntungan yang boleh dibawa pulang ke negeri asal mereka.

Tambahan pula di selatan negeri Cina ketika itu berlaku muzim tengkujur.  Ramai rakyatnya mati kebuluran. Jadi ramai di kalangan anak muda mereka terpaksa menaikki bot atau kapal layar ke selatan bersama angin dan tiba di Tenggara Asia.

Mereka akan ke Hong Kong terlebih dahulu, untuk mendapatkan kapal layar yang boleh bawa mereka ke sini. Mereka terpaksa tunggu beberapa minggu atau bulan di Hong Kong sementara angin bertukar haluan yang boleh bawa kapal layar ke daerah Tenggara Asia.

Yang pentingnya buat saya ialah, tentang kelainan yang terdapat di negeri ini. Ia adalah sebuah negara Asia dengan penduduk yang hampir seratus peratus keturunan Cina. Kebudayaannya kita kenal sangat.

Penggambara Itali, Marco Polo pertama kali tiba di bandaraya ini beritau bahawa namanya ketika itu ialah Khanbaliq atau Bandaraya Khan, ia terletak di tebing sebatang sungai yang lebar.

Tetapi sejarah menunjukkan bahawa bandaraya ini telah wujud sejak 500,000 tahun lama, dengan penemuan bahan-bahan bersejarah di beberapa tempat.

Bandaraya ini telah menjadi ibukota negara ini sejak tahun 1122 sebelum mesehi dibawah pemerintahan dinasti Yuan, Ming dan Qing dari 1285 hingga 1911 apabila raja yang berusia muda itu ditumbangkan dalam satu revolusi komunis.

Sudah pasti tempat yang pertama dikunjungi oleh pelawat ke bandaraya silam ini ialah Medan Tianamen.

Ia berukuran 500 kali800 meter persegi dan terletak di pusat bandaraya yang merupakan medan yang paling penting seluruh negara ini.

Sebenarnya medan ini tidak mempunyai sejarah yang lama. Ia telah dibina semasa zaman moden negara Cina. Banyak bangunan telah dirobohkan untuk meratakan tempat supaya menjadi suatu dataran yang luas dan menampung jutaan rakyat untuk upacara rasmi negara.

Di sinilah di mana berlaku peristiwa bersejarah zaman komunis dengan perarakan ketenteraan untuk menyambut hari republik iaitu satu tradisi yang telah dimulakan pada 1 Oktober 1949 apabila Pengerusi Parti Komunis Mao Zedong mengistiharkan pemerintahan komunis di negara ini dan kelahiran Republik Komunis Cina.

Terdapat banyak bangunan penting di sekelilling medan ini, termasuk Dewan Rakyat atau ‘Great Hall of the People’ di mana wakil rakyat datang dari seluruh pelusuk negara ini untuk bersidang.

Oleh sebab jumlahnya begitu ramai, wakil-wakil tersebut terpaksa dibawa dari hotel ke sana dengan menaikki bas khas. Pada hari persidangan pelancong boleh dapat melihat deretan bas tersebut terletak di sisi bangunan Dewan Rakyat ini, dan pegawai keselamatan menjaga kawasan ini dengan begitu rapi dan mereka tidak membenarkan pelancong mengambil gambar ke arahnya.

Selain dari itu terdapat juga Bandar Larangan atau ‘Forbidden City’ di mana terletaknya istana zaman silam. Ianya masih dijaga rapi. Pelancong boleh masuk ke dalamnya dengan membeli tiket.

Kawasan istana ini begitu luas dan pelancong terpaksa berjalan kaki dan menghabiskan beberapa jam, sebab dalam kawasan ini kenderaan tidak dibenarkan.

Bandar Larangan ini merupakan tempat kediaman rasmi kepada dua-puluh-empat maharajah dinasti Qing dan Ming. Ianya telah ditutup selama 500 tahun.

Kawasannya seluas 720,000 meter persegi dan mempunyai 800 bangunan dan 9,900 bilik semuanya.

Rekabentuk asal telah diilhamkan oleh maharaja Ming yang ketiga iaitu Yongle dalam tahun 1406 dan siap dalam tahun 1420. 

Tetapi, apa yang dapat kita lihat sekarang adalah bangunan yang telah ditambah dan diubahsuai selepas abad kelapan-belas yang terpaksa dilakukan oleh sebab kebakaran yang telah meranapkan

banyak bangunan.
Terdapat sebuah kawasan dalam perkarangan istana silam ini yang begitu luas, sehinggakan ia dapat menampung 100,000 orang.

Setiap bahagian dalam kawasan istana ini dikepung dengan tembuk yang boleh dilalui oleh pintu masuk yang besar. Tempat-tempat tersebut adalah untuk acara khas yang kesemuanya dilarang oleh orang luar kecuali kerabat diraja dan pegawai-pegawai istana sahaja.

Di sini juga terletaknya singahsana atau takhta maharajah Cina.  Kerusinya masih terletak di tempat asal di hadapan kawasan lapang itu.

Terdapat juga beberapa muzium yang telah didirikan untuk memperingati perjuangan parti komunis dan wira mereka.

Wajah pengerusi pertama parti komunis yang juga ketua negara, Mao Zedong tergantung di banyak tempat. Yang terbesar sekali terletak di atas pintu masuk ke Bandar Larangan.

Muzium yang paling utama sekali ialah khas untuk memperingati Mao.  Mayatnya yang masih dikekalkan berbaring di dalamnya. Dan orang awam boleh menziarahinya. Terdapat barisan yang panjang pelancong tempatan maupun luar negeri yang mahu menjenggok ke dalam.

Disamping itu terdapat juga maklumat dan pameran tentang kehidupan pemimpin seangkatan dengan Mao yang telah meninggal dunia seperti Zhou Enlai, Zhou De, Li Shaoqui.

Oleh sebab tempat ini dianggap penting oleh negara Cina, pelancong tidak dibenar membawa masuk kamera dan orang awam juga tidak dibenarkan bercakap.

Selain dari itu tempat yang sama menarik ialah Istana Musim Panas atau ‘Summer Palace’ untuk maharaja Cina dan kerabatnya berihat semasa musim panas.

Istana ini telah digunakan oleh mereka selama 800 tahun lamanya.  Tempat ini nyaman pada musim panas yang biasanya terik. Di sini terdapat Tasik Kunming di mana terletak sebuah kapal yang diperbuat daripada batu yang tidak bergerak.  Ia dijadikan perhiasan dalam kawasan istana ini.

Semasa musim panas kerabat maharaja Cina berdayung sampan; dan tatkala musim sejuk, apabila air tasik beku, mereka boleh melunsur di atasnya.

Permaisuri Cixi begitu tertarik dengan istana ini sehinggakan dia menjadikannya istana rasminya, dan guna peruntukan untuk meningkatkan pasukan tentera laut kepada pembangunan istana ini.

Lawatan ke negera Cina tidak lengkap kalau kita tidak ke Tembuk Besar Negeri Cina atau ‘Great Wall of China’.  Ia terletak agak jauh di utara bandaraya Beijing. Perjalanan dalam bas mengambil lebih satu jam.

Tembuk ini sepanjang 6,000 kilometer.

Maharajah Qin Shi Huangdi yang menjadi maharaja dari 221 hingga 210 sebelum mesehi telah mengarahkan pembinaan tembuk ini yang telah mengguna lebih 100,000 buruh. Banyak dari mereka telah mati akibat penyakit dan kurang makan.

Sekarang ini kebanyakan tembuk itu tidak berada dalam keadaan yang sempurna. Tembuk di Badaling sahaja yang telah diubahsuai dan perbaiki semula dan di sinilah di mana pelancong datang untuk melihat tembuk itu.

Di dalam tembuk ini terdapat sebuah bangunan yang boleh menempatkan 5,000 orang kesemuanya terdiri dari pasukan tentera yang ditugas untuk menjaga tembuk ini.

Selain dari itu terdapat makam diraja yang mengandingi 13 makan semanya, tetapi cuma beberapa sahaja dibuka kepada orang awam.

Di bandaraya ini juga terdapat mesjid yang pertama dibina iaitu Mesjid Nuijie. Ia telah dibina oleh Nazruddin dalam tahun 996.

Islam telah datang ke negera ini semasa pemeringahan Dinasti Tang yang bertakhta dari 610 hingga 906.

Kini terdapat lapan-puluh buah mesjid semuanya di bandaraya ini.  Rekabentuk mesjid di bandaraya ini merupakan percampuran senireka Arab dan Cina. Dan di sekelillingnya terdapat banyak bangunan yang didiami oleh masyarakat Islam. Di sini juga tempatnya mereka berniaga barangan halal dan mendidik anak-anak mereka mengaji Koran.

Tidak hairan dengan jumlah penduduk begitu ramai, dan pendedahan mereka kepada Islam lebih awal dari masyarakat Melayu, jumlah penganut Islam di negeri Cina ini dianggarkan sebanyak enam-puluh juta orang atau lebih.

Dalam masa cuma lima hari sahaja berada di sini seseorang itu sudah pasti tidak akan dapat peluang untuk mengkaji dan memahami sejarah dan kebudayaan negara ini.  Sudah tentu masa yang lebih lama dari itu diperlukan untuk kita mengenalinya dengan lebih rapat.

Tetapi, walaupun kesuntukan masa, seseorang pelancong khususnya dari Malaysia berketurunan Melayu, sudah pasti akan dapat memaham sedikit-sebanyak tentang latarbelakang bandaraya Beijing dan boleh rasa puas hati sebab dapat peluang membuat lawatan yang singkat ke sini.

Sabtu, 21 Januari 2012

BAITULMUKADDIS – DAN BUKAN JERUSALAM.

Oleh Mansor Puteh



Baitulmukaddis merupakan bandar ketiga penting untuk ugama Islam, selain dari Mekkah dan Madinnah di Arab Saudi.

Terletak di Palestin, Bandar Baitulmukaddis adalah sebuah bandar yang tua dan penuh dengan sejarah Islam, Yahudi dan Kristen. Oleh yang demikian tidak hairan kalau sehingga kini bandar ini menjadi bandar yang direbut oleh orang Islam dan Yahudi sebab masing-masing fikir ia adalah bandar penting untuk ugama mereka.

Banyak bangunan dan rumah ibadah serta mesjid tua masih kekal sehingga sekarang. Ada rumah ibadah terletak bersebelahan dengan mesjid lama, dan penganut setiap ugama bersembahyang hampir bersebelahan, kecuali dibezakan dengan tembuk dan dinding bangunan.

Acara keugamaan yang paling penting dan dihadhiri oleh paling ramai penganut mestinya acara sembahyang Jumaat di Mesjid al-Aqsa dan pada hari-hari kebesaran ugama Islam lain. Sedangkan penganut Yahudi dan Kristen tidak mempunyai upacara sembahyang umum seperti itu, kecuali hari Natal di mana terdapat ramai penganut Kristen yang datang ke gereja mereka.

Untuk serorang berugama Islam yang berkunjung ke tempat ini buat pertama kali, dia sudah pasti akan merasakan betapa berbezanya keadaan di Mesjid al-Aqsa berbanding dengan kedua buah bandar penting itu.

Yang pertamanya ialah ia kelihatan terbiar dan boleh dikatakan usang. Bangunan mesjid ini kelihatan seperti tidak dijaga, dan dindingnya usang dan kelihatan hampir runtuh. Lantai yang dihiasi dengan permaidani tidak bertukar.  Dan di kawasan luar mesjid, batu-batu yang menutup tanah sudah tidak rata; ada yang sudah pecah.

Biasanya untuk orang Islam, kalau disebut Baitulmukaddis, apa yang mereka fikirkan tidak lain iaitu Mesjid Al-Aqsa yang dipanggil Al-Quds atau ‘Yang Suci’.

Ini amat menyedihan samasekali. Tetapi, keadaan ini telah terjadi seperti ini disebabkan keadaan politik di Timur Tengah.

Pihak Yahudi beria-ia mahukan bandar ini sebab mereka fikirkan ia adalah juga tempat suci mereka. Dan pihak ugama Kristen juga mempunyai pengaruh sama kuat.

Jadi, apa yang berlaku sehingga kini ialah Baitulmukaddis atau kawasan di sekelilling Mesjid Al-Aqsa terbiar, sebab pihak Yahudi enggan memberi kebenaran kepada pihak Islam untuk memulihkan mesjid itu.

Mereka kuatir sekiranya ini berlaku, sudah pasti Mesjid Al-Aqsa dan sekelillingnya akan menjadi lebih indah dan cantik seperti apa yang telah berlaku kepada mesjid-mesjid paling suci Islam di Mekkah dan Madinnah di mana beratus-ratus juta dolar Amerika telah diguna untuk memulih serta meluaskan kawasan di sekelillingnya.

Tetapi, Mesjid Al-Aqsa tidak dapat dipulihkan. Orang Islam di sini tidak tahan menanti ketikanya bandar ini diserahkan kepada Palestin, supaya kerja pemulihan dapat dilakukan dengan segera, agar ia dapat dinaikkan tahabnya sewajar dengan tempat penting dan sucinya untuk penganut ugama Islam.

Seseorang Islam keadaan meleset di kawasan mesjid itu seperti disengajakan. Askar Yahudi mengawasi seluruh kawasan mesjid ini, seperti mereka mempunyai hak ke atasnya. Pihak Yahudi sengaja tidak mahu beri kebenaran kepada pihak Palestin dan Islam lain untuk memulihnya.

Di dalam kawasan Mesjid Al-Aqsa sebenarnya terdapat sebuah muzium di mana khazanah lama dipamerkan.

Bangunan mesjid ini mempunyai beberapa tingkat. Tingkat paling bawah sekali ialah kandang kuda. Dan sekarang ini usaha sedang dijalankan untuk memulihkannya untuk dijadikan tempat beribadah.

Dari luar jendela mesjid ini, terdapat dinding yang dijadikan tempat bersembahyang orang Yahudi. Mereka membaca ayat suci dari Torah sambil menganggokkan kepala ke arah dinding atau tembuk itu.  Dan mereka juga akan menyelitkan niat mereka yang ditulis pada kertas kecil di celah-celah batu semoga apa yang dihajati dirahmati oleh tuhan mereka.

Tembuk ini dikatakan merupakan sebahagian yang tinggal dari Kuil Solomon, iaitu senagog atau kuil ugama Yahudi yang lama.

Pelancong dari luar Israel dikenakan tiket sebanyak US$ 6 untuk masuk ke dalam kawasan ini, sementara Yahudi tempatan tidak dikenakan bayaran.

Orang Islam dari luar Palestin atau Israel diperiksa oleh askar Palestin sekiranya mereka mahu masuk ke dalam kawasan Mesjid Al-Aqsa walaupun untuk bersembahyang.

Tetapi, untuk ke kawasan luar, mereka diberi kebebasan. Di hujung kawasan mesjid ini terletak Batu Suci berbentuk bulat yang terapung. Tetapi, sekarang tembuk telah didirikan untuk menahannya. 

Orang Islam masuk ke bawah melalui pintu kecil untuk bersembahyang di bawah batu itu.

Di sinilah tempatnya Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum baginda naik ke Syurga semasa Malam Miraaj dulu.

Sebenarnya, Mesjid Al-Aqsa ini merupakan sebahagian daripada komplek keugamaan dan kediaman lama yang masih kekal sehingga kini.

Ia merupakan sebahagian daripada Bandaraya Bertembuk atau ‘Walled City’ Baitulmukaddis atau Jerusalem seperti yang dipanggil oleh orang Barat, iaitu mengambil nama Yahudi iaitu Yarusalahem.

Di dalam bandar yang dikelillingi oleh tembuk di sekelillingnya terdapat berpuluh-puluh ribu orang Ilam, Yahudi dan Kristen yang tinggal di sini. Dan tembuk ini setebal 600 kaki diperbuat daripada batu. Malah tembuk ini bukan sekadar tebuk tetapi bangunan.

Askar Yahudi memerhati dari bumbung tembuk ini untuk mengawasi keadaaan.

Ia merupakan sebuah bandar yang lengkap. Dan bandar ini telah wujud selama 10,000 tahun. Dan ia dianggap sebagai bandar yang paling tua di dunia.

Kalau kita mempunya masa, kita boleh bersiar-siar di dalam bandar ini, iaitu selepas bersembahyang di Mesjid Al-Aqsa untuk melihat bagaimanakah kehidupan di dalam bandar bertembuk ini.

Lorong-lorong sempit membawa kita ke merata tempat. Dan tanpa pemandu, kita pasti akan tersesat, sebab keadaannya serupa sahaja.

Di bahagian Islam keadaannya kelihatan usang, berbanding dengan kawasan Yahudi dan Kristen. Ini disebabkan bandar ini maupun Baitulmukaddis masih lagi di bawah jajahan Yahudi, dan mereka tidak benarkan kawasan Islam dimajukan.

Malah, untuk pergi ke Palestin, seseorang itu terpaksa mendapat visa khas dari kedutaan Israel di Amman sebelum dia boleh menyeberangi sempadan diantara Jordan dan Palestin.

Suasana di sekelilling bandar berkembar ini sekarang dihiasi dengan bangunan-bangunan yang telah didirikan kemudian.

Gambar-gambar lama menunjukkan betapa bandar ini wujud di tengah-tengah padang pasir dan ia kelihatan lebih gagah, dengan kubah Mesjid Al-Aqsa memancar disinar matahari dari jarak jauh.

Namun demikian oleh sebab Mesjid Al-Aqsa terletak di atas bukit, ia tetap unggul dan boleh dilihat dari jaub sehingga sekarang.

Ini disebabkan pihak yang berkuasa tidak membenarkan bangunan-bangunan didirikan lebih tinggi dari komplek mesjid lama dan bersejarah ini, supaya ia menjadi mercu tanda bandar bersejarah untuk eketiga-tiga ugama penting dunia, iaitu Islam, Yahudi dan Kristen.

Dan rumah-rumah ibadah ugama itu terletak bersebelahan dengan mesjid. Dan pada ketika-ketika tertentu, laungan azan kedengaran dengan kuat, diikuti oleh bunyi loceng dari gereja pula.

Masyarakat berbagai ugama di sini dapat hidup dengan semangat muhibbah seperti yang telah nenek-moyang mereka lakukan sejak zaman silam dulu.  

Selasa, 17 Januari 2012

AMMAN, BANDARAYA BANYAK MENYIMPAN PENINGGLAN ZAMAN SILAM.

Oleh Mansor Puteh




Sebuah panggung terbuka lama (ampitheater) tersergam luar jendela hotel saya di bahagian selatan bandaraya.  Ia mirip rekabentuk panggung terbuka lama seperti yang terdapat di Bandaraya Rom di Itali, seperti Panggung Coliseum yang terkenal seluruh dunia itu.  Tetapi, yang anihnya, saya bukan berada di bandaraya Itali ini, tetapi di Bandaraya Amman, ibunegara Jordan di Timur Tengah.

Tersentak juga sebab ia kelihatan seperti janggal dan tidak kena pada tempatnya.  Sebab masakan sebuah binaan zaman Rom boleh terletak di tengah-tengah Bandaraya Amman yang rata-rata mempunyai pengaruh Islam, tanya hati saya.

Saya tidak perasaankan kewujudan bangunan zaman silam Rom itu yang terletak berhampiran dengan hotel di mana saya menginap, walaupun saya sudah berada di sini beberapa hari. 

Saya cuma perasaankannya apabila saya mendongak ke atas bumbung dan terlihat imej panggung itu. Ketika itu pula matahari bersinar dengan kuat, dan pantolan cahaya dari batu-batu bangunan itu menarik perhatian.  Baru saya sedar bahawa saya berhadapan dengan sebuah binaan yang unik dan lain dari yang lain.

Jadi, sayapun berbungkas keluar dan pergi ke panggung itu di seberang jalan.  Saya rasa hairan dan kagum melihat binaan beribu-ribu tahun zaman kerajaan Rom yang masih terletak dalam keadaan yang begitu baik sekali.

Matahari menyinar dengan kuat hari itu dan suhu cuaca agak tinggi, sama seperti di negara kita.  Tetapi, oleh sebab kadar ‘humidity’ tidak begitu tinggi, kita kurang berpeluh walaupun berjalan dengan rancak.

Inilah cuaca di Amman sekarang, iaitu ia sudah melepasi musim panas (summer) dan kini berada di hujung musim gugur (autumn atau fall).  Tidak beberapa minggu lagi musim sejuk akan muncul dan seluruh kawasan akan disaluti kabus sehingga suhu turun ke paras sejuk.  Ketika ini juga, mungkin salji akan jatuh ke bumi seperti biasanya berlaku.

Di panggung terbuka it terdapat kerja-kerja ubah pulih yang telah dijalankan, dan ini memberi kesan yang baik sehinggakan panggung itu sebenarnya masih diguna oleh kumpulan kesenian dan kebudayaan negara ini khusus untuk pelancung yang datang berduyun-duyun untuk melihat kesan peninggalan kerajaan Rom itu.

Pelancung dari seluru pelusuk dunia dan negara ini juga bersiar-siar sambil mengambil gambar. Ada yang sedang duduk bersenangan sesama sendiri.

Bangunan ini merupakan bangunan yang paling menarik sekali untuk mewakilli zaman Roman yang masih ada di Jordan sekarang.

Ia mempunyai tempat duduk untuk 6,000 penonton. Dan seluruh panggung lama ini telah dibina di lereng sebuah bukit yang mana telah diukir sedemikian rupa.

Dan di bahagian depan terdapat sebuah pentas di mana gambar Raja Abdullah yang baru sahaja menaikki takhta kerajaan Jordan diletakkan. Ia berukuran besar dan berwarna. Raja Abdullah mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan Jordan akibat kemangkatan ayahandanya allahyarhum Raja Hussein beberapa bulan lalu.

Di sebelahnya terdapat sebuah panggung kecil untuk 500 orang penonton.  Panggung ini diberi nama Odeon, sudah dipulih seluruhnya dan diguna untuk persembahan kebudayaan. Ia dibina dalam tahun 200 selepas mesihi atau A.D.

Di tepi panggung lama ini juga terdapat sebuah Muzium Kesenian Jordan di mana banyak pakaian, alat muzik dan kerjatangan lama dipamir.

Tidak jauh dari panggung Rom ini yang dikenali dengan nama ‘Roman Ampitheater’ di kawasan ‘downtown’ atau selatan Bandaraya Amman, iaitu di suatu daerah lama, terletak pejabat pelancungan.

Dan di hujung lain pula terdapat sebuah muzium lain iaitu Muzium Tradisi Popular Jordan. Di sini terdapat perhiasan badan dan sulaman serta barang-barang rumah dan jubin (atau mosaic) dari bandaraya Madaba yang terkenal dengan berbagai jenis jubin dan rekabentuk yang diperbuat dari jubin-jubin untuk menggambarkan kisah-kisah serta tokoh zaman silam.

Jadi, sayapun pergi ke situ untuk mendapat maklumat dan risalah tentang panggung lama Rom itu. Baru saya sedar bahawa sebenarnya negara Jordan, malah seluruh kawasan Timur Tengah ini sebenarnya pernah ditakluki oleh kerajaan Rom beribu-ribu tahun lalu.

Tetapi, pemerintahan kerajaan Rom tidak dapat bertahan dan ia terjatuh kepada kerajaan Islam sehingga sekarang.

Dan di sebelah sana, di atas puncak bukit berhadapan dengan panggung lama Rom itu kelihatan kesan peninggalan bangunan atau rumah sembahyang lama Rom. Malah, boleh dikatakan seluruh kawasan selatan Amman ini sebenarnya merupakan pusat kerajaan Rom dulu-kala.

Tetapi, kebanyakan bangunannya telah runtuh dan yang tinggal cuma panggung lama dan kuil mereka, yang dikenali dengan nama ‘Citadel’ atau Rumah Kuil Hercules yang telah semasa zaman pemerintahan Marcus Aurelius dan Lucius Verus diantara tahun 161 hingga 169 A.D. atau selepas mesihi.

Walaupun ia tidak nyata, tetapi ia dianggap sebagai Rumah Kuil Hercules oleh pengkaji sejarah.

Ia sebenarnya dikelillingi oleh sebuah benteng yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan Tembaga (Middle Bronze Age) iaitu 2,000 sebelum mesihi atau B.C. dan Zaman Besi pada 8,000 B.C. hingga ke zaman Rom dan Islam.

Tidak hairankanlah kalau dalam kawasan benteng ini terdapat bangunan peninggalan dari semua zaman tersebut, termasuk ‘Citadel’ dan mesjid serta istana sultan Islam.  Kesemua bangunan ini masih terdapat dalam bentuk yang jelas.

Istana Omayyad masih kelihatan kesannya.  Malah ia kelihatan lebih kukuh dari semua bangunan yang terdapat di situ.  Ia dibina dalam tahun 720 A.D. semasa zaman pemerintahan kaum Arab.

Fungsi bangunan ini sebenarnya tidak begitu nyata, tetapi dari rupabentuk bangunan ini ia adalah sebuah istana.

Cuma bangunan ‘Citadel’ itu sahaja yang kelihatan agak usang; dan apa yang dapat dilihat cuma tiang-tiang bahagian depan bangunan dan dinding-dinding yang tidak ketara bentuknya.

Sementara itu, bangunan mesjid masih mempunyai kubah dan ia termasuk bangunan istana lama lebih kukuh. 

Kerja-kerja restorasi dijangka akan mengambil beberapa tahun sehingga semua bangunan di dalam kawasan ini dipulih semula.

Selain dari itu, terdapat juga sebuah Muzium Arkeologi Jordan di dalam kawasan ini. Dan di sini terdapat barang-barang peninggalan zaman silam semua pemerintahan, dan ia dibuka untuk pelancong.

Diantara barang-barang penting dan menarik terdapat di dalam muzium ini ialah Tulisan Lautan Mati atau lebih dikenali dengan nama ‘Dead Sea Scroll’ yang telah dijumpai dalam tahun 1952 di Lautan Mati.  Ianya mengisahkan tentang khazanah yang tersimpan di Tebing Barat Sungai Jordan dan lain-lain.

Dari bawah lagi, kita sudah boleh dapat melihat benteng yang menglillingi puncak bukit. Oleh sebab ia diperbuat daripada batu, maka ia dapat bertahan masa.

Jadi, sayapun mendapatkan teksi dan daki bukit itu yang mempunyai nama Bukit Qallah di mana terdapat Rumah Ibadat atau ‘Citadel’ Hercules dengan beberapa tiang bangunan terpacak ke udara.  Ia dapat dilihat dari jauh, dan merupakan mercu tanda untuk kawasan ini.

Tidak sampai lima minit saya sudah tiba di puncak bukit itu.  Oleh sebab bukit itu agak curam, jadi saya tidak sanggup untuk mendakinya, walaupun perjalananya tidak begitu jauh.

Setibanya di puncak bukit di mana terdapat bangunan ‘Citadel’ itu, saya dapat perhatikan betapa luasnya kawasan itu.

Sememangnya tembuk yang mengelilling kawasan ini begitu luas.  Dan ia merupakan satu komplek sejarah lama, yang mempunyai banyak bangunan disamping ‘Citadel’ itu. Ada juga sebuah mesjid lama dan istana sultan zaman lampau.

Kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dilakukan. Dan saya dapat melihat pekerja-pekerja Arab asyik mengali dan menyusun batu-batu untuk membentukan semula bangunan-bangunan lama yang berusia beribu-ribu tahun.

Dari sudut atas ini, kita dapat melihat pemandangan di selatan Amman dan di sekitarnya.

Sebenarnya Bandaraya Amman terletak di suatu kawasan di mana terdapat 19 bukit atau ‘jebel’ dalam Bahasa Arab.

Cuaca ketika itu begitu nyaman sekali dan saya dapat melihat sehingga ke horizon. Rumah-rumah kediaman yang diperbuat daripada batu terletak di lereng bukit dengan jalan-jalan menjalar di tepi-tepinya.

Inilah agaknya pemandangan di sini yang tidak banyak berubah sejak zaman lampau. Cuma sekarang ini, saya diberitau terdapat lebih banyak rumah kediaman dan pejabat. Dan kerja-kerja pembuatan rumah dan bangunan pejabat serta hotel dapat dilihat dilakukan.

Walaupun Bandaraya Amman tidak begitu besar, tetapi jumlah penduduknya boleh dikatakan agak besar juga, iaitu 1.4 juga orang.  Ini berbanding dengan jumlah penduduk seluruh negara Jordan sebanyak 4.5 juta orang.

Nama asal Amman sebenarnya seperti yang terdapat dalam rekod tertulis ialah Rabbath-Ammon, iaitu ibunegara bangsa Ammon lebihkurang 1200 B.C. sebelum mesihi. Bagaimanapun, kesan-kesan peningalan zaman itu tidak banyak dapat diperolehi lagi. Ini disebabkan kebanyakan bangunan telah runtuh semasa gempa bumi atau dimusnahkan oleh kerajaan lain yang menaklukki mereka.

Semasa zaman pemerintahan Ptolemy Philadelphus diantara 283-246 B.C. bandaraya ini telah dibangunkan semula dan diberi nama Philadelphia sempena nama pemerintahnya.

Apabila bandaraya ini ditakluki pula oleh Raja Herod dalam tahun 30 B.C. pula, ia menjadi sebahagian daripada Empayar Roman.

Oleh sebab itu bandaraya Philadelphia termasuk diantara 10 buah bandaraya Greco-Roman termasuk bandaraya-bandaraya lain seperti Damascus, Pella, Gerasa (yang dikenali dengan nama Jerasli sekarang) dan Gadara (Um Qeis sekarang).

Kawasan bandaraya sejarah ini sebenarnya seluas tujuh bukit sahaja.  Tetapi, sekarang ini ia sudah seluas sembilan-belas bukit semuanya dengan penambahan penduduk akibat dari penghijrahan oleh penduduk luar bandar dan kedatanan penduduk Palestin yang telah diusir dari mereka sendiri oleh Israel, dan pertumbuhan ekonomi.

Disamping peninggalan dari zaman Yunani, Rom dan lain-lain, terdapat juga bangunan lama yang telah didirikan semasa zaman Islam seperti Mesjid Raja Abdullah yang telah diubahpulih dalam tahun1987 dulu. 

Sebenarnya mesjid ini terletak di tapak sebuah mesjid lama yang telah didirikan semasa pemerintahan Khalifah Kedua Islam Omar Ibn al-Khattab dalam tahun 640 A.D. dulu. 

Inilah Bandaraya Amman di Negara Jordan yang sudah berusia beribu-ribu tahun, tetapi tidak menunjukkan keuzuran usianya, sebab sebenarnya bandaraya ini moden. Ia mempunyai bangunan pejabat dan komplek serta bangunan penginapan yang kelihatan baru, tetapi sebenanya kebanyakannya sudah berusia lanjut.

Kalau kita mempunyai banyak masa, sudah pasti kita boleh menerokai lebih banyak kawasan yang menarik seluruh Amman dan dapat mengetahui akan sejarah gemilang bandaraya ini yang pernah diperintah oleh beberapa kerajaan, sehingga ke kerajaan Islam yang kekal sehingga kini.

Dan yang membuat kita rasa aman dan tenang di bandaraya ini ialah, penduduknya begitu ramah dan tidak menganggu orang asing terutama sekali pelancung. Dan kadar jenayah juga begitu rendah.  Kita tidak takut untuk bersiar-siar seorang diri walaupun kita tidak faham berbahasa Arab.

Saya tidak kuatir bersiar walaupun lewat malam. Khususnya di kawasan sejarah di selatan bandaraya ini, suasana begitu terang walaupun sudah lewat hari. Ada sahaja orang bersiar-siar di kaki-lima.

Lagu-lagu Arab moden dan tradisional kedengaran dan ini turut memberi ketenangan dan keamanan.  

Sabtu, 14 Januari 2012

TUN HASSAN PEREKA BAJU MELAYU MODEN. (Sejarah ringkas baju Melayu…)

Oleh Mansor Puteh





Dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan semua naskah lama Melayu yang terkumpul sehingga kini, samada ia mengisahkan sejarah, atau kisah-kisah hihuran semata-mata, nama seperti Tun Hassan mungkin tidak dikenali ramai. 

Para pengkaji sudah tentu tidak kenal siapakah Tun Hassan ini, samada dia seorang watak penting atau tidak dalam sejarah Melayu dan perkembangaan kebudayaan Melayu.

Tun Hassan? Siapa itu Tun Hassan?

Dia bukan tokoh terbilang, atau pahlawan yang telah tercatit dalam sejarah Melayu, dan dia juga bukan juga seorang pemimpin terbilang seperti Tun Perak, Tun Fatimah, atau Hang Tuah dan rakan-rakannya, dan lain-lain tokok yang bergelar Tun seperti dia.

Tetapi, sebenarnya, Tun Hassan ini merupakan seorang yang agak penting juga dalam sejarah Melayu dan perkembangan budaya Melayu, yang sehingga kini tidak disebut-sebut atau diiktiraf.

Saya juga terserempak dengan nama Tun Hassan ini ketika saya membuat penyelidikan tentang skrip siri televisyen berjudul, “Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu dan Bugis’ sepanjang 52 episod yang telah saya tulis dalam tahun 1997 dulu untuk Shuhaimi Baba, yang mahu menerbitnya untuk tatapan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang mana tertengguh akan penerbitannya untuk memaparkan ke layar televisyen satu epik sejarah Melayu dan Bugis.

Kisah seperti sebelum ini tidak pernah dilakukan supaya masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya tahu akan kegemilangan bangsa Melayu yang telah mempunyai peradaban tinggi sejak dulu-kala lagi, yang mampu bertahan walaupun tertekan dengan kehadiran bangsa asing, iaitu Inggeris yang membawa niat jahat mereka untuk memecah belahkan bangsa Melayu mengikut suku-sakat dengan membawa masuk pendatang asing dari negeri Cina dan India.

Sememangnya kisah yang telah dibentangkan dan dicatitkan oleh pemimpin utama Bugis, Raja Haji dan disiapkan oleh anaknya Raja Ali Haji setelah kematiannya bapanya di tangan Portugis di Melaka begitu penting dalam sejarah Melayu amnya.

Sudah pasti sekiranya siri ini diterbitkan, ia boleh menjadi hiburan yang penuh makna kepada bukan sahaja orang Melayu tetapi masyarakat dunia amnya, yang orang Melayu sebenarnya tokoh, dan bijak laksana dan ada peradabannya sehingga ia dihancurkan oleh pendatang Inggeris yang membawa niat jahat mereka, sehingga berjaya memecahkan Nusantara atau dunia Melayu dan mencipta sebuah negara asing iaitu Singapura secara cendekel atau jahat!

Bagaimanapun, pengajian saya terhadap naskah ‘Tuhfat al-Nafis’ atau ‘The Precious Gift’ dalam bahasa Inggeris ini bersama dengan naskah-naskah lama lain membuka mata. Dan salah sebuah fakta yang telah berjaya saya perolehi ialah mengenai watak dengan nama Tun Hassan.

Alangkah hairannya apabila saya mendapati bahawa fesyen baju Melayu yang seperti yang kita pakai sekarang ini, secara tidak rasmi atau rasmi dipakai oleh pembesar negara, pada dasarnya dicipta oleh Tun Hassan ini!  Dan fakta ini harus diiktiraf sebab ia memberi gambaran tentang sejarah perkembangan baju Melayu yang telah banyak berubah sejak dulu hingga sekarang, yang mana Tun Hassanlah orangnya yang telah membuat perubahan yang paling ketara sehingga kesannya dirasa sehingga kini.

Ya, benar, dalam naskah yang telah saya baca, disebutkan bahawa Tun Hassan ini merupakan seorang anak pembesar di negeri Melaka, di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. 

Dan sebelum Tun Hassan, orang Melayu, khususnya kaum lelaki memakai pakaian baju Melayu dengan corak dari yang lain dan cara tersediri yang direka atau diubahnya.

Tun Hassan sebenarnya, disebutkan sebagai seorang lelaki yang segak, tampan lagi bergaya, atau pendek kata, gantang.  Dia mempunyai ramai peminat di kalangan gadis-gadis zamannya yang terpikat dengan gayanya memakai baju Melayu; tambahan pula dia anak seorang pembesar negeri.

Dan dia juga gemar memakai pakaian yang indah, lain dari yang dipakai oleh pemuda ketika itu, termasuk pembesar negeri.

Jadi, disebutkan juga dalam naskah tua itu bahawa Tun Hassan telah membuat perubahan kepada baju Melayu yang menyebabkan tercetusnya satu revolusi fesyen orang Melayu yang berlaku sehingga kini.  Kesan perubahan yang telah dibuat oleh Tun Hassan itu terasa sehingga sekarang.

Sebelum Tun Hassan mereka semula fesyen baju Melayu, kita tahu bahawa pakaian orang Melayu, tidak kira perempuan atau lelaki adalah jenis yang ketat dan senteng. Dengan lain-lain perkataan, pakaian orang Melayu itu tidak longgar, dan baju yang dipakai agak sempit dengan lengan bajunya cuma ke paras lengan sahaja, dan seluar atau celana yang juga ketat jatuh hingga ke paras betis.

Dan di kelilling pinggang diikat dengan sehelai kain secara ketat, dan di kepala pula digetangkan dengan sehelai kain. 

Tujuan kain digetangkan di kepala bertujuan untuk menjadikannya tuala muka untuk mengeringkan keringat pada muka dan kain di pinggang itu boleh dijadikan selimut waktu malam, atau tuala mandi apabila anak muda Melayu mahu menyuci tubuh badan di kolam, tasik sungai; juga untuk menghalang dari dibaham oleh nyamuk.

Dan pakaian orang prempuan Melayu ketika itu pula hampir serupa dengan kaum lelaki.  Kaum perempuan pula memakai kain yang agak ketat dan sentang hingga ke betis kaki, dan baju mereka tidak berapa longgar dengan lengan tangan jatuh ke separuh tangan, sama panjangnya dengan lengan baju lelaki ketika itu.

Ia tidak berbeza dengan pakaian lelaki ketika itu, cuma bahan yang diguna adalah diperbuat dari batik untuk kain, sementara untuk kaum lelaki jenis kain biasanya adalah satu warna dan tidak mempunyai rekaan.

Cara pakaian orang Melayu lelaki atau perempuan dibuat sedemikian rupa tanpa memerlukan banyak teknik jahitan yang canggih.  Ia direka untuk memenuhi fungsi iaitu sejenis pakaian yang kena dan sesuai untuk semua jenis pekerjaan dan suasana, tidak kira rasmi atau tidak rasmi.  Dan ia boleh dijahit dengan tangan secara kasar, sebab ketika itu mesin penjahit baju belum dicipta dan orang menjahit dengan tangan sahaja.  Ini membuat jahitan kelihatan kasar.

Dan kaum perempuan juga mempunyai lilitan kain di kepala untuk digunakan sebagai penahan pancaran matahari dan tuala untuk mengering keringat dan menutup rambut dari debu dan pancaran cahaya terik matahari. Ia juga digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan boleh juga dijadikan kain penentang untuk diletakkan ke atas rumput sebagai tikar untuk mereka berihat setelah penat bekerja atau tuala mandi, sebab kaum perempuan ketika itu tidak seperti lelaki mempunyai kain sampin yang boleh diguna untuk tujuan yang sama.

Ternyata, cara pakaian orang Melayu lelaki dan perempuan ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dan di negeri-negeri Melayu lain seluruh Tanah Melayu sebelum zaman ini, telah berlaku akibat kegiatan pertanian dan sosial ketika itu.

Orang Melayu yang bercucuk tanam memakai pakaian seperti itu sebab ia mudah, dan tidak menghalang pergerakan untuk membajak. Sementara untuk kaum lelaki pula, ia membolehkan mereka untuk bergiat giat, sambil bekerja, mereka boleh juga bermain sepak raga atau bersilat dan bergotong-royong yang menjadi satu aktiviti penting dalam kehidupan masyarakat Melayu lama, dengan memakai pakaian yang sama yang tidak menunjukkan kasta atau tahab sosial mereka.

Mungkin jenis kain yang diguna oleh rakyat Melayu ketika itu jenis yang biasa seperti kain benang yang kuat dan boleh dicuci dengan mudah dan didijemur untuk dipakai setiap hari, berbanding dengan jenis kain yang digunakan oleh kaum bangsawan yang lebih indah, seperti sutera yang berwarna-warni yang dibawa oleh pedagang luar negeri, seperti dari Negeri Cina dan India.

Pendek kata apa yang dipentingkan ialah fungsi dari estetika atau fesyen. Ini juga terangkan kenapa pakaian kaum lelaki dan perempuan Melayu zaman itu kelihatan seperti sama sahaja, tanpa menunjukkan keunikan peribadi.

Tetapi, Tun Hassan merubah segala-galanya. Dengan caranya yang tersendiri dia telah membuat pakaian untuknya yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki zamannya.  Akibatnya ialah fesyen pakaian orang lelaki dan perempuan Melayu dan masyarakat Melayu amnya serta kaum bangsaan telah berubah oehsebab tindakan Tun Hassan itu.

Ini mungkin disebabkan bahawa Tun Hassan bukan seorang petani atau dari keluarga biasa; dia adalah anak seorang pembesar negeri, dan tidak ada sebab mahu membajak di sawah-bendang, atau bertani. 

Oleh yang demikian, dia boleh kelihatan lebih segak dan tampan dari mereka semua.  Kalau adapun kegiatan yang mahu dilakukan secara fizikal, ia mungkin untuk bermain sepak raga bulatan bersama rakan-rakan dari kalangan bangsawan sahaja di perkarangan rumah.

Juga jenis kain yang mampu diguna sudah pasti jenis yang diimport dari luar negeri seperti Cina dan India yang lebih halus dan berwarna-warni dan mahal.

Apa yang telah dilakukan oleh Tun Hassan adalah untuk melonggarkan pakaian baju Melayu, seperti baju dan lengan tangan yang diturunkan sehingga ke pergelangan tangan.  Sementara itu, dia telah juga melonggarkan seluar atau celana, dan menjatuhkannya hingga ke tumit.

Untuk kain yang diikat di pinggang, Tun Hassan telah memakai kain yang lebih menarik dengan memakai songket.  Dan kain yang dililit itu kini kelihatan seperti kain sampin dan tidak cuma sebagai kain untuk dijadikan tuala mandi atau selimut untuk menutup tubuhbadan pemuda Melayu tatkala malam tiba, atau mengelakkan diri mereka dari dibaham nyamuk dalam hutan atau pada waktu malam.

Selain dari itu Tun Hassan telah juga mereka semula kain yang dililit pada dahi kepala, dengan memberi corak tersendiri, sehinggakan ia kelihatan seperti tengolok atau setanjak yang kita ketahuinya sekarang. Ia tidak lagi jadi cuma kain yang dililit di kepala seperti yang diguna oleh anak muda Melayu untuk mengeringkan keringat, atau untuk diguna menahan kesakitan bila menanduk bola sepak raga yang keras bagai kayu sebab pembuatannya kasar dan tidak sehalus seperti bola sepak raga yang boleh didapati sekarang yang diperbuat dari rotan yang telah diperlembutkan.

Pakaian yang direka oleh Tun Hassan itu menarik perhatian ramai anak muda Melayu zamannya, dan mereka mulai menirunya, sehingga akhirnya pakaian baju Melayu itu menjadi pakaian rasmi dalam kesutanan Melayu Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Kaum perempuan juga terikut-ikut melonggarkan pakaian mereka supaya ia kelihatan lebih ayu sambil menutup aurat.

Dengan cara ini juga setiap lelaki dan perempuan ketika itu boleh membuat perubahan kepada pakaian mereka dan mencari identiti dan citarasa sendiri; juga mengikut kemampuan masing-masing, samada mahu membuat pakaian yang lebih berseri atau biasa.

Lama-kelamaan fesyen pakaian orang Melayu berubah dari berfungsi untuk menutup aurat dan bekerja, kepada satu simbol status yang boleh membezakan orang Melayu sesama sendiri, mengikut tahab kedudukan dan harta mereka.

Ini sebenarnya berlaku dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah yang dikatakan sebagai zaman yang paling utama sepanjang zaman kesultanan Melayu Melaka itu.

Boleh juga dikatakan di sini bahawa perubahan fesyen orang Melayu ketika itu berlaku apabila masyarakat Melayu sedang menunjukkan kematangan berfikir dan kecanggihan dalam bidang kesenian dan kebudayaan dan peningkatan tahab ekonomi akibat kemajuan yang berlaku kepada negeri Melaka dengan pertembungan perniaga dari seluruh pelusuk dunia yang membawa barangan yang unik untuk diperdagangkan.

Jadi inilah sebenarnya Tun Hassan, pereka fesyen baju Melayu yang tidak diketahui umum. 

Sekiranya dia tidak melakukan perubahan kepada pakaian orang Melayu saya yakin kita sehingga sekarang akan memakai baju Melayu yang lebih ketat dan senteng, sama sepeti yang diguna oleh
anak muda dulu tidak kira samada kita rakyat biasa atau pembesar negeri.

Fesyen pakaian Melayu, sebenarnya telah melalui perubahan yang lebih drastik selepas itu, sehinggakan ia kini menjadi pakaian yang lebih menarik, berbanding dengan pakaian-pakaian masyarakat lain seperti Cina atau India yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik.

Malah kalau hendak dilihat tidak ramai orang Cina sendiri yang kini memakai pakaian tradisional mereka.

Pakaian Melayu kini boleh dianggap sebagai diantara pakaian yang paling menarik seluruh dunia. Dan ia boleh diadaptasikan untuk musim sejuk (winter) walaupun di dunia Melayu kita tidak mengalami musim seperti itu.

Kalau kita bandingkan dengan pakaian tradisional kaum lain, fesyen pakaian orang Melayu masih diterima umum, dan boleh dipakai sehingga sekarang, walaupun terdapat perubahan sedikit-seanyak yang dilakukan oleh anak muda yang mahu menunjukkan identiti masing-masing dan menaikkan tarafnya di kalangan pereka fesyen.

Malah, kalau kita lihat dalam dunia fesyen sekarang, kita akan mendapati bahawa banyak pereka fesyen dunia mengguna fesyen pakaian wanita Melayu sarong untuk dijadikan pakaian rasmi atau untuk acara malam (evening dress).

Pakaian rasmi asal masyarakat di Barat adalah gaun malam (evening gown) yang kelihatan sarat dan tidak sesuai untuk banyak wanita Barat yang mahukan pakaian serba ringkas.

Lain pula dengan fesyen pakaian tradisonal kaum Cina, misalnya, yang boleh dikatakan sudah pupus ditelan zaman. Tidak ada pemuda dan pemudi Cina yang mahu memakai pakaian tradisional mereka seperti ‘cheong sam’. 

Berbeza dengan fesyen pakaian orang India, yang masih memakai pakaian ‘sari’ dan ‘dhoti’ atau ‘kurta’ mereka yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik. Apa yang mereka pakai sekarang tidak berbeza dengan apa yang dipakai oleh nenek mereka.

Pakaian tradisional orang Melayu, sebaliknya telah berubah mengikut zaman. Dan kebanyakan perubahan ini telah berlaku oleh sebab anak muda Melayu gemar membuat perubahan ke atasnya, walaupun pada asasnya pakaian mereka itu tetap bersifat tradisional.

Cuba lihat siapakah tokoh utama dalam perubahan fesyen pakaian tradisional Melayu, dan kita boleh katakan buat masa yang tidak jauh ke belakang ini, kita boleh namakan mereka sebagai Sultan Johor, Sultan Iskandar dan penghibur Sudirman Haji Arshad.

Sebelum itu kita boleh namakan pelakun Melayu yang terkenal di studio Jalan Ampas dan East Coast Road di Singapura yang mengayakan baju Melayu dan kurung dengan segaknya. 

P Ramlee memakai songkok secara senget, dan kain sampin yang longgar dan besar. Ini menjadi ikutan-ikutan ramai pemuda dan pemudi.

Sultan Iskandar boleh dianggap sebagai pencetus trend atau ‘trendsetter’ dengan sengaja memakai baju Melayu yang lain dari orang Melayu lain. Sultan Iskandar lebih gemar memakai baju Melayu yang tidak mempunyai corak atau warna yang sama, seperti seluar yang berwarna hitam sedangkan baju berwarna terang.

Ini mungkin pertama kali pakaian baju Melayu telah diguna seperti itu, sebab sebelum ini anak muda Melayu takut untuk memakai baju Melayu kalau warna seluarnya tidak sama dengan warna baju.

Tentu ketika itu orang Melayu amnya akan rasa malu kalau mereka memakai baju Melayu seperti itu. Tetapi, lama-kelamaan fesyen pakaian seperti ini sudah diterima oleh umum, dan kini terdapat ramai orang Melayu yang memakainya seperti ini.

Tokoh lain yang telah merubah fesyen pakaian baju Melayu ialah penghibur Sudirman Haji Arshad, yang mempunyai perwatakan yang lain dari biasa. Oleh yang demikian apabila dia memakai baju Melayu, ia juga kelihatan lain dari apa orang lain pakai.

Sudirman gemar memakai baju Melayu yang berwarna terang dengan kain sampin yang begitu labur sehingga jatuh ke bawah lutut dan longgar. Dan kain sampinnya diperbuat dari jenis kain yang sama. Songkoknya juga berwarna seperti bajunya.

Sekarang ini ramai anak muda Melayu sudah meniru gaya pakaian Sultan Iskandar dan Sudirman. Dan mereka telah berani menambahkan corak dan cara baju Melayu mereka mahu dipakai.

Terdapat sekarang bermacam-macam jenis baju Melayu untuk lelaki atau baju kurung untuk perempuan Melayu dalam bermacam-macam bentuk dan rupa, walaupun secara amnya ia kelihatan seperti baju tradisional orang Melayu seperti dulu.

Hari Raya Puasa yang baru berlalu itu telah mempamirkan pelbagai jenis baju Melayu dan kurung yang telah diguna oleh artis-artis kita, dan kesemuanya menunjukkan keunikan sendiri, mengikut citarasa dan identiti peribadi.

Berbeza dengan pakaian tradisional kaum India dan Cina, yang mana tidak menampakkan sebarang perubahan.  Malah boleh dikatakan pakaian tradisional orang Melayu lebih unik, sebab ia mengikuti zaman dan selera peribadi. Ia tidak beku dan berubah mengikut kehendak masa dan sendiri.

Lebih lagi kalau kita lihat pakaian tradisi wanita Melayu yang berwarna-warni dan mempunyai corak yang telah dipadankan dari pengelaman budaya asing, seperti Cina, India, Barat, Arab dan lain-lain.