Oleh
Mansor Puteh
Sebenarnya
apa yang ditanya oleh Utusan Malaysia dalam tajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ yang
dipampangkan pada muka depan dan belakang akhbar ini pada 6 Mei lalu,
sebenarnya adalah soalan biasa. Tetapi perbalahan yang tercetus darinya, bukan
biasa. Ia menjadi luarbiasa bila ada orang yang buat laporan polis.
Mentang-mentang
orang Cina yang buat laporan polis, maka ia harus diambil tindakan, sedangkan
banyak laporan lain yang telah dibuat oleh Melayu tetapi tidak pula ada
sebarang perbalahan.
Akhirnya
nanti polis akan menganggap bahawa laporan yang dibuat itu tidak ada sebarang
asas untuk pihak berkuasa ambil tindakan.
Apa salahnya dengan Utusan tanya soalan itu? Apa salahnya untuk sesiapa tanya, ‘Apa lagi Cina Mahu?’
Apa salahnya dengan Utusan tanya soalan itu? Apa salahnya untuk sesiapa tanya, ‘Apa lagi Cina Mahu?’
Ia
adalah apa yang sering ditanya oleh orang Cina sendiri. Dan orang India juga
sering tanya soalan seperti itu. Dan dalam PRU-13, mereka dapat apa yang mereka
mahukan, iaitu kemajuan untuk masyarakat mereka.
Ini
hanya boleh berlaku apabila mereka sokong parti tertentu yang boleh beri apa
yang mereka mahukan.
Orang India sedar
bahawa PRU-12 dulu, dan tahun-tahun kemudiannya sehingga PRU-13, mereka telah
dipinggirkan oleh pihak yang mereka rasa boleh bantu mereka.
Tetapi ini tidak berlaku.
Jadi
tidak hairan kalau Hindraf juga pilih untuk berpihak kepada Barisan dengan
pemimpin mereka, Withyamorthy sendiri merayu dan mengaku bahawa orang India mesti
sokong Barisan.
Dan yang
mengejurkan semua orang termasuk mereka dikalangan dari masyarakat India sendiri
ialah apabila Withyamorthy telah dilantik masuk ke dalam Kabinet Najib II,
sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan dilantik dulu
sebagai senator.
MIC
tidak tentang dengan keputusan oleh Perdana Menteri, tetapi pihak di Pakatan
Rakyat yang cemuh keputusan itu seperti mereka tidak mahu kaum India maju
dalam bidang ekonomi.
Jadi apa
yang orang Cina mahu sebenarnya merupakan satu soalan yang pernah ditanya oleh
Utusan lama dulu. Ia terkandung sebagai tajuk sebuah tulisan dalam sebuah
ruangan mingguan di akhbar ini yang ditulis oleh Zaini Hassan dalam ruangannya,
‘Cuit’ yang disiarkan pada setiap hari Rabu.
Dan tulisan dalam ruangan ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris dan disiar seluruhnya oleh akhbar di Singapura iaitu Straits Times.
Kalau
soalan ini dianggap sensitif, tentu pihak pengarang akhbar tersebut di
Singapura tentu tahu, dan mereka tidak akan mahu terjemah tulisan itu dan
siarkannya dalam akhbar mereka.
Saya
sendiri tidak mahu ulangkan dan turunkan di sini. Biar pembaca minta Utusan
siarkannya semula.
Malah,
Zaini juga telah mendapat surat sokongan dari
pembaca Cina dari Malaysia
yang bekerja di Singapura yang memuji apa yang dia telah tuliskan itu.
Menurut
tulisan itu, orang Cina di Malaysia sudah memperolehi kemajuan dalam bidang
ekonomi dan ramai mereka yang terkaya di Malaysia terdiri dari kaum Cina, dengan
sekerat sahaja dari kalangan Orang Melayu dan seorang dari kaum India.
Jadi,
apa yang perlu dilaporkan kepada polis? Ia tidak lain satu usaha mencemuh
Utusan, yang telah berani menulis dan bertanya kepada masyarakat Cina apa lagi
yang mereka mahukan, sebagai reaksi Utusan pada hari pilihanraya umum diadakan,
dengan masyarakat Cina hampir seratus peratus undi pembangkang.
Sekarang
Cina di Malaysia sudah terkangkang dengan tindakan mereka yang akhirnya
menjerat leher mereka sendiri. Inikah yang mereka mahukan?
Lihat
Kabinet Najib II dan perhatikan berapa kerat ahli dari kalangan Cina dalamnya?
MCA dan Gerakan telah awal-awal lagi beri amaran kepada masyarakat dan pengundi Cina di
Pendedahan
yang dilakukan oleh Gerakan khususnya bererti juga bahawa mereka adalah parti
untuk kaum Cina dan kurang kepada parti berbilang kaum, sebab sudah pasti ada
ramai Melayu dan India yang telah mengundi calon-calon mereka untuk kerusi
parlimen dan dewan undangan negeri (DUN), tetapi jumlahnya tidak seberapa dan
kebanyakan calon mereka kalah teruk.
Dan
susulan dari soalan, ‘Apa lagi Cina mahu?’, Utusan sebenarnya seharusnya
keluarkan soalan kedua di muka depan akhbar mereka iaitu, ‘Apa lagi Melayu
mahukan?’
Soalan
ini khusus ditujukan kepada penyokong tegar PAS dan PKR yang beria-ia benar
mahu wujudkan satu sistem yang mereka anggap lebih penting dan berkesan.
Ternyata
sekali mereka juga salah dan Melayu hampir kebanyakannya tidak sokong mereka;
mereka sokong Umno dan Barisan.
PAS dan
PKR hanya dapat dua-puluh-satu dan tiga-puluh kerusi parlimen sahaja; dan
itupun oleh sebab mereka dapat undi dari kaum Cina; kalau tidak mereka juga
akan kalah teruk sama seperti MCA dan Gerakan.
Sebenarnya
Melayu ada beberapa perkara yang mereka mahukan, sama juga orang Cina dan India .
Mustahil
Cina dan India di Malaysia masih tidak ada sesuatu yang mereka mahukan. Atau
apakah Cina khususnya sudah cukup dengan apa yang mereka telah ada dan telah
diberikan?
British
telah beri bermacam-macam kelebihan kepada orang Cina; kalau tidak ekonomi
mereka tidak akan berkembang seperti sekarang.
TetapiIndia
tidak diendahkan oleh penjajah British yang mahu mereka terperap dalam lading
getah sebagai buruh.
Tetapi
Melayulah
yang telah membawa India
keluar dari ladang-ladang getah seperti itu. Dan Barisanlah yang telah berusaha
untuk memajukan kaum ini.
Dan
Malaysia juga ada beberapa perkara yang ia mahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan