Oleh Mansor
Puteh
Artis
ditangkap berkhalwat.
Berita seperti ini biasa mengejutkan, dan
bering dijadikan bahan berita mukadepan. Tetapi, kalau orangbiasa ditangkap
kerana berkhalwat, ianya sering diendahkan dan langsung tidak dilapurkan dalam
akhbar maupun majalah.
Kalau kerani atau birokrat agensi
kerajaan ditangkap berkhalwat kes seperti ini sering tidak dianggap sebagai
sebuah berita menarik. Di negara kita terdapat banyak kes khalwat yang
dilakukan setiap hari. Kita cuma perlu ke mahkamah Syariah uhtuk mengetahui
berapa banyaknya kes-kes seperti itu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi kes yang
sering diheboh-hebohkan ialah apabila seorang artis atau pelakon baru terlibat
dialaminya.
Kenapakah perkara seperti ini berlaku?
Kenapa kes arkitek, jurutera, saintis dan ahli politik yang ditangkap
berkhalwat tidak juga dilapurkan seluas-luasnya seperti kes yang melibat artis?
Jawapan yang ketara ialah ini disebabkan
terdapat lebih banyak akhbar dan majalah sensasi yang dahagakan berita yang
sama sensasi. Jadi, dalam masyarakat Islam kes khalwat itu dianggap satu berita
sensasi.
Ini juga disebabkan setiap akhbar
dan-majalah senasai itu mahu menggunakan kes-kes sensasi seperti itu untuk
menarik pelanggan atau pembaca. Jadi kes khalwat diguna oleh mereka untuk
tujuan pemasaran.
Strategi seperti ini amat bercanggah
dengan tujuan berita mengenai kes khalwat yang seharusnya dihebahkan. Tujaan
yang sebaik-baiknya ialah untuk ‘memalukan’ mereka yang tertuduh dan didapati
bersalah itu, dan tidak lain.
Tetapi, tujuan kes-kes khalwat kini
digunakan oleh akhbar dan majalah semata-mata untuk tujuan komersil. Ini amat
bercanggah dan salah dari segi moral.
Ini juga menerangkan kenapa cuma kes
khalwat yang melibatkan artis sahaja digempar-gempurkan oleh media hiburan,
dan bukan kes yang melibatkan orang lain.
Tetapi, apakah orang yang terlibat itu
tasa ‘malu’ apabila ditangkap kerana berkhalwat? Tidak.
Dalam zaman ini kes-kes
jenayah kecil dan besar tidak memalukan sesiapa. Ini disebabkan bahawa pihak media
ringan telah meringankan kes-kes itu sehingga ianya menjadi bahan hiburan
semata-mata.
Dan setiap hari kita akan dapat
membaca tentang kes jenayah termasuk curi, pecah amanah, dan khalwat dalam
ahkbar dan majalah. Jadi, ianya tidak dianggap ‘memalukan’ lagi tetapi cuma
bahan hiburan dan pembacaan ringan sahaja.
Ini termasuk kes-kes khalwat yang melibatkan
artis. Selepas dua hari orang sudah lupakan kes itu untuk membaca tentang kes
lain. Dan mereka yang bersalah itu pula boleh rasa ‘bangga’ dengan memperolehi
publisiti yang berlebihan. Mungkin ini akan menaikkan imejnya sebagai ‘orang
moden’ walaupun ia melibatkan moraliti.
Pada masa dulu sekiranya seseorang itu
tertangkap kerana kerkhalwat, seluruh keluarganya akan merasa malu. Dan seluruh
kampung akan memandang rendah pada mereka. Dan yang tertuduh itu akan rasa malu
untuk keluar rumah. Akhirnya, untuk mencari jalan keluar dari masalah ini dia
berkhawin dengan pasangannya itu supaya mereka kini boleh hidup sebagai
suami-isteri secara sah dan kampong; tidak lagi perhati kegiatan peribadi
mereka.
Tetapi, sekarang dalam dunia yang serba
moden, kes-kes khalwat yang melibatkan ugama dan moraliti sudah jatuh tahabnya
Orang jarang rasa malu kalau ditangkap berkahalwat. Mungkin dia akan rasa
tersinggung kerana perbuatannya itu terdedah. Tetapi, sebaik sahaja dia menukar
muka surat lain
dalam majalah atau akhbar, dia sendiri akan terlupa akan kes yang
melibatkannya. Dan dia akan terasa seperti membaca tentang orang lain yang
tertargkap, dan bukan dia.
Dan kenapakah pihak media hiburan fikir
pembaca dan masyarakat benar-benar berminat dengan kes-kes khalwat? Apakah
sensasi yang boleh didapati di dalamnya? Atau apakah sekira kes tersebut
melibatkan artis, maka ia mempunyai elemen berita pentingg?
Saya syak bahawa artis mudah digunakan
oleh media hiburan murahan seperti itu oleh sebab artis pada rata-rata gilakan
publisiti. Dan kes khalwat ini mungkin boleh memberinya publisiti yang luas.
Atau pihak artis boleh dipermainkan oleh
media hiburan untuk tujuan pemasaran dan menarik minat pembaca. Kes khalwat ada
suatu kelainannya jika dibandingkan dengan berita artis menerimc sanjungan di
luar negeri, atau membuat filem dan sebagaimana.
Berita tentang artis berkhalwat seperti
itu yang membuat masyarakat marah dengan tingkah-laku masyarakat seni, walaupun
ia melibatkan satu atau dua orang sahaja. Ini disebabkan bahawa satu atau dua
kes khalwat itu dilapurkan secara meluas.
Sebaliknya terdapat ramai ahli pemiagaan yang terlibat
dalam kes-kes kecurian, pecah amanah dan tipu dan sebagairya, tetapi,
masyarakat tidak memandang rendah pada masyarakat pemiagaan.
Artis sering dipersalahkan kerana
kesilapan dan kesalahan seorang diantara mereka. Ini disebabkan bahawa media
hiburan telah menyerongkan pemikiran rakyat dan pihak berkuasa derigan
menonjolkan kes-kes sumbang yang melibatkan artis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan