Jumaat, 1 Mac 2013

PENGAJIAN TENTANG FILEM P RAMLEE BELUM DILAKUKAN.


Oleh Mansor Puteh





Jasadnya telah bersemadi di pusara di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang sejak 29 Mei, 1973 dahulu. Sudah dua-puluh-satu tahun P Ramlee meninggalkan kita untuk pergi ke alam baka. Kita kenangnya dan jasanya sebab dia bukan sama seperti banyak manusia yang pernah berada bersama kita. Dia seorang seniman yang terbilang. Dan saya takut untuk menyebutnya sebagai ‘seniman agung,’ sebab ini boleh bererti kita keterlaluan dalam segala puji-pujian kita. Dia cuma seorang seniman terbilang.
‘Terbiiang’ oleh sebab ia pertama dalam bilangan jumlah seniman negara yang pernah berbakti kepada bidang kesenian filem dan muzik. Dan mungkin ada yang masih giat dan cemerlang untuk mempromosi bidang yang sama ini. Mereka belum diambil kira akan sumbangan mereka.
Tetapi ternyata, tentu ada banyak lagi yang tergolong dengan P Ramlee, yang mungkin seangkatan dengannya bertungkus-lumus denganya di Singapura dulu. Dan ada juga yang muda-muda yang baru mula menapak demi memajukan perusahaan filem. Cuma masa yan bakal menentukan samada mereka juga akan turut ‘dibilang’ dalam senarai nama seniman setaraf dengan P Ramlee. Atau mungkin lebih hebat darinya.
Tarikh 29 Mei adalah tarikh bermakna untuk sejarah perusahaan filem kita. Ianya juga merupakan satu tarikh pemisahan diantara dua era dalam perusahaan, iaitu era lama dan era baru. Tetapi era baru yang akhirrya berlaku ialah era yang penuh dengan kekosongan atau ‘vacuum’. Satu dekad terpaksa berlalu sehingga ini.
M Borhan mulakan kegiatan pembuatan filem dengan mengguna cara bukan seperti cara lama. Dia menghasilkan filem ‘Keluarga Si Comat’ dalam tata warna dan bidang luas, dan perusahaan filem kita sekarang bermula dari situ.
Hari ini tarikh 29 Mei diguna oleh para seniman yang lama, tokoh arkib dan sejarahwan amator untuk mengenang kehilangan P Ramlee. Mereka akan mengadakan acara bertafakur, sama seperti tahun-tahun lalu. Dan acara ini akan mendapat liputan dalam akhbar. P Ramlee dikenang kata mereka; masyarakat kita tidak lupakannya.
Tetapi, apakah setelah dua-puluh-satu tahun mereka bertafakur, mereka sendiri tidak terfikir sejenak bahawa cuma dengan bertafakur itu saha ja, jasad P Ramlee tidak akan lega?
Tentu ada cara lain yang tidak juga kurang pentingnya dari bertafakur yang boleh dilakukan oleh mereka itu untuk mengenai jasanya.
Tidakkah mereka terfikir untuk mengenangnya dengan membuat pengajian mendalam tentang semua filemnya?       Ini yang penting sebab tanpa sebarang kerja seperti itu, masyarakat akan terkeliru dengan kegagahannya, dan jasanya sendiri. Mereka akan terus dibuat oleh perasaan sentimental dan emosi.
Kita perlu merbuat suatu pengajian mendalam mergenai semua filem P Ramlee dan sejarah hidupnya secara mengkaji perkembangannya diri aspek perkembangan budaya dan keseniannya. Sebab orarg semua tahu yang dia berasal dari Pulau Pinang dan berhijrah ke Singapura untuk menempa nama.
Tetapi, selain dari itu, masyarahat tertanya-tanya, apakah sebenarnya seniman ini? Filem-filem yang dilalakon atau diarahnya tidak berjaya menyingkap tentang ketokohannya. Orang menjadi keliru dengan setiap filem yang diulang-tayang di peti televisyen. Sehinggakan ada penonton yang menjadi muak denganya. Kata mereka menonton filem-filem itu sebagai ‘membazir’ oleh sebab ia telah berpuluh kali ditayang.
Walaupun filem-filem P Ramlee ditayang seribu kali di televisyen, masyarakat tidak akan kenal dengan isinya selain dari plotnya sahaja. Dan ada orang yang boleh membincang dtentang temanya. Selain dari itu filem-filem P Ramlee cuma sesuai untuk penntonan sahaja. Dan tarikh 29 Mei diguna oleh orang untuk bertafakur untuk seniman itu sahaja.
Kini sudah tiba masanya kita membuat sesuatu yang lain bagi mengenang jasa P Ramlee. Kita perlu membuat pengajian mendalam tentang filem-filemnya dan riwayat hidupnya. Dan buku-buku harus ditulis bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi lebih dari itu dalam bahasa Inggeris supaya ianya dapat diedarkan ke seluruh dunia.
Dan kalau filem-filemnya ditayang sekali lagi, ianya sudah boleh menekankan aspek-aspek budaya dan tematik dan bukan sahaja aspek lakonan dan arahannya seperti yang berlaku sekarang.
Ada banyak pengarah utama dunia yang lebih hebat dari P Ramlee yang telah dijadikan bahan nengajian oleh para sarjana. Tetapi, di Malaysia ini tidak pernah dijadikan mata pelajaran. Sekolah filem kita tidak memberi kuraus tentang sinema P Ramlee atau sinema Hussain Hanif.
Dan banyak pawagam di Amerika dan Eropah dinamakan dari nama-nama pengarah penting mereka seperti Charlie Chaplin, Orson Welles. Tidakkah di Malaysia juga kita boleh mula menamakan pawagam-pawagam kita dengan nama seniman-seniman lama? Kenapa mesti kita mengguna nama asing seperti ‘Odeon’, ‘Cathay’, ‘Rex’, ‘Federal’ dan sebagainya?
Penamaan pawagam dengan nama tokoh filem lama itu boleh membuat nama mereka itu dingati dan bukan sahaja filem mereka.    
Tidakkah masyarakat tertanya pada diri sendiri, siapakah yang paling untung dengan penayangan filem-filem P Ramlee di televisyen sekarang? Adakah keluarga P Ramlee, atau tuan punya filem-filem itu yang mempunyai hak-milik filem tersebut?
Ternyata keluarga P Ramlee tidak beruntung dengan setiap penayangan filemnya, dan masih mendapat keuntungan besar ialah pemilik filem itu iaitu Shaw Brothers di Singapura. Jadi kalau filem-filemnya terus ditayang, bukan sahaja masyarakat akan menjadi bertambah keliru dengan aspek sebenar filem tersebut, bahkan mereka juga akan memberi sokongan kewangan kepada tuan punya filem-filem itu.
Dan kita tidak pemah mendengar pihak majikan lama P kamlee memberi sumbangan kepada Memorial P Ramlee untuk mengadaka acara-acara tertentu dan kepada para sarjana untuk menulis buku tentang filem atau riwayat P Ramlee.
Tetapi, yang menjadi penentu samada jasa P Ramlee akan terus dikenang atau tidak terletak kepada kita sendiri. Kita boleh tentukan samada tarikh 29 Mei itu boleh hanya digunakan untuk acara satu sahaja iaitu bertafakur dan mengadakan sembahyang khas, atau kita boleh menggunanya untuk tujuan-tujuan yang sama penting itu mencetuskan idea untuk mengenangnya dengan membuat pengajian mendalam dari semua aspek.
Kita hairan kenapa sehingga sekarang tidak terdapat sebuah buku bercorak ilmiah mengenai P Ramlee yang dikeluarkan oleh ahli sejarah kita maupun pengaji filem.
Kita juga hairan kenapa sehingga ke hari ini pihak seperti Memorial P Ramlee tidak mengusulkan agar buku-buku seperti itu ditulis. Mereka cuma asyik mempamirkan barang-barang peninggalannya untuk pengunjung. Ini bukan sebuah memorial yang penting, ia lebih bercorak bangunan khazanah P Ramlee sahaja.
Sebab seperti Memorial John F Kennedy di Dorchester Point, di Massachusetts yang pemah saya lawati tidak lama dahulu, barang-barang peningalan bekas presiden Amerika itu sedikit sekali dipamir. Dan memorial itu semata­-mat untuk tujuan penyelidikan oleh para sarjana. Ia memuatkan semua kertas dan tulisan oleh presiden itu atau orang lain. Ini sebenarnya yang dibuat oleh Memorial P Ramlee supaya aspek kebudayaan dan keintelektualannya disanjung lebih dari barang-barang lamanya.
Sebab yang lebih penting bukan seniman itu sendiri tetapi karyanya dan pemikiran serta ‘mutiara kata’ yang sempat ditinggalkannya. Dan kalau kita cuma kenang orangnya atau seniman itu sahaja ini sudah bererti kita terpesong dari ajaran ugama yang tidak mementingkan manusia itu sahaja, tetapi lebih dari itu jasa dan karyarya.
Tarikh 29 Mei genap dua-puluh-sembilan tahun P Ramlee meninggalkan kita. Dan. buat kali ke-dua-puluh-sembilan orang akan bertafakur dan mengadakan sembahyang arwah dan membaca ayat yassin. Saya harap, tahun ini tidak akan menjadi seperti tahun-tahun lama mereka akan terus bertafakur dan membaca surat yassin sahaja, tetapi sudah coleh memikirkan untuk membuat sesuatu bagi mengenangkan jasanya supaya boleh mengkayakan budaya kita dan menguatkan harapan kita.
Sebabnya ialah P Ramlee hidup untuk memajukan kerjayanya dan perusahaan filem. Dan adalah lebih baik kalau setiadanya, kenangan ke atasnya dan sagala acara untuk memperingatinya digunakan bukan untuk meluaskan jarak pemikiran diantara era filem lama dengan era filem baru dan memisahkan dua golongan pengarah filem tetapi untuk merapatkannya, supaya yang beruntung nanti ialah perusahaan filem kita itu sendiri.








Tiada ulasan: