Jumaat, 3 Mei 2013

DAP, PAS DAN PKR: PARTI PEMBANGKANG, ATAU HANYA PARTI PENGKRITIK?


Oleh Mansor Puteh



Dua hari lagi Malaysia mengundi dalam pilihanraya ke-tiga-belas atau PRU-13 pada hari Minggu, 5 Mei ini. Tiga-belas juta enam ratus ribu pengundi akan mengundi, dengan dua juta empat ratus ribu terdiri dari mereka yang pertama kali mengundi.

Dan pada malam hari, Malaysia akan mula tahu siapa menang dan siapa kalah, dengan keputusan akhir diketahui lewat malam, iaitu sekiranya persaingan sengit; kalau tidak, keputusan muktamad boleh diketahui awal lagi, iaitu apabila mana-mana parti menang mudah dengan memperolehi 112 kerusi parliamen.

Tetapi ramai rakyat dan pengundi Malaysia tidak sedar bahawa tiga parti dalam kumpulan tidak berdedikasi yang dikenali dengan nama sementara dan yang tidak berdaftar iaitu Pakatan Rakyat sebenarnya bukan parti pembangkang atau kumpulan pembangkang.

Malaysia sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai parti pembangkang.

Kalau adapun, semasa Malaysia mula mengundi pertama kali iaitu dalam tahun 1955 apabila rakyat Tanah Melayu mula mendapat peluang mengundi; ketika itu mungkin ada pembangkan dan Umno juga merupakan parti pembangkan termasuk parti-parti lain yang turut bertanding seperti Parti Cina-Malaysia atau Malayan-Chinese Association (MCA) dan Kongres India-Malaysia atau Malayan-Indian Congress (MIC).

Dan Umnolah parti yang telah berjaya mencapaikan kemerdekaan untuk Tanah Melayu ketika itu dengan mendapat sokongan dari MCA dan MIC; itupun oleh sebab penjajah Inggeris mahu lihat parti yang mewakilli ketiga kaum terbesar di Tanah Melayu bergabung untuk mencapai kemerdekaan.

Parti lain yang ada di Tanah Melayu dan Malaysia seperti PAS dan DAP hanya merupakan parti pengkritik Umno, MCA dan MIC sahaja.

Mereka tidak mungkin boleh tubuhkan kerajaan sebab mereka tidak pernah mendapat kerusi yang banyak dalam parlimen, walaupun dalam pilihanraya tahun 1969 apabila mereka mendapat jumlah kerusi yang banyak.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak bijak dengan membawa parti-parti lain khususnya di Timur Malaysia untuk sama bergabung di bawah Barisan Nasional yang akhirnya telah berjaya memperkukuhkan Umno dan parti dalam gabungan ini.

Dengan adanya Barisan, DAP dan PAS akhirnya menjadi parti pengkritik sebab mereka masih tidak berjaya bersatu, dengan setiap parti menurunkan calon masing-masing.

Akhirnya DAP dan PAS dapat bersatu dengan tercetusnya pergerakan Reformasi apabila Parti KeAdilan Rakyat atau PKR yang ditubuhkan oleh ramai pemimpin dan tokoh Umno dan Barisan serta perseorangan lain dibawah nama sambilan yang dikenali dengan nama Barisan Alternatif yang kemudian menjadi Pakatan Rakyat.

Tetapi Pakatan Rakyat masih tidak mahu dijadikan satu pakatan atau gabungan seperti Barisan sebab ketiga-tiga parti dalamnya mempunyai niat tersendiri yang sering bercanggah; mereka hanya mahu setuju untuk turunkan calon dalam mana-mana kawasan supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri yang akhirnya akan pecahkan peluang mereka untuk menang.

Dalam pilihanraya ketiga-belas pada 5 Mei ini, terdapat beberapa kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) dimana ternampak pertempuran diantara parti dalam Pakatan.

Namun demikian, Pakatan Rakyat masih tidak dapat dikatakan sebagai sebuah gabungan pembangkang sebab ketiga-tiga parti dalamnya, sebenarnya bukan parti pembangkang seperti yang diketahui ramai.

DAP, PAS dan PKR tidak lain parti pengkritik.

Sebab ini sahaja kerja pemimpin mereka yang cuma tahu mengkritik kerajaan.

Walaupun mereka telah diberi peluang oleh pengundi dalam pilihanraya 8 Mac, 2008 dulu, bilamana mereka berjaya mendapat banyak kerusi parlimen dan DUN, sehinggakan berjaya menawan empat negeri termasuk Kelantan yang telah lama dikuasai oleh PAS, tetapi mereka masih gagal untuk mentadbir negeri-negeri ini sebagai kerajaan.

Mereka rugi apabila Perak bertukar kuasa ke Barisan.

Yang sedihnya ialah pemimpin DAP yang menguasai Pulau Pinang;, PAS yang menguasai Kelantan dan Kedah dan PKR yang menguasai Selangor tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk mentadbir negeri-negeri ini.

Kelantan seperti ramai tahu telah lama berada didalam keadaan mundur dalam segala aspek, sehinggakan ramai anak Kelantan terpaksa keluar dari negeri ini untuk bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengundi yang telah beri mereka peluang untuk buktikan kesungguhan mereka menjadi kerajaan di negeri-negeri ini rasa keciwa dan hampa sehinggakan ramai dikalangan mereka berpaling tadah dan tukar sokongan kepada Barisan.

Mereka mahu tunjuk kepada Barisan dalam tahun 2008 dulu dengan menolak pemimpin lama Barisan dan beri sokongan kepada Pakatan.

Tetapi tidak lama kemudian, mereka rasa keciwa dan mengkritik DAP, PAS dan PKR dengan nada kejam.

Jadi tidak hairan kalau DAP, PAS dan PKR akan kalah teruk dalam pilihanraya 2013 ini sebab mereka telah buktikan kepada pengundi yang mereka tidak cekap mentadbir negeri dan hanya pandai mengkritik.

DAP, PAS dan PKR juga telah gagal memupuk perhubungan diantara rakyat di negeri-negeri yang mereka tawan; mereka gagal memenuhi semua janji-janji yang mereka telah buat dalam manifesto mereka dalam tahun 2008.

Yang anihnya, mereka telah juga gagal untuk mengadakan satu pakatan negeri-negeri pembangkang dengan mengadakan kegiatan kesenian, kebudayaan dan sokan khusus untuk rakyat di negeri-negeri ini sahaja, supaya perhubungan diantara mereka dapat diperkukuhkan.

Akhirnya setiap negeri bertindak ikut sesuka hati tanpa memperdulikan negeri lain.




Tiada ulasan: