Sabtu, 6 April 2013

MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MENGGEMBARA.


Oleh Mansor Puteh









Saya berminat untuk mengambil gambar semasa menggembara di rantau orang. Saya boleh merakamkan detik-detik dan pemandangan yang cantik serta menawan, but kenangan dan ingatan.
      Begitu juga pelancong-pelancong dan penggembara lain. Mereka juga mempunyai kamera dan tahu bagaimana hendak mengambil gambar. Dan mereka juga mahu merakamkan detik-detik mereka berada di luar negeri sambil bergeluman dengan salji atau bersiar-siar di pusat pelancongan terkenal seluruh dunia. Mereka juga mahu merakamkan dalam gambar kenangan manis mereka.
      Tetapi, kia tidak semestinya mengambil gambar dari sudut luas yang menunjukkan pemanndangan, seperti yang kita boleh dapati dalam poskad atay menonton dalam filem. Lebih baik kita beli sahaja poskad dan ‘slide’ dari kedai cenderamata dan ini lebih mudah dari mengambil gambar itu sendiri.
      Jadi, saya lebih berminat untuk mengambil gambar-gambar yang lain dari gambar mereka. Gambar-gambar saya lebih menunjukkan masyarakat dan suasana di luar negeri yang agak berlainan. Ianya jarang mendapat perhatian umum. Dan inilah yang saya sering cari.
      Di Bangkok, misalnya, saya ambil sekeping gambar lampu pada pintu masuk sebuah kuil yang telah pecah. Dan di Kathmadu saya ambil sekeping gambar dari luar hotel murah menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan. Dan di Bombay saya rakam gambar kkaki sendiri semasa saya duduk di sebuah bangku di Marine Drive. Dan di lapangan terbang Orly luar Paris, saya terlihat sepasang adik-beradik perempuan sedang berjalan seiring. Mereka memakai pakaian serupa pula. Saya guna kelajuan ‘shutter’ yang pelahan untuk merakamkan pergerakan mereka.
      Gambar-gambar seperti semuanya menujukkan kelainan dari gambar-gambar yang diambil oleh pelancong biasa. Dan saya tidak perlu membuat sesuatu yang gannjil untuk mendapatnya. Saya cuma pilih bahan dan bahagian darinya untuk dirakamkan. Lebih unik adalah lebih baik pada saya.
      Sebab kalau saya cuma mengambil gambar-gambar baisa yang menunjkkan bangunan terkenal seperti Menara Eiffel, Bangunan Empire State dan Arca Liberty di Bandaraya New York, orang lain juga mungkin sudah mengambilnya. Dan ada gambar-gambar seperti itu yang lebih cantik yang tidak mungkin saya sendiri dapat mengambilnya.
      Tetapi kalau saya ambil gambar yang unik, mungkin oranglain tidak sempat mengambilnnya seperti gambar sepasang adik-beradik perempuan di lapangan terbang Orly itu.
      Yang pentingnya untuk diingat ialah perlukah kita mengambil gambar seperti yang kita boleh dapati dalam majalah dan poskad?
      Kalau kita berbuat demikian, kita cuma akan menjadi jurugambar walaupun bertaraf amator tetapi yang unik dan kreatif. Dan kumpulan gambar-gambar kita adalahs ama seperti gambar-gambar seperti yang diambil oleh orang lain.
      Saya lebih suka untuk mengambil gambar yang dapat merakamkan sesuatu peristiwa atau benda yang unik. Ini boleh mengingatkan kita tentang sesebuah tempat lebih dari gambar-gambar biasa.
      Dan biasanya saya juga akkan mengambil gambar mengenai benda-benda biasa tetapi bermakna, walaupun ianya sebiji botol di atas meja di sebuah kafe luar di Paris atau sepohon bunga dalam pasu di luar lapangan terbang Frankfurt.
      Yang penting di sini ialah terdapat faktor atau elemen menarik dari segi susunan, warna, bentuk dan keadaan. Sebab benda-benda seperti ini boleh memberi personality kepada sesebuah tempat dan juga dalam ingatan kita yang mengambil gambar-gambar itu.






Tiada ulasan: