Sabtu, 27 April 2013

PAS GAGAL LAKSANA HUKUM HUDUD ALA PAS; DAP GAGAL LAKSANA DASAR ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ DAN PKR GAGAL JADIKAN ANWAR PERDANA MENTERI.


…DAN PUNGUTAN SUARA YANG BOLEH TENTUKAN PARTI MANA MELAYU DAN BUKAN-MELAYU MAHU.
Oleh Mansor Puteh


BAH I: PAS:

Sebenarnya PAS sudah lama tahu mereka telah gagal untuk melaksanakan rancangan mereka untuk melaksanakan hukum hudud, yang Dr Mahathir Mohammad kata hanyalah hukum hudud ala PAS sahaja.

Dan sejak kebelakangan ini, PAS kata mereka hanya mahu laksanakan hukum syariah. Itupun mereka akan kecundang sebab hukum syariah sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Jadi apa jadahnya mahu PAS tambah?

Tidakkah mereka juga dapat faedah dari perlaksanaan hukum syariah ke atas umat Islam di Malaysia?

Tidakkah mereka menyimpan wang parti mereka dalam Bank Islam?

Dan tidakkah mereka tahu siapa yang melaksanakan hukum halal pada makanan, sistem perbankan Islam di Malaysia yang mana menjadi ikutan oleh banyak negara Islam dan bukan-Islam lain seluruh dunia sehinggakan negara-negara yang tidak peduli dengan hukum Islam terpaksa membuka bank Islam mereka sendiri.

Dan tidakkah PAS sedar adanya Majlis Fatwa Negara?

Dan majlis inilah yang sepatutnya dijadikan kuasa mutlak di Malaysia yang boleh pastikan samada hukum Islam dilaksanakan.

Satu sahaja yang harus PAS salahkan ialah berkaitan dengan hukum Islam yang masih tidak dilaksanakan dalam bidang hiburan, seperti drama televisyen, drama pentas filem dan sebagainya, termasuk muzik ‘heavy metal’ dan lain-lain yang man mempunyai nilai anti-Islam, yang mendewakan syaitan dan iblis atau hantu.

Tetapi PAS tidak berbuat demikian sebab mereka tahu mereka akan berhadapan dengan kemarahan anak-anak muda, yang boleh menumbangkan parti mereka.

PAS sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan orang tua jadi ahli dan sokong mereka, dan sebahagian dari mereka itu terdiri pula dari pesara jabatan dan agensi kerajaan dan kini pasukan bersenjata.

BAB 2: DAP:

Dan DAP pula mahu laksanakan hukum atau sistem politik yang mereka katakan sebagai ‘Malaysian Malaysia’.

Tetapi mereka telah gagal melakukannya dengan menampilkan apa yang dimaksudkan dengan slogan ini.

Akhirnya slogan ini tinggal slogan sahaja.

Sebenarnya ia adalah slogan yang telah diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew semasa dia dan partinya di Singapura yang dikenali dengan nama Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Parti (PAP) yang menerbit majalah parti dengan nama Petir.

Akhirnya bila Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1966, maka PAP tidak lagi menyorak slogan ini yang disambung oleh DAP.

Tetapi DAP tidak menyambungkan slogan ini sebab mereka rasa ia tidak sesuai lagi, memandangkan is sebuah slogan kosong.

Lebih-lebih lagi apabila slogan 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Umno dan Barisan yang mana lebih menyeluruh dari ‘Malaysian Malaysia’.

Sebaliknya ‘Malaysian Malaysia’ boleh menyebabkan semua sekolah vernakular Mandarin dan Tamil dihapuskan sebab kewujudan sekolah-sekolah seperti ini tidak mendokong slogan ‘Malaysian Malaysia’, tetapi lebih kepada slogan 1Cina-1Tamil sahaja.

Maksudnya di sini ialah ‘Malaysian Malaysia’ akan mengutamakan apa yang lebih diperlukan oleh rakyat jelata iaitu sebuah sistem pendidikan yang sama-rata dan tidak yang berpuak-puak ikut bahasa sendiri yang boleh pecah-belahkan masyarakat dan rakyat mengikut kaum sendiri dengan orang Cina dan India terasing dari aliran kebangsaan.

Ini sebenarnya yang mahu dilakukan oleh mereka yang gemar melaongkan slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Tetapi sehingga sekarang Kuan Yew dan PAP tidak pula mahu sorak slogan ‘Singaporean Singapore’. Kenapa?

BAB 3: PKR:

Parti KeAdilan Rakyat atau PKR muncul dimuka bumi politik Malaysia secara dramatik dengan penguguran Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, oleh Dr Mahathir dalam tahun 1998.

Ia sebenarnya bukan satu tindakan luar biasa, sebab Dr Mahathir telah gugurkan timbalan awalnya iaitu Musa Hitam dan juga Ghafar Baba, walaupun Ghafar digugurkan dengan alas an dia gagal mendapat sokongan dari ahli Umno ketika itu.

Dan ini menyebabkan Anwar diganti untuk mengambil jawatan timbalan perdana menteri.

Sebenarnya, jawatan ini bukan satu perlantikan atau kenaikan pangkat untuk Anwar yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Umno; lebih dari itu, ia adalah satu usaha untuk menilai kredibiliti dan kesetiaannya kepada perdana menteri dan parti.

Ternyata, Anwar gagal.

Dan cara yang ada dan yang boleh diguna oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri ialah dengan melucutkannya dari jawatan timbalan perdana menteri, walaupun asalan yang diguna oleh Dr. Mahathir lebih berbentuk peribadi apabila dia dapati Anwar mempunyai tabiat yang pelik.

Tetapi Anwar bukan Musa dan Ghafar; dia tidak berundur dan ambil jawatan lain yang boleh diberi oleh Umno dan Barisan; dia menempek dan mahu tuntut haknya sebagai timbalan perdana menteri dengan memimpin Umno yang sudah tolaknya juga.

Akhirnya Anwar terpaksa tubuh sebuah parti iaitu PKR.

Jadi PKR sebenarnya bukan sebuah parti politik pembangkan; ia lebih sebuah kelab untuk orang yang telah juga dipinggirkan oleh Umno dan Barisan, dan yang sokong Anwar.

Perjuangan PKR bukan untuk menumbangkan Umno dan Barisan tetapi untuk menjadikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri, seperti kes dalam mahkamah yang mereka telah bawa, tetapi gagal.

Ini sahaja perjuangan sebenar PKR, tetapi mereka telah menukarkannya untuk mahu tukar Umno dan Barisan pula.

Mujur mereka mempunyai DAP dan PAS untuk digabungkan dalam Pakatan Rakyat yang tidak sepakat dengan ketiga-tiga parti berbeza pendapat dan pegangan ini tidak mampu buat keputusan untuk mendaftarkan diri mereka sebagai sebuah pakatan parti politik, supaya mereka bertanding dalam mana-mana pilihanraya atas nama Pakatan Rakyat seperti Barisan Nasional dan tidak diatas nama parti sendiri.

Mereka sedar bahawa kalau mereka bertanding atas nama Pakatan, penyokong DAP akan berkata bahawa DAP sudah hilang haluan, walaupun parti ini sudah lama hilang haluan sejak Singapura berpisah dari Malaysia dengan PAP tersingkir dari aliran politik kebangsaan, dan tidak dapat berkembang ke seluruh negara yang akhirnya terpaksa tinggalkan DAP.

Dan PAS juga pasti tidak akan tertarik untuk mengabungkan parti ini dalam Pakatan Rakyat secara sah, sekadar mahu menyokong sesama sendiri dan pemimpin kanan mereka hadir perhimpunan tahunan DAP dan PKR dan sebaliknya untuk menunjukkan yang mereka sepakat, tetapi kenyataan sebenarnya ialah mereka tidak sepakat.

Macam mana DAP, PAS dan PKR boleh sepakat sedangkan ketiga-tiga parti ini ditubuhkan atas sebab berbeza, dan mereka juga mempunyai perjuangan yang berbeza.

Yang mengabungkan ketiga-tiga parti ini ialah hasrat mereka untuk menumbangkan Umno dan Barisan yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ternyata hasrat mereka tidak kesampaian.

KESIMPULAN: ADAKAN PUNGUTAN SUARA.

Akhirnya apa yang berlaku ialah, kalau DAP dan PAS benar-benar mahu laksanakan dasar mereka, mereka tidak seharusnya guna pilihanraya dan cara politik untuk menjayakannya.

Apa yang mereka boleh mengadakan pungutan suara atau referendum dan minta semua rakyat Malaysia pilih samada mereka mahu slogan ‘Malaysian Malaysia’ diteruskan dan hukum Hudud ala Pas dilaksanakan atau tidak.

Dan PKR boleh minta Umno adakan satu pungutan suara dikalangan ahli majlis tertinggi, atau perwakilan dari seluruh negara pilih samada mereka mahu Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri atau sebagai ahli Umno.

Kalau Umno pilih untuk tidak pilih Anwar, maka Anwar terpaksa undur dari politik sebab kehadirannya tidak menguntungkan Melayu dan bukan-Melayu diseluruh negara.

Dan PAS juga harus dibubarkan dan semua ahli mereka masuk Umno, kalau Melayu semuanya pilih Umno dalam pungutan suara yang boleh diadakan untuk menentukan Melayu pilih Umno atau PAS.

Tiada ulasan: