…IRAN MAHU HANTAR ANGKASAWAN DALAM KAPAL ANGKASA
SENDIRI; MALAYSIA
TUMPANG KAPAL ANGKASA RUSIA.
Oleh Mansor Puteh
Saya sudah keIran
dua kali dalam bulan Februari, 1992 dan Februari, 1994, menghadiri pesta filem
fajr dan menyertai persidangan pertama pembuat filem Muslim.
Pertama kali keIran ,
terasa seperti berada di sebuah negara ideal; sama seperti berada di arab saudi
yang saya lawat pertama kali dalam tahun 1981 dulu.
Lawatan saya ke sana atas jemputan Yayasan Sinema Farabi selaku penganjur kedua-dua acara ini membuka mata saya tentang bagaimana iran yang tidak lama dulu berada dibawah pemerintahan Shah Reza Pahlavi telah dapat menjadi sebuah negara bebas tanpa mengharapkan bantuan dan sokongan dari negara barat
Iran
adalah sebuah negara yang lain dari yang lain; ia terlalu Islam yang diamal. Ia
bukan hanya teori sahaja.
Kedudukannya di Teluk berhampiran dengan kawasan panas dunia sekarang dan tidak jauh pula dari negara Zionis membuat ia lebih cemas.
Dan dalam kecemasan itu, mereka berusaha untuk kukuh dan majukan negara mereka dalam semua bidang khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Iran dan Malaysia , dua negara Islam – satu
di Teluk dan satu di Nusantara Melayu.
Sejarah perkembangan kebudayaan Melayu mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaanIran
atau Farsi sejak dulu-kala lagi
Banyak kurun telah berlalu tetapi malangnya perhubungan sejarah dan ugama yang telah dijalin sejak dulu lagi tidak membuat kedua buah negara kelihatan lebih mesra dan akrab.
Kedua-dua buah negara mempunyai sikap dan cirri-ciri yang berbeza.
Tetapi kedua-dua ada hasrat untuk menjadi negara Islam mithali atau contoh kepada seluruh dunia dengan Malaysia mahu menunjukkan kepada barat ia boleh menunduk dan terima kehebatan mereka, berbanding dengan Iran yang mahu menunjukkan belang barat khususnya
Amerika dan tidak mahu menunduk kepada mereka.
Malaysia
wujudkan perusahaan otomobil dan memperkenalkan kereta bernama Proton.
Iran
telah lebih awal lagi memperkenalkan kereta mereka sendiri yang mereka panggil
Paykan tanpa menghebohkan tentang pencapaiannya.
Malaysia
hantar seorang angkasawan Melayu ke angkasa lepas. Ia adalah satu usaha yang
digempar-gempurkan. Ia begitu riuh sekali seperti ia satu pencapaian yang
hebat, walhal si angkasawan itu hanya menumpang kapal angksa Solyuz. Dia tidak
ke angkasa lepas dalam kapal angkasa lepas buatan Malaysia
yang diterbangkan oleh roket Malaysia .
SebaliknyaIran
mahu hantar angkasawan mereka sendiri tidak lama lagi dan mereka akan
melakukannya dengan senyap sehinggalah ia berlaku.
Dan mereka tidak mahu menumpang kapal angkasa dan roket buatan Rusia. Mereka melakukannya dengan keupayaan sendiri.
Ternyata , Iran mempunyai pencapaian dalam
bidang sains, teknologi, kreativiti dan innovasi yang lebih tinggit. Tapi
mereka tidak mengheboh-hebohkannya.
Malaysia ,
hanya pandai mengeluarkan slogan yang kosong sahaja untuk menaikkan semangat
dengan menyanyi dan menari tetapi tidak tahu buat apa lebih dari itu.
Ini yang amat menyedihkan.
Tidakkah pakar sains diMalaysia
sedar apa yang telah dicapai oleh Iran dalam bidang sains angkasa
lepas?
Tidakkah mereka mahu berganding denganIran dalam usaha menghantar lebih
banyak angkasawan dengan kapal angkasa dan roket buatan mereka?
Malaysia
masih mahu mendapatkan kerjasama dengan Rusia.
Dan tidakkahMalaysia mahu
merapatkan perhubungan persaudaraan dan perdagangan dengan Iran dengan berganding memajukan
perusahaan otomobil supaya Proton dan Paykan dapat berkerjasama mengeluarkan
kenderaan-kenderaan baru yang lebih canggih yang boleh dijual di kedua buah
negara dan kemudiannya ke seluruh Dunia Islam, serentak?
Strategi yang diguna oleh pakar ekonomiMalaysia
yang berpaksikan helah yang mereka pelajari dari universiti terkemuka di
Amerika dan England
ternyata tidak berguna untuk pertumbuhan ekonomi dan menaikkan semangat rakyat
Islam di Malaysia.
Iran tidak perlukan ilmu
dari universiti terkemuka di Amerika dan England dalam bidang ekonomi. Mereka
hantar ramai pakar mereka belajar di MIT tetapi mereka tidak guna model mereka.
Mereka cipta model sendiri.
Pakar di Malaysia hanya pandai untuk menjadikanMalaysia sebuah ekonomi parasit
yang bergantung dari ekonomi Amerika dan barat.
Iran
mahu wujudkan satu sistem ekonomi baharu mereka. Tetapi mereka mahu
melakukannya dengan senyap. Mereka buat tindakan tampa mengguna slogan kosong atau dengan
pemimpin mereka memberi ucapan kosong di seluruh dunia.
Ini berbanding dengan diMalaysia
dimana menterinya akan beri ucapan kosong di merata dunia dan menarik perhatian
kepada mereka.
Inilah sahaja yang mampu dilakukan oleh menteri diMalaysia yang gila publisiti.
Mereka mahu media beri tumpuan kepada mereka.
Di Iran ini tidak berlaku. Menteri kanan juga tidak ada acara harian yang khusus menarik perhatian terhadap mereka. Mereka tidak melambai bendera atau menyanyi dan membuat lawatan ke tempat-tempat khusus untuk mendari perhatian media.
Oleh sebab itu perusahaan filem mereka maju. Pesta filem Fajr atau Fajar mereka bertaraf dunia. Filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah filem mereka dipuji di barat.
Di Malaysia, menteri berkenaan dan juga pegawai kanan kementerian beria-ia mahu publisiti. Mereka tidak peduli dengan tindakan mereka yang mengenepikan perusahaan filem.
Dan kalau ada pesta filem antarabangsa,Iran hanya hantar pengarah filem
mereka. Di Malaysia yang pergi adalah menteri, pegawai kanan kementerian dan
pegawai Finas sahaja.
Mereka pergi untuk makan angin. Oleh sebab itu perusahaan filem diMalaysia
lesu. Di Iran perusahaan mereka telah berjaya mencipta karya-karya ulung dan
merapatkan rakyat serta menaikkan semangat.
Di Malaysia filem-filem yang diterbit adalah jenis yang mencemuh budaya, bangsa dan ugama sendiri.
Cuma yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapaIran tidak berupaya untuk
mengeksport kenderaan nasional berjenama Paykan mereka ke seluruh Dunia Islam
dan Dunia Ketiga?
Saya percaya kalau mereka mengusahakannya, sudah pasti perusahaan otomobil mereka boleh berembang. Tentu ada banyak negara Islam dan Dunia Ketiga yang mahu sokong usaha mereka demi untuk mengurangkan penerimaan kenderaan buatan dari negara-negara yang kini sudah maju.
Iran
kian maju. Ia maju dengan senyap tanpa slogan dan kata-kata kosong. Setiap
tahun Iran
memperkenalkan keupayaan dan penciptaan mereka dalam bidang sains dan
teknologi.
Mereka mampu untuk menjadi negara Islam terulung dan memimpin Dunia Islam dimasa depan.
Dan mereka akan terus melakukannya dengan diam tanpa membuat bising dengan menyorak slogan kosong. Mereka tidak ada konsep 1Iran atau Wawasan 2020 mereka. Mereka tidak perlu membuat slogan seperti itu. Mereka bertindak dengan senyap.
Malaysia ,
sebaliknya cuma boleh berangan-angan kosong sahaja mahu melahirkan pakar dalam
semua bidang sedang sejumlah pakar yang ada disabotaj dengan
sewenang-wenangnya.
Semua yang dilakukan adalah dilihat dari segi apa keuntungan dan faedah yang boleh diperolehi oleh menteri dan pemimpin yang hanya akan sokong apa-apa usaha yang menguntungkan mereka.
Dan tidak cukup dengan ini, mereka juga mahu heret isteri masing-masing ke acara rasmi seperti mereka itu ada jawatan rasmi.
Di Iran, isteri presiden dan menteri tidak muncul dikhalayak ramai.
Di Malaysia, Rais Yatim bawa isterinya, Maznah ke semua acara rasmi yang boleh membuat ramai orang bosan dengan kehadirannya.
Iran dan Malaysia mempunyai banyak persamaan
dan lebih banyak perbezaan. Kedua-dua buah negara Islam mahu maju, tetapi cara
yang digunakan oleh setiap negara berbeza.
Lihat sahaja negara mana yang akan muncul sebagai negara Islam mithali. Tentu sekaliIran
yang boleh berkembang maju tanpa menyorak sebarang slogan kosong atau wawasan
yang tidak mungkin boleh tercapai, sebab ia adalah slogan kosong sahaja yang
dicipta khas untuk media dan gimik kosong.
Oleh Mansor Puteh
Saya sudah ke
Pertama kali ke
Lawatan saya ke sana atas jemputan Yayasan Sinema Farabi selaku penganjur kedua-dua acara ini membuka mata saya tentang bagaimana iran yang tidak lama dulu berada dibawah pemerintahan Shah Reza Pahlavi telah dapat menjadi sebuah negara bebas tanpa mengharapkan bantuan dan sokongan dari negara barat
Kedudukannya di Teluk berhampiran dengan kawasan panas dunia sekarang dan tidak jauh pula dari negara Zionis membuat ia lebih cemas.
Dan dalam kecemasan itu, mereka berusaha untuk kukuh dan majukan negara mereka dalam semua bidang khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Sejarah perkembangan kebudayaan Melayu mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan
Banyak kurun telah berlalu tetapi malangnya perhubungan sejarah dan ugama yang telah dijalin sejak dulu lagi tidak membuat kedua buah negara kelihatan lebih mesra dan akrab.
Kedua-dua buah negara mempunyai sikap dan cirri-ciri yang berbeza.
Tetapi kedua-dua ada hasrat untuk menjadi negara Islam mithali atau contoh kepada seluruh dunia dengan Malaysia mahu menunjukkan kepada barat ia boleh menunduk dan terima kehebatan mereka, berbanding dengan Iran yang mahu menunjukkan belang barat khususnya
Amerika dan tidak mahu menunduk kepada mereka.
Sebaliknya
Dan mereka tidak mahu menumpang kapal angkasa dan roket buatan Rusia. Mereka melakukannya dengan keupayaan sendiri.
Ini yang amat menyedihkan.
Tidakkah pakar sains di
Tidakkah mereka mahu berganding dengan
Dan tidakkah
Strategi yang diguna oleh pakar ekonomi
Pakar di Malaysia hanya pandai untuk menjadikan
Ini berbanding dengan di
Inilah sahaja yang mampu dilakukan oleh menteri di
Di Iran ini tidak berlaku. Menteri kanan juga tidak ada acara harian yang khusus menarik perhatian terhadap mereka. Mereka tidak melambai bendera atau menyanyi dan membuat lawatan ke tempat-tempat khusus untuk mendari perhatian media.
Oleh sebab itu perusahaan filem mereka maju. Pesta filem Fajr atau Fajar mereka bertaraf dunia. Filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah filem mereka dipuji di barat.
Di Malaysia, menteri berkenaan dan juga pegawai kanan kementerian beria-ia mahu publisiti. Mereka tidak peduli dengan tindakan mereka yang mengenepikan perusahaan filem.
Dan kalau ada pesta filem antarabangsa,
Mereka pergi untuk makan angin. Oleh sebab itu perusahaan filem di
Di Malaysia filem-filem yang diterbit adalah jenis yang mencemuh budaya, bangsa dan ugama sendiri.
Cuma yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa
Saya percaya kalau mereka mengusahakannya, sudah pasti perusahaan otomobil mereka boleh berembang. Tentu ada banyak negara Islam dan Dunia Ketiga yang mahu sokong usaha mereka demi untuk mengurangkan penerimaan kenderaan buatan dari negara-negara yang kini sudah maju.
Mereka mampu untuk menjadi negara Islam terulung dan memimpin Dunia Islam dimasa depan.
Dan mereka akan terus melakukannya dengan diam tanpa membuat bising dengan menyorak slogan kosong. Mereka tidak ada konsep 1Iran atau Wawasan 2020 mereka. Mereka tidak perlu membuat slogan seperti itu. Mereka bertindak dengan senyap.
Semua yang dilakukan adalah dilihat dari segi apa keuntungan dan faedah yang boleh diperolehi oleh menteri dan pemimpin yang hanya akan sokong apa-apa usaha yang menguntungkan mereka.
Dan tidak cukup dengan ini, mereka juga mahu heret isteri masing-masing ke acara rasmi seperti mereka itu ada jawatan rasmi.
Di Iran, isteri presiden dan menteri tidak muncul dikhalayak ramai.
Di Malaysia, Rais Yatim bawa isterinya, Maznah ke semua acara rasmi yang boleh membuat ramai orang bosan dengan kehadirannya.
Lihat sahaja negara mana yang akan muncul sebagai negara Islam mithali. Tentu sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan