Selasa, 9 April 2013

PERJUANGAN PAS YANG SIA-SIA.…


TAKUT BERMESYUARAH DAN SETUJU UNTUK DIADAKAN REFERENDUM DAN PUNGUT SUARA ATAU ‘NATIONAL CONSENSUS’ UNTUK MELAYU PILIH MEREKA ATAU UMNO.
Oleh Mansor Puteh




Parti Islam SeMalaysia atau PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik; ia hanya sebuah kelab sosial yang guna politik untuk mengelakkan diri mereka dari dituduh dan ditahan serta dihukum kerana mempunyai pandangan tentang Islam yang lain dari yang dipegang oleh ramai khususnya dari pihak berkuasa.

Tidak salah Mahyuddin Yassin kata PAS – adalah Parti Ajaran Sesat; sebab sejak kebelakangan ini Nik Aziz mereka telah menjadi-jadi sehinggakan pandai berkata bahawa ahli Umno yang bersembahyang tidak akan dapat pahala. Dia tidak katakan tentang pemimpin Umno yang bersembahyang.

Dalam masa yang sama ramai ahli PAS telah ambil tindakan keluar parti dan cemuh pemimpin parti secara terang-terang tanpa PAS berani ambil tindakan.

Ada ahli PAS yang juga berkata mereka tidak akan undi PAS dan sebaliknya undi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang bakal berlangsung.

Tetapi Nik Aziz sahaja yang berada dalam PAS yang mempunyai mulut celupar yang sanggup beri pandangan yang serong tentang Islam.

Dia hanya ‘mursyidul am’ PAS sahaja tetapi mahu berlagak sebertp mursyidul am seluruh Umat Islam di Malaysia.

Malangnya dia hanya berani kecam Umno tetapi tidak Zionis dan Yahudi yang terus-terang hancur bumi Palestin dan bunuh orang Palestin.

Ini yang menghairankan sebab PAS tidak kecam Zionis tetapi gemar kecam Umno, sebabnya ialah Umno tentang PAS di dalam negara, dan PAS tahu mereka tidak akan dapat sokogan padu dari Orang Melayu dan Umat Islam.

Malah PAS sekian hari sekian terpinggir di Malaysia.

Sebabnya ialah orang Melayu tahu perjuangan PAS adalah sia-sia.

Yang berani bercakap karut dalam PAS hanyalah Nik Aziz, sedangkan Hadi Awang dan lain-lain pemimpin PAS tidak berani bercakap seperti Nik Aziz, yang berusia lanjut, jadi dia sedar dia tidak akan diambil tindakan, seperti tindakan yang telah diambil ke atas Al-Arqam dulu dan mana-mana individu lain yang berani keluar fatwa songsang dan mengelirukan orang Islam dengan ajaran Islam mereka yang terkeluar dari landasan ugama.

Itulah sebabnya kenapa Nik Aziz berani beri pandangan yang serong tanpa diambil tindakan terhadapnya.

Itulah sebabnya kenapa PAS menjadi sebuah parti politik yang terpinggir di Malaysia.

Pertubuhan Al-Arqam telah diharamkan dan pemimpin utama mereka ditahan dan dihukum. Ia sebenarnya berjaya sebagai pertubuhan perniagaan. Tetapi entah kenapa, pemimpin utamanya menjadi riak dan mempunyai pandangan yang berlainan tentang ugama dari kebanyakan.

Dan Kerajaan Langit yang mempunyai pusat dalam kawasan pertanian dengan binaan-binaan pelik dengan pemimpin mereka mempunyai pandangan yang turut sama pelik tentang Islam, juga telah diharamkan. Tetapi sehingga kini pemimpin utamanya yang dikenali sebagai Ayah Pin masih belum diberkas; dia hidup berkeliaran dan dikatakan bersembunyi di Selatan Siam.

Ada beberapa orang yang mengaku dia itu ‘nabi’ atau pemimpin besar Islam, tetapi mereka telah ditahan dan dihukum.

Olehsebab mereka tidak tubuhkan parti politik, maka mereka telah mendapat tindakan seperti yang telah dilakukan. Kalau mereka tubuhkan parti politik sudah tentu mereka akan terselamat dari tindakan kerajaan.

Dan di sini PAS melebihi kumpulan dan pertubuhan ini, sebab ia adalah sebuah parti politik. Kalau mereka hanya pertubuhan atau syarikat, sudah lama dulu mereka telah diharamkan dengan pemimpin mereka ditahan dan dihukum.

Olehsebab PAS sebuah parti politik maka pemimpin utama mereka boleh mengeluarkan pandangan tentang ugama dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

Mereka tahu kalau tindakan diambil oleh kerajaan, maka mereka boleh guna tindakan ini untuk meraih faedah dari kesedihan sekelompok masyarakat Melayu yang akan berpihak kepada mereka.


Tiada ulasan: