Oleh Mansor Puteh
Baitulmukaddis merupakan bandar ketiga penting untuk ugama Islam, selain dari Mekkah dan Madinnah di Arab Saudi.
Terletak di Palestin, Bandar Baitulmukaddis adalah sebuah bandar yang tua dan penuh dengan sejarah Islam, Yahudi dan Kristen. Oleh yang demikian tidak hairan kalau sehingga kini bandar ini menjadi bandar yang direbut oleh orang Islam dan Yahudi sebab masing-masing fikir ia adalah bandar penting untuk ugama mereka.
Banyak bangunan dan rumah ibadah serta mesjid tua masih kekal sehingga sekarang. Ada rumah ibadah terletak bersebelahan dengan mesjid lama, dan penganut setiap ugama bersembahyang hampir bersebelahan, kecuali dibezakan dengan tembuk dan dinding bangunan.
Acara keugamaan yang paling penting dan dihadhiri oleh paling ramai penganut mestinya acara sembahyang Jumaat di Mesjid al-Aqsa dan pada hari-hari kebesaran ugama Islam lain. Sedangkan penganut Yahudi dan Kristen tidak mempunyai upacara sembahyang umum seperti itu, kecuali hari Natal di mana terdapat ramai penganut Kristen yang datang ke gereja mereka.
Untuk serorang berugama Islam yang berkunjung ke tempat ini buat pertama kali, dia sudah pasti akan merasakan betapa berbezanya keadaan di Mesjid al-Aqsa berbanding dengan kedua buah bandar penting itu.
Yang pertamanya ialah ia kelihatan terbiar dan boleh dikatakan usang. Bangunan mesjid ini kelihatan seperti tidak dijaga, dan dindingnya usang dan kelihatan hampir runtuh. Lantai yang dihiasi dengan permaidani tidak bertukar. Dan di kawasan luar mesjid, batu-batu yang menutup tanah sudah tidak rata; ada yang sudah pecah.
Biasanya untuk orang Islam, kalau disebut Baitulmukaddis, apa yang mereka fikirkan tidak lain iaitu Mesjid Al-Aqsa yang dipanggil Al-Quds atau ‘Yang Suci’.
Ini amat menyedihan samasekali. Tetapi, keadaan ini telah terjadi seperti ini disebabkan keadaan politik di Timur Tengah.
Pihak Yahudi beria-ia mahukan bandar ini sebab mereka fikirkan ia adalah juga tempat suci mereka. Dan pihak ugama Kristen juga mempunyai pengaruh sama kuat.
Jadi, apa yang berlaku sehingga kini ialah Baitulmukaddis atau kawasan di sekelilling Mesjid Al-Aqsa terbiar, sebab pihak Yahudi enggan memberi kebenaran kepada pihak Islam untuk memulihkan mesjid itu.
Mereka kuatir sekiranya ini berlaku, sudah pasti Mesjid Al-Aqsa dan sekelillingnya akan menjadi lebih indah dan cantik seperti apa yang telah berlaku kepada mesjid-mesjid paling suci Islam di Mekkah dan Madinnah di mana beratus-ratus juta dolar Amerika telah diguna untuk memulih serta meluaskan kawasan di sekelillingnya.
Tetapi, Mesjid Al-Aqsa tidak dapat dipulihkan. Orang Islam di sini tidak tahan menanti ketikanya bandar ini diserahkan kepada Palestin, supaya kerja pemulihan dapat dilakukan dengan segera, agar ia dapat dinaikkan tahabnya sewajar dengan tempat penting dan sucinya untuk penganut ugama Islam.
Seseorang Islam keadaan meleset di kawasan mesjid itu seperti disengajakan. Askar Yahudi mengawasi seluruh kawasan mesjid ini, seperti mereka mempunyai hak ke atasnya. Pihak Yahudi sengaja tidak mahu beri kebenaran kepada pihak Palestin dan Islam lain untuk memulihnya.
Di dalam kawasan Mesjid Al-Aqsa sebenarnya terdapat sebuah muzium di mana khazanah lama dipamerkan.
Bangunan mesjid ini mempunyai beberapa tingkat. Tingkat paling bawah sekali ialah kandang kuda. Dan sekarang ini usaha sedang dijalankan untuk memulihkannya untuk dijadikan tempat beribadah.
Dari luar jendela mesjid ini, terdapat dinding yang dijadikan tempat bersembahyang orang Yahudi. Mereka membaca ayat suci dari Torah sambil menganggokkan kepala ke arah dinding atau tembuk itu. Dan mereka juga akan menyelitkan niat mereka yang ditulis pada kertas kecil di celah-celah batu semoga apa yang dihajati dirahmati oleh tuhan mereka.
Tembuk ini dikatakan merupakan sebahagian yang tinggal dari Kuil Solomon, iaitu senagog atau kuil ugama Yahudi yang lama.
Pelancong dari luar Israel dikenakan tiket sebanyak US$ 6 untuk masuk ke dalam kawasan ini, sementara Yahudi tempatan tidak dikenakan bayaran.
Orang Islam dari luar Palestin atau Israel diperiksa oleh askar Palestin sekiranya mereka mahu masuk ke dalam kawasan Mesjid Al-Aqsa walaupun untuk bersembahyang.
Tetapi, untuk ke kawasan luar, mereka diberi kebebasan. Di hujung kawasan mesjid ini terletak Batu Suci berbentuk bulat yang terapung. Tetapi, sekarang tembuk telah didirikan untuk menahannya.
Orang Islam masuk ke bawah melalui pintu kecil untuk bersembahyang di bawah batu itu.
Di sinilah tempatnya Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum baginda naik ke Syurga semasa Malam Miraaj dulu.
Sebenarnya, Mesjid Al-Aqsa ini merupakan sebahagian daripada komplek keugamaan dan kediaman lama yang masih kekal sehingga kini.
Ia merupakan sebahagian daripada Bandaraya Bertembuk atau ‘Walled City’ Baitulmukaddis atau Jerusalem seperti yang dipanggil oleh orang Barat, iaitu mengambil nama Yahudi iaitu Yarusalahem.
Di dalam bandar yang dikelillingi oleh tembuk di sekelillingnya terdapat berpuluh-puluh ribu orang Ilam, Yahudi dan Kristen yang tinggal di sini. Dan tembuk ini setebal 600 kaki diperbuat daripada batu. Malah tembuk ini bukan sekadar tebuk tetapi bangunan.
Askar Yahudi memerhati dari bumbung tembuk ini untuk mengawasi keadaaan.
Ia merupakan sebuah bandar yang lengkap. Dan bandar ini telah wujud selama 10,000 tahun. Dan ia dianggap sebagai bandar yang paling tua di dunia.
Kalau kita mempunya masa, kita boleh bersiar-siar di dalam bandar ini, iaitu selepas bersembahyang di Mesjid Al-Aqsa untuk melihat bagaimanakah kehidupan di dalam bandar bertembuk ini.
Lorong-lorong sempit membawa kita ke merata tempat. Dan tanpa pemandu, kita pasti akan tersesat, sebab keadaannya serupa sahaja.
Di bahagian Islam keadaannya kelihatan usang, berbanding dengan kawasan Yahudi dan Kristen. Ini disebabkan bandar ini maupun Baitulmukaddis masih lagi di bawah jajahan Yahudi, dan mereka tidak benarkan kawasan Islam dimajukan.
Malah, untuk pergi ke Palestin, seseorang itu terpaksa mendapat visa khas dari kedutaan Israel di Amman sebelum dia boleh menyeberangi sempadan diantara Jordan dan Palestin.
Suasana di sekelilling bandar berkembar ini sekarang dihiasi dengan bangunan-bangunan yang telah didirikan kemudian.
Gambar-gambar lama menunjukkan betapa bandar ini wujud di tengah-tengah padang pasir dan ia kelihatan lebih gagah, dengan kubah Mesjid Al-Aqsa memancar disinar matahari dari jarak jauh.
Namun demikian oleh sebab Mesjid Al-Aqsa terletak di atas bukit, ia tetap unggul dan boleh dilihat dari jaub sehingga sekarang.
Ini disebabkan pihak yang berkuasa tidak membenarkan bangunan-bangunan didirikan lebih tinggi dari komplek mesjid lama dan bersejarah ini, supaya ia menjadi mercu tanda bandar bersejarah untuk eketiga-tiga ugama penting dunia, iaitu Islam, Yahudi dan Kristen.
Dan rumah-rumah ibadah ugama itu terletak bersebelahan dengan mesjid. Dan pada ketika-ketika tertentu, laungan azan kedengaran dengan kuat, diikuti oleh bunyi loceng dari gereja pula.
Masyarakat berbagai ugama di sini dapat hidup dengan semangat muhibbah seperti yang telah nenek-moyang mereka lakukan sejak zaman silam dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan