Isnin, 6 Mei 2013

DOA NIK AZIZ TAK AKAN DIMAKBULKAN.


…ANGAN-ANGAN PAS NAK TUBUH NEGARA ISLAM ALA PAS TIDAK AKAN DIMAKBULKAN TANPA MENDAPAT SOKONGAN DARI PARTI YANG ANTI-SISTEM ISLAM.
Oleh Mansor Puteh




Umno dan Barisan Nasional mendapat kemenangan mudah atau ‘simple majority’ setelah memperolehih 112 kerusi pada 1.50 pagi semalam apabila Suruhan Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkannya, walaupun pengerusinya tidak beritau bahawa Barisan telah menang dengan mudah, seperti pegawai SPR lain yang telah mengumumkan kemenangan mudah untuk negeri-negeri sebelum ini.

Pilihanraya Umum ke-tiga-belas (PRU-13) baru berlalu. Umno dan Barisan Nasional masih kukuh walaupun jumlah kerusi parlimen yang mereka milikki kurang tujuh, tetapi mereka berjaya rampas Kedah dengan majority yang mengkagumkan.

Yang peliknya ialah apabila portal internet telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah menang PRU-13 awal-awal lagi.

PAS hanya berjaya mendapat dua-puluh-satu kerusi parlimen dan kekalkan Kelantan. Itu sahaja.

Yang PAS boleh bangga ialah parti ini telah berjaya menarik pengundi Melayu untuk sokong DAP dan PKR.

Namun demikian PAS kecundang sebab ada beberapa tokoh mereka telah kalah.

Jadi nampaknya doa Nik Aziz dan adiknya tidak akan dimakbulkan apabila mereka doakan agar Umno hancur. Yang mereka boleh hancurkan ialah perpaduan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Nampaknya dari penghayatan umum, pengundi Cina masih tetap sokong DAP.

Andaian mereka ialah lebih mereka sokong DAP atau parti pembangkang lain, mereka akan terus dapat ganjaran dari Umno dan Barisan yang akan terus beri segala kemudahan dan pembangunan di kawasan dimana mereka mempunyai majoriti.

Ini sebenarnya satu tindakan yang salah yang dilakukan oleh Barisan, yang seharusnya tidak pedulikan kawasan-kawasan ini termasuk negeri-negeri dimana DAP dan juga PKR dan PAS menang, supaya pengundi dinegeri ini akan rasa beban mereka sokong pembangkang yang tidak mungkin boleh bantu mereka.

Dan nampaknya juga pengundi yang sokong PAS, PKR dan DAP tidak pedulikan apabila kerajaan negeri Selangor dan Kelantan serta Pulau Pinang tidak beri kemudahan asas seperti pembekalan air dan sebagainya, sebab mereka tahu, kerajaan pusat Barisan akan bekalkannya, akhirnya nanti.

Pengundi Cina khususnya tahu walaupun Barisan kalah, Barisan akan tetap beri mereka segala kemudahan asas seperti itu.

Untuk Umno dan Barisan pula apa yang mereka dapat pelajari dari pengelaman PRU-13? Banyak.

Mereka tidak boleh harapkan pemimpin lama mereka yang telah lama terlibat dalam kepimpinan parti, sebab mereka tidak berjaya tarik pengundi oleh sebab nama dan imej mereka telah lama buruk.

Tetapi mereka enggan terima hakikat bahawa mereka itu tidak penting; yang penting hanyalah parti.

Itulah sebabnya terdapat beberapa pemimpin veteran Umno khususnya yang bertanding atas tiket bebas, telah kalah termasuk Kamilia yang bertanding atas tiket bebas tetapi tidak mendapat jumlah undi yang banyak sehinggakan dia hilang deposit.

Sekarang Kamilia tahu dia siapa dalam Umno dan Barisan. Tanpa Umno, dia tidak wujud.

Yang telah ‘memberi sokongan padu’ kepada PAS, DAP dan PKR ialah akhbar Melayu dan Inggeris khususnya yang telah memberi publisiti meluas untuk pemimpin mereka khususnya yang mempunyai masalah seperti yang dituduh oleh ramai.

Publisiti negatif sebenarnya ‘baik’ untuk pembangkang yang hidup bila mereka mendapat publisiti seperti itu.

Dan publisiti positif yang sering diberi kepada Pertubuhan Pribumi Malaysia atau Perkasa tidak semestinya boleh memberi faedah, seperti yang telah berlaku kepada Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang kalah di kawasan parlimen Kota Bharu dan Shahalam.

Yang amat menyedihkan samasekali ialah tentang kekalahan Raja Nong Chik kepada Nurul Izzah Anwar di kawasan parlimen Lembah Pantai. Ini amat mengejutkan olehsebab peranan Nurul Izzah tidak lain sebagai calon pembangkang dan bukan olehsebab dia telah berbuat sesuatu untuk pengundi di kawasan ini.

Raja Nong Chik orang yang telah berbakti kepada penduduk di Lembah Pantai tetapi dia tetap tidak disenangi oleh mereka. Ini yang pelik sekali, sedangkan ramai penduduk di sini terdiri dari mereka yang boleh dianggap sebagai berpendidikan seperti di Shahalam yang telah tolak Barisan dan terima Khalid Samad sekali lagi.

Anwar juga menang di Permatang Pauh walaupun segala usaha telah dilakukan oleh Umno dan Barisan dan juga kumpulan lain di kawasan ini, tetapi dia tetap dapat tambat hati pengundi di sana yang rata-rata terdiri dari pengundi Melayu.

Adakah mereka mahu ‘perangkap’ Anwar supaya tidak pergi ke luar negara seperti yang dia telah nyatakan yang dia akan lakukan sekiranya partinya kalah dalam PRU-13, supaya dia boleh berhadapan dengan tuduhan yang telah dilempar ke arahnya, yang belum berkesudahan, samada di dalam mahkamah atau di luar?

Dan sekarang Pakatan telah gagal tubuh kerajaan pusat, dan apakah Anwar akan terima pelawaan untuk mengajar di universiti di luar negara seperti yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar Melayu?

Disebalik calon bebas, semua parti kecil seperti KITA, Parti Cintakan Malaysia (PCM) dan Berjasa kalah teruk. Malah calon bebas di Sabah dan Sarawak juga kalah teruk.

Namun demikian perdana menteri Najib Tun Razak dan timbalannya telah mendapat jumlah undi bertambah di kawasan masing-masing.

Ternyata MCA kalah teruk. Pengundi Cina telah berpaling tadah dan sokong DAP yang mereka fikir lebih kuat sokong mereka. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah pengundi China tahu bahawa DAP akan lebih lantang menyuarakan hasrat mereka dari luar Barisan yang mereka boleh lihat dan dengar.

Sedangkan kalau mereka sokong MCA, Cina di Malaysia akan kelihatan seperti telah ‘dibeli’ oleh Umno dan Melayu.

Akhirnya, bolehkah Pakatan rasa bangga dengan kejayaan mereka dalam PRU-13? Apa sebenarnya kejayaan mereka yang mereka boleh rasa bangga?

Dan tidakkah Umno dan Barisan boleh meraikan ‘kejayaan’ mereka yang tidak seberapa tetapi masih signifikan?

Tiada ulasan: