Oleh Mansor Puteh
Dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan semua naskah lama Melayu yang terkumpul sehingga kini, samada ia mengisahkan sejarah, atau kisah-kisah hihuran semata-mata, nama seperti Tun Hassan mungkin tidak dikenali ramai.
Tun Hassan? Siapa itu Tun Hassan?
Dia bukan tokoh terbilang, atau pahlawan yang telah tercatit dalam sejarah Melayu, dan dia juga bukan juga seorang pemimpin terbilang seperti Tun Perak, Tun Fatimah, atau Hang Tuah dan rakan-rakannya, dan lain-lain tokok yang bergelar Tun seperti dia.
Tetapi, sebenarnya, Tun Hassan ini merupakan seorang yang agak penting juga dalam sejarah Melayu dan perkembangan budaya Melayu, yang sehingga kini tidak disebut-sebut atau diiktiraf.
Saya juga terserempak dengan nama Tun Hassan ini ketika saya membuat penyelidikan tentang skrip siri televisyen berjudul, “Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu dan Bugis’ sepanjang 52 episod yang telah saya tulis dalam tahun 1997 dulu untuk Shuhaimi Baba, yang mahu menerbitnya untuk tatapan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang mana tertengguh akan penerbitannya untuk memaparkan ke layar televisyen satu epik sejarah Melayu dan Bugis.
Kisah seperti sebelum ini tidak pernah dilakukan supaya masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya tahu akan kegemilangan bangsa Melayu yang telah mempunyai peradaban tinggi sejak dulu-kala lagi, yang mampu bertahan walaupun tertekan dengan kehadiran bangsa asing, iaitu Inggeris yang membawa niat jahat mereka untuk memecah belahkan bangsa Melayu mengikut suku-sakat dengan membawa masuk pendatang asing dari negeri Cina dan India.
Sememangnya kisah yang telah dibentangkan dan dicatitkan oleh pemimpin utama Bugis, Raja Haji dan disiapkan oleh anaknya Raja Ali Haji setelah kematiannya bapanya di tangan Portugis di Melaka begitu penting dalam sejarah Melayu amnya.
Sudah pasti sekiranya siri ini diterbitkan, ia boleh menjadi hiburan yang penuh makna kepada bukan sahaja orang Melayu tetapi masyarakat dunia amnya, yang orang Melayu sebenarnya tokoh, dan bijak laksana dan ada peradabannya sehingga ia dihancurkan oleh pendatang Inggeris yang membawa niat jahat mereka, sehingga berjaya memecahkan Nusantara atau dunia Melayu dan mencipta sebuah negara asing iaitu Singapura secara cendekel atau jahat!
Bagaimanapun, pengajian saya terhadap naskah ‘Tuhfat al-Nafis’ atau ‘The Precious Gift’ dalam bahasa Inggeris ini bersama dengan naskah-naskah lama lain membuka mata. Dan salah sebuah fakta yang telah berjaya saya perolehi ialah mengenai watak dengan nama Tun Hassan.
Alangkah hairannya apabila saya mendapati bahawa fesyen baju Melayu yang seperti yang kita pakai sekarang ini, secara tidak rasmi atau rasmi dipakai oleh pembesar negara, pada dasarnya dicipta oleh Tun Hassan ini! Dan fakta ini harus diiktiraf sebab ia memberi gambaran tentang sejarah perkembangan baju Melayu yang telah banyak berubah sejak dulu hingga sekarang, yang mana Tun Hassanlah orangnya yang telah membuat perubahan yang paling ketara sehingga kesannya dirasa sehingga kini.
Ya, benar, dalam naskah yang telah saya baca, disebutkan bahawa Tun Hassan ini merupakan seorang anak pembesar di negeri Melaka, di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.
Dan sebelum Tun Hassan, orang Melayu, khususnya kaum lelaki memakai pakaian baju Melayu dengan corak dari yang lain dan cara tersediri yang direka atau diubahnya.
Tun Hassan sebenarnya, disebutkan sebagai seorang lelaki yang segak, tampan lagi bergaya, atau pendek kata, gantang. Dia mempunyai ramai peminat di kalangan gadis-gadis zamannya yang terpikat dengan gayanya memakai baju Melayu; tambahan pula dia anak seorang pembesar negeri.
Dan dia juga gemar memakai pakaian yang indah, lain dari yang dipakai oleh pemuda ketika itu, termasuk pembesar negeri.
Jadi, disebutkan juga dalam naskah tua itu bahawa Tun Hassan telah membuat perubahan kepada baju Melayu yang menyebabkan tercetusnya satu revolusi fesyen orang Melayu yang berlaku sehingga kini. Kesan perubahan yang telah dibuat oleh Tun Hassan itu terasa sehingga sekarang.
Sebelum Tun Hassan mereka semula fesyen baju Melayu, kita tahu bahawa pakaian orang Melayu, tidak kira perempuan atau lelaki adalah jenis yang ketat dan senteng. Dengan lain-lain perkataan, pakaian orang Melayu itu tidak longgar, dan baju yang dipakai agak sempit dengan lengan bajunya cuma ke paras lengan sahaja, dan seluar atau celana yang juga ketat jatuh hingga ke paras betis.
Dan di kelilling pinggang diikat dengan sehelai kain secara ketat, dan di kepala pula digetangkan dengan sehelai kain.
Tujuan kain digetangkan di kepala bertujuan untuk menjadikannya tuala muka untuk mengeringkan keringat pada muka dan kain di pinggang itu boleh dijadikan selimut waktu malam, atau tuala mandi apabila anak muda Melayu mahu menyuci tubuh badan di kolam, tasik sungai; juga untuk menghalang dari dibaham oleh nyamuk.
Dan pakaian orang prempuan Melayu ketika itu pula hampir serupa dengan kaum lelaki. Kaum perempuan pula memakai kain yang agak ketat dan sentang hingga ke betis kaki, dan baju mereka tidak berapa longgar dengan lengan tangan jatuh ke separuh tangan, sama panjangnya dengan lengan baju lelaki ketika itu.
Ia tidak berbeza dengan pakaian lelaki ketika itu, cuma bahan yang diguna adalah diperbuat dari batik untuk kain, sementara untuk kaum lelaki jenis kain biasanya adalah satu warna dan tidak mempunyai rekaan.
Cara pakaian orang Melayu lelaki atau perempuan dibuat sedemikian rupa tanpa memerlukan banyak teknik jahitan yang canggih. Ia direka untuk memenuhi fungsi iaitu sejenis pakaian yang kena dan sesuai untuk semua jenis pekerjaan dan suasana, tidak kira rasmi atau tidak rasmi. Dan ia boleh dijahit dengan tangan secara kasar, sebab ketika itu mesin penjahit baju belum dicipta dan orang menjahit dengan tangan sahaja. Ini membuat jahitan kelihatan kasar.
Dan kaum perempuan juga mempunyai lilitan kain di kepala untuk digunakan sebagai penahan pancaran matahari dan tuala untuk mengering keringat dan menutup rambut dari debu dan pancaran cahaya terik matahari. Ia juga digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala dan boleh juga dijadikan kain penentang untuk diletakkan ke atas rumput sebagai tikar untuk mereka berihat setelah penat bekerja atau tuala mandi, sebab kaum perempuan ketika itu tidak seperti lelaki mempunyai kain sampin yang boleh diguna untuk tujuan yang sama.
Ternyata, cara pakaian orang Melayu lelaki dan perempuan ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dan di negeri-negeri Melayu lain seluruh Tanah Melayu sebelum zaman ini, telah berlaku akibat kegiatan pertanian dan sosial ketika itu.
Orang Melayu yang bercucuk tanam memakai pakaian seperti itu sebab ia mudah, dan tidak menghalang pergerakan untuk membajak. Sementara untuk kaum lelaki pula, ia membolehkan mereka untuk bergiat giat, sambil bekerja, mereka boleh juga bermain sepak raga atau bersilat dan bergotong-royong yang menjadi satu aktiviti penting dalam kehidupan masyarakat Melayu lama, dengan memakai pakaian yang sama yang tidak menunjukkan kasta atau tahab sosial mereka.
Mungkin jenis kain yang diguna oleh rakyat Melayu ketika itu jenis yang biasa seperti kain benang yang kuat dan boleh dicuci dengan mudah dan didijemur untuk dipakai setiap hari, berbanding dengan jenis kain yang digunakan oleh kaum bangsawan yang lebih indah, seperti sutera yang berwarna-warni yang dibawa oleh pedagang luar negeri, seperti dari Negeri Cina dan India.
Pendek kata apa yang dipentingkan ialah fungsi dari estetika atau fesyen. Ini juga terangkan kenapa pakaian kaum lelaki dan perempuan Melayu zaman itu kelihatan seperti sama sahaja, tanpa menunjukkan keunikan peribadi.
Tetapi, Tun Hassan merubah segala-galanya. Dengan caranya yang tersendiri dia telah membuat pakaian untuknya yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki zamannya. Akibatnya ialah fesyen pakaian orang lelaki dan perempuan Melayu dan masyarakat Melayu amnya serta kaum bangsaan telah berubah oehsebab tindakan Tun Hassan itu.
Ini mungkin disebabkan bahawa Tun Hassan bukan seorang petani atau dari keluarga biasa; dia adalah anak seorang pembesar negeri, dan tidak ada sebab mahu membajak di sawah-bendang, atau bertani.
Oleh yang demikian, dia boleh kelihatan lebih segak dan tampan dari mereka semua. Kalau adapun kegiatan yang mahu dilakukan secara fizikal, ia mungkin untuk bermain sepak raga bulatan bersama rakan-rakan dari kalangan bangsawan sahaja di perkarangan rumah.
Juga jenis kain yang mampu diguna sudah pasti jenis yang diimport dari luar negeri seperti Cina dan India yang lebih halus dan berwarna-warni dan mahal.
Apa yang telah dilakukan oleh Tun Hassan adalah untuk melonggarkan pakaian baju Melayu, seperti baju dan lengan tangan yang diturunkan sehingga ke pergelangan tangan. Sementara itu, dia telah juga melonggarkan seluar atau celana, dan menjatuhkannya hingga ke tumit.
Untuk kain yang diikat di pinggang, Tun Hassan telah memakai kain yang lebih menarik dengan memakai songket. Dan kain yang dililit itu kini kelihatan seperti kain sampin dan tidak cuma sebagai kain untuk dijadikan tuala mandi atau selimut untuk menutup tubuhbadan pemuda Melayu tatkala malam tiba, atau mengelakkan diri mereka dari dibaham nyamuk dalam hutan atau pada waktu malam.
Selain dari itu Tun Hassan telah juga mereka semula kain yang dililit pada dahi kepala, dengan memberi corak tersendiri, sehinggakan ia kelihatan seperti tengolok atau setanjak yang kita ketahuinya sekarang. Ia tidak lagi jadi cuma kain yang dililit di kepala seperti yang diguna oleh anak muda Melayu untuk mengeringkan keringat, atau untuk diguna menahan kesakitan bila menanduk bola sepak raga yang keras bagai kayu sebab pembuatannya kasar dan tidak sehalus seperti bola sepak raga yang boleh didapati sekarang yang diperbuat dari rotan yang telah diperlembutkan.
Pakaian yang direka oleh Tun Hassan itu menarik perhatian ramai anak muda Melayu zamannya, dan mereka mulai menirunya, sehingga akhirnya pakaian baju Melayu itu menjadi pakaian rasmi dalam kesutanan Melayu Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah.
Kaum perempuan juga terikut-ikut melonggarkan pakaian mereka supaya ia kelihatan lebih ayu sambil menutup aurat.
Dengan cara ini juga setiap lelaki dan perempuan ketika itu boleh membuat perubahan kepada pakaian mereka dan mencari identiti dan citarasa sendiri; juga mengikut kemampuan masing-masing, samada mahu membuat pakaian yang lebih berseri atau biasa.
Lama-kelamaan fesyen pakaian orang Melayu berubah dari berfungsi untuk menutup aurat dan bekerja, kepada satu simbol status yang boleh membezakan orang Melayu sesama sendiri, mengikut tahab kedudukan dan harta mereka.
Ini sebenarnya berlaku dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah yang dikatakan sebagai zaman yang paling utama sepanjang zaman kesultanan Melayu Melaka itu.
Boleh juga dikatakan di sini bahawa perubahan fesyen orang Melayu ketika itu berlaku apabila masyarakat Melayu sedang menunjukkan kematangan berfikir dan kecanggihan dalam bidang kesenian dan kebudayaan dan peningkatan tahab ekonomi akibat kemajuan yang berlaku kepada negeri Melaka dengan pertembungan perniaga dari seluruh pelusuk dunia yang membawa barangan yang unik untuk diperdagangkan.
Jadi inilah sebenarnya Tun Hassan, pereka fesyen baju Melayu yang tidak diketahui umum.
Sekiranya dia tidak melakukan perubahan kepada pakaian orang Melayu saya yakin kita sehingga sekarang akan memakai baju Melayu yang lebih ketat dan senteng, sama sepeti yang diguna oleh
anak muda dulu tidak kira samada kita rakyat biasa atau pembesar negeri.
Fesyen pakaian Melayu, sebenarnya telah melalui perubahan yang lebih drastik selepas itu, sehinggakan ia kini menjadi pakaian yang lebih menarik, berbanding dengan pakaian-pakaian masyarakat lain seperti Cina atau India yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik.
Malah kalau hendak dilihat tidak ramai orang Cina sendiri yang kini memakai pakaian tradisional mereka.
Pakaian Melayu kini boleh dianggap sebagai diantara pakaian yang paling menarik seluruh dunia. Dan ia boleh diadaptasikan untuk musim sejuk (winter) walaupun di dunia Melayu kita tidak mengalami musim seperti itu.
Kalau kita bandingkan dengan pakaian tradisional kaum lain, fesyen pakaian orang Melayu masih diterima umum, dan boleh dipakai sehingga sekarang, walaupun terdapat perubahan sedikit-seanyak yang dilakukan oleh anak muda yang mahu menunjukkan identiti masing-masing dan menaikkan tarafnya di kalangan pereka fesyen.
Malah, kalau kita lihat dalam dunia fesyen sekarang, kita akan mendapati bahawa banyak pereka fesyen dunia mengguna fesyen pakaian wanita Melayu sarong untuk dijadikan pakaian rasmi atau untuk acara malam (evening dress).
Pakaian rasmi asal masyarakat di Barat adalah gaun malam (evening gown) yang kelihatan sarat dan tidak sesuai untuk banyak wanita Barat yang mahukan pakaian serba ringkas.
Lain pula dengan fesyen pakaian tradisonal kaum Cina, misalnya, yang boleh dikatakan sudah pupus ditelan zaman. Tidak ada pemuda dan pemudi Cina yang mahu memakai pakaian tradisional mereka seperti ‘cheong sam’.
Berbeza dengan fesyen pakaian orang India, yang masih memakai pakaian ‘sari’ dan ‘dhoti’ atau ‘kurta’ mereka yang tidak menampakkan sebarang perubahan drastik. Apa yang mereka pakai sekarang tidak berbeza dengan apa yang dipakai oleh nenek mereka.
Pakaian tradisional orang Melayu, sebaliknya telah berubah mengikut zaman. Dan kebanyakan perubahan ini telah berlaku oleh sebab anak muda Melayu gemar membuat perubahan ke atasnya, walaupun pada asasnya pakaian mereka itu tetap bersifat tradisional.
Sebelum itu kita boleh namakan pelakun Melayu yang terkenal di studio Jalan Ampas dan East Coast Road di Singapura yang mengayakan baju Melayu dan kurung dengan segaknya.
P Ramlee memakai songkok secara senget, dan kain sampin yang longgar dan besar. Ini menjadi ikutan-ikutan ramai pemuda dan pemudi.
Sultan Iskandar boleh dianggap sebagai pencetus trend atau ‘trendsetter’ dengan sengaja memakai baju Melayu yang lain dari orang Melayu lain. Sultan Iskandar lebih gemar memakai baju Melayu yang tidak mempunyai corak atau warna yang sama, seperti seluar yang berwarna hitam sedangkan baju berwarna terang.
Ini mungkin pertama kali pakaian baju Melayu telah diguna seperti itu, sebab sebelum ini anak muda Melayu takut untuk memakai baju Melayu kalau warna seluarnya tidak sama dengan warna baju.
Tentu ketika itu orang Melayu amnya akan rasa malu kalau mereka memakai baju Melayu seperti itu. Tetapi, lama-kelamaan fesyen pakaian seperti ini sudah diterima oleh umum, dan kini terdapat ramai orang Melayu yang memakainya seperti ini.
Tokoh lain yang telah merubah fesyen pakaian baju Melayu ialah penghibur Sudirman Haji Arshad, yang mempunyai perwatakan yang lain dari biasa. Oleh yang demikian apabila dia memakai baju Melayu, ia juga kelihatan lain dari apa orang lain pakai.
Sudirman gemar memakai baju Melayu yang berwarna terang dengan kain sampin yang begitu labur sehingga jatuh ke bawah lutut dan longgar. Dan kain sampinnya diperbuat dari jenis kain yang sama. Songkoknya juga berwarna seperti bajunya.
Sekarang ini ramai anak muda Melayu sudah meniru gaya pakaian Sultan Iskandar dan Sudirman. Dan mereka telah berani menambahkan corak dan cara baju Melayu mereka mahu dipakai.
Terdapat sekarang bermacam-macam jenis baju Melayu untuk lelaki atau baju kurung untuk perempuan Melayu dalam bermacam-macam bentuk dan rupa, walaupun secara amnya ia kelihatan seperti baju tradisional orang Melayu seperti dulu.
Hari Raya Puasa yang baru berlalu itu telah mempamirkan pelbagai jenis baju Melayu dan kurung yang telah diguna oleh artis-artis kita, dan kesemuanya menunjukkan keunikan sendiri, mengikut citarasa dan identiti peribadi.
Berbeza dengan pakaian tradisional kaum India dan Cina, yang mana tidak menampakkan sebarang perubahan. Malah boleh dikatakan pakaian tradisional orang Melayu lebih unik, sebab ia mengikuti zaman dan selera peribadi. Ia tidak beku dan berubah mengikut kehendak masa dan sendiri.
Lebih lagi kalau kita lihat pakaian tradisi wanita Melayu yang berwarna-warni dan mempunyai corak yang telah dipadankan dari pengelaman budaya asing, seperti Cina , India , Barat, Arab dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan