Oleh Mansor
Puteh
Kenapa filem
remaja digemari oleh penonton? Dan kenapa ia sering dibuat oleh pengarah remaja
dan disenangi oleh penonton remaja?
Jawabnya ialah filem-filem remaja ini
begitu mudah sekali dibuat. Dan isiu-isiu yang ditimbulkan itu juga mudah
difaham. Ia biasanya adalah isiu remeh-temah dan tidak mendalam. Filem-filem
seperti ini tidak mempunyai pemikiran yang mendalam dan falsafah hidup yang
halus dan tinggi.
Penonton senang faham filem seperti ini
lebih-lebih lagi kalau ia dibintangi oleh seorang penyanyi terkenal dan
ceritanya berkisar sebuah lagu yang terkenal. Pihak media hiburan gemar memberi
publisiti meluas kepada filem-filem remaja sebab pelakonnya juga remaja sama
seperti pengarahnya. Dengan publisiti meluas tidaklah hairan kalau filem
tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Dan penontonnya adalah
hampir kesemua terdiri dari kaum remaja.
Adakah ini tahab pencapaian perusahaan
filem kita dan mentaliti pennnton amnya? Adakah kita harus berasa bangga dengan
penerbitan filem-filem seperti ini, walaupun ianya mendapat kutipan yang baryak
di pawagam?
Ternyatanya tidak. Ianya cuma baik untuk
penerbit individu yang telah menerbitkan filem-filem tersebut yang mendatangkan
keuntungan yang banyak kepada mereka. Dan ini bakal mendorong mereka untuk
merghasilkan lebih banyak filem remaja seperti ini dengan mengguna format yang
sama.
Dan pengarah filem berkenaan juga
beruntung sebab akan dipelawa antuk mengarah filem remaja baru. Akhirnya
perusahaan filem kita akan dikenali sebagai perusahaan filem remaja. Ini tidak
sihat untuk pembangunan dan kemajuan perusahaan filem kita dan imej negara.
Ini disebabkan tahab sebenarnya
filem-filem remaja seperti ini tidak lain sama seperti novel-novel remaja yang
dihasilkan oleh penulis tidak terkenal. Walaupun novel seperti itu mendapa.t
pasaran meluas di kalangan anak remaja, namun demikian kita tidak boleh
melihatnya lebih dari itu.
Filem-filem remaja juga harus dil.ihat
seperti novel remaja, iaitu ianya dibuat bukan untuk memajukan kesenian dan
kebudayaan maupun perusahaan filem kita tetapi cuma untuk menarik perhatian
penonton remaja dan mengutip seberapa untung yang mampu.
Motivasi pembuat filem remaja dan
penulis novel remaja tidak berbeza, iaitu ianya bertujuan untuk menarik
seberapa ramai penonton atau pembaca di kalangan masyarakat.
Dan mereka harus juga sedar bahawa,
walaupun sambutan yang dapat diperolehi dari hasil mereka, ianya tidak bererti
bahawa ianya baik dari segi lain.
Yang saya kuatir ialah oleh sebab
filem-filem remaja itu popular khususnya di kalangan penonton remaja, ianya
menyebabkan masyarakat am menganggap bahawa filem seperti itu penting dan bagus
untuk perkembangan perusahaan filem kita.
Saya yakin pembuatan filem-filem remaja
ini cuma suatu trend yang akan berlalu. Harap ianya akan berlalu dengan segera
supaya pembuat filem kita akan segera sedar akan pentingnya filem-filem bermutu
tinggi yang menekankan kesenian dan kebudayaan filem.
Sebab untuk memajukan perusahaan filem
kita, filem seperti inilah yang boleh diambil kira untuk menentukan samada
ianya telah maju atau tidak.
Mungkin penonton kita amnya tidak dididik
oleh media dan pengarah filem maupun pengkritik tentang apa itu filem, dan
lantas itu menganggap filem-filem remaja baik dari semua segi. Populariti filem
remaja ini cuma membuktikan bahawa penonton dan masyarakat kita belum tahu lagi bagaimana
hendak memahami sesebuah filem. Pada mereka filem itu adalah bahan hiburan
semata-mata, dan bukan lagi bahan kesenian yang halus.
Sebab selagi ini tidak dimengerti mereka,
pengarah filem remaja akan terus membuat filem-filem remaja yang samasekali
tidak berfaedah untuk pembangnnan perusahaan filem kita.
Adalah diharapkan agar trend membuat
filem-filem remaja ini akan berakhir secepat mungkin supaya trend yang lebih
serius akan dicubai oleh pengkarya filem kita. Kalau tidak perusahaan filem
kita akan hancur ditenggelami dengan filem remaja.
Dan adalah baik juga kalau penonton
remaja kita dididik untuk menonton filem dengan pemahaman yang lebih mendalam.
Dengan ini menyedari bahawa filem remaja
itu bukan filem yang sebenarnya tetapi sama tarafnya dengan novel remaja untuk
dibaca tanpa maksud yang lebih murni dari itu.
Saya yakin bahawa trend membuat filem
remaja ini akan habis tidak lama lagi, oleh sebab cerita-cerita yang
berdaaarkan lagu popular turut akan menunjukkan persamaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan