TARIAN PENDET: RAKYAT MELAYU-ISLAM TIDAK MUNGKIN AKAN TERTARIK DENGAN TARIAN INI.
…IA TARIAN
PURA HINDU-BALI YANG MENDEDAHKAN AURAT WANITA.
Oleh Mansor Puteh
Perbalahan
seperti ini ini sudah pasti menguntungkan pihak yang mahu orang Melayu dan
Islam berbalah. Atau apakah ini yang mereka merancangkan dari belakang?
Tidak banyak orang di Malaysia
yang pernah dengar dengan nama tarian ini. Pendet. Ia tidak mungkin akan dapat
dilakukan oleh orang bukan Indonesia,
sekarang ini dengan sikap kedekut sebilangan mereka yang sudah pasti akan
membuat orang lain rasa jemu dengan kebudayaan dan kesenian Indonesia, dan
tidak akan tertarik dengannya dan untuk tidak melawat ke Pulau Bali lagi.
Sekumpulan kecil masyarakat di Jakarta yang menempek dan mengugut mahu mencederakan
rakyat Malaysia di Jakarta yang mereka mahu ganyang, sudah pasti member
tamparan kepada kepimpinan politik, intelektual dan ugama di Indonesia yang
langsung tidak menyanggah tindakan dan kenyataan anak buah mereka yang
rata-rata mempunyai rasa perasaan amat benci dan keliru dengan perbalahan yang
dicetus mereka yang tidak ada asas langsung.
Jadi tidak salah kalau ada orang lain atau pihak ketiga yang fikir seperti
kepimpinan Indonesia
seperti setuju dengan tindakan puak kecil ini.
Sebab masakan mereka yang membawa buluh rencong di khalayak ramai tidak
diberkas oleh polis sebelum mereka mencederakan sesiapa?
Undang-undang di Indonesia
juga boleh dipersalahkan sebab tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal
perasaan yang sedemikian rupa.
Jadi, tidak hairanlah pengeboman berlaku di hotel terkemuka di Jakarta
dan di kelab hiburan di Kuta, Bali.
Perlu diingat, tarian seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana
kumpulan tari di Malaysia. Ia nyata sekali khusus dari Bali dan hanya dilakukan
oleh kumpulan kesenian di sana,
dan tidak lain.
Malah apabila kumpulan tarian dari Bali datang ke Malaysia untuk membuat persembahan
ini, mereka selalunya akan menukar jenis pakaian mereka supaya ia tidak
mendedahkan tubuh badan penari wanita yang sering mendedahkan bahu dan lengan.
Jadi mustahil untuk mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang akan tertarik
dengan persembahan ini yang hanya biasa dilakukan sebagai acara keugamaan
Hindu-Bali dan di Bali sahaja.
Oleh sebab itu, kenapa agaknya ada sekumpulan kecil rakyat di Indonesia yang berang dan anggap Malaysia mahu
curi jenis kesenian mereka.
Tindakan ini langsung tidak masuk akal, walhal, tidak ada mana-mana kumpulan
tarian di Malaysia yang membuat persembahan ini secara terbuka dan tidak pula
sesiapa di Malaysia yang
pernah mengaku ia adalah tarian Malaysia.
Jadi apa yang berlaku di Jakarta bila ada
sekumpulan rakyat Indonesia
yang menjadi marah dan mahu cederakan rakyat Malaysia
di sana, ia
amat menggelikan hati. Ya, ia menggelikan hati, sebab ternyata tangapan dan
pandangan orang di Indonesia sebenarnya tidak berasaskan akal dan fikiran yang
waras, dari kumpulan pemikir dan cendiakawan mereka, tetapi dari sekumpulan
kecil anak-anak yang mahu berpesta di jalan dengan membawa tombak dalam bentuk
buluh rencong.
Mereka kononnya mahu jaga kesenian mereka supaya ia tidak dicuri. Siapa yang
mahu mencurinya? Malaysia
ada kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri.
Ia tidak perlu mencuri bahan kesenian dari negara asing.
Malah Indonesia
yang telah sering mencuri bahan kesenian dan kebudayaan dari negara lain.
Contohnya ialah lagu dangdut, nyata bukan berasal dari Indonesia; ia adalah dari India!
Dan ugama Hindu-Bali berasal dari India juga.
Malay ugama Islam yang dianuti oleh ramai orang di Indonesia
juga tidak berasal dari Indonesia
tetapi dari negara Arab.
Malah pakaian yang diguna oleh penunjuk perasaan di Jakarta adalah pakaian barat. Mereka tidak
memakai kain batik dan blakon.
Mereka guna perkataan Inggeris, ‘Sweeping’ dan bukan ‘menyapu’.
Dan mereka tidak cuba untuk
menahan pelancong ke Bali dan seluruh Indonesia
dari membeli baju batik dan barang-barang pertukangan yang dijual di kedai
cenderamata di Kuta dan seluruh Indonesia.
Mereka rasa bangga orang asing memakai baju batik. Mereka juga rasa bangga mahu
ajar mereka membuat lukisan batik.
Jadi kenapa mesti rasa berang kalaupun ada orang bukan Indonesia yang
berminat untuk membuat tarian ‘pendet’?
Sepatutnya Indonesia rasa
bangga ada orang bukan Indonesia
yang berminat dengan kebudayaan dan kesenian mereka?
Orang Jepun tidak melarang orang lain bermain judo, karate dan membuat origami
dan bermain sudoko.
Orang barat tidak marah dan berang kalau ada orang lain memain lagu rentak jazz
dan rock.
Orang di Jerman tidak marah orang di Amerika mengambil makanan berger mereka
dan jadikan makanan harian orang Amerika sehinggakan mereka dapat membuka
serangkaian restoran di seluruh dunia yang menjual makanan ini yang ternyata
sekali berasal dari Hamburg.
Masyarakat Cina dan India di Malaysia mengadakan persembahan kesenian mereka,
dan Negara Cina dan India
tidak melarangnya.
Sepatutnya, rakyat Malaysia
yang berasal dari Indonesia
juga masih boleh membuat persembahan tarian Jawa sebab mereka boleh
melakukannya dimana-mana mereka berada.
Tidakkah bagus kalau tarian pendet itu, sebagai contoh menjadi sebuah tarian
yang diamal oleh orang yang bukan dari Indonesia juga supaya ia menjadi
sebuah jenis kesenian sejagat atau unviersal?
Dan ini akan bererti bahawa kesenian dan kebudayaan Indonesia juga sejagat dan tidak
terpencil.
Rokok kretek berasal dari Indonesia.
Dan ia dieksport ke seluruh dunia. Kenapa tidak sekat penjualannya di negara
luar?
Pendatang tanpa izin dari Indonesia yang dengan rela datang ke Malaysia dan
kebanyakannya secara seludup, juga perlu disekat untuk menjaga mereka dari
membawa kebudayaan dari Indonesia ke Malaysia.Sebab kalau sebilangan kecil
mereka mendapat kerakyatan Malaysia dimasa akan datang, sudah pasti mereka juga
ada hak untuk mempamir dan mengamalkan kebudayaan dan kesenian mereka.
Malah, kalau ada puak dari Bali yang menetap di Malaysia
juga boleh mengadakan persembahan pendet, dan akhirnya ia akan diserapkan ke
dalam kebudayaan umum Malaysia
juga.
Sama seperti tarian naga yang diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia yang
didatangkan dari negara asal.
Dan orang India di Malaysia juga mengamal kebudayaan dan kesenian mereka, tanpa
kedua buah negara asal mereka menempek.
Malah, negara asal mereka harus rasa bangga kebudayaan dan kesenian mereka
disebarkan ke seluruh dunia.
Sama juga orang Indonesia
harus rasa bangga kalau ada orang asing yang mahu memakai baju batik mereka dan
menubuhan kumpulan untuk membuat persembahan tarian pendet, kecak dan
lain-lain.
Dan tarian ini akan senantiasa dianggap sebagai warisan dunia yang berasal dari
Indonesia.
Ia tidak dianggap seperti dicuri. Ini perkataan kasar dan kesat – maling –
dalam bahasa Jawa yang seharusnya tidak diguna oleh mereka yang berfikiran
waras; ia hanya diguna dijalan dan tidak di dalam kabinet atau dewan
perundangan.
Indonesia,
seperti semua negara lain ‘maling’ bahan kebudayaan dan kesenian dari Barat
seperti senilukisnya; seperti tarian moden, muzik rock atau batu dan lain-lain,
tanpa segan-silu.
Malah banyak perkataan Belanda dan Inggeris diserap ke dalam bahasa Indonesia, termasuk
‘sweeping’ yang diguna oleh puak jalan itu.
Akhir sekali saya fikir dan agak bahawa mereka yang menepek di hadapan Kedutaan
Besar Malaysia di Jakarta itu kemungkinan terdiri dari mereka yang tidak pernah
datang ke Malaysia sebagai pelancong atau pekerja, secara sah maupun haram.
Dan kemungkinan besar juga, mereka rasa iri hati dengan rakan dan saudara
mereka yang pernah dan sedang berada di Malaysia yang berjaya menikmati
kehidupan yang mewah berbanding dengan mereka.
Ini adalah perspektif psikologi yang ada asas, sebab tidak mungkin mereka yang
pernah bekerja di Malaysia mahu menempek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di
Jakarta, kalau mereka pernah mendapat faedah dari Malaysia.
Dan masalah ini juga bertolak dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
yang tidak berbuat sebarang apa untuk mencari jalan bagi merapatkan perhubungan
diantara rakyat Malaysia dan Indonesia.
Masalah yang sama juga harus disalahkan kepada pihak Kedutaan Besar Indonesia
di Kuala Lumpur yang turut tidak mengambil sebarang tindakan untuk berbuat
demikian.
Kedutaan Besar Malaysia dan Indonesia di Jakarta dan Kuala Lumpur, gagal
menjalankan tanggung jawab mereka.
Dan walaupun Duta Besar Indonesia di Malaysia diberi anugerah ‘Tan Sri’, apa
sangat jasanya kepada usaha merapatkan perhubungan diantara dua negara?
Akhir sekali, perbalahan kecil ini telah sudah pasti berjaya memberi kesenangan
kepada pihak Cina dan Barat di Indonesia yang sebelum ini menjadi tumpuan puak
kecil jalanan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan