Khamis, 18 April 2013

PAS MAHU JADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM SEMENTARA DAP PULA MAHU HALANG PAS MENJAYAKAN IMPIAN INI.


…JADI KEDUA PARTI INI TENTUNYA SESUAI SOKONG SESAMA SENDIRI!
Oleh Mansor Puteh



Adakah Parti Islam SeMalaya kini Parti Islam SeMalaysia atau PAS – dan bukan PIS benar-benar ditubuhkan semata-mata untuk menubuhkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, semasa ia pertama ditubuh dulu?

Dan apakah Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) ditubuhkan dulu semata-mata untuk tidak membenarkan Malaysia dijadikan sebuah negara Islam?

Slogan Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) berpusat di Singapura dulu dengan diketuai oleh Lee Kuan Yew; DAP yang akhirnya ditubuhkan sebagai parti politik apabila Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1966 dahulu beberapa tahun sahaja selepas ia diterima masuk ke dalam Persekutuan Malaysia.

Dan slogan yang digunakan oleh pemimpin DAP sama dengan yang diguna oleh PAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’.

Ia adalah satu slogan yang beralas-alas dan berbunga-bunga, tetapi jelas sekali ialah tidak sepatutnya diutarakan sebab Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia.

Yang bezanya ialah, slogan ini tidak jelas dan sengaja tidak dijelaskan untuk mempunyai erti yang kalau diutarakan secara jujur, boleh membuat orang Melayu dan Islam marah sebab ia terkeluar dari Perlembagaan Negara.

Jadi slogan ‘Malaysian Malaysia’ digunakan walaupun ia tidak mempunyai makna apa-apapun.

Kononya slogan ini mahu mengutarakan satu prinsip kesamaan dimana semua rakyat tidak kira apa bangsa mempunyai hak sama rata, seperti ada bangsa yang tertindas, yang kononya bangsa Cina.

DAP atau PAP tidak terfikir Bangsa Melayu seperti bangsa yang tertindas, tetapi bangsa yang kononnya menindas; maka oleh sebab itu slogan ‘Malaysian Malaysia’ terpaksa diadakan dan dilaongkan, walaupun ia kosong.

Apa yang pemimpian DAP dan PAP tidak sedar ialah orang Melayulah yang telah membenarkan orang Cina di Malaysia maju dalam bidang perniagaan; dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah berkata biar orang Cina jaga ekonomi dan Melayu jaga pentadbiran atau politik.

Kalau tidak kenapa orang terkaya di Malaysia sekarang hampir semuanya terdiri dari orang Cina?

Pandangan atau prinsip ini ternyata tidak baik untuk Melayu yang akhirnya setuju untuk memajak dan menjual tanah mereka semata-mata untuk membenarkan kaum Cina buka bidang perniagaan walaupun Melayu hanya perhati dan ternganga sambil melihat orang Cina maju.

Dan akhirnya banyak kampong Melayu yang telah lama wujud kini tidak mempunyai Melayu di dalamnya, kecuali sebuah masjid terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan dan kediaman.

Seperti di Geylang dimana terdapat sebuah masjid terletak di dalam barisan bangunan kediaman sederet, yang pada dulunya adalah sebuah kampung Melayu.

Di Malaysia terdapat banyak masjid terbiar sedemikian rupa, oleh sebab Melayu jual tanah mereka atau ditipu oleh peniaga Cina yang memberi pinjaman kepada tuanpunya tanah atau hartanah dalam kawasan-kawasan Melayu sehinggakan mereka menjadi muflis dan terpaksa gadai tanah mereka kepada orang Cina.

Berbanding dengan sedikit tanah kepunyaan Cina yang langsung tidak diambilalih untuk pembangunan bagi semua kaum; ia diperkembangkan dan setiap kuil juga diperbesarkan dari binaan asal kayu menjadi batu atau konkrit sehinggakan seluruh bukit dan kawasan di sekelillingnya juga dijadikan milik mereka.

Dan jalan-jalan dimana terdapat banyak kedai kepunyaan Cina dan India dijadikan Chinatown dan Little India, walaupun sebutan seperti ini terlalu perkauman atau ‘racist’ yang memberi erti bahawa Cina dan India adalah kaum pendatang.

DAP dan PAP pada masa itu, tidak mahu fikir yang orang Melayulah bangsa yang tertindas di Tanah Melayu sendiri.

Tetapi PAS tidak pedulikannya tentang isiu ini, dan mahu terus bersekongkolan dengan DAP seperti mereka tidak tahu apa sebenarnya kenapa DAP ditubuhkan dan apakah perjuangan asalnya sekarang.

PAS dan DAP berkerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan, sebab pemimpin PAS marah Melayu tidak sukakan mereka; dan PAS hanya boleh menjadi petualang kepada bangsa Melayu dan Ugama Islam di Malaysia.

Setelah sekian lama wujud, PAS masih terperap dibeberapa buah kawasan dan tidak mungkin ia menguasi seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila pemimpin utama mereka sudah tiada nanti.

Sebenarnya PAS tidak marahkan UMNO; PAS hanya marahkan Melayu di Malaysia yang tidak suka dengan mereka.

Jadi, tidakkah perhubungan diantara PAS dan DAP masuk akal? Ia adalah keadaan yang pelik, sebab PAS mahu perjuangkan penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sementara DAP pula dengan terang-terang berkata mereka tidak akan benarkan Malaysia dijadikan sebagai sebuah negara Islam.

Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin PAS lain rasa bangga dengan perhubungan dan kerjasama parti PAS mereka dengan DAP walaupun mereka tidak mungkin akan dapat tubuhkan sebuah negara Islam dengan sendiri.

Sebabnya PAS tidak bertanding secara meluas di seluruh negara; kehadiran mereka di Sabah dan Sarawak hampir tiada; orang di sana tolak PAS.

Dan ini juga disebabkan PAS terpaksa agih-agih kawasan parlimen dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan juga Parti KeAdilan Rakyat (PKR), yang sama-sama mahu dapat seberapa banyak kerusi parlimen untuk bertanding.

Bagaimanapun, pengagihan kawasan parlimen oleh ketiga-tiga parti ini membuktikan bahawa tidak ada sebuah parti dalam Pakatan Rakyat yang dapat menguasi sebagai suara terbanyak dalam parlimen; ia harus berganding dengan kemenangan dari pihak parti lain.

Jadi, PAS tidak akan menguasi parlimen dengan sendiri dan terpaksa minta DAP dan PKR sokong mereka tadbir negara, dengan tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam ala PAS.

Jadi hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam ala PAS sudah pasti tidak akan dapat dilaksanakan, sebab jumlah kerusi yang ia boleh menang terlalu sedikit.

Lagipun, DAP sudah sering berkata bahawa mereka tidak akan benarkan PAS jadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Dan DAP juga tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara ‘Malaysian Malaysia’, sebab PAS dan PKR akan tentang mereka.

Akhirnya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat kecundang tidak dapat capai hasrat terpendam mereka; mereka cuma boleh tadbir negeri-negeri tertentu seperti di Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang atau dulunya, Terengganu.

Dan dari apa yang dapat dilihat sejak 2008 dulu, Pakatan terpaksa lepaskan Perak balik ke Barisan Nasional, dan kemungkinan Pakatan dapat tarik balik Terengganu ke bawah pengaruhnya nampaknya tipis.

Yang mereka boleh harapkan berlaku dalam Pilihanraya ke-13 ini ialah apakah mereka akan terus kekalkan negeri-negeri yang mereka sekarang ini tadbir?

Pengundi Melayu khususnya yang rasa bangga dengan hasrat PAS mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam ala PAS, perlu tanya pada diri sendiri, apakah PAS mampu melaksanakan apa yang mereka hasratkan itu?

Apakah PAS mempunyai kepakaran dan tokoh pemimpin yang boleh tadbir sesebuah negara di semua aspek?

Adakah Kelantan di bawah PAS boleh dijadikan Negeri PAS Mithali? Adakah Pulau Pinang dibawah DAP boleh dijadikan Negeri DAP Mithali? Dan adakah Selangor dibawah PKR boleh dijadikan Negeri PKR Mithali?



Tiada ulasan: