Ahad, 31 Julai 2011

KAMPUNG BARU – PUSAT PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEBUDAYAAN

Oleh Mansor Puteh



Kalau ada orang yang menetap di Kampung Baru yang mahu berkata mereka berhak untuk menentukan corak perkembangan yang akan diadakan di kampung ini, saya berani berkata mereka salah.

Tidak ada gunanya untuk dijadikan Kampung Baru sebagai 'muzium hidup' kalau tahab ekonomi orang Melayu kebelakang, sebab akhirnya Melayu di kawasan ini akan dilihat sebagai terpinggir dan kawasan ini sebagai sebuah 'zoo manusia'.

Malah semua kampung Melayu lama tidak dijual kepada bangsa asing dan mesti dimajukan seperti Kampung Baru, supaya ia menjadi pusat perniagaan orang Melayu di setiap bandaraya, bandar dan pekan.

Sekarang ini banyak kampung lama Melayu di semua kawasan bandar telah diambilalih oleh bangsa asing dan kita yang membenarkan ia berlaku.

Amat sedihnya kalau dilihat terdapat masjid lama terdiri di kasasan yang dulunya kampung lama Melayu dan sekarang yang tinggal hanya masjid itu yang dikelillingi oleh bangunan perniagaan bangsa lain.

Tidakkah boleh dikenakan syarat bahawa semua masjid menempatkan bangunan yang dimilikki oleh Melayu sahaja?

Kampung Baru di Kuala Lumpur memang unik. Ia memainkan peranan penting untuk menaikkan penonjolan Melayu di bandaraya ini, ibukota Malaysia. Tanpa Kampung Baru, kehadiran Melayu di Kuala Lumpur boleh dikatakan kurang.

Dan Kampung Baru boleh dijadikan pusat bandar baru di Kuala Lumpur. Dan kawasan ini boleh mempengaruhi perkembangan kawasan sekelillingnya termasuk kawasan Chow Kit yang dulunya sebuah kawasan bukan Melayu. Sekarang ia adalah kawasan Melayu.

Jadi, oleh sebab itu, apabila kawasan ini mahu dibuka sebagai kawasan penempatan orang Melayu oleh Sultan Selangor dulu, ia adalah dengan niat untuk menentukan orang Melayu ada peranan penting dalam perkembangan di bandar ini.

Ia bukan mahu dijadikan 'muzium hidup' tetapi untuk menggalak orang Melayu datang ke Kuala Lumpur dan terlibat dengan perkembangannya. Sekarang ini boleh berlaku.

Dan Sultan Selangor ketika itu yang menguntukkan sebidang tanah di Kampung Baru mempunyai wawasan dan mahu wujudkan kawasan ini khas untuk orang Melayu.

Jadi mereka yang diberi sebidang tanah di kawasan ini tidak boleh menganggap ia adalah hak mereka sendiri. Dan cucu-cicit mereka yang memilikki tanah ini tidak boleh berkata ia adalah hak mereka sahaja.

Malah kampung ini dibuka hanya dengan tujuan untuk tujuan pertanian. Ia dijadikan kawasan perumahan oleh sebab kehendak semasa.

Oleh sebab itu sekarang ini tidak ada kerja pertanian di sini. Yang ada hanya rumah-rumah dan juga bangunan perniagaan.

Jadi apa agaknya yang boleh digunakan dengan Kampung Baru yang ada sekarang?

Khabarnya kawasan tanah ini bernilai RM22 billion.

Tentu sekali ia tidak hanya sesuai untuk dibangunkan sebegitu sahaja.

Yang lebih penting lagi ialah ia harus dijadikan Pusat Kebudayaan dan Perdagangan Melayu. Dan disini terdapat pusat kebudayaan untuk memaparkan orang Melayu dalam zaman sekarang, dan pusat perdagangan dimana semua kedai dan perusahaan dijalankan oleh Melayu sahaja.

Dengan ini Kampung Baru itu boleh menjadi sebuah pusat perkembangan ekonomi Melayu dan Islam yang paling penting di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

Dengan cara ini juga tahab ekonomi Melayu akan melonjak tinggi dan ia boleh mengatasi tahab pencapaian ekonomi bukan Melayu khususnya Cina.

Orang Melayu boleh digalak untuk membeli-belah disini untuk mendapat semua keperluan termasuk barangan elektronik dan komputer supaya kita tidak perlu ke Bukit Bintang untuk mendapatkannya.

Dengan ini kita boleh galak anak muda Melayu berkecimpung dalam bidang perkomputeran dan sebagainya.

Saya penuh yakin bahawa Kampung Baru boleh jadi contoh yang baik untuk bandaraya dan bandar lain seluruh negara yang juga sepatutnya mempunya pusat kebudayaan dan perdagangan Melayunya.

Kampung Melayu Majidee di Johor Baru juga boleh dibangunkan seperti Kampung Baru.

Kampung ini dikatakan jauh dari Johor Baru sekarang. Ini yang bagusnya, sebab ia boleh dijadikan bandaraya satelit yang dikuasai dan didominasi oleh Melayu sepenuhnya, seperti Shahalam dan Putrajaya dan lain-lain bandaraya besar di Semenanjung iaitu Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Jumlah penduduk Melayu di semua bandaraya dan bandar di seluruh negara kian meningkat dan Melayu akan menjadi penduduk paling ramai di semua pusat bandar.

Tetapi yang sedihnya kebanyakan kegiatan perniagaan dijalankan oleh bukan Melayu atau Cina. Dan Melayu hanya menyokong usaha mereka dan jadi pembeli.

Jadi kuasa pembeli yang kita ada diserahkan kepada mereka sehingga mereka berjaya.

Tidakkah baik kalau kuasa pembeli Melayu diguna oleh Melayu bagi tujuan untuk mempertingkatkan tahab pencapaian ekonomi Melayu sendiri, dan dengan cara ini membuka peluang kepada anak-anak Melayu berkecimpung dalam bidang perniagaan?

Tahab ekonomi Melayu di Kuala Lumpur dan di seluruh negara boleh dipertingkatkan dengan adanya pusat bandar baru termasuk pusat perniagaan baru di semua bandaraya dan bandar dan juga pekan.


Khamis, 28 Julai 2011

JUMLAH PENDUDUK CINA DAN INDIA DI MALAYSIA YANG KIAN MENGECIL: IA BOLEH CETUSKAN JENIS PERBALAHAN YANG BARU.

Oleh Mansor Puteh


Akhbar Sinar menganjorkan forum, ‘Apa selepas 9 Julai?’ di pejabat mereka di Shahalam dengan menjemput wakil dari SPRM, seorang pensyarah dan penganjor tunjuk perasaan Bersih 2.0 Amibiga.

Ia adalah sebuah forum yang sepatutnya diadakan dalam Bahasa Melayu, tetapi Ambiga, seorang wanita India berugama Hindu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Sepatutnya pihak penganjur telah lebih awal tegaskan bahawa acara ini seharusnya diadakan dalam Bahasa Melayu sahaja dan tidak dalam bahasa Inggeris.

Memang, orang Melayu suka mengalah. Mereka benarkan orang lain bercakap dalam bahasa mereka sendiri walaupun acara yang dianjurkan dibuat dalam Bahasa Melayu.

Adakah ini bererti Ambiga tidak faseh berbahasa Melayu atau ia menggambarkan sikapnya terhadap Bahasa Melayu dan Orang Melayu itu sendiri?

Kita belum ada seorang Melayupun yang berani tengking orang lain yang enggan bercakap dalam Bahasa Melayu dalam acara yang sepatutnya diadakan dalam bahasa ini.

Ini membuktikan Orang Melayu masih lemah dan mempunyai sikap tidak  peduli.

Sikap seperti inilah yang menyebabkan orang lain rasa mereka boleh mempermainkan orang Melayu.

Ia bukan perkara kecil.

Dan yang menyedihkan dalam forum itu ialah orang Melayu lain yang terpaksa ikut rentak Ambiga dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Cuba lihat peristiwa atau kejadian yang sering berlaku apabila beberapa orang Melayu sedang bercakap sesama sendiri dan dalam Bahasa Melayu.

Tiba-tiba seorang rakan mereka keturunan Cina atau India datang dan duduk sama mereka. Dia bercakap dalam bahasa Inggeris, dan semua orang Melayu lain turut bercakap dalam bahasa ini.

Mereka ikut telunjuk orang Cina ini.

Sedangkan orang Melayu berjumlah lima orang, dan seorang keturunan Cina sahaja yang boleh memaksa semua orang Melayu lain bercakap dalam bahasa Inggeris.

Yang peliknya ialah orang Cina itu bukan pandai sangat bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan orang Melayu itu juga sama.

Malah, kesemua mereka lebih faseh berbahasa Melayu tetapi mereka tidak guna bahasa ini.

Sedangan orang Melayu sekumpulan itu yang bergaul sesama sendiri, dan orang Cina seorang itu yang datang mahu bergaul dan bercakap dengan mereka.

Dan peristiwa atau kejadian seperti ini juga sering berlaku dalam rancangan televisyen bila beberapa orang Cina dan India yang diundang muncul dalamnya, dan mereka bercakap dalam bahasa Inggeris sedangkan rancangan itu adalah rancangan Melayu.

Ramai orang Cina dan juga India sering menjawab dalam bahasa Inggeris pertanyaan yang dibuat dalam Bahasa Melayu oleh pengacara atau wakil dari stesen televisyen yang minta pendapat mereka tentang isiu semasa.

Kadang-kadang orang Melayu sendiri yang bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun terkial-kial; mereka mula dengan bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi tukar ke bahasa Inggeris kemudiannya.

Namun sejak kebelakangan ini ada orang Melayu yang bercakap dalam Bahasa Melayu dalam rancangan bahasa Inggeris atau forum awam, walaupun acaranya dianjur dalam bahasa Inggeris.

Mungkin orang Melayu itu tidak faseh berbahasa Inggeris, tetapi ada yang faseh tetapi yang masih enggan bercakap dalam bahasa ini.

Sepatutnya orang seperti Ambiga mesti dipaksa bercakap dalam Bahasa Melayu dalam acara yang diadakan dalam bahasa ini. Dan dia tidak boleh paksa orang Melayu cakap dalam bahasa Inggeris.

Kalau dia tidak faseh bercakap dalam Bahasa Melayu, dia mesti dipinggirkan dan tidak dijemput bercakap dalam mana-mana forum yang dianjur dalam Bahasa Melayu.

Kalau ini dapat dibuat, lama-kelamaan, ramai orang Cina dan India lain seperti dia akan rasa terpinggir, dan lama-kelamaan mereka akan mula menghormati bukan sahaja Bahasa Melayu tetapi keadaan yang berlaku di Malaysia sekarang.

Iaitu, Malaysia sudah bertukar. Kini Malaysia mempunyai jumlah penduduk Melayu yang jauh lebih besar dari jumlah Cina dan India.

Jumlah penduduk Cina khususnya telah berkurangan, sehinggakan jumlah penduduk Cina di Pulau Pinang sudah menjadi kurang dan sejak 2010 lalu, orang Melayu sudah menjadi kaum terbesar di negeri ini.

Perkara ini tidak pernah dibincangkan supaya kaum Cina dan India khasnya sedar kedudukan mereka juga harus bertukar.

Dan cara mereka berpolitik yang mereka telah amalkan sejak dulu juga mesti ditukar mengikut kedudukan mereka sekarang.

Jumlah orang India pula sudah mengecil sehinggakan mereka tidak ada kawasan dimana mereka boleh bertanding dan menang tanpa sokongan dari pengundi Melayu.

Malah, calon pilihanraya Cina juga tidak boleh menang jikalau orang Melayu sendiri tidak mengundi mereka.

Isiu-isiu seperti ini sepatutnya dibincang dan dihuraikan supaya Ambiga dan orang Cina dan India lain sedar bahawa Melayu dan Malaysia sekarang sudah banyak berubah.

Sikap orang Cina dan India dulu juga tidak boleh diguna-pakai sekarang dan mereka harus berubah mengikut perubahan masa.

Dan kedudukan politik mereka juga akan terus berubah sehinggakan mereka akan rasa lebih terpencil dan terpinggir dimasa akan datang, sama seperti orang Melayu di Singapura yang sudah lama terpinggir oleh sebab mereka berada dalam jumlah yang kecil dan telah sengaja dipecahkan dan tidak berkumpulan seperti dulu.

Keadaan mereka lebih terus dari keadaan Cina dan India di Malaysia, sebab jumlah Melayu di Singapura yang dulu berada di tahab 14 peratus masih dikekalkan ditahab ini.

Siapa orang Melayu lain yang berani tegur Ambiga yang tidak bercakap dalam Bahasa Melayu dalam forum di Shahalam semalam?

Orang Cina dan India seperti Ambiga dan lain-lain sebenarnya mewakilli kaum Cina dan India dari zaman lama.

Sebab sekarang ini ramai anak Cina dan India yang lebih faseh berbahasa Melayu. Mereka tidak mempunyai sikap seperti pemimpin politik dan kaum Cina dan India sekarang yang mempunyai fikiran sempit yang hanya tahu membuat tuntutan.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa tuntutan yang mereka buat hanya menggambarkan kesengsaraan (frustration) yang mereka alami oleh sebab kaum Cina dan India di Malaysia sekarang sudah banyak berubah dalam segi sikap dan tindakan.

Hanya masa yang akan menentukan kalau sikap perkauman yang diamalkan oleh mereka dari zaman dulu itu akan dihapuskan samasekali bila anak-anak Cina dan India rasa mereka tidak boleh hidup tanpa sokongan dari orang Melayu sendiri dalam semua segi.

Sebenarnya kedudukan ekonomi orang Cina kukuh oleh sebab mereka dapat sokongan dari pembeli Melayu.

Tetapi keadaan ini boleh bertukar dalam sekelip mata kalau orang Melayu boikot kedai mereka dan hanya beli barang-barang dari kedai Melayu.

Perniagaan orang Cina boleh muflis dalam masa 24 jam.

Ini sebenarnya sudah mula berlaku sejak Melayu mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan di peringkat runcit dan membuka pasaraya atau bengkel kereta dan kedai  komputer, yang mana telah sedikit-sebanyak mengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan.

Keadaan ekonomi orang Cina di Malaysia menjadi lebih parah bila tindakan membersih kawasan dari perniagaan haram termasuk pengedaran DVD dan lain-lain termasuk pusat hiburan yang menjadi penyumbang besar kepada ekonomi orang Cina.

Lama-kelamaan, kedudukan ekonomi orang Cina akan tergugat sehinggakan mereka akan mula mendesak diberi dana dan bantuan kewangan dari kerajaan sebab mereka tidak boleh berdikari lagi dan terpaksa juga tuntut diberi tanah dan dana untuk membuka sekolah bahasa Cina.

Tetapi tidakkah ini sudah mula berlaku sekarang?

Ahad, 24 Julai 2011

PERJUANGAN SEMUA PARTI CINA DAN INDIA ADALAH SAMA; TIDAK KIRA IA DALAM BARISAN ATAU PAKATAN, UNTUK TUNTUT HAK KAUM MEREKA SENDIRI.

…SEDANG PERJUANGAN PARTI MELAYU ADALAH UNTUK BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PARTI KAUM LAIN.
Oleh Mansor Puteh


Sebenarnya tidak ada bezanya diantara parti MCA dan Gerakan serta parti Cina lain termasuk DAP dan lain-lain. Ia semua ditubuh untuk tujuan yang sama, iaitu untuk menuntut hak mereka sendiri.

Malah, NGO bukan-Melayu juga merupakan pelapis kepada perjuangan mereka; cuma yang berbezanya ialah mereka pura-pura melaongkan slogan kabur, yang telah berjaya memikit beberapa orang Melayu sendiri untuk menyokong mereka.

Dan mereka berada dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menjaminkan bahawa semua tuntutan mereka tercapai.

Malangnya ini tidak mungkin berlaku sebab parti dan pemimpin Melayu dalam Barisan juga tahu segala-galanya…

Sedikit-sedikit mereka cuba hakiskan hak Melayu, mula dari bidang ekonomi dan kemudiannya politik walaupun mengikut ‘perjanjian’ tidak rasmi yang dipanggil ‘kontrak sosial’ Cina dibiarkan maju dalam bidang ekonomi sedangkan Melayu menguasai bidang politik.

Malah Melayu sudah lama dipinggirkan oleh media bukan Melayu.

Malangnya, apa yang berlaku ialah pemimpin Melayu cuba untuk mengambil hati pendatang Cina dan India yang ketika itu baru sahaja mendapat kerakyatan negara; nasib mereka harus dibela dan mereka mesti dimakmurkan supaya mereka tidak rasa keciwa.

Dan pemimpin Cina dan India ketika itu bersetuju untuk tidak aktif dalam bidang politik dan pentadbiran negara; mereka hanya mahu hidup aman dan selesa.

Ini yang telah diamalkan oleh pemimpin dulu, yang sama sekali tidak mementingkan kedudukan orang Melayu yang seharusnya menguasai kesemua bidang dan bukan sahaja hidup untuk menjaga negara, sedangkan kaum lain meraih keuntungan dalam bidang ekonomi.

Dan setelah sekian lama, mereka telah berjaya menguasai bidang ekonomi sedangkan orang Melayu terkial-kial mahu pula kejar mereka dari belakang.

Dan setiap langkah yang dibuat oleh orang Melayu, mereka menerpa ke hadapan. Ini boleh berlaku sehingga tiba ke satu tahab bila orang Melayu sendiri akan melonjak jauh ke hadapan sehingga dapat mengelillingi mereka dalam semua bidang.

Dari segi fizikal dan pergaulan juga, ini sudah ketara, bila semua tempat awam mempunyai orang Melayu yang paling banyak seperti dalam keretapi, ruang tempat letak kereta, pusat membeli-belah, pasaraya dan acara rasmi kerajaan.

Orang Cina dan juga India terpinggir. Anak muda mereka akan menjadi lebih faseh berbahasa Melayu berbanding dengan generasi lama mereka.

Dan lama-kelamaan, mereka akan rasa mereka tidak boleh hidup dan berniaga tanpa sokongan dari orang Melayu.

Dengan wujudnya Kedai Rakya 1Malaysia dan rangkaian kedai runcit yang dibuka oleh orang Melayu, perniagaan orang Cina di peringkat bawah akan terhakis. Dan kalau ini berlaku, kegiatan ekonomi mereka diperingkat menengah juga akan tergugat sehinggakan tahab ekonomi di tahab tinggi juga akan mendapat kesannya.

Lihat sahaja bila tiba satu masa nanti, ramai anak Cina dan India bekerja di syarikat orang Melayu sehingga ada yang memandu kereta tuanpunya syarikat besar orang Melayu.

Namun berkat ketabahan orang Melayu, tahab pencapaian bidang ekonomi mereka kian meningkat, dan tidak lama nanti, mereka akan menguasainya juga sebab mereka adalah dalam jumlah yang jauh lebih besar dan kian berkembang berbanding dengan jumlah kaum Cina khasnya yang kian mengecil dan hampir terpinggir.

Ini ironinya: Kaum Cina terpinggir oleh sekolah Cina mereka dan juga kampung baru Cina mereka yang menempatkan ramai dikalangan mereka yang dibiarkan berada di situ.

Kebanyakan mereka tidak berpendidikan tinggi, belajar di sekolah Cina dan gagal di peringkat rendah. Mereka juga tidak faseh berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan ghairah tentang kebudayaan Cina dari Hong Kong dan Negeri Cina.

Ini berlaku tanpa disedari oleh pemimpin dan pengundi Melayu sendiri, walaupun yang jelasnya seperti yang telah berlaku di Pulau Pinang bila Gerakan diberi peluang mentadbir negeri, sehinggakan hak dan tanah Melayu dihakis sehingga hampir habis.

Itupun Umno dan Melayu masih lagi keliru dan anggap Gerakan sebuah parti mempunyai sikap perpaduan.

Mereka sebenarnya ada agenda tersendiri yang hanya boleh dicapai dengan mengguna parti Melayu.

Mereka berpura-pura sokong parti Melayu dalam Barisan. Mereka pura-pura sokong parti Melayu dalam Pakatan.

Mereka sedar mereka tidak boleh melakukan apa-apa tanpa mendapat sokongan dari Melayu. Dan caranya adalah untuk mengaburi pemimpin dan pengundi Melayu yang termakan dengan helah mereka.

Lihat Melayu di Pulau Pinang. Lihat Pulau Pinang. Ia menjadi negeri maju di Malaysia, tetapi siapa yang maju kalau bukan Cina di situ?

Semasa Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang di bawah kepimpinan Gerakan, orang Melayu terpinggir sehinggakan tanah warisan mereka juga tergadai. Melayu di pulau ini hampir muflis.

Dan Umno tidak sedar tindakan yang telah diambil oleh Gerakan dibawah ketua menteri mereka iaitu Lim Chong Eu yang rata-rata tidak sokong Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Malah mereka juga tidak sokong dasar bahasa kebangsaan bila kedai-kedai di situ mengguna bahasa Cina lebih dari Bahasa Melayu.

Ini yang membuat ramai pelancong dari Barat tertarik melawatnya sebab ketika itu Negeri Cina masih belum dibuka seperti sekarang, jadi Pulau Pinang boleh beri mereka gambaran bahawa mereka berada di Negeri Cina.

Malah kaum India juga sengsara di Pulau Pinang dengan jumlah kecil mereka bertambah kecil.

Mujur orang Melayu terdapat dengan jumlah yang besar di Seberang Perai  kalau tidak negeri Pulau Pinang akan terus mempunyai monopoli kaum Cina. Dan sejak 2010 dulu, jumlah Melayu di negeri ini telah meningkat sehingga mereka menjadi kaum terbesar.

Namun hakikat ini tidak dimanfaatkan oleh Umno untuk mendesak bahawa parti Cina dalam Barisan Nasional iaitu Malaysian-Chinese Association (MCA) tidak ada taring lagi di negeri ini.

Dan kalau Barisan menang, ketua menteri mereka mestilah terdiri dari orang Melayu dan bukan dari MCA lagi.

Inipun kaum India masih tidak sedar dan percayakan mereka.

Akhirnya, mereka menjadi batu api untuk menentukan Bangsa Melayu berpecah dan orang melayu bertelagah sesama sendiri.

Mana ada pemimpin kaum Cina yang bertelaga sesama sendiri dalam Barisan atau Pakatan?

Yang bertelagah hanya diantara kaum Melayu.

Dan siapa yang menjadi batu api yang mahu Melayu bertelah sesama sendiri, kalau bukan mereka?

Perarakan Bersih 2.0 telah berjaya membuat Melayu bertelagah sesama sendiri.

Yang ‘bagusnya’ ialah Melayu Kiri dan Melayu Kanan telah sama-sama keluar ke jalan dan pinggirkan Cina dan India yang kelihatan seperti hampir tidak penting di negara.

Malah blog dan portal berita internet yang dibuka dan dikendalikan oleh mereka adalah juga untuk memastikan orang Melayu bertelagah sesama sendiri.

Mereka guna beberapa orang Melayu yang kononnya liberal untuk menulis pojok tetap, dan mereka hanya menulis mengutuk Melayu dan institusi Melayu lain.

Dan surat-surat yang disair dalam laman web ini adalah jenis yang kutuk Melayu juga, secara langsung dan tidak langsung.

Malah suratkhabar yang dikuasai oleh orang Cina juga memain peranan seperti itu.

Mereka mempunyai penulis pojok terdiri dari orang Cina dan India sahaja; dan mereka tulis tentang perkara yang kelihatan mengutuk Melayu serta kerajaan.

Perjuangan Cina di Malaysia, tidak kira dari parti politik mana mereka bernaung adalah sama.

Selasa, 19 Julai 2011

PILIHANRAYA KECIL TENANG, JOHOR – SATU PUNGUTAN SUARA DIANTARA UMNO DAN PAS DENGAN PAS KALAH.

…UMNO BERTAMBAH TENANG SEDANGKAN PAS TENGGELAM LEMAS, KETINGGALAN ZAMAN TIDAK ADA SEBARANG SEBAB UNTUK WUJUD LAGI.
Oleh Mansor Puteh



Beranikah PAS adakan pungutan suara atau referendum dikalangan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia untuk menentukan samada mereka pilih PAS atau Umno?

Kalau mereka berani, mereka telah lama usulnya sendiri. Tetapi tidak. Sebabnya mereka tahu siapa yang boleh menang dan siapa yang akan kalah.

Mereka akan kalah. Sebabnya PAS tidak mungkin berani sebab mereka tahu pilihan kebanyakan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Buat saya, PAS hanyalah pemberontak Melayu dan Islam yang tidak amalkan prinsip demokrasi. Mereka kalah ditangan rakyat, tetapi berdegil untuk terus berjuang satu prinsip yang ternyata sekali tidak menguntungkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia sendiri.

Mereka lebih pentingkan kedudukan pemimpin tua dari zaman silam yang sudah terpinggir.

PAS lebih merupakan sebuah kelab sosial dan syarikat perniagaan, yang mempunyai kedudukan kukuh.

Ia lebih sesuai untuk orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia yang mempunyai fikiran sempit.

Dan mereka sedar bahawa mereka tidak boleh menang kalau sebuah pungutan suara diadakan. Kalau mereka pasti boleh menang, mereka sudah lama menyuarakan hasrat untuknya diadakan.

Dan kalau ada Parti Melayu Bersatu mengabungkan orang Melayu dan Umat Islam dalam sebuah parti, semua pemimpin PAS akan ditolak.

Itulah sebabnya PAS enggan adakan pungutan suara sebab mereka akan kalan dan kalau ada parti Melayu yang satu, mereka akan disingkir.

Oleh sebab itu, PAS akan terus teguh dengan parti sendiri dan lebih selesa bergabung dengan parti bukan Melayu dan bukan Islam yang rata-rata tentang pembentukan negara Islam dan perlaksanaan Hukum Syariah sedangkan Umno terbuka dalam hal ini.

Yang membuat Umno tidak selesa untuk mengusulkan perlaksanaan hukum ini ialah oleh sebab ia terperangkap dalam Barisan Nasional.

Tetapi kalau parti Melayu boleh memonopoli politik Malaysia, Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh menguasai semua negeri dan negara tanpa memerlukan sokongan dari bukan Melayu dan bukan Islam.

Mereka akan menjadi kaum minority dengan parti politik mereka menjadi kelab sosial dengan pemimpin mereka bermain mahjong di pejabat parti.

Melayu dan Umat Islam di Malaysia sudah lama tinggal dan lupakan PAS sebab mereka tidak ada tempat dalam kehidupan mereka dengan cara pemimpin ulung PAS berlagak lebih dari orang lain seperti mereka betul dan tahu segalanya.

Cuma PAS sahaja yang tidak menyedarinya; ia telah lama ditinggalkan oleh orang Melayu dan Umat Islam.

Peranan PAS sekarang ialah untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Setiap pilihanraya yang telah diadakan di Malaysia adalah pungutan suara, yang menolak PAS.

PAS memang tidak boleh menambat hati penggundi Melayu dan Islam di Malaysia; ia adalah parti kolot dengan pemimpin kanannya tidak tahu berpidato atau bersuara.

Mereka cuma tahu menempek.

Lihat sahaja cara Mat Sabu bercakap. Lihat sahaja muka Hadi Awang. Tengok sahaja gelagat Nik Aziz.

Adakah ini cara pemimpin? Atau tidakkah mereka hanya layak untuk menjadi guru sekolah ugama sahaja?

Mereka tidak pernah memberi saranan yang penting untuk membangunkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, jauh sekali untuk Dunia Islam dan Dunia Melayu.

Mereka pandai berceloteh, membebel, sama seperti Anwar Ibrahim yang tidak ada sebarang perancangan untuk memajukan Selangor dimana dia dikatakan seorang penasihat ekonomi.

Berapa banyak pelaburan yang dia telah bawa dari luar negara ke Selangor?

Berapa banyak pelaburan yang telah Nik Aziz dan Hadi bawa ke Kelantan dan Terengganu?

Mereka cuma boleh cuba untuk tuntut royalty dari minyak yang dikatakan telah dicari oleh Petronas.

Mereka tidak tahu majukan negeri-negeri yang telah diberi kepada DAP, PKR dan PAS oleh pengundi sebagai satu usaha untuk mengajar Umno dan Barisan Nasional. Pengundi tidak sukakan parti pembangkan; mereka lebih bencikan Umno dan Barisan.

Tetapi lebih tiga tahun, pengundi yang sama rasa hampa dan keciwa. Dan tidak hairan kalau mereka tidak mengundi parti-parti pembangkan dalam pilihanraya akan datang. Sebab mereka telah gagal sebagai kerajaan negeri; mereka hanya bagus untuk menempek, membebel dan berleteh sahaja.

Ini salah. Sikap seperti ini telah makan diri mereka sendiri.

Tetapi PAS tidak berganjak; mereka tidak takut dengan tamparan lain; mereka mahu terduduk.

PAS tidak ada masa depan dalam politik nasional di Malaysia. sudah sekian lama ia wujud, ia tidak berjaya atau mampu menarik perhatian dari kalangan orang Melayu dan Islam.

Ia cuma berjaya menjadi pak sauk sahaja, mengacau di sana dan mengacau di sini, dengan murshidul aum mereka, Nik Aziz memberi kenyataan mengarut.

PAS sudah terlepas. pas ketinggalan zaman.

Dan berapa kali sudah pilihan raya umum dan kecil, PAS tidak berjaya memainkan peranan sebagai pembangkang; ia cuma berjaya memainkan peranan pengacau kepada Melayu. Ia mengelirukan Melayu sahaja.

Pilihanraya kecil di Tenang, Johor membuktikan ia telah ditolak oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Piliharya kecil mempunyai makna besar – ia adalah satu pungutan suara untuk Melayu khasnya pilih Umno atau PAS. Mereka tolak PAS.

PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno.

Tetapi beranikah Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain dalam PAS?

Mereka tidak berani. Mereka takut dalam Parti Melayu Bersatu, mereka akan ditolak dalam pilihan raya parti.

Ini yang mereka sangat gentar sekali.

Sabtu, 16 Julai 2011

PARTI ISLAM SEMALAYSIA ATAU PAS TIDAK MENGAMALKAN SIKAP DEMOKRASI.

…DITOLAK OLEH KEBANYAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM SEJAK DULU TETAPI MASIH MAHU MEMPERDAYAKAN MEREKA DENGAN DAKYAH MEREKA WALAUPUN KESANNYA TELAH MEMBUAT MELAYU DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERPECAH.
Oleh Mansor Puteh


Beranikah PAS dan UMNO adakan referendum atau pungutan suara untuk orang Melayu dan Umat Islam di malaysia pilih parti mana mereka mahu?

PAS akan kalah.

Tentu banyak orang tidak sedar, apa itu parti pas.

Ini tidak bermakna bahawa ulamak tidak layak mentadbir sesebuah negara. Mereka boleh.

Tetapi ulamak dan separuh ulamak yang ada dalam PAS tidak.

Mereka tidak ada perancangan jangka panjang, maupun pendek untuk memajukan negara. Yang mereka ada ialah cara untuk mengenakan hukum Islam secara umum dan tidak teratur – dan mengikut pemikiran mereka.

Jadi pemimpin PAS sebenarnya tidak pentingkan perpaduan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka adalah punca utama mereka berpecah, oleh sebab mereka rasa mereka lebih layak mentabdir negara dan bawa Bangsa Melayu dan Umat Islam ke zaman kegemilangannya.

Tetapi berapa gemilangnya Kelantan dan negeri Kedah yang mereka tadbir sekarang?

Dan betapa majunya Terengganu semasa ia dibawah PAS dengan Hadi Awang menjadi menteri besarnya?

Kelantan dan Kedah mundur. Ia tidak boleh maju sebab pemimpin PAS tidak pandai mentadbir negeri; mereka hanya pandai mentadbir parti sendiri.

Dan yang pentingnya ialah pemimpin tua PAS yang telah lama berpolitik masih kekal; mereka dapat kedudukan dan ganjaran dari penglibatan dalam politik.

Dan tidak seorang pembicara politik yang ada di negara yang separuhnya kononnya dihormati dengan pandangan hebat mereka, termasuk pemimpin PAS sendiri yang berani mengaku bahawa pas tidak mengamalkan sikap demokrasi.

Suratkhabar mereka, Harakah membuktikan mereka tidak mengamalkan demokrasi dengan menyiar berita dan laporan dari semua pihak.

Yang disiar hanya berita tentang mereka dan pandangan mereka sahaja.

Oleh sebab itu PAS yang dulunya telah menunjukkan sikap terbuka dan mula diterima oleh banyak orang Melayu dan Islam akhirnya ditolak oleh mereka.

Ramai orang yang berpendidikan khususnya dari universiti luar negara juga terpikat dengan cara mereka yang bersahaja dan tidak menunjuk-nunjuk, tetapi ia tidak seberapa seperti yang diharapkan oleh mereka.

Akhirnya PAS dan pemimpin mereka ditolak oleh ramai mereka yang dulunya mahu berjinak-jinak dengan mereka.

Ini berlaku bila mereka sedar dakyah PAS dan pemimpin ulungnya yang mengamalkan sistem oligarki, dengan kehadiran Nik Aziz dan Hadi Awang dan yang lain-lain yang tidak mahu berundur untuk beri laluan kepada saf baru ambil tampuk pemimpin parti.

Ini yang amat menyedihkan sebab mereka itu dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh, yang tidak boleh dikritik atau dicemuh.

Oleh sebab itu mereka terus kekal di tempat sama tidak berganjak.

Dan tidak bergerak juga ialah prinsip PAS yang kini dianggap sebagai kuno.

Mereka berkeras mahu jalankan dakyah mereka untuk mempengaruhi seberapa ramai pengundi Melayu dan bukan melayu semata-mata untuk membolehkan calon mereka menang.

Usaha mereka tidak kesampaian sehingga sekarang sebab kebanyakan orang Melayu sudah lama tolak PAS.

PAS tidak penting. Niat mereka tidak lain untuk memecah-belahkan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka tidak terima hakikat bahawa mereka tidak diterima oleh Melayu. Mereka hanya boleh bertahan di Kelantan semata-mata atas kehadiran Nik Aziz.

Dan kalau Nik Aziz sudah tiada, tentu PAS akan hilang pengaruhnya di Kelantan juga.

Dan kalaulah Nik Aziz itu dikatakan ulamak yang hebat, kenapa dia tidak pernah dijemput untuk beri syarahan ugama di luar negara, khususnya di negara Arab?

Tentu ada orang di situ yang berminat untuk mendengar pandangannya tentang ugama.

Tetapi ini tidak berlaku. Dan tidak mungkin ia boleh berlaku.

Ini disebabkan yang dia bukan ulamak yang tulen; dia ahli politik yang ada agenda peribadi, jadi pandangannya tentang ugama dikatakan atau dianggap tidak tercemar dengan sikapnya terhadap ahli politik lain.

Sebenarnya PAS sudah lama ditolak oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Mereka tidak mungkin boleh berbakti kepada Umat Islam. Mereka hanya boleh menguntungkan pemimpin dibarisn teratas sahaja, yang sebenarnya sama dengan dia yang tidak mengamal sikap demokrasi.

Mereka juga tidak mahu terima hakikat bahawa PAS dan mereka itu tidak diterima oleh orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

PAS hanya penting di Kelantan.

Dan kalau mereka ada pengikut di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, ia adalah dari kumpulan segelintir Melayu.

Mereka tidak mungkin boleh menawan hati orang Melayu amnya.

Mereka hanya boleh memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia dengan cara mereka yang kononnya lebih Islam, sementara cara orang lain tidak.

Bayangkan kalau ada referendum atau pungut suara di seluruh negara yang melibatkan orang Melayu dan Umat Islam sahaja, siapa mereka akan pilih – Umno atau PAS?

Beranikah PAS dan Umno adakan pungut suara ini untuk menentukan parti dan barisan pemimpin mana yang mereka mahukan?

PAS kini cuma boleh menang dalam pilihanraya kalau mereka dapat undi dari penyokong parti bukan Cina yang rata-rata tidak mahu mereka melaksanakan undang-undang syariah dan bentukkan sebuah negara Islam.

Dengan sendirinya PAS tidak boleh menang dalam mana-mana pilihanraya kecuali di Kelantan dan kadang-kala di Terengganu.

Mereka menang di Kedahpun atas ihsan penyokong parti lain, dan oleh sebab ramai pengundi Melayu bencikan beberapa tokoh pemimpin Umno dan Barisan yang telah lama kekal dalam kabinet dan parlimen.

Mereka humban mereka walaupun parti mereka pilih mereka sebagai pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Mereka tidak sedar, mereka boleh menang bertanding dalam parti, tetapi tidak dalam pilihanraya.

Rabu, 13 Julai 2011

OLEH SEBAB SETITIK NILA, SEMUA AIR DALAM BELANGA ROSAK:

ANGKARA BEBERAPA ORANG CINA DI MALAYSIA BUAT TABIAT DI LUAR NEGARA, SELURUH NEGARA MENANGGUNG AKIBAT.
Oleh Mansor Puteh


Satu, satu negara mahu kenakan visa untuk rakyat malaysia yang mahu melawat negara tersebut sedangkan dulu tidak.

Jepun dan Perancis telah mengenakan visa kepada pelawat dari Malaysia ke negara tersebut. dan sekarang United Kingdom pula yang mungkin kenakan visa untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dulu rakyat malaysia boleh pergi ke Jepun, Perancis dan beberapa negara lain dengan muda, boleh berjalan berlenggang-lenggang masuk-keluar tanpa mengguna visa.

Kedua buah negara tersebut mengenakan visa.

Dan tidak lama lagi mungkin United Kingdom juga akan mengenakan visa kepada semua rakyat Malaysia yang mahu ke sana.

Ini semuanya angkara beberapa orang Cina rakyat Malaysia yang membuat pasal di negara tersebut. Mereka pergi ke sana sebagai pelancong tetapi terus tinggal.

Mereka bekerja di restoran Cina sebagai pelayan dan tukang masak.

Ada yang menjadi pelacur.

Bila dah kena tangkap baru mengaku mereka telah ditipu – dibawa ke sana dan dikurung.

Walhal mereka sudah menetap di negara tersebut beberapa tahun dan boleh ke mana-mana tanpa disekat.

Tetapi bila ditangkap, mereka pura-pura kata dipaksa buat itu dan ini.

Beberapa gadis Cina dari Malaysia yang membuat angkara seperti itu sehinggakan Jepun mengenakan visa untuk semua rakyat Malaysia.

Tabiat orang Cina dari Negeri Cina juga tidak berbeza dengan tabiat orang Cina di Malaysia.

Ramai gadis Cina dari Beijing yang sanggup datang ke Malaysia dengan mengguna visa pelawat tetapi mereka bekerja sebagai GRO dan pelacur.

Mungkin ramai yang bekerja di restoran Cina dan dalam perniagaan lain.

Tapi ini silap pihak berkuasa di Malaysia yang memberi mereka visa beberapa kali walaupun kegiatan mereka di Malaysia bukan untuk melancong.

Tidakkah pegawai imigresen atau kedutaan Malaysia di Beijing dapat agak yang mereka itu tidak pernah melancong di mana-mana di Malaysia, sebab pengelaman mereka melawat tempat pelancongan tidak ada.

Tentu pegawai di kedutaan Malaysia itu boleh tanya beberapa soalan seperti tempat mana gadis dari Beijing itu telah pergi di Malaysia dan kenapa mereka gemar sangat untuk pergi ke Malaysia.

Tidakkah mereka itu tertarik melancong ke negara-negara lain?

Mustahil seseorang itu mahu melancong di Malaysia sahaja dan balik ke sini beberapa kali, sedangkan dia boleh ke negara lain untuk menikmati keindahan alam dan sejarah di sana?

Kenapa mereka tidak ke Indonesia atau India, misalnya?

Di United Kingdom ada 20,000 rakyat Malaysia yang menetap secara haram. Kebanyakan mereka terdiri dari orang keturunan Cina.

Mereka bersembunyi dan sehingga ditangkap baru mereka dihantar balik. Mereka tidak peduli bencana yang mereka bawa, yang menyusahkan orang lain.

Kebanyakan mereka terdiri dari orang Cina yang tidak berpendidikan; mereka belajar di sekolah Cina dan tidak fash berbahasa Inggeris walaupun sudah lama tinggal di United Kingdom.

Sebabnya ialah mereka bekerja di restoran Cina di Chinatown dan tidak bergaul. Oleh sebab itu mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dan merekalah yang membuat sial kepada negara.

Orang Melayu yang berhati mulia juga kena bencana mereka kalau United Kingdom dan negara lain turut mengenakan visa kepada semua rakyat Malaysia, walhal yang membuat sial adalah sedikit orang Cina.

Mana MCA, Gerakan dan DAP dalam hal ini? Mereka berdiam diri.

Sepatutnya negara seperti United Kingdom, Jepun dan Perancis dan lain-lain hanya kenakan visa kepada orang Cina dari Malaysia sahaja dan bukan untuk orang Melayu.

Sebab orang Melayu jarang sekali mahu buat sial di negara lain; mereka ke sana atas urusan rasmi dan balik ke Malaysia selepas urusan di situ.

Orang Cina tidak; mereka tidak ada niat untuk memtuh undang-undang negara asing, sebab mereka fikir mereka boleh hilang dalam kumpulan kaum mereka di situ.

Sultan Selangor dulu, Sultan Salahuddin Shah juga pernah ditahan di Lapangan Terbang Schipol, Belanda dan kasut baginda disuruh dibuka, untuk pihak berkuasa di lapangan terbang itu periksa kalau ia menyembunyikan dadah.

Saya juga ke Belanda tidak lama kemudian dan sepatu saya juga disuruh dibuka. Ia adalah satu pasang sepatu yang baru, jadi ia kelihatan tidak kena.

Kenapa: Orang tidak boleh pakai sepatu baru?

Seorang Cina dari Malaysia dalam pesawat juga disuruh masuk ke sebuah bilik dan disoal.

Akhirnya rakan yang tunggu saya di luar dewan ketibaan pulang sebab dia fikir saya tidak jadi datang ke Belanda.

Saya ke sana dalam rangka tayangan dan perbincangan beberapa drama televisyen saya di Universiti Leiden yang mempunyai jabatan pengajian Melayu.

Pemuda Cina dari Malaysia itu ke sana untuk bekerja di sebuah restoran Cina di Amsterdam.

Sampai bila mesti orang Cina di Malaysia buat pe’el di luar negara sehingga seluruh negara mendapat malu dan dikecam sebagai negara yang tidak bertamaddun?

Angkara beberapa orang Cina dari Malaysia, seluruh negara yang dikenali sebagai negara Islam dan Melayu dapat malu.

Puncanya ialah orang Cina yang terlibat itu kebanyakannya mempunyai latar belakang sekolah Cina. Mereka tidak ada pendidikan tinggi. Tetapi mereka ada hasrat yang tinggi dan mahu mencari pekerjaan di restoran luar negara.

Mereka mahu ke sana dan bekerja sebagai tukang masak atau pelayan beberapa tahun dan kumpul wang sebelum pulang ke Malaysia untuk buka restoran mereka sendiri.

Tetapi mereka tidak peduli dengan syarat dan mahu patuhnya.

Masalahnya ialah United Kingdom memberi visa kepada rakyat Malaysia secara otomatik selama enam bulan.

Sebaik sahaja visa ini mahu tamat, mereka itu akan pergi ke Paris beberapa hari dan balik ke United Kingdom dan visa mereka disambung enam bulan lagi.

Jadi, kalau kerajaan United Kingdom mahu sekat mereka seperti itu yang ada niat tidak baik, kenapa mereka tidak tahan mereka dari pulang ke United Kingdom selepas diberi visa satu kali sahaja, sebab ternyata sekali mereka tidak ada urusan rasmi di negara itu selain dari mahu terus bekerja di restoran Cina.

Tidakkah pihak United Kingdom tahu siapa yang mahu ke sana dengan niat baik dan urusan rasmi dan tidak akan tinggal lebih lama dari jadual yang tertera dalam tiket pulang-balik?

Jadi jangan salahkan semua rakyat Malaysia kalau ada beberapa orang yang kebanyakannya keturunan Cina yang buat sial di negara mereka?

Kalau mahu dikenakan visa, kenakan kepada mereka yang tidak ada urusan rasmi yang mahu melancong dan melencong.

Jangan salahkan orang Melayu dan rakyat Malaysia lain yang patuh kepada undang-undang negara asing.

Kenapa tidak ada pertubuhan Melayu boleh hantar memorandum ke duta besar Inggeris di Jalan Ampang dan beritau mereka orang Melayu di Malaysia tidak berminat untuk tinggal lebih dari jangka waktu, dan mereka boleh diberi visa secara percuma.

Kalau negara mereka mahu kenakan visa, ia hanya dikenakan kepada mereka yang tidak ada urusan rasmi atau penting dan munasabah, termasuk orang keturunan Cina yang mahu melancong dan melencong dan khususnya kepada mereka yang tidak berpendidikan tinggi atau yang faseh berbahasa Inggeris dan tidak pernah ke England sebelum ini.

Apa guna mengenakan visa kepada mereka yang ada kedudukan rasmi di Malaysia yang mahu ke England untuk jangka waktu yang singkat?




Ahad, 10 Julai 2011

APA HUKUMNYA UNTUK ORANG ISLAM MEMBERI SANJUNGAN DAN PENGHARGAAN KEPADA AHLI SUKAN BUKAN ISLAM YANG TERLIBAT DALAM BIDANG SOKAN KANGKANG?

Oleh Mansor Puteh


Hukumnya ialah BERDOSA.

Tidakkah orang Islam dan pemimpin ugama dan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia tahu tentang ini? Ia adalah perkara asas.

Di negara Arab dan Islam lain jenis sokan yang mendedahan aurat wanita dilarang. Itulah sebabnya mereka enggan mengambil bahagian dalam bidang sokan ini termasuk bertanding dalam pertandingan sokan termasuk Olimpik.

Sebabnya ialah pingat yang boleh diperolehi dari acara ini tidak penting berbanding dengan dosa yang boleh didapati dengannya.

Dan sesebuah negara Islam itu tidak mundur kalau ia tidak mengambil bahagian dalam bidang sokan antarabangsa seperti itu.

Malah dengan penglibatan mereka dalamnya sekian lama, berapa sangat ahli sokan mereka termasuk kaum lelaki yang telah mencapai kejayaan?

Adalah menjadi dosa besar kalau orang Islam memberi sanjungan dan penghargaan kepada ahli sokan yang berpakaian separuh bogel dan terlibat dalam jenis sokan yang memaksanya terkangkang-kangkan untuk mendapat kejayaan dalam pertandingan berkenaan.

Jenis sokan ini dinama SOKAN KANGKANG dan ia termasuk tenis, skuasy, larian, jimrama, renang dan sebagainya.

Malangnya, masih terdapat ramai gadis Melayu yang terlibat dalam bidang sokan seperti itu walaupun ia jelas tentang nilai Islam.

Keghairahan mereka mahu capai 'kejayaan' dalam bidang sokan telah membuat mereka lalai dengan pegangan ugama mereka.

Dan ustaz dan kaum ulamak di Malaysia seperti tidak peduli; mereka lebih suka berpilih untuk melihat ke arah lain dan tidak berani memberi pendapat tentangnya.

Malah, tidak ada sebuah ceramah ugamapun yang pernah membincangkan tentang perkara in.

Jadi adalah langsung tidak masuk akal untuk mana-mana pemimpin dan orang Melayu beri sanjungan dan penghargaan tidak terhingga kepada mereka itu.

Ternyata sekali orang Islam ini tidak mempunyai pegangan ugama yang kuat.

Mereka terbawa-bawa dengan nilai bukan Islam dan anti-Islam yang mahu disebar oleh pihak yang menentang Islam. Mereka tumpas kepada dakyah mereka.

Oleh sebab itu, mereka memegang nilai yang sama anti-Islam.

Tapi mananya kaum ulamak di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dalam hal ini? Mana Majlis Fatwa Negara?

Jadi, secara tidak langsung, memberi sanjungan dan penghargaan kepada Nicol David adalah salah. Ia mendatangkan dosa.

Sebab Nicol adalah ahli sokan kangkang. Dan dia boleh diberi gelaran JAGUH KANGKANG KEBANGSAAN (JKK). Dia bukan seseorang wanita yang harus dibanggakan olen mana-mana orang Islam.

Oleh sebab itu, walaupun dia telah meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang skuasy, yang berasal dari Malaysia, tetapi pencapaiannya tidak disanjung di negara Islam lain.

Sebabnya ialah kejayaannya adalah KEJAYAAN NEGATIF. Ia bukan sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh orang Islam di seluruh dunia.

Dan dia sendiri bukan tokoh yang penting dalam Islam dan di Dunia Islam.

Ini yang amat mengeciwakan sebab yang memberi dorongan dan sokongan serta sanjungan kepada dia adalah orang Melayu dan Islam sendiri.

Tentu mereka adalah orang Islam yang tidak mempunyai pegangan ugama yang kuat atau yang faham dengan hukum Islam yang sebegitu asas sekali.

Saya langsung tidak kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Nicol David setakat ini. Dia bukan seorang tokoh negara yang penting. Ia bukan sahaja dia tidak faseh berbahasa Melayu tetapi bidang sokan yang diceburinya itu TIDAK ISLAM.

Ia sama seperti pertandingan ratu cantik yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Negara yang mengharamkan mana-mana wanita Melayu dan Islam dari mengambil bahagian dalamnya.

Namun demikian masih ada beberapa stesen televisyen dan pertubuhan lain yang sering mengadakan pertandingan seperti itu; sebagai contohnya rancangan ‘Gadis Melayu’ dan lain-lain yang mirip pertandingan ratu cantik.