Oleh
Mansor Puteh
Barisan
Nasional kalah teruk dalam tahun 2008, dan dalam beberapa pilihanraya kecil
selepas itu.
Tetapi,
Barisan menang semua pilihanraya kecil kemudian itu.
Pilihanraya
umum ke-tiga-belas sudah mempunyai kesudahannya; Barisan Nasional akan menang
besar, melebihi dua-pertiga.
Beberapa
pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini boleh dijadikan kayu ukur untuk
menentukan keputusan yang bakal dilihat pada malam Minggu, 5 Mei mendatang.
Pakatan
Rakyat menang besar dalam pilihanraya umum 2008 dulu. Dan dalam beberapa
pilihanraya kecil, mereka turut menang.
Ini satu
tanda kedudukan Pakatan kukuh.
Tetapi kedudukan ini tidak berpanjangan, dan tidak lama kemudian, Pakatan mula kalah dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan.
Ini
menunjukkan bahawa sokongan rakyat dan pengundi terhadap Barisan telah mula
meningkat.
Dan ini sebelum rancangan kemasyarakatan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dilakukan yang mana semuanya telah mendapat perhatian dan sokongan dari semua golongan masyarakat termasuk dari mereka yang dulunya telah berpaling tadah dan beri sokongan dan juga undi mereka kepada Pakatan.
Kini
ramai, atau hampir semua telah kembali menyokong Barisan termasuk mereka yang
bertanding dalam parti Pakatan dan pilihanraya 2008 dulu.
Pakatan
sudah kehilangan ramai penyokong kuatnya yang kini telah berpaling tadah dan
menjadi pengkritik keras Pakatan, khsususnya Anwar Ibrahim.
Awal-awal
lagi, Pakatan telah kalah Perak yang mereka menang untuk beberapa bulan oleh
sebab sokongan dari beberapa ahli dewan undangan negeri atau DUN yang berpaling
tadah, yang menyebabkan Perak kembali balik ke Barisan.
Jadi
tidak hairan kalau ramai beranggapan bahawa Barisan akan menang dua-pertiga
dalam pilihanraya 2013 ini.
Tidak
hairan juga kalau ia melebihi anggaran ini dengan mendapat sokongan menakjubkan
iaitu empat-perlima.
Atau 180
kerusi dalam parlimen dari 222 kerusi yang ada.
Dan
scenario ini akan juga dapat dilihat dalam kebanyakan dewan undangan negeri
(DUN).
Ini
tidak mustahil, memandangkan sokongan untuk Pakatan sudah banyak menurun sejak
kebelakangan ini apabila tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka seperti
menikam diri sendiri; lebih-lebih lagi apabila ramai pemimpin utama pakatan ini
tidak sepakat, mereka bercakar sesama sendiri dan tidak ramai diantara mereka
yang berani turun padang
untuk berkempen.
Khalid, Guan Eng, Karpal, Gobind dan lain-lain tidak kelihatan.
Cuma
Anwar sahaja yang paling sibuk.
Dan
lebih banyak dia cuba
untuk berkempen, lebih banyak pengundi dapat lihat siapa dia, dengan
membandingkan dengan apa yang dia katakan.
Muhammad
Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor sudah masuk PAS. Ia adalah satu
tindakan yang boleh membuat imej PAS bertambah teruk lagi, seperti PAS itu
‘parti tong sampah’, untuk orang seperti Muhammad masuk dengan
sewenang-wenangnya, sedangkan ramai pemimpin PAS sudah tinggalkan parti itu.
Kehadiran
Muhammad tidak menguntungkan PAS; dia hanya mahu guna PAS untuk panjangkan
usianya dalam bidang politik pasca-Umno yang mana telah beri dia banyak faedah
dan ganjaran.
Sebenarnya Muhammad tidak dibenar masuk PAS dalam usia yang lanjut dan perjuangannya yang sia-sia, seperti dia mahu jadi pengkritik Umno dan Barisan pula.
Terdapat
banyak factor lain yang telah membuat ramai orang Melayu, Cina dan India dan
lain-lain mahu balik ke Barisan dan tolak Pakatan.
Penyesalan
yang dialami dikalangan orang awam, khususnya yang telah mengundi Pakatan dalam
tahun 2008, menjadi-jadi, walaupun ada diantara mereka yang tidak undi Pakatan,
tetapi terpaksa mengaku yang mereka penyokong Pakatan, sebab mereka mahu jaga
kepentingan diri sendiri.
Dulu semasa Barisan menguasi Selangor penduduk di situ kibarkan bendera Umno dan Barisan; tetapi sebaik sahaja Barisan kalah dan Pakatan menang dalam tahun 2008, penduduk-penduduk di situ terus turunkan bendera Umno dan Barisan dan naikkan bendera PKR.
Sekarang
dengan pilihanraya hampir dekat, penduduk-penduduk di kawasan ini tidak berani
naik dan kibarkan mana-mana bendera parti termasuk bendera PKR sebab mereka
kuatir kalau Pakatan kalah, mereka jelas diketahui sebagai penyokong PKR.
Dan
mereka takut diusir dari tanah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan