Oleh
Mansor Puteh
Ini
soalan sensitif? Tidakkah ia satu perkara penting yang mesti dan boleh
dibincang secara terbuka?
Isiu
pendidikan penting dan mesti dikaji semula kalau sistem lama tidak
menguntungkan sebuah sistem baru harus pula digantikan.
Sehingga
ini sistem dua atau tiga aliran dan mungkin empat aliran yang ada tidak lagi
sesuai untuk pembangunan negara.
Contohnya
dapat dilihat dimana-mana, khususnya pada perpecahan rakyat yang mujur dapat
dibentung secara rasional.
Tetapi
dimasa-masa akan datang, kita tidak tahu apakah perpecahan itu akan tercetus
oleh pihak chauvinis yang beria-ia mahu cuba nasib mereka, dan tuntut itu
dan ini, yang langsung tidak termaktub dalam Perlembagaan negara.
Keputusan
PRU-13 telah membuat kumpulan Dong Zong senyap. Kenapa?
Kalau
orang Cina yang ada tanya kenapa kepentingan khas untuk Orang Melayu mesti
dihapuskan, dan bahasa Cina mesti diguna secara rasmi dalam urusan rasmi,
dengan ada pihak yang berani dan terang-terang turunkan tanda jalan raya yang
mempunyai nama dalam Bahasa Melayu, dan gantikannya dengan tanda jalan raya
yang mempunyai Bahasa Melayu dan Mandarin, tak apa?
Tidakkah
ini juga boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak jaga sensitivity Melayu
dan Malaysia
amnya?
Di Pulau
Pinang ada tanda jalan raya yang mengguna bahasa Mandarin.
Malah
banyak kegiatan rasmi kerajaan di negeri ini membelakangkan bahasa kebangsaan,
dengan pengumuman projek me eka dibuat dalam bahasa Inggeris.
Jadi tidakkah
isiu sekolah vernakular Mandarin dan Tamil mesti dijadikan satu isu
perbincangan dan tidak perdebatan, untuk menentukan samada ia masih relevan
atau sesuai kepada negara?
Ia boleh
menguntungkan masyarakat Cina dan India juga, kalau anak-anak mereka
dari golongan generasi baru dapat mengguna Bahasa Melayu iaitu bahasa
kebangsaan secara lancar dan betul.
Semua
orang tahu bahawa pengunaan Bahasa Melayu sekarang sudah meluas dan lambat-laun
sesiapa yang tidak faseh dalam bahasa ini akan tertinggal.
Dan
inilah sebabnya tercetusnya perbalahan dan perbuatan tidak senonoh sekumpulan
pelajar Cina-Malaysia di Taiwan dan Singapura yang lebih mendedahkan
kepincangan diri mereka sendiri dari apa yang mereka mahu tuntutkan.
Malah
orangpun tidak tahu apa yang mereka mahu tuntutkan, khususnya apabila mereka
dilihat memegang bendera Malaysia
secara terbalik.
Adakah ini bermaksud mereka
Yang
mungkin jelas sekali ialah kumpulan ini rasa diri mereka tersisih dari
pembangunan negara dan mereka rasa mereka tidak berada di Malaysia secara rohani, walaupun pada zahirnya
mereka tersisih dari Malaysia
oleh sebab mereka berada di Taiwan
dan Singapura.
Yang
anihnya juga ialah kenapa Cina-Malaysia yang belajar di
Amerika , England ,
Australia , Negeri Cina dan Indonesia
dan di negara lain tidak ambil tindakan sama seperti pelajar Cina-Malaysia di
Taiwan dan Singapura?
Apa untungnya
Malah
sekolah mubaligh Kristen juga sepatutnya diteruskan, sebab ia adalah sebahagian
dari sejarah dan warisan negara.
Sekolah
mubaligh Kristenlah yang telah menyebabkan ramai orang Cina masuk ugama Kristen
dengan sekolah-sekolah ini beri pelajaran tentang ugama ini kepada
pelajar-pelajar tanpa mereka dapat tentangan dari ibubapa Cina dan India .
Tetapi semua sekolah mubaligh Kristen kini sudah dikebangsaankan, dan pihak pentadbirnya telah terima hakikat bahawa sistem persekolahan seperti ini tidak lagi relevan untuk
Malah
ada juga orang Cina dan India
sekarang yang juga setuju kalau satu sistem persekolahan dapat diwujudkan.
Mereka adalah Cina dan India
realis dan bukan jenis yang gemar berkhayal.
Jadi
kenapa pula sekolah vernakular tidak boleh dijadikan bahan debat dan
perbincangan?
Masyarakat
Cina dan India dulu tak sama
dengan masyarakat Cina dan India
sekarang.
Malah,
kenapa bahasa Mandarin dan Tamil sahaja yang harus dipentingkan dan tidak
bahasa atau dialek lain seperti Kantonis, Hokkien, Malayam, Telugu, Panjabi dan
Kandazan dan Iban dan lain-lain yang ada di Sabah dan Sarawak?
Mereka
juga berhak untuk menuntut diadakan sekolah-sekolah dimana bahasa ibunda mereka
diguna sebagai bahasa pengantar.
Tetapi isiu ini tidak timbul.
Kalau
kaum Asli di Sabah dan Sarawaak boleh setuju hantar anak-anak mereka ke sekolah
kebangsaan, kenapa tidak kaum Cina dan India di seluruh negara?
Apabila
sistem pendidikan sesebuah negara itu diadakan dalam pelbagai bahasa khususnya,
Melayu, Mandarin dan Tamil, maka, kedudukan ekonomi, sosial, kebudayaan akan
terjejas, seperti yang berlaku sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan