Oleh Mansor Puteh
Peninju dunia Muhammad Ali boleh
bersorak ‘I’m the greatest!’ atau ‘Saya yang terhebat!’ di atas suaaanya di
muka televisyen dan seluruh dunia.
Dan
masyarakat menyanjungnya. Tahabnya meningkat lebih dari seorang peninju. Dan
dia ke mana-mana disambut bagaikan seorang pemimpin sebuah negara. Orangramai,
tidak kira keturunan datang ke lapangan terbang dan bersusun di tepi jalan
untuk melihat wajahnya. Lebih-lebih lagi kalau dia ke negara Arab, dia disambut
oleh presiden atau raja. Dan semasa krisis di Teluk, dia diterima oleh Presiden
Iraq ,
Saddam Hussein sendiri di tempat kediamannya. Begitulah kehebatan Muhammad Ali.
Siapa sangka
seorang peninju berkulit hitam dan yang menganut ugama Islam, telah menjadi
begitu besar dan penting bukan sahaja di Amerika Syarikat, iaitu negaranya,
bahkan ke seluruh dunia.
Tetapi, dia
cuma seorang peninju sahaja.
Dan apa pulak
dengan penghibur terkenal Michael Jackson. Dia juga diterima oleh masyarakat
tempatan di mana-mana negara yang sanggup membeli tiket berharga beratus-ratus
ringgit untuk melihat konsertrya. Dan apabila dia bercuti ke negara- negara
Afrika tidak lama dulu, pemimpin di negara tersebut menjemputnya di lapangan
terbang.
Michael
Jackson cuma merupakan seorang peryaryi berkulit hitam (walaupun kini tidak
begitu hitam) dan berkerayatan Amerika, sama dengan Muhammad Ali. Tetapi
tahabnya lebih dari seorang penyanyi atau penghibur. Dia dan Muhammad Ali sudah
jadi lambang kepada segolongan masyarakat.
Selain dari
mereka terdapat juga penghibur dan atlit lain di Amerika Syarikat khususr,ya
yang telars menjarii bukan sahaja ‘icon’ atau lambang dunia hiburan, bahkan
lagenda yang melampaui bidang kesenian mereka sendiri. Mereka telah mendapat
tempat yang penting dalam masyarakat, dan pendapat serta pandangan mereka
Bering citerima oleh umum.
Tetapi, cuba bayangkan kalau Muhammad Ali dan Michael
Jackson orang Melayu dan rakyat Malaysia .
Cuba
bayangkan betapa payah dan perit bagi mereka untuk maju setingkat demi
setingkat dalam kerjaya mereka sehingga menjadi terkenal seluruh dunia. Cuba bayangkan bolekkah
mereka kesempatan untuk majukan diri mereka dalam bidang-bidang yang diceburi
mereka itu?
Saya percaya
tidak. Muhammad Ali sudah tentu dikenakan hukuman oleh persatuan tinju Malaysia kerara
lantang bercakap di khalayak ramai.
Dia melampaui
batasnya sebagai seorang peminju. Lebih-lebih lagi dia mengambil campurtangan
dalam masalah sosial, yang bukan bidangnya. Dan Michael Jackson pula sudah tentu
akan digam oleh televisyen tempatan keraja dia berkelakuan tidak ‘normal’. Dan
dia takut dengan pihak media hiburan dan tidak mahu beri temuramah. Oleh itu,
dia juga digam oleh pihak media, oleh sebab dia tidak mahu bergaul dan menjadi
ahli persatuan seniman.
Mujumya
ialah, kedua mereka, iaitu Muhammad Ali dan Michael Jackson bukan orang
berketurunan Melayu dan rakyat bialaysia. Dan kita cuma kenali mereka dari
jauh. Jadi, kita tidak kenal mereka secara dekat, kecuali dari apa yang mereka
dituliskan dalam akhbar.
Saya pemah
menaikki lif bersama Muhammad Ali, yang ketika itu bersama juru latihnya iatu
Angelo Dundee dan Bundini Brown. Muhammad Ali kelihatan tidak berbeza dengan
orang lain. Keunikannya tidak ketara. Dalam jarak dekat tidak beberapa kaki dari
saya, dia sama juga peninju kielayu di negara kita. Tetapi, Muhammad Ali
terkenal seluruh dunia sehingga ke sekarang. Ini disebabkan yang dia bukan
orang Melayu dan rakyat Malaysia .
Saya terfikir
betapa nasibnya athlit dan penghibur tempatan yang mungkin mempuryai bakat dan
kepintaran serta keunikan seperti Muhammad Ali atau Michael Jackson, yang
terperok di Malaysia ,
dan tidak ke mana-manu dan oleh itu mereka tidak dapat meluaskan pandangan
mereka atau menjadi terkenal.
Mujur
Muhammad Ali dan Michael Jackson bukan orang Melayu dan rakyat Malaysia . Kalau
tidak mereka sudah tentu tidak dapat meluaskan pandangan mereka, dan mencungkil
bakat mereka yang ada. Mereka cuma meninju di peringkat Sukan
SEA dan menang pingat gangsa atau
menyanyi dalam rancangan Hiburan Minggu Ini dan sekali-sekala dijemput oleh
kementerian penerangan atau-kebudayaan untuk menyanyi di Jakarta .
Muhammad Ali
tidak jadi Muhammad Ali dan Michael Jackson tidak jadi Michael Jackson seperti
yang kita kenal mereka sekarang. Mereka Cuma menjadi peninju biasa dan
penghibur biasa, di Malaysia dan lagu-lagunya kadang-kadang disenangi oleh
stesen radio dan televisyen dan kadang-kadang diendahkan sama sekali.
Nasib
penghibur di negara kita terhad dan ianya bergantung kepada faktor atau elemen
tertentu. Bakat yang mereka ada tidak dapat dipertingkatkan sekiranya mereka
itu lantang, mempunyai pendapat dan kiar. hari kian terkenal dan disenangi.
Ramai penghibur dan pengkarya filem kita sekarang ini akhirnya takut untuk
menjadi popular dan penting sebab ini bererti bahawa mereka akan membelakangkan pihak-pihak
tertentu.
Sebaliknya,
Muhammad Ali dan Michaei Jackson tidak pemah gentar dengan mana-mana elemen.
Mereka boleh berhadapan dengan masyarahat dan masyarakat boleh menghampiri
mereka dengan membayar tiket untuk melihat mereka bertarung atau menyanyi di
persembahan. Pihak televisyen atau kuasa tertentu tidak boleh menghalang mereka
dari menjadi lebih terkenal dari pihak-pihak tertentu itu. Dan akhirnya, kedua
mereka menjadi terkenal seluruh dunia dan bukan sahaja di Amerika.
Kita perlu
ingat bahawa faktor yang membuat kedua mereka itu penting dan terkenal seluruh
dunia ialah kerajaan Amerika tidak menghalang mereka untuk mencungkil bakat dan
menarik perhatian. Muhammad Ali dan Michael Jacksoh guna gaya tersendiri masing-masing untuk memikat
dan memukau orang ramai. Mereka berani menunjukkan keunikan mereka itu tanpa
takut yang mereka akan digam atau diketepikan oleh stesyen televisyen dan radio
atau media hiburan dan lain-lain. Mereka terus menjadi mereka dan ini amat
disenangi oleh umum. Dan yang untung ialah Amerika sendiri yang kini mempunyai
athlit dan penghibur yang terkenal dan terpenting seluruh dunia.
Mungkinkah Malaysia
melahirkan seorang ahli sokan dan penghibur setaraf dengan hluhammad Ali dan
Michael Jackson yang terkenal seluruh dunia? Dan ke mana mereka pergi orang
akan berpusu-pusu tunggu mereka di lapangan terbang dan berdiri di tepi jalan
untuk melihat wajah mereka, walaupun seimbas sahaja?
Mungkinkah
kita juga mempunyai seorang dua yang sama seperti Muhammad Ali dan Michael
Jackson hebatnya yang boleh meletakkan nama negara di kaca mata dunia? Atau
apakah bakat dari kalangan masyarakat kita akan disekat dari berkembang dan
akhirnya peninju kita cuma menang pingat gangsa dalam Sokan SEA
dar penyanyi kita dapat dua ekar tanah yang diberi oleh kerajaan negeri sebagai
mengenang jasanya dan kemuncak kejayaannya ialah menjadi hos rancangan Hiburan
Minggu Ini?
Tidak
mungkinkah peninju kita bertarung dengan peninju di Amerika atau penyanyi kita
menyanyi di Stadium Wembley dengan mendapat ratusan ribu orang di London menjadi penonton?
Atau tidakkah
juga mungkin pengarah filem muda kita menjadi ‘hot property’ seperti pengarah Hollywood lain? Mestikah
pengarah filem muda kita terus membuat drama swasta atau cerekarama dan
kadang-kala filem untuk tayangan di pawagam?
Tidakkah
pengarah filem kita mempunyai suara lantang dan berdebat dengan pengkritik
filem tahab dunia dan buat filem-filem bertaraf Hollywood ?
Apakah negara
dan masyarakat sanggup membenar mereka mempunyai sikap seperti seorang pengarah
filem tahab dunia dan membenarkan dia menunjukkan sikapnya itu?
Sukar bagi
seseorang itu berkata bahawa Malaysia
tidak mempunyai bakat-bakat dalam bidang nyanyian, tarian balet atau
tradisional dan perfileman atau kesenian lain. Negara kita turut mempunyai
bakat-bakat yang tinggi mutunya yang mungkin sama setanding atau lebih hebat
jika dibandingkan dengan bakat di Amerika sekalipun. Tetapi, berbeza dengan di
Amerika, setiap mereka yang berbakat itu dipupuk dan diasuh oleh masyarakat dan
negara sehingga mereka mencapai tahab yang cemerlang. Sekarang kita lihat
sahaja buktinya. Amerika terkenal dengan bakat-bakat dalam semua bidang dan
negara lain seperti Jepun, Jerman ,
England dan
Perancis serta Rusia sukar menandingi mereka.
Di Amerika
peranan birokrasi untuk memajukan bakat dan bukan menghalang mereka yang berbakat.
Dan terdapat yayasan kesenian, universiti yang memberi biasiswa kepada mereka
yang berbakat. Dan mereka pula berpeluang untuk bersikap sebagai orang seni dan
bukan kerani atau birokrat. Jadi Muhammad Ali dibenar menjadi Muhammad Ali dan
Michael Jackson juga dibenar menjadi Michael Jackson.
Di negara
kita, kalau seseorang pengarah filem itu cuba bercakap sebagai seorang
pengarah, mungkin dia tidak disenangi oleh birokrat dan akhirnya
karya-karyarnya digam atau ditolak untuk siaran. Dan tidak hairan kenapa
terdapat ramai pengarah dan penulis skrip yang tidak mengguna nama mereka
tetapi nama samaran, kalau mereka mahu karya mereka.disiar di televisyen.
Keadaan yang wujud ini amat meryedihkan. Ianya memberi birokrat begitu banyah
kuasa untuk menerima atau menolak sesebuah karya semata-mata mengikut hati
mereka sendiri, tanpa mementingkan kerjaya seseorang pengarah muda itu, dan
perkembangannya.
Kita juga
sering mendengar penyanyi itu dan ini dilarang dari muncul di peti televisyen
kerana melakukan sesuatu yang dianggap tidak sopan dan sebagainya. Atau
pengarah filem itu berani menyuarakan sesuatu dan akhirnya tidak disenangi oleh
pihak-pihak tertentu. Keadaan seperti ini amat menyedihkan oleh sebab ianya
tidak berasaskan undang-undang dan pihak-pihak yang terlibat itu tidak
dihadapkan di mana-mana mahkamah untuk membela diri sendiri, tetapi menerima
akibat dan karya mereka diharam atau ditolak oleh seorang-dua birokrat.
Negara kita
akhirnya yang mengalami kerugian yang besar, dan bakat-bakat kita yang ada tidak
dapat berkembang. Dan mereka hanya menyanyi di tempat-tempat terpencil dan
kaset mereka dijual di kaki-lima. Atau filem-filem dan drama televisyren mereka
disimpan sehingga tiba suatu ketika nanti apabila keadaan dan sistem yang ada
bertukar.
Muhammad Ali
dan Michael Jackson boleh berkembang maju oleh sebab peranan yang dimainkan
oleh masyarakat dan lebih-lebih lagi kesempatan yang diberi oleh pihak-pihak
tertentu. Dan merelca berpeluang untuk
berkarya tanpa gentar yang masa depan mereka akan tergugat atau dikecam dan
diharam. Akhirnya mereka berjaya dan mengharumkan nama Amerika ke seluruh
dunia. Mereka lebih terkenal dan popular dari presiden negara mereka sendiri.
Amerika boleh
melahirkan John McEnroe, Madonna dan ahli sains lain serta tokoh-tokoh budaya,
pemikir terkenal dan ahli sokan seperti Magic Johnson, Joe di Maggio disamping
Muhammad Ali. Kenapa Maiaysia pula tidak boleh melahirkan tokoh-tokoh
perfileman, nyanyian dan ahli sains seperti Amerika?
Atau apa
pulak kalau Dr Mahathir bukan rakyat Malaysia , tetapi Amerika, tidakkah
mungkin beliau lebih hebat dari mendiang John Fitzgerald Kennedy dan tokoh
politik lain di negara itu? Dan sebaliknya, kalau John F Kennedy rakyat Malaysia ,
apakah tahab kecapaiannya cuma menjadi seorang ahli dewan undangan negeri sahahaja
dan tidak lebih dari itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan