Ahad, 10 Mac 2013

COVENT GARDEN: PASAR IKAN JADI PASAR BUDAYA.


Oleh Mansor Puteh








Dulunya ia cuma sebuah pasar ikan dan sayur-cayuran sama seperti Central Market di Kuala Lumpur. Alfred Hitchcock pernah membuat penggambaran filemnya di sini untuk filem ‘Frenzy’. Ketika itu Covent Garden belum bertukar wajah.
Tetapi kini Covent Garden telah menjadi begitu indah dan tumpuan pelancong  dan masyarakat London.
Bangunan pasar ini sebenamya telah dibina dari 1828 hirgga 1930 dan menjadi pasar sayuran dan buah-buahan selama 150 tahun. Dan kerja mengubahsuainya disiapkan dalam tahun 1980 apabila ianya dirasmikan oleh Sir Horace Cutler.
Selain berjaya mengekalkan keindahan binaan lampau, Covent Garden telah juga menjadi daya penarik orang ramai. Dan terdapat sebuah stesen keretapi bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ yang boleh membawa penunpang ke tempat ini dari mana-mana seluruh London.
Dalam musim sejuk keadaan di sini agak sunyi. Tetapi, dalam musim panas orang ramai berpusu-pusu dan terdapat banyak pertanjukan dan persembahan luar oleh kumpulan muzik dan drama lni semuanya berjaya menyerikan kegiatan di sini.
Kita tidak dapat tidak untuk membandingkan dengan Pasar Budaya di Kuala Lumpur yang juga dulu pernah menjadi sebuah pusar basah. Tetapi kini ianya diubahsuai untuk menjadi Pasar Budaya, sama dengan Covent Garden. Cuma yang berbeza ialah di Covent Garden kawasannya lebih luas dan lapang.
Dan kedai-kedai atau gerai di sini mempunyai pelbagai jenis jualan berkaitan dengan kesenian dan kerjatangan. Terdapat juga kedai-kedai antik menjualkan barang-barang lama.
Kawasan utama dalam bangunan besar Covent Garden ini bertingkat dua dengan bahagian bawah dijadikan kawasan bersiar dan duduk. Dan di sisinya pula terdapat kedai-kedai. Pada suatu ketika dahulu di sinilah di mana orang menjual buah­-buahan dan sayuran. Mungkin baunya juga lain ketika itu jika dibandingkan dengan sekarang.
Dan di bahagian tingkat atas terdapat lebih banyak kedai lain. Dan ianya terletak di paras tanah. Ini bermakna bahawa paras bawah tadi terletak dalam tanah seperti ‘basement’.
Berhampiran dengan Covent Garden terletak daerah teater dan kedai-kedai yang menjual buku-buku serta peralatan berkaitan dengan bidang kesenian dan kebudayaan. Sebuah sekolah filem juga terletak di sini. Dan tidak hairanlah kalau kita sering terlihat anak-anak sekolah berjalan dengan barang-barang sekolah mereka seperti ‘easel’ untuk membuat lukisan dan sketsa dan sebagainya.
Dari sini kita boleh rasakan kelainannya jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di London seperti Trafalgar Square atau Picadilly Circus yang juga menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.
Di Covent Garden orang lebih gemar bersiar-siar dan membeli-belah barangan murah dan mempunyai sejarah. Tetapi ui Trafalgar Square dan Picadilly Circus orang lebih gemar duduk dan bermain dengan burung merpati atau bersiar-siar untuk menonton teater.
Covent Garden terletak di tengah-tengah bandaraya London, tetapi kita tidak sedar akannya. Kita terasa seperti berada di sebuah bandar lain yang lebir tenteram. Dan kalau pada sesuatu masa tidak terdapat begitu ramai orang, kita akan berasa seperti berada di sebuah bandar lain di luar London.
Ianya terletak di sebuah kawasan terpencil dan tersendiri. Ini yang membuatnya unik dan lain. Dan jalan-jalan yang dulunya sesak dengan kereta telah ditutup dan dijadikan kawasan lintasan. Ianya juga tidak bertar tetapi diperbuat daripada batu-bata seperti yang terdapad dalam zaman lampau. Cuma yang tidak, ada ialah kereta kuda yang membawa penumpang ke sana-sini.
Lawatan singkat ke Covent Garden mempunyai erti yang mendalam kepada pelancong khususnya, oleh sebab mereka boleh dapat melihat barang-barang antik dan pakaian serta bangunan lama yang boleh memberi seribu-satu cerita. Ini sukar didapati di tempat-tempat lain di seluruh London yang telah berubah corak dan kelihatan begitu moden.












Tiada ulasan: