Ahad, 12 Mei 2013

APA SEBENARNYA SUMBANGAN PAS, DAP DAN PKR KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA? …DAN APA HEBATNYA NIK AZIZ, HADI AWANG DAN YANG LAIN DALAM PAS, DAP DAN PKR?


Oleh Mansor Puteh



Beberapa diantara pemimpin PAS, DAP dan PKR dan pengasas mereka yang boleh dianggap sebagai wira negara, dan yang telah mendapat pengikirafan di negara lain dan diperingkat dunia sehingga kini?

Bolehkah Nik Aziz dan Hadi Awang bercakap pasal ugama Islam dimana-mana negara Islam lain?

Berapa banyak fatwa yang mereka telah keluarkan untuk kecam Yahudi dan tabiat dan tindakan orang Arab yang tidak habis-habis bercakaran dan berperang sesama sendiri?

Kenapa mereka takut beri pandangan terhadap mereka, kalaulah ya, menjadi tanggungjawab seseorang Islam, lebih-lebih ulamak untuk tegur-menegur sesama sendiri demi kebaikan ugama Islam?

Mereka tidak pernah dijemput untuk beri kuliah tentang ugama di luar negeri termasuk di universiti dimana mereka telah belajar dulu.

Kalau mereka hebat dan baik untuk Malaysia, sudah pasti, mereka telah lama diberi pengiktirafan oleh negara Arab dan Islam lain.

Saya percaya ramai Melayu rasa pelik. Apa sebenarnya sumbangan PAS, DAP dan PKR kepada pembangunan negara?

Yang lebih pelik sekali ialah ketiga-tiga parti ini boleh duduk semeja walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Dan yang lebih pelik sekali ialah fahaman mereka bertentangan dengan DAP tidak benarkan PAS laksanakan hukum Hudud ala PAS.

Berapa ramai tokoh dari DAP misalnya yang telah diangkat menjadi wira kebangsaan, terdiri dari mereka yang telah memperjuangkan negara mencapai kemerdekaan? Tidak ada.

Siapa dalam PAS yang boleh diangkat sebagai wira negara? Tidak ada.

Dan siapa dalam PKR yang boleh juga diangkat sebagai wira negara? Tidak ada juga.

Jadi apa pentingnya PAS, DAP dan PKR dalam pembangunan negara sekarang? Juga tidak ada.

Jadi kenapa PAS, DAP dan PKR dalam pakatan tidak bersemangat mereka yang dikenali dengan gelaran Pakatan Rakyat dianggap penting dalam negara sekarang? Entah?

Mereka cuma parti politik yang bersekongkolan sahaja tanpa mempunyai persefahaman yang dipersetujui bersama.

Jadi mereka tidak mahu digelar secara rasmi dan bertanding atas nama Pakatan Rakyat, sebab mereka tahu fahaman mereka bercanggah sesama sendiri.

Mereka hanya parti pengkritik Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Mereka tubuh parti politik dan tidak NGO atau persatuan olehsebab parti politik ada ‘kekebalan’ atau ‘immunity’ yang mereka boleh guna untuk membuat kegiatan yang bertentangan dengan prinsip negara.

Kalau PAS hanya sebuah pertubuhan atau madrassah, siapalah yang mahu hantar anak mereka belajar ugama di situ?

Dan kalau pemimpin mereka keluarkan fatwa atau pendapat tentang ugama yang bercanggah dengan nilai ugama, sudah pasti mereka boleh ditahan dan dipenjara, dengan kedudukan mereka tidak berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain termasuk Kerajaan Langit yang diketuai oleh Ayah Pin, atau Al-Arqam diketuai oleh pengasas mereka iaitu Asahari Muhammad.

Sebagai parti politik, PAS dan pemimpin mereka terlepas dari kecaman dan tindakan undang-undang.

Dan kegiatan politik boleh mendatangkan faedah kalau pemimpin mereka menang dalam pilihanraya dengan mendapat kedudukan penting dalam parlimen atau dewan undangan negeri atau DUN.

Kebanyakan pemimpin PAS dan juga DAP dan PKR adalah ahli politik profesional; mereka tidak ada kerja lain. 

Sehingga kini PAS, DAP dan PKR tidak boleh menonjolkan mana-mana ahli atau pemimpin mereka yang telah dan boleh mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa dalam apa bidangpun.

Yang mereka boleh lakukan ialah untuk menjudi penceramah politik dan bercakap kepada media asing. Itu saja.

Tidak ramai diantara mereka boleh jadi seperti Al Gore, yang gagal menang dalam pilihanraya presiden di Amerika yang menjadi pensyarah di sebuah universiti di Bandaraya New York, dan mencapai kejayaan dalam bidang lain sehinggakan berjaya menang anugerah Oscar dengan menerbit sebuah dokumentari.  

Malah tidak seorang pemimpin PAS, DAP dan PKR yang telah berjaya menerbit antologi atau himpunan ucapan mereka dalam parlimen dan jadikan buku untuk juga diterjemah ke bahasa Inggeris dan menarik perhatian pembaca tempatan dan antarabangsa.

DAP dan PAS adalah parti pembangkang atau pengkritik diantara yang tua di Malaysia. Siapa sahaja pemimpin ulung mereka yang boleh dianggap sebagai wira bangsa?

Malah tidak seorangpun pemimpin PAS dan DAP yang telah diintiraf oleh negeri-negeri yang mereka kuasai sehingga sekarang dengan muzium dan nama mereka diberi kepada jalan-jalan penting.


Tiada ulasan: