Oleh
Mansor Puteh
Orang
Melayu tidak pula mahu marah dan haramkan orang Cina dari membuat tarian naga
dan singa kalau mereka mempunyai pandangan serong terhadap kegiatan kebudayaan
seperti ini yang boleh disalahtafsir untuk membawa erti bahawa orang Cina mahu
serang kaum lain khususnya Melayu.
Melayu
dan pemimpin mereka tidak beranggapan seperti itu dan biarkan orang Cina adakan
tarian naga dan singa mereka.
Tetapi
kenapa ada pemimpin Cina yang beria-ia mahu larang Melayu bawa keris dan
hunusnya untuk menunjukkan yang Melayu ada kuasa dan gagah?
Ini pasti
sesuatu yang amat pelik!
Dulu
bila pemimpin Pemuda Umno gemar menghunus keris dalam persidangan Umno di PWTC,
orang Cina hormat dan sokong Umno dan Barisan Nasional.
Tetapi
ada segolongan Cina khususnya yang tidak gemar Melayu hujus keris. Mereka tidak
tahu budaya Melayu, yang sepatutnya mempunyai sebilah keris yang dipakai
bersama baju Melayu dan dalam banyak acara rasmi.
Ia bukan
untuk diguna sebarangan tetapi sebagai perhiasan kepada pakaian dan juga
perwatakan Melayu.
Jadi
apabila keris dikeluarkan dari diri Melayu, ramai Melayu sudah hilang jati-diri
atau ‘identity’ dan ini yang menyebab ramai Melayu kurang dengan sifat
keMelayuannya.
Dan
inilah juga yang menyebabkan ramai orang Cina khususnya kini pandang rendah
pada orang Melayu.
Dan
inilah juga kenapa ramai pengundi Cina tidak lagi hormat Melayu, Umno dan juga
Barisan.
Sebabnya
ialah tanpa keris, Melayu dianggap sebagai tidak mempunyai kuasa dan dayaupaya
untuk membantu orang Cina dan menjaga mereka.
Jadi
perlukah Pemuda Umno dan Melayu hunuskan keris? Mesti. Sebab ia adalah sebahagian
dari adat orang Melayu itu sendiri.
Mana
lengkap kalau Sultan-Sultan tidak dihiasi dengan sebilah atau dua bilah keris
dalam pemakaian rasmi mereka?
Sultan
tanpa keris adalah seperti seorang sultan tanpa kuasa. Dan Melayu tanpa keris
adalah seorang Melayu yang tidak ada harga diri.
Jadi
siapa yang mahu hormat dan gerun melihat pemimpin Melayu berjalan tanpa
mempunyai sebilah keris?
Inilah
salah satu sebabnya pengundi Cina lama-kelamaan tidak hiraukan Melayu dan Umno
serta Barisan.
Mereka
telah dibebaskan dari perasaan hormat terhadap Melayu dan Umno, khususnya juga
dikalangan orang Cina yang berlatarbelakangkan sekolah vernakular Mandarin yang
tersisih dari aliran kebangsaan; mereka tidak tahu sejarah dan berani pula mahu
‘cipta’ sejarah baru untuk mereka sendiri.
Mereka
juga tidak tahu dengan Peristiwa 13 May, 1969 untuk belajar darinya. Sedangkan
Melayu sudah lama sedar apa maknanya dan tidak mahu supaya ia berulang.
Jadi apa
yang orang tidak tahu ialah, bila orang Melayu hunus keris atau memakainya
dengan diikat dalam sampin atau dengan memegangnya dalam genggaman, ia bukan
bererti ia adalah satu tindakan mahu melawan dengan sesiapa, jauh sekali mahu
membunuh sesiapa.
Masalahnya
ada orang Cina chauvinis yang tidak faham budaya Melayu, jadi mereka melenting
dan paksa Melayu kurang jadi Melayu dan tidak bawa keris dalam acara rasmi dan
hunusnya.
Dan ramai orang Cina rasa kuatir apakah Melayu sudah jadi lemah sebab mereka tidak berani bawa keris ke acara rasmi bagi menghiasi pakaian baju Melayu mereka?
Segelintir pemimpin chauvinis Cina telah berjaya memaksa Melayu dalam Umno untuk tanggalkan keris mereka.
Oleh
sebab itu masyarakat Cina lain yang hormat kepada Melayu dan kebudayaan serta
kepercayaan mereka, bila pemimpin Melayu pegang dan bawa keris, kini, mereka
pandang serong terhadap pemimpin Umno khususnya.
Apalah
guna kalau berpakain baju Melayu tanpa dihiasi dengan sebilah keris?
Kalau
Melayu salah bawa keris, kenapa orang Cina terus dibenar adakan tarian naga dan
singa mereka, sebab perbuatan seperti ini boleh disalahtafsir oleh kaum lain
yang boleh menganggap orang Cina mahu serang mereka.
Tetapi mujur orang Melayu dan kaum bukan-Cina lain tidak mempunyai anggapan serong seperti ini.
Oleh
sebab itu, Cina dibenar untuk mengadakan pertunjukan tarian naga dan singa dan
kadang-kadang dibenarkan juga melepaskan mercun yang buat bising sepanjang hari
bila perayaan tahun baru Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan