Ahad, 21 April 2013

PEMIMPIN PAS TAK MALU – SALAHKAN PARTI LAWAN DAN BUKAN PENGUNDI LAWAN.


…MELAYU TAK SUKA MEREKA, TAPI PAS MARAHKAN UMNO PULA, SEBAB PAS TAKUT UNTUK MARAHKAN MELAYU DAN ORANG ISLAM DAN KECAM MEREKA SEMUA, DAN ‘BATU API’ DALAM NEGARA.
Oleh Mansor Puteh



PAS sebenarnya tidak marahkan Umno. Umno tidak buat apa-apa untuk merosakkan hasrat pemimpin lama PAS capai cita-cita mereka.

Yang membuat pemimpin lama atau tua PAS ialah, orang Melayu yang tidak suka mereka.

Tapi PAS tidak boleh marahkan orang Melayu dan orang Islam. Jadi, mereka jadikan Umno sasaran mereka.

PAS marah sebab Melayu sokong Umno, jadi mereka mahu hancurkan Umno walaupun apa yang mereka telah berjaya untuk melakukan ialah untuk memecah-belahkan Melayu sendiri.

Ini juga membuktikan bahawa PAS tidak mengamalkan demokrasi dengan membenar orang pilih parti mana mereka suka, dan kalau PAS kalah, mereka tidak boleh kecam parti mana yang menang khususnya Umno.

Yang peliknya, PAS tidak pula salah dan marah parti dalam Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang telah menyebabkan PAS kalah.

Kenapa PAS takut kecam parti lain dalam Barisan? PAS cuma berani marah Umno sebab parti ini parti Melayu, walhal parti lain bukan-Melayu dan PAS tahu mereka hanya boleh menang dalam mana-mana pilihanraya dengan mengharapkan sokongan dari bukan-Melayu.

Itulah sebabnya kenapa mereka sanggup bersekongkolan dengan DAP yang boleh menyebabkan PAS dapat tarik pengundi dari kalangan bukan-Melayu khususnya kaum Cina.

PAS mahu tubuh negara Islam. DAP pula tidak benarkan PAS melakukannya kalau PAS tubuh kerajaan.

Dan ini juga yang begitu pelik dan bodoh sekali ialah PAS sanggup guna DAP, sebuah parti yang rata-rata tidak suka PAS jadikan Malaysia sebuah negara Islam untuk sama-sama pecah-belahkan Melayu.

Pemimpin PAS tidak sedar bahawa saf kepimpinan mereka terdiri dari orang-orang tua yang sudah lama ketinggalan zaman.

Mereka tidak ada darah baru, idea baru dan tekad baru, selain dari mahu hancurkan Umno sahaja.

Dan untuk ini mereka sanggup berganding dengan DAP, sebuah parti yang telah terang-terang dan jelas beritau bahawa mereka tentang hasrat PAS untuk tubuhkan Malaysia sebagai negara Islam.

Nik Aziz sudah tua. Hadi Awang sudah tua. Mat Sabu, Mahfuz, Mustapha Ali dan lain-lain juga sudah tua dan ketinggalan zaman.

Cara mereka adalah cara lama.

Kenapa PAS tidak berjaya menampilkan barisan pemimpin dari golongan muda? Dan kenapa PAS hanya berani tonjolkan pemimpin lama dari era lama?

Tidakkah mereka sedar bahawa selagi mereka tidak dapat gantikan golongan pemimpin mereka, selagi itu, orang Melayu amnya akan menganggap PAS tidak lain sebuah parti untuk orang lama dan tua, dan yang tidak ada sebarang sumbangan baru kepada ugama, bangsa dan negara.

Itulah sebabnya PAS tidak digemari oleh ramai orang Melayu di seluruh negara.

Itulah sebabnya kenapa PAS marah pada Melayu tetapi mereka tidak boleh meluahkan kemarahan kepada Melayu dan yang menjadi sasaran ialah Umno.

Sedangkan Umno itu hanya boleh wujud dengan sokongan padu oleh orang Melayu dan pengundi yang menyokongnya dalam setiap pilihanraya.

Dan itulah sebabnya kenapa PAS hanya boleh kecam pemimpin Umno dan Umno dan tidak orang Melayu.

Dan harap-harap dalam pilihanraya ke-tiga-belas ini pengundi Melayu akan belasah PAS dan buang semua pemimpin lama dan tua mereka yang selama ini memandang rendah tahab pemikiran pengundi Melayu dan Islam khususnya yang selama ini tidak pilih mereka.

Cuma terdapat segelintir pengundi Melayu yang mahukan PAS, dan itulah sebabnya PAS terperap dibeberapa buah kawasan termasuk di Kelantan dan Kedah.

Itupun PAS terpaksa dapat sokongan dari DAP dan PKR untuk tumpaskan Umno dan Barisan, kalau tidak PAS kecundang.

Dan biar orang Melayu semuanya sedar bahawa PAS tidak hormat mereka; PAS marahkan mereka sebab mereka tidak sokong PAS tapi PAS takut untuk hamun dan marah pengundi Melayu dan salahkan Umno dan Barisan.

Yang pentingnya ialah, selagi Melayu tidak bersatu, selagi itu Melayu yang rugi, dan yang untung ialah bukan-Melayu yang dapat menjadi ‘batu api’.


Tiada ulasan: