Oleh
Mansor Puteh
Pilihanraya
bukan untuk semua orang. Amalan dalam sistem demokrasi sepatutnya mengutamakan
mereka yang bertauliah, berwibawa dan berpendidikan. Ia bukan untuk sesiapa
sahaja yang berminat bertanding dan dia dibenar bertanding sebab kelakuan
mereka itu sebenar-benarnya melanggar prinsip demokrasi.
Kalau
tidak, buat apa ada tatatertib untuk mereka bertanding? Mereka harus mengisi
borang, hantar borang dan dapat pengiktirafan dan setelah disahkan sebagai
calon, mereka hanya boleh berkempen dan berceramah setelah mendapat kebenaran
dari pihak polis dan sebagainya?
Ini
membuktikan bahawa amalan demokrasi itu ada hadnya.
Tetapi hadnya tidak sepatutnya terhad kepada perkara seperti tersebut dan tidak termasuk kelayakan dan kewibawaan.
Ia
seharusnya bukan untuk sesiapa, seperti orang yang boleh dikatakan tidak layak
bertanding dalamnya dan terlibat dalam politik, sama seperti dalam
bidang-bidang profesional lain bilamana mereka yang tidak bertauliah dan
berpendidikan tidak dibenar terlibat dalam bidang ini.
Jadi,
kenapa bidang politik mesti dibuka seluas-luasnya sehinggakan sesiapa sahaja
boleh mengambil bahagian dalamnya?
Oleh sebab itu tidak hairan kalau ‘penyanyi pencen’ juga berminat ambil bahagian dalam pilihanraya ke-tiga-belas. Mereka fikir kalau mereka menang, bolehlah jadi ahli dewan negeri atau parlimen.
Oleh sebab itu tidak hairan kalau ‘penyanyi pencen’ juga berminat ambil bahagian dalam pilihanraya ke-tiga-belas. Mereka fikir kalau mereka menang, bolehlah jadi ahli dewan negeri atau parlimen.
Dan
kenapa mereka yang tidak ada kelayakan akademik terlibat dalam bidang politik
dan jadi calon pilihanrayn?
Sepatutnya
Malaysia
sebagai sebuah negara yang sudah lama mencapai Kemerdekaan dan yang boleh
dianggap maju sudah boleh mengadakan undang-undang untuk membenar mereka yang
layak sahaja ambil bahagian dalam pilihanraya.
Mereka
yang tidak layak juga tidak dibenar ambil jawatan dalam mana-mana parti
politik; mereka hanya boleh jadi ahli biasa dan undi mereka yang ada kelayakan.
Dengan
cara ini, kegiatan politik di Malaysia
akan dapat ditingkatkan ke satu tahab dimana ahli politik akan menjadi lebih
berwibawa dan bertauliah dengan mereka memberi hujah yang tepat tanpa mengguna
perasaan.
Supaya juga mereka yang berhasrat untuk masuk ke dalam bidang ini tahu mereka seharusnya belajar dan mendapat ijazah sarjana dari mana-mana universiti bertauliah di dalam dan juga di luar negara.
Ini akan
menggalakkan satu budaya politik sihat yang boleh beri manfaat kepada kerajaan
dan juga pembangkang.
Sekarang
ini politik di Malaysia
dikuasai oleh mereka yang tidak berkelayakan akademik yang cemerlang; oleh
sebab itu mereka boleh berhujah panjang dan lebar tetapi yang penuh dengan
kekosongan.
Dan ada
juga segolongan ahli politik lama dan tua yang masih anggap diri mereka penting
dan sesuai, sedangkan parti mereka dipinggirkan dengan golongan pemimpin baru
tidak dibenar menonjol dan naik dalam hierarki kepimpinannya.
Itulah
sebabnya politik di Malaysia
berada ditahab yang begitu rendah. Itulah sebabnya tidak ramai ahli politik
yang aktif tidak mendapat pengiktirafan di luar negara sebagai pemikir dan
pemidato yang bijak dan berpengaruh.
Di
Nagroe Aceh Darussalam, misalnya, seseorang Melayu itu seharusnya boleh mengaji
Koran sebelum dia dibenar bertanding sebagai calon dalam pilihanraya.
Ini satu
cara yang baik, yang boleh diguna oleh Malaysia , yang mengenakan mana-mana
orang Melayu dan Islam yang berminat bertanding untuk boleh mengaji Koran
sebelum dia dibenar bertanding.
Terdapat
sebuah negara di dunia yang mempunyai undang-undang seperti ini, iaitu Iran .
Iran
merupakan satu-satunya negara dimana sesiapa yang mahu bertanding untuk kerusi
Majlis atau parlimen mereka mesti terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakan
sekurang-kurangnya ijazah sarjana atau ‘masters’, dan mereka mesti disahkan
oleh pakar perubatan sebagai orang yang sihat.
Tapi
syarat seperti ini tidak diguna di negara-negara lain.
Jumlahnya begitu kecil. Dan hampir semua mereka dalam Barisan dan Pakatan tidak layak, termasuk Nik Aziz, Lim Kit Siang, Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain.
Mungkin
kalau undang-undang seperti itu telah lama diperkenal dan dilaksanakan, kesemua
mereka yang aktif dalam bidang politik sekarang sudah pasti mempunyai ijazah
sarjana sebab mereka terpaksa belajar dan memperolehinya.
Sudah
pasti kalau ini berlaku, perbalahan yang ada dikalangan mereka akan diadakan
ditahab yang tinggi, dan tidak seperti sekarang.
Ceramah yang diadakan juga sentuh pada perkara yang penting dengan ahli politik mengarut, semata-mata untuk dapat tepukan dari khalayak.
Ceramah yang diadakan juga sentuh pada perkara yang penting dengan ahli politik mengarut, semata-mata untuk dapat tepukan dari khalayak.
Dan ada
baiknya kempen pilihanraya dihadkan kepada calon-calon di kawasan tertentu
berdebat sesame sendiri tanpa dibenarkan pemimpin parti sokong mereka, supaya
pengundi di tempat berkenaan boleh soal calon dari kiri dan kanan apa yang
mereka boleh buat untuk kawasan mereka.
Tidak
ada guna untuk digantung sepanduk, poster dan bendera parti di serata tempat.
Kalau
pengundi tidak kenal siapa calon yang bertanding itu, apa guna untuk mereka
beritau semua orang yang mereka boleh buat jasa kepada mereka.
Calon-calon
dimana-mana kawasan tersebut sepatutnya sudah dikenali oleh pengundi dan
penduduk di kawasan tersebut; dan dia bukan orang luar yang dipilih oleh parti
masing-masing untuk bertanding di kawasan itu; jauh sekali seorang yang berasal
dari Melaka mahu bertanding di Pulau Pinang sebab dia tahu orang Melaka tidak
sukakan dia, maka dia boleh cuba nasibnya di negeri lain; dan kalau dia
bernasib baik, kalau partinya menang besar, dia boleh pula dipilih oleh parti
itu untuk menjadi ketua menteri Pulau Pinang seperti yang telah berlaku dalam
pilihanraya dulu.
Parti
DAP sepatutnya rasa malu sebab mereka tidak dapat pilih pemimpin tempatan di
Pulau Pinang untuk dilantik sebagai ketua menteri. Ini adalah satu tamparan
kepada pengundi dan penduduk di negeri ini.
Ia juga
bererti bahawa DAP tidak percaya dengan anak tempatan untuk mengambil jawatan
itu, dan DAP juga tidak didik pemimpin baru dari negeri ini untuk dilantik
sebagai ketua menteri.
Pengundi
dan penduduk Pulau Pinang seharusnya herdek pemimpin utama DAP sebab mereka
tidak pedulikan sentimen tempatan.
Itulah
sebabnya kenapa DAP telah gagal untuk bangunkan Pulau Pinang sebab ketua
menteri DAP bukan dari sini tetapi dari Melaka.
Sudah
pasti pengundi dalam pilihanraya 2013 yang bakal berlaku pada 5 Mei depan tahu
samada mereka masih mahu percayakan ketua menteri DAP itu dan parti itu atau
tidak.
Ternyata
sekali ketua menteri itu tidak ada kelayakan untuk mengambil jawatan itu selain
dari dia tidak mempunyai kelayakan di peringkat sarjana sama seperti ramai
calon yang bertanding dalam pilihanraya tahun ini dari kedua pihak termasuk
pihak bebas.
Ini yang
amat menyedihkan sebab Malaysia
sudah Merdeka sekian lama, tetapi syarat atau undang-undang khas pilihanraya
yang memastikan semua calon mempunyai kelayakan akademik setidak-tidaknya di
peringkat sarjana masih tidak dapat diperkenalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan