Khamis, 7 Mac 2013

BERPESTA-PESTA DENGAN FILEM.


Oleh Mansor Puteh






Konsep ‘pesta filem’ belum dimengertikan lagi oleh orang filem dan masyarakat kita. Adakah ianya bererti bahatra kita melupakan kesenian dan budaya filem dan berpakaian segak untuk bergaul dan makan-minum sahaja?
Pesta Filem Malaysia yang telah dianjur sebanyak sembilan kali gagal menengahkan isiu penting dan naikkan tahab pencapaian karyawan filem kita. Ini disebabkan konsep yang digunakan oleh pihak penganjor dan penaja seperti Finas salah dan ianya telah menjatuhkan martabat kesenian dan kebudayaan filem. Dan ini telah membuat masyarakat dan pencinta filem kita kurang yarin dengan furesi pembuatan filem tempatan.
Pesta filem telah dijadikan hari untuk melupakan kesenian dan kebudayaan, dan iarya telah digunakan untuk menaikkan imej Finas serta persatuanpersatuan penerbit dan presidennya.
Sebalikrya pengkarya filem dan karya-karyanya telah ditolak ketepi. Pelakon­pelakon sampingan dan tambahan atau ‘extras’ dimunculkan sebagai orang penting dalam perusahaan.
Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan acara seperti ini. Dan ianya telah berlaku selama sembilan kali. Tentu ada cara lain bagi Finas dan penganjor Pesta Filem Malaysia untuk gunakan bagi menaikkan imej perusahaan melalui pesta filem.
Sekiranya mereka tidak dapat mencari jalan menganjorkan sebuah pesta filem yang baik dari segi kesenian dan kebudayaan filem, dan menonjolkan pengkarya filem muda dan filem-filem penting, maka usaha menganjor pesta filem itu sendiri tidak akan memberi faedah.
Kita boleh ambil pesta filem terkenal seluruh dunia seperti Cannes, dan Academy dan kita boleh lihat betapa mereka sengaja menonjolkan pengkarya filem dan karyarkaryanya. Sedangkan pelakon tambahan dan ‘extras’ lain termasuk penerbit diketepikan samasekali.
Di Malaysia, pesta filem kita menonjolkan penerbit dan pelakon tambahan lebih dari pengkarya. Ini amat menyedihkan. Ianya cuma membuktikan bahawa pihak penganjor tidak tahu bagaimana hendak menganjor sesebuah pesta filem. Ini juga bererti bahawa usaha menganjor pesta Filem Malaysia gagal. Dan sesuatu yang terdesak harus diperlakukan untuk mencari jalan keluar dari kesongsangan ini.
Tiap kali pesta filem di adakan di Malaysia, yang begitu menonjol ialah pegawai Finas, dan presiden persatuan penerbit filem, dan pelakon tambahan atau ‘extras’. Dan penjkarya filem dan karya penting mereka diketepikan. Cuma pada malam pemberian anugerah sahaja mereka ini dan filem-filem mereka disanjung. Tetapi, kalau kita lihat liputan yung diberi oleh akhbar dan majalah, penerbit dan pelakon tambahan ini juga yang mendapat liputan yang lebih meluas.
Kalau filem dan pengkarya filem diketapikan dalam sesebuah pesta filem, ini cuma bermakna bahawa pesta filem itu tidak mempuryai konsep yang baik. Dan Finas telah menganjor sembilan pesta filem sehingga sekarang; tentu mereka sudah menjadi pakar dalam hal penganjoran filem. Oleh yang demikian tidak ada alasan bagi mereka untuk terus menganjor pesta filem bersama dengan persatuan penerbit filem tanpa memikirkan perkara-perkaea yang bersifat artistik dan tidak bersifat glamor sahaja.
Pesta filem Malaysia boleh dijadikan sebuah acara yang penting untuk semua pengkarya filem dan perusahaan, dan tidak cuma untuk beberapa orang penerbit dan pegawai Finas untuk menonjolkan diri mereka sahaja.
Kita tidak tahu samada tahun ini kita akan ada sebuah pesta filem Malaysia atau tidak, oleh sebab pengeluaran filem tempatan amat kurang sekarang, dan mungkin kita tidak akan mempunyai jumlah filem yang cukup untuk menganjor sesebuah pesta. Kita Cuma boleh lihat dan perhati sahaja. Kalau ada pesta filem, baik; tetapi kalau tidak ada, yang rugi nanti pegawai Finas dan presiden persatuan penerbit filem. Sebab mereka tidak boleh menonjolkan diri sendiri.
Orang filem tidak rugi kalau pesta filem Malaysia tidak diadakan, oleh sebab meteka tahu bahawa yang bakal mendapat liputan atau publisiti meluas dari acara itu ialah penerbit, pegawai Finas dan pelakon tambahan atau ‘extras’.
Jadi konsep yang digunakan oleh Finas dan penganjor pesta filem Malaysia adalah salah. Dan mereka harus menyedari perkara ini agar pesta filem akan datang tidakm mengulangi kesalahan dan kesilapan itu.
Pesta filem bukan untuk mana-mana pegawai atau penerbit tetapi untuk filem dan pengkarya filem penting, dan perusahaan filem itu sendiri. Sekiranya ini tidak difahami olehh Finas dan pihak penganjor- maka usaha mereka tidak akan mendatangkan kebaikan tetapi keburukkan kepada perusahaan filem.












Tiada ulasan: