…DAN KENAPA
AHLI SUKAN YANG TIDAK KENANG BUDI DAN MAHU SOKONG KERAJAAN DALAM PILIHANRAYA
KE-13?
Oleh
Mansor Puteh
Mana
pendakwah dan penceramah ugama Islam?
Mereka
asyik bincangkan tentang isiu-isiu biasa, tapi mereka seperti buta tidak lihat
apa yang berlaku dalam bidang sokan yang begitu diketengahkan oleh media dan
juga pemimpin.
Sehinggakan mereka tidak sedar ada perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dibenarkan terus berlaku.
Ia
adalah tentang penampilan dan penonjolan beberapa ahli sokan keturunan
bukan-Islam yang nyata sekali menunjukkan nilai anti-Islam.
Bidang
sokan yang mereka ceburi itu juga tidak sepatutnya digalakkan untuk anak gadis
Islam terlibat, jauh lagi untuk maju dan menang anugerah dalam pertandingan
antarabangsa termasuk Olimpik.
Biarlah
kalah dan tidak baik dalam bidang sukan seperti ini asalkan nilai Islam dan
ugama Islam terjamin.
Lebih
baik jaga ugama dari kehendak sokan kebangsaan dan dunia.
Adakah
penglibatan dalam bidang sokan melebihi dari penglibatan dalam bulan Ramadan?
Mana
Jamil Khir? Mana Hussaini? Mana Asri dan lain-lain ustaz yang saban hari muncul
dalam televisyen bercakap tentang ugama.
Tidakkah
mereka sedar yang mereka tidak ambil satu potpun tentang perkara ini?
Nampak
sangat, ramai orang Islam tidak tahu nilai Islam. Mereka tidak rasa segan dan
silu puji kejayaan dalam bidang sokan yang ditunjukkan oleh Nicol David dan
Pandadela Rinong.
Tidakkah
mereka sedar bahawa kedua-dua ahli sokan ini yang bukan-Islam yang terlibat
dalam acara sukan yang terang-terang memupuk nilai Islam?
Tidak
ada sebabnya kenapa ada orang Islam di Malaysia yang mahu sanjung kejayaan
mereka.
Nicol
dan Pandadela berpakaian tidak senonoh, hampir separuh bogel.
Pandadela
berpakaian lebih teruk dan menang pingat gangsa dalam Sokan Olimpik di London
August tahun lalu.
Dan
acara ini berlangsung dalam bulan Ramadan; dan dia berpakaian hampir berbogel.
Akhbar
siar gambar Pandadela hampir berbogel dalam bulan Ramadan. Mereka tidak rasa
malu dan bersalah dengan tindakan mereka itu.
Kegiatan
Pandadela terjun dalam kolam renang di Olimpik London disiar di televisyen dalam bulan
Ramadan itu juga.
Dan yang
menyedihkan lagi ialah walaupun kedua mereka itu telah mendapat sanjungan dari
kerajaan yang beri segala imbuhan kepada mereka untuk terus berjaya, tetapi
mereka tidak pernah bersyukur dan sokong kerajaan atau Barisan Nasional secara
terbuka.
Malah
tidak seorang ahli sukan lain yang telah melakukan perbuatan sama dengan
menyuarakan sokongan mereka kepada Barisan semasa kempen pilihanraya yang lalu.
Kenapa?
Ramai
pengkarya filem dan pelakon telah secara terbuka sokong Barisan, termasuk
Michelle Yeoh yang tidak mendapat sokongan dan galakan untuk berjaya berlakon
di luar negara.
Tetapi
beliau masih cekal walaupun dicemuh oleh beberapa penyokong parti pembangkang
yang tidak amal prinsip demokrasi.
Kenapa
mereka mahu paksa Michelle tidak sokong Barisan?
Mungkin
kalau Michelle telah menyuarakan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat, sudah
pasti ada penyokong Pakatan lain yang akan sanjung mereka.
Tetapi ini tidak berlaku; Michelle tetap sokong Barisan secara terbuka dengan menghadiri acara rapat di Perlabuhan Kelang dan menyatakan sokongannya terhadap Barisan.
Tetapi
ahli sukan lain termasuk Nicol, Pandadela dan juga Lee Chong Wei dan pemain
skuasy dan badminton lain senyap membisu.
Tidakkah mereka juga mahu balas budi kerajaan yang telah menyokong mereka sejak dulu sehingga sekarang dan sehingga mereka sendiri mengalah dan berhenti dari bermain sokan dan bersara?
Salahkah
kalau ada orang berkata bahawa Nicol, Pandadela, Chong Wei dan lain-lain ahli
sukan negara tidak tahu kenang budi kerajaan?
Atau
mungkinkah mereka sebenarnya penyokong kuat Pakatan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan