Oleh
Mansor Puteh
1
CARA HALANG KEMALANGAN BAS:
1. Setiap
kali Hari Raya Puasa menjelang tiba ada-ada sahaja kejadian kemalangan berlaku.
Harap cadangan ini dapat mengurang atau hapuskan kemalangan yang mungkin akan
berlaku menjelang perayaan ini, seperti pada tahun-tahun lalu.
Semua
syarikat bas mesti mempamirkan nombor talipon khas – hotline – di dalam bas
serta pada tiket.
Sekarang
ramai orang termasuk penumpang bas mempunyai talipon. Mereka boleh buat
panggilan
atau hantar SMS kepada pegawai syarikat tersebut
kalau pemandunya memandu dengan gila supaya
mereka boleh
ditahan dari teruskan pemanduan yang boleh mengakibatkan kemalangan.
Nombor khas
polis juga boleh dipamirkan untuk tujuan yang sama. Malah sistem ini boleh
diadakan
secara berterusan untuk
mengelakkan kemalangan.
2. Anggota
polis mesti diletakkan di semua pintu tol untuk menahan pemandu bas yang
memandu secara gila atau menghisap
rokok dan bercakap dengan talipon mereka, dan lain-lain.
3. Saya
percaya kalau sistem pemantauan oleh penumpang ini dihebohkan semua pemandu bas
akan dengan secara sendiri akan memandu dengan cermat.
4. Sistem
pemantauan oleh penumpang lebih berkesan supaya penumpang sendirinya menjaga
cara mereka memandu. Ini sahaja boleh mendatangkan kesan positif.
5. Speed
Meter yang menunjuk angka kelajuan dipasangkan di hadapan penumpang supaya
mereka dapat lihat berapa laku pemandu memandu bas yang mereka menaikki. Sistem
yang diguna sekarang tidak berkesan, sebab ia cuma merekod kelajuan bas setelah
bas berhenti. Sistem yang saya cadangkan ini memberi amaran kepada pemandu dan
penumpang kalau bas berlari lebih dari hadnya dan siren akan dibunyi dengan
bingit kalau kelajuan melebihi kelajuan ini. Tidak guna untuk JPJ atau polis
menahan pemandu selepas kemalangan berlaku. Yang lebih baik ialah untuk
mengalak kemalangan dari berlaku dengan mengguna psilologi dan alat yang murah
dan mudah dipasang pada setiap bas.
6. Penumpang
yang buat aduan diberi hadiah tiket percuma atau wang, sebagai penggalak dan
mereka mesti dianggap sebagai hero yang boleh menyelamatkan nyawa penumpang
lain. Mereka mesti diberi publisiti untuk menggalak penumpang lain ambil
tindakan sama. Malah mereka adalah hero yang telah menyelemakatkan nyawa. Disamping
itu publisiti seperti ini beri amaran kepada pemandu bas dan teksi lain supaya
berhati-hati.
7. Sistem
yang sama juga boleh diguna untuk teksi. Semua teksi mesti mempunyai nombor
talipon khas kepada polis dan pihak tertentu supaya mereka boleh buat aduan
langsung. Tidak guna suruh penumpang teksi atau bas buat aduan ke akhbar yang
cuma akan menyiarkan aduan beberapa hari selepas kejadian atau pergi ke balai
polis. Semua teksi di Amerika mempakirkan nombor hotline.
8. Kempen
halang kemalangan yang dilakukan oleh kerajaan mesti ditukar supaya ia tidak
ditujukan kepada pemandu, tetapi kepada penumpang pula.
(Saya juga mempunyai ijazah
dalam bidang komunikasi masa dengan jurusan pengiklanan. Dan saya
berani berkata bahawa kempen
elak kemalangan dan kempen anti-merokok seperti yang diadakan oleh
kementerian berkenaan tidak
berkesan. Ada cara lain yang boleh diguna yang lebih berkesan.)
9. Semua
penunggang motosikal mesti hantar motosikal mereka ke balai kalau mereka
didapati
melanggar
undang-undang trafik termasuk merosakkan nombor plet dan membawa lebih
penumpang.
Semua
penunggang akan risau kalau mereka tidak mempunyai motosikal mereka selama satu
bulan.
2 CARA MENGAWAL BANK:
1. Cara
kawalan di bank dengan meletakkan pengawal seperti yang digunakan sekarang
tidak berkesan. Dalam zaman Internet dan vidio, saya cadang agar semua pengawal
diajar sedikit kemahiran dan teknik pengawalan bank khususnya ditukar dari
pengawal bersenjatakan senapang kepada pengawal disuruh menjaga bilik vidio.
2. Semua
bank mesti dipasangkan dengan pintu dua lapis berkalis peluru. Ia mempunyai dua
pintu yang cuma boleh membenarkan seorang demi seorang masuk, dan tidak
sekumpulan yang boleh menyerbu ke dalam ruang bank. Dari apa yang dapat saya
lihat hampir semua rompakan di bank berlaku dengan penyerbuan oleh sekumpulan
orang yang memakai topi keledar dan bersenjata.
Pintu kedua
cuma dibuka kalau pelanggan bank tidak memakai topi keledar atau membawa beg
yang
besar atau
lebih dari seorang mahu masuk serentak. Pengawal yang bersembunyi dalam bilik
bercermin
gelap boleh
picit butang dan kunci pintu kedua dan pintu pertama sehingga pelanggan itu
tanggalkan
topi
keledar. Cara ini juga boleh dilakukan di kedai emas yang kini terbuka. Pintu ini
juga boleh
disediakan dengan gas pelali
yang boleh dikeluarkan untuk melemahkan orang mempunyai senjata.
3. Cara
mengalak rompakan bank sepatutnya dilakukan sebelum perompak masuk ke dalam
ruang bank,
dan tidak
selepas mereka masuk dan ugut petugas dan orang awam di situ seperti yang
lazimnya
berlaku.
4. Sistem
kamera vidio boleh dipasang di luar bank untuk melihat kalau sekumpulan orang
sedang
berjalan
masuk ke arah bank. Pengawal dari dalam bank boleh lihat mereka dan seterusnya
picit butang
untuk menutup
pintu kedua dan pertama bila mereka masuk ke dalam bank.
5. Sekiranya
sistem seperti ini dapat diwujudkan, ia merupakan satu sistem pengawalan bank
yang pertama di dunia. Dan tidak seorangpun akan berani untuk menghampiri bank
kalau dia memakai topi keledar atau membawa beg besar yang boleh memuatkan
senjata. Sistem ini boleh mengurang atau menghapuskan rompakan di bank atau
kedai emas di Malaysia. (Lihat langkaran di bawah.)
3
KEJADIAN ROGOL DAN SUMBANG MAHRAM:
(Pendapat saya tentang
perkara ini agak berbeza sedikit. Saya tidak mahu salahkan perempuan, tetapi
perempuan sahajalah yang
boleh menentukan kalau mereka mahu dirogol atau tidak. ONLY THE
WOMEN CAN DECIDE IF THEY WANT
TO BE RAPED OR NOT! Perogol cuma boleh wujud kalau
mereka diberi peluang untuk
merogol.)
1. Amat
menyedihkan sebab kes rogol masih berlaku. Ada beberapa ciri kenapa kes rogol
berlaku. Satu, ia
berlaku di
tempat terpencil dan kedua, ke atas gadis atau wanita yang berjalan seorang
diri. Malah lelaki
yang bersenjata pistol juga
boleh diserang kalau dia menunggang motosikal seorang diri!)
2. Perogol
sebenarnya DIGALAK untuk merogol. Tidak sesiapa yang boleh merogol mana-mana
perempuan
atau gadis tua, muda, gemuk atau hodoh, kalau perogol tidak DIBERI PELUANG!
Wanita
bertudung atau hodoh tidak
menghalang rogol dari berlaku. Sebabnya perogol merogol wanita dalam
alam fantasi mereka! Wanita
ini adalah yang mereka tonton dalam TV dan lihat dalam majalah yang
menyiarkan gambar wanita
seksi. Kenapa kes sumbang mahram dan rogol sering berlaku di luar bandar?
Sebabnya jenis hiburan di TV
dan bahan dalam akhbar dan majalah menunjukkan gambar wanita seksi.
Hampir semua hiburan di TV
adalah untuk memenuhi selera dan mengikut nilai penonton bukan
Melayu. Merekalah yang
beria-ia komplen dalam akhbar untuk menyiarkan rancangan asing itu dan ini
yang semuanya mempunyai nilai
negatif. Akhbar tempatan adalah petualang yang merubah selera
penonton dan pihak stesen TV.
3. Kesemua
kes rogol yang telah dilaporkan dalam akhbar sejak kebelakangan ini membuktikan
bahawa
kes rogol
cuma boleh berlaku oleh dua sebab sahaja. Dan kalau semua perempuan atau gadis
mengamalkan
sikap yang baik, mereka tidak boleh dirogol.
Contohnya,
kes seorang wanita dirogol dalam bas, seorang wanita lain dirogol semasa
menunggang
motosikal di
tempat terpencil dan beberapa wanita dirogol sebab mereka ambil teksi pada
waktu malam,
seorang diri,
seorang penuntut dirogol semasa berjalan seorang diri dan seorang gadis 14
tahun dirogol di
tempat letak
kereta pada waktu malam. Kenapa mesti gadis itu berada di tempat seperti itu?
Lihat aspek
bersendirian
dan terpencil dalam semua kes ini.
4. Mungkin satu
kempen boleh diadakan untuk tidak menggalak perempuan atau gadis berjalan
seorang
diri. Polis
sebenarnya di mana-manapuntidak boleh halang kes rogol dari berlaku. Yang boleh
halangnya
ialah
perempuan dan gadis itu sendiri. Jadi
tidak ada guna NGO perempuan dan pemimpin politik
wanita marahkan lelaki yang TELAH merogol dan
gesa supaya undang-undang yang lebih ketat
diadakan. Ini
tidak akan mengurangkan kes rogol, sebab rogol akan dilakukan oleh orang lain.
Tidak ada
beza kepada
orang yang telah dirogol itu dipancong atau dihukum gantung.
Jadi cara
untuk menghalang kes rogol terletak pada diri individu itu sendiri. Perempuan
dan gadis mesti
tidak
berjalan seorang diri untuk pergi ke mana-mana. Dan mustahil untuk anggota
polis disuruh
mengawal setiap
jalan dan setiap padang gelap sebab rogol boleh berlaku apabila perempuan atau
gadis
itu
melatakkan diri mereka dalam keadaan yang lemah.
5. Jadi, wanita
yang dirogol dalam bas dari Kelang, wanita yang menunggang motosikal di tempat
gelap
dan penuntut
sekolah semuanya boleh elak dari dirogol kalau mereka guna akal dan tidak
berjalan
seorang diri.
AKHIR SEKALI: APA
HIKMAH DALAM EMPAT SAKSI YANG DIPERLUKAN DI BAWAH HUKUM HUDUD?
Tidak seorangpun yang telah bertanya kenapa di bawah
hukum Hudud, seseorang wanita atau gadis itu mesti tampilkan empat saksi untuk
membuktikan yang dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Pendapat yang telah
dikeutarakan amat lucu buat saya.
Sebenarnya, saya berani berkata bahawa ada hikmah di dalam
hukum ini. Ia tidak lain bertujuan untuk mengelak mana-mana perempuan atau
gadis dari dirogol. Undang-undang sivil cuma beri keadilan kepada orang yang
TELAH dirogol dengan penghukuman paling berat kepada perogolnya.
Sementara itu hukum Hudud pula mahu mengelak mana-mana
perempuan dari dirogol. Jadi di sinilah di mana datangnya hikmah empat saksi
itu. Tujuannya ialah untuk menggalak semua perempuan dan gadis dari berjalan
atau berada di dalam keadaan seorangan. Mereka mesti senantiasa berada dalam satu
kumpulan setidak-tidaknya lima orang termasuk dia sendiri. Kalau ini dilakukan
mereka, tidak ada lelaki yang berani memperkosa atau merogolnya, walaupun
lelaki itu adalah orang yang buas. Inilah sebenarnya HIKMAH hukum Hudud yang
memerlukan empat saksi dalam kes rogol.
Tentu sebuah undang-undang boleh diperkenalkan untuk
melarang wanita atau gadis berjalan seorang diri khususnya pada waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan