Selasa, 19 Mac 2013

SEJARAH FILEM BERMULA DARI WAYANG KULIT.


Oleh Mansor Puteh








Tentu memeranjatkan kalau dikatakan bahawa filem mempunyai asal-usul wayang kulit kita. Tetapi, ini yang telah di tentukan oleh para ilmuan dan sejarahwan filem. Oleh sebab ianya jarang dibincang dan disebut banyak orang tidak mengetahui fakta penting ini.
Kalau kita perhatikan filem dan persembahan wayang kulit seperti yang diketahui umum, tentu kita akan lihat perbezaannya. Tetapi, secara konsep dan persembahan, ianya tidak berbeza sangat.
Ini disebabkan filem seperti wayang kulit mengguna cahaya. Dan imejan yang dibuat oleh pancaran cahaya itu yang membuat kedua-dua bidang ini seruna. Cuma yang membezakan ialah wayang kulit mengguna teknologi yang agak biasa atau primitif, sementara filem mengguna teknologi termoden. Lebih-lebih lagi kalau kita ambil kira perkembangan yang telah berlaku terhadap alat-­alat seperti projektor dan sistem-sistem canggih yang digunakan di pawagam sekarang.      
Tetapi, pada dasarnya, wayang kulit masih dianggap sebagai merupai usul filem.
Tetapi, asal-usul filem sebenamya boleh dilihat kepada lukisan di dalam gua di Almahera, Sepanyol yang mana menunjukkan lembu yang mempunyai lapan kaki. Lukisan yang dibuat beribu-ribu tahun oleh masyarakat kuno memberi gambaran atau imej tentang pergerakan.
Dan yang penting dalam filem maupun wayang kulit ialah pergerakan disamping imej atau gambar yang hanya dapat dirakam dalam lakaran atau lukisan. Jadi, tidak hairanlah kalau filem juga dipaggil ‘the moving pictures’ atau singkatannya, ‘movies’ atau gambar bergerak oleh kita.
Walaupun gambar lembu itu kaku, tetapi dengan membuat lukisan yang menunjukkan lapan kaki pada setiap haiwan itu, orang kuno di Sepanyol telah melihat lukisan lembu yang ‘bergerak’.
Mereka tidak mempunyai kepakaran atau teknologi untuk membuat lukisan lembu itu bergerak seperti dalam wayang kulit atau filem sekarang, tetapi pada dinding gua mereka telah membuat lukisan yang beri gambaran pergerahan.
Lama-kelamaan apabila manusia telah berjaya membuat cahaya yang boleh dipancarkan mereka telah juga mencipta satu persembahan iaitu wayang kulit. Ini tidak berlaku di Eropah, tetapi di Asia termasuk Kambodia, Indonesia dan Malaysia dimana sehingga sekarang orang masih membuat persembahan wayang kulit sebagai persembahan tradisi mereka.
Dan kemudian itu, pereka di Barat mula mencipta projector dan kamera yang mana boleh membuat rakaman ke filem hitam-putih imej yang boleh disimpan dan kemudiannya dipancar ke layer perakk. Dan di sinilah mula apa yang kita kenal sehingga sekarang sebagai filem.       
Wayang kulit seperti yang kita tahu sekarang cuma dipinjam teknologi atau konsepnya. Dan barat sering dikatakan telah menemui bidang perfileman. Dan mereka telah juga memperkembangkan bidang ini sehingga ianya menjadi begitu canggih dengan teknologi terkini, sehingga terhilang asal-usualnya iait wayang kulit.
Namun demikian, kita tidak akan melupakan akan sejarah awal perkembangan bidang perfileman yang mempunyai asal-usul lukisan lembu berkaki lapan di gua di Sepanyol dan wayang kulit.
Jadi, kita boleh menyatakan juga bahawa filem, sebenarnya merupakan bidang yang dicipta di benua Asia dan bukan Barat.
Tapi, ada orang di negara kita yang masih berkata bahawa filem adalah kesenian yang dismport dari Barat.
Apa yang mereka sebenarnya berkata ialah bahawa teknologi perfileman sekarang datang dari Barat, tetapi medium itu sendiri serta konsepnya adalah berasal dari Timur atau Benua Asia sendiri.
Nenek-moyang kita sudah tahu dan sedar tentang pentingnya cahaya dalam sesebuah persembahan dan mereka telah mencipta kesenian yang dikenali sebagai ‘wayang kulit’ yang mempunyai ciri-ciri persembahan sebuah filem. Tetapi, oleh sebab perkembangan teknologi berlaku di Barat, maka mereka telah berjaya membaikki teknologi penggambaran dan pemancaran cahaya sehingga mereka telah berjaya untuk ‘mencipta’ kesenian baru yang dikenali sebagai ‘cinema’.
Ini juga bererti bahawa kepakaran nenek-moyang kita untuk mencipta ‘wayang kulit’ harus juga dipuji, sebab tanpanya barat tidak akan dapat memikirkan untuk mencipta kesenian filem seperti yang kita tahu sekarang.
Sama juga permainan seaerti ‘badminton’, ‘tennis’, dan ‘polo’ yang barasal dari Asia tetapi ianya telah di bawa ke barat dan dipermodenkan sehingga diterima di. seluruh dunia. Tetapi, pada dasamya, permainan itu sama saperti ‘filem’ masih diiktiraf oleh para sarjana filem sebagai bermula dari Asia. Dan ianya telah dicipta oleh nenek-moyang kita sendiri, dan bukan dipinjam atau ditiru dari barat.










Tiada ulasan: