Ahad, 31 Mac 2013

PENIAGA ATAU PENGKARYA FILEM?


Oleh Mansor Puteh









Filem sebagai bahan dagangan atau kesenian?
      Penerbit-penerbit tempatan masih menganggap bahawa filem adalah bahan dagangan. Dan mereka cuma mementingkan keuntungan sahaja. Semuanya bertolak dari untung-rugi sesebuah penerbitan filem. Ini yang menghambat kemajuan dalam perusahaan filem tempatan.
      Sebenarnya filem mesti dilihat bukan sebagai bahan dagangan tetapi kesenian. Dan masyarakat akan menonton filem-filem tempatan sebagai hasil kesenian dan melihat sesebuah filem itu dari aspek kebudayaan dan kesenian filem.
      Telah berjaya membuat penonton kita turut keliru dengan tujuan seseorang penerbit itu membuat filem.
      Kalau mereka ingin mengaut keuntungan yang banyak, kenapa buat filem? Mereka sudah tentu beruntung lagi kalau membuka restoran dengan perbelnjaan yang lebih murah.
      Atau mereka boleh membuka butik dan lain-lain dan mendapat keuntungan setimpal dengan perbelanjaan.
      Ini yang membuat perusahaan filem kita terbelakang. Oleh sebab penerbit filem tidak mempunyai tujuan tertentu untuk membuat filem.
      Sebenarnya faktor tujuan dan hasrat ini penting untuk memajukan perusahaan filem. Sebab sekiranya penerbit sendiri dan Finas tidak tahu dengan tujuan sebenamye. sesebuah perusahaan filem itu ditubuhkan, maka mereka tidak boleh mengharapkan sebarang perkembangan berlaku.
      Filem sebenamya merupakan sebuah bidang kesenian halus. Dan ini harus ditekankan kepada penonton supaya mereka akan menonton filem semata-mata untuk menonton filem berdasarkan keseniannya, dan bukan ?ceraja siap’ah pelakun dan apakah ada penyanyi yang berlakun di dalamnya,
      Tetapi yang-sedihnya ialah penekanan tentang segi kesenian dan kebudayaan ini cuma dibuat semasa Pesta Filem Malaysia dan forum atau diskusi tentang filem sahaja. Sedangkan pada masa-masa lain segi perniagaan ditekankan pula. Akhimya, yang tertekan ialah kesenian filem.
      Penerbit filem tempatan harus menjadi pengkarya filem lebih dari peniaga filem. Sekiranya mereka mempunyai sikap positif seperti ini perusahaan filem kita boleh maju.
      Sekarang ini terdapat beberapa orang penerbit filem tempatan yang lebih pentingkan aspek kesenian dan kebudayaan filem dan tidak hanya perniagaan filem. Penerbit-penerbit generasi baru dan yang mempunyai pendidikan telah berjaya mengemukahan beberapa buah filem baik walaugun mereka menerima perhatian dan mencapai kejayaan yang berbeza-beza.
      Filem seperti ‘Bintang Malam’. ‘Selubung’, ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ dan beberapa buah lagi berusaha untuk meningkatkan aspek kesenian. Dan mereka telah mencapai kutipan yang agak baik.
      Dan cuba kita lihat filen-filen lain seperti ‘XX-Ray’, ‘Bayangan Maut’, dan ‘Pemburu Bayang’ yang berjaya di pawagam tetapi mempunyai nilai kesenian yang rendah. Filem-filem seperti ini tidak memajukan perusahaan filem kita, tetapi menguntungkan penerbit sahaja secara peribadi.
      Sepatutnya filem-filem kommersil seperti ‘Pemburu Bayang’ dan ‘Hanny’ tidak diberi kemudahan di bawah Skim Kemudahan Produksi Finas dan pulangan 25% cukai hiburan yang sepatutnya cuma diberi kepada penerbit filem-filem berunsurkan kesenian filem.
      Tujuannya ialah untuk menggalakkan penerbit untuk menghasilkan lebih banyak filem bermutu dan berbudaya, dan tidak cuma filem komersil yang mengenepikan budaya dan kesenian.
      Perusahaan filem kita kecil dan jumlah filem yang dikeluarkan setahun tidak seberapa, tentu pihak tertentu boleh mengarah pertumbuhan dan perkembangan agar ianya positif dan tidak menghancurkan perusahaan filem itu sendiri.
      Selagi penerbit filem kita tidak sama-sama berfikir sebagai pengkarya filem dan melihat filem itu sebagai bahan kesenian, selagi perusahaan filem kita tidak akan maju.






Tiada ulasan: