…PEMIKIR
MELAYU CUMA PANDAI MENCECEH, BERLETEH DAN MENGARUT SAHAJA.
Oleh
Mansor Puteh
Tetapi sehingga kini kita tidak dapat dengar mana-mana profesor kaupun dekan dan naib-chanselor yang boleh bercakap dengan petah di dalam dan juga di luar negara.
Dengan
tertubuhnya banyak stesen televisyen, maka banyaklah juga rancangan bicara dan
forum diadakan.
Ini
dengan secara tidak langsung menggalakkan ramai orang yang dengan tiba-tiba
diangkat menjadi pakar.
Mereka
sering dijemput oleh stesen televisyen untuk bercakap tentang pelbagai masalah
dan perkara.
Tetapi
siapa mereka?
Adakah mereka sarjana, walaupun mereka profesor yang ada bermacam-macam ijazah dari universiti dalam negeri dan luar? Mereka tidak.
Mereka
hanya orang yang pandai menceceh, beleteh dan mengeluh.
Perbincangan
mereka itu biasanya cetek dan pendapat mereka berulang-ulang.
Cara untuk menentukan samada mereka itu sarjana atau pembincara biasa ialah dengan melihat dan mendengar cara dan lagak mereka; mereka akan bercakap dengan panjang lebar dan mengulang apa yang mereka telah katakan, sebab mereka fikir seseorang yang boleh bercakap dengan panjang-lebar itu, sebenarnya adalah pakar atau sarjana.
Ini
sebenarnya bukan cirri-ciri seorang sarjana atau pakar.
Sarjana dan pakar tidak pandan memceceh, berleter atau mengeluh; mereka cuma pandai berhujah mengguna fakta yang dipersembahkan secara ringkas.
Sebabnya ialah mereka bukan dijemput beri pandangan dalam mana-mana rancangan televisyen untuk beri kuliah tetapi mengutarakan pendapat.
Dan masa yang diuntukkan untuk sesebuah rancangan tidak lebih dua-puluh-lima hingga lima-puluh minit sahaja.
Dan ada beberapa orang lain yang dijemput sama, jadi mereka tidak perlu ambil begitu banyak masa untuk menceceh.
Kalau
benar Malaysia
ada ramai universiti yang hebat, maka sudah pasti ia boleh melahirkan ramai
sarjana dan pakar yang juga hebat.
Tetapi ini tidak berlaku.
Mana
sarjana dan pakar yang hebat? Jadi, kalau mereka tidak dapat dilahirkan, maka
kita boleh katakan bahawa semua universiti tempatan tidaklah hebat sebab ia
tidak berjaya melahirkan sarjana dan pakar yang hebat.
Dan
kalau Malaysia
masih ada masalah asas yang telah lama wujud tetapi sehingga kini masih tidak
diatasi dan diselesaikan, maka kita juga boleh katakan bahawa golongan sarjana
dan pakar yang ada di universiti itu sebenarnya tidak juga hebat.
Malah,
ulama yang ada di Malaysia juga tidak hebat; mereka cuma baik untuk beri
ceramah ugama di televisyen dan di padang, dengan memberi pandapat tentang
utama yang terlalu cetek, di hadapan orang yang mengaku berugama Islam sejak
dilahirkan tetapi yang masih jahil tentang Islam, sehinggakan mereka tidak tahu
apa itu yang halal dan haram, ataupun yang makruh dan terpaksa dapat pandangan
dari ustaz dan ustazah televisye.
Sebenarnya
ramai orang Islam yang hadir acara ceramah ugama itu boleh dianggap sebagai
jahil tentang Islam atau mualaf, sebab mereka masih tidak tahu hukum asas
tentang Islam, dan terpaksa hadir ke acara ceramah seperti itu.
Ini yang
mengeciwakan samasekali sebab setahu saya ceramah ugama hanyalah untuk mereka
yang jahil dan mualaf yang baru masuk Islam yang perlu dididik tentang Islam.
Tetapi
apa yang sebenarnya berlaku ialah ramai orang yang menghadiri ceramah setiap
malam terdiri dari orang yang sudah lama Islam, sejak kecil, tetapi yang masih
mahu dengar celoteh tentang ugama iaitu tentang perkara yang begitu asas seperti
isiu haram dan halal seperti mereka tidak tahu apa itu Islam.
Dan
bukan itu sahaja, ulamak di Mesir dan negara Arab lain juga jahil dan tidak ada
pengaruh kepada masyarakat di negara mereka sendiri.
Mereka
juga tidak ada pengaruh kepada pemimpin politik kiri dan kanan sehinggakan
negara mereka menjadi hancur.
Jadi apa
hebatnya Universiti Al-Azhar yang dikatakan universiti tertua di seluruh dunia?
Mana
ulamak dan pakar serta sarjana yang mereka telah lahirkan sejak dulu sehingga
sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan