Selasa, 30 Oktober 2012

MENYEBERANGI SELAT INGGERIS DARI BELANDA KE ENGLAND.


Oleh Mansor Puteh





Perjalanan keretapi dari Leiden ke Hoek van Holland, iaitu sebuah pelabuhan mengambil masa lebihkurang satu jam. Ianya berhenti di beberapa buah stesyen dalam perjalanan. Waktu bertolak dari stesyen Leiden iaitu sebuah pekan yang kecil, pada tempat pukul 9.06 malam. Angin meniup membuat cuaca yang dingin bertambah perit terasa di bahagian tangan yang tidak bersarung. Ramai yang mengambil tempat perlindungan di sebalik dinding cermin yang didirikan di atas pelantar.
       Pertama kali ingin cuba menaikki feri menyeberangi Selant Inggeris atau English Channel. Sebab sering sekali mendengar khabar dari rakan yang pemah mengalaminya terasa mahu rasa sendiri.
       Tetapi perjalanan ketika waktu malam tidak terasa sebarang keenakan. Ianya seperti berada dalam ruang bilik sahaja.
       Proses pemeriksaan kastam dan imegresen di pelabuhan Hoek van Holland tidak mengambil masa yang begitu panjang. Ramai telah beratur untuk diperiksa. Kebanyakan mereka keturunan Inggeris yang mahu pulang ke negara sendiri setelah bercuti di Eropah. Terdapat beberapa orang keturunan Jepun. Dan saya seorang sahaja dari Malaysia.
       Setibanya di dalam feri yang bemama ‘St Nichollas’ saya kekas mendapatkan tempat duduk dengan harga sebaryak tiga paun British. Ini tambahan dari 260 guilders yang dikenakan sebagai tambang pergi-balik dari Leiden ke London dan kembali ke Leiden.
       Perjalanannya ialah dengan keretapi dari Leiden ke pelabuhan Hoek van Holland dan menaikki feri ke Harwich di England, sementara yerjalanan dari sana ke London ialah dengan keretapi juga.
       Separuh orang tidak mahu menempah kenusi bersandar dan terpaksa tidur sahaja di atas dek atau duduk di dalam kedai kopi sehingga tiba di Harwich.
       Setelah hampir empat-puluh-lima minit baru feri berangkat dengan pelahan-lahan meninggalkan pelabuhan. Ramai penumpang terdiri dari kanak-kanak sekolah keturunan Belanda. Mereka sungguh riuh sekali sehingga sukar untuk tidur.
       Yang dewasa asyik minum dan burkumpul sambil bersila di atas lantai. Mujur mereka juga tidak membuat bising. Ramai penumpang lain sudah lama tidur.
       Saya cuba uniik melelapkan mata tetapi sukar sebab keadaan yang bising dan kacau serta suhu yang bertarbah sejuk.
       Di luar pemandangan lautan luas terbentang hitam sehinggakan tidak dapat lihat apa-apa, kecuali bitang di langit.    
       Keadaannya sama seperti menaikki kapalterbang.
       Ramai penumpang lain terutama yang berkelamin menempah kabin di mana terdapat tempat tidur. Di situ mungkin lebih tenteram. Sebab perjalanan selama tujuh jam itu begitu lama untuk berjaga terutamanya pada waktu malam.
       Lain pula kalau perjalanan dilakukan ketika siang hari di mana terdapat banyak kegiatan seperti menuntun filem di dua buah pawagam yang terletak di bah agian bawah.
       Atau kita boleh duduk di kedai kopi sambil memerhati orang lain berbual­-bual. Dan kita juga boleh bersiar-siar di seluruh feri yang besar itu.
       Kegiataan pada perjalanan waktu malam amat terhad sebab ramai yang tidur dan kedai-kedai serta pawagam atas feri tutup.
       Setelah sekian lama mata terkelip-kelip, saya akhirnya tertidur, itupun setelah berjaya menyelubungkan tubuh badan dengan kain yang dibawa. Dan setelah beberapa jam lama baru terjaga.
       Ketika itu pula matahari sudah mula memancar dan di luar suasana tidak gelap lagi. Terdapat garis kuning-kemerahan yang menandakan bahawa waktu pagi sudah hampir menjelang.
       Ramai penumpang sudah mulai terjaga walaupun ketika itu jam tempatan baru pukul empat. Mereka pergi menjenggok ke tingkap-tingkap sebelah kiri untuk melihat air dan matahari yang sebentar lagi mahu muncul.
       Sementara ramai yang lain, terutamanya kanak-kanak sekolah yang riuh dan orang dewasa yang telah mabuk setelah minum arak terus melelapkan kedua belah mata mereka.
       Dalam perjalanan kali ini saya hanya membawa sebuah kamera yang kecil yang baru beli. Sebab saya tidak bertujuan untuk mengambil gambar yang khusus untuk pameran dan sebagainya.
       Ianya jenis kamera serba-serbih otomatik dan ini bermakna bahawa dalam suasana gelap seperti ini saya tidak boleh mengambil gambar sebab lampu ‘flasli’-nya akan menyala. Dan ini merosakkan suasana gelap yang ingin diambil.
      Dua jam selepas terjaga terasa bahawa feri sudah mahu berhenti di pelabuhan. Dan ketika ini hampir semua penumpang telah bangun dan bersedia untuk turun ke darat.
      Mereka sudah berdiri di tepi pintu. Akhirnya, setelah tiga-puluh minit lamanya mereka menunggu, pintu dibuka dan merekapun menyerbu keluar.
      Pemeriksaan di kastam dan imegresen dijalankan dengan begitu licin dan lekas sekali. Tidak seperti berada di Lapangan terbang Schiphol di mana ramai gemuda dari negara kita ditahan sementara pihak imegresen dapat memastikan bahawa penumpang berkenaan itu mahu ke negara Belanda dengan tujuan seperti yang dinyatakan.
      Mereka takut ramai pemuda yang tiba dan masuk ke Amsterdam dengan tujuan melancung tetapi enggan pulang ke negara masing-masing, dan mendapat pekerjaan di sana.
      Ada yang ditahan selama sejam sementara pihak kastam dan sebagainya memeriksa sepatu dan beg dengan begitu rapi, sehingga boleh menakutkan penumpang yang tulin.
      Tidak jauh dari pelabuhan keretapi telah sedia menunggu penumpang yang mahu ke London. Tempat akhir berhenti ialah di Stesyen Liverpool Street, yang mengambil hampir sejam lamanya dalam perjalanan menerusi sebuah kawasan lembah yang digunakan untuk pertanian.
      Pekan Harwich sebenarnya menpakan sebuah pekan yang kecil, sama sais seperti Pelabuhan Kelang. Ianya tidak menampakkan ciri-ciri sebuah pekan Inggeris. Malah kita boleh tersilap dan menganggap bahawa ianya terletak di Eropah.
      Ini merupakan kali ketiga saya ke England; kali teraklnir ialah dalam bulan Januari 1982 dahulu. Ketika itu musim sejuk dan salji bertimbun di tepi jalanraya.
      Tetapi kali ini dalam musim bunga, cuacanya tidak sebegitu teruk. Cuma oleh sebab sudah sekian lama tidak berada dalam cuaca seperti ini, tubuh badan kita juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengenal kesejukan.
       Untuk perjalanan pulang dari London ke Leiden nanti saya bercadang untuk menaikki feri yang sama, tetapi pada waktu siang pula. Kali ini baru dapat megetahui bagaimana ianya dilaksanakan.
       Dan perjalanan bermula dari Stesen Liverpool Street beribalak pada pukul 9.20 pagi dan akhirnya tiba di Leiden pukul 11.00 malam.
       Dalam perjalanan pulang ke Leiden jumlah penumpang agak kurang dan kabin serta ruang tempat duduk di dek dan sebagainya begitu lega. Dan penumpang tidak dikenakan untuk membayar tiga paun untuk mendapakkan tempat duduk bersandar.
       Tetapi, pemandangan di luar sama juga. Yang dapat dilihat cuma lautan luas terbentang dan sekali-sekala sebuah atau dua buah kapal perdagangan di sudut jauh.
       Juga kita dapat rasakan bahawa perjalanan pada waktu siang ini lebih singkat jika dibandingkan dengan perjalanan malam. Sebabnya ialah kita begitu leka dan asyik sekali dengan kegiatan-kegitan yang dijalankan di atas feri.
       Orang ke sana ke mari berlari serta pergi ke kedai kopi untuk makan tengahari atau bersandar pada tingkap. Dan pawagam menayang filem-filem dan di ruang lega terdapat berbagai jenis hiburan ringan disediakan.








Sabtu, 27 Oktober 2012

TAOS, NEW MEXICO DI AMERIKA.


Oleh Mansor Puteh






Cuacanya agak dingin walaupun sekarang di hujung musim bunga, dan tidak lama lagi masuk ke musim panas. Salji masih turun pada waktu malam dan apabila bangun pada pagi keesokannya kita akan melihat halaman Sun God Lodge di mana saya menginap selama saya berada di sini, diselubungi salji yang agak tebal. Tetapi apabila menjelang tengahari ia cair dan halaman kembali ke sediakala.
            Walaupun sinaran matahari terang, tetapi ia tidak memeritkan; suhunya tetap rendah. Di daerah sebelah sini, cuacanya masih lagi sejuk seperti musim sejuk atau ‘winter’ tidak seperti di tempat lain di Amerika.
            Pekan ini bernama Taos terletak di negeri New Mexico di Amerika Syarikat yang pernah sewaktu dahulu menjadi sebahagian dari negara Mexico di selatan Amerika Syarikat. Ianya telah bertukar milik dalam peperangan dulu-kala diantara pasukan Inggeris dan Mexico.
            Tetapi, sehingga kini pengaruh Sepanyol atau Mexico masih ketara. Rata-rata penduduk di sini kebanyakannya keturunan Mexico dan ramai diantara mereka mempunyai hubungan sosial dan kebudayaan dengan Mexico.
            Terdapat juga sekumpulan besar penduduk keturunan India-Amerika. Mereka terdiri dari beberapa puak, yang mempunyai pula rekabentuk pakaian dan bahasa sendiri.
            Nampaknya, kaum India-Amerika ini jenis manusia yang tidak gemar bersiar-siar atau merayau dan bergaul. Mereka lebih senang duduk di dalam perkampungan mereka sahaja. 
            Saya sempat pergi ke sebuah perkampungan mereka yang dipanggil ‘pueblo’ di utara Taos, tetapi ia lenggang sahaja. Ada beberapa orang lelaki India-Amerika yang sedang minum di sebuah kedai kopi.
            Suasana di situ senyap. Sememangnnya Pueblo Taos sudah berusia lebih dua ribu tahun, dan ia dianggap sebuah perkampungan kaum India-Amerika diantara yang tertua sekali di Amerika, dan disenaraikan di dalam tempat bersejarah dunia yang masih diguna oleh keturunan kaum ini sejak dulu sehingga sekarang.
            Apa agaknya yang menarik sangat tentang pekan Taos ini? 
            Ia cuma sebuah pekan kecil yang tidak terkenal seperti bandaraya utama lain di Amerika. Ia tidak mempunyai bangunan atau pusat pelancongan yang hebat. Tetapi ia tetap unik. Dan keunikannya ialah ia sebuah perkampungan seniman yang agak terpencil.  Ianya jauh dari bandaraya utama Amerika.
            Ramai artis mahu tinggal dan berkarya di sini sebab suasana di sini menenangkan fikiran.  Kehidupan di sini pula tidak sibuk dan riuh seperti di tempat-tempat lain.
            Terdapat beratus-ratus buah balai senilukis persendirian terletak di pekan ini dan di sekelillingnya. Dan dari senarai nama pelukis yang menetap dan berkarya di sini terdapat beberapa ratus orang. Mereka membuat karya mereka dalam semua media.
            Ramai dari artis yang bekerja di sini sebenarnya adalah orang luar Taos. Kebanyaan mereka berasal dari tempat luar yang tertarik dengan kesunyian dan keamanan yang terdapat di sini. Mereka membuka galeri di mana mereka menghasilkan karya mereka untuk dijual di seluruh Amerika dan dunia.
            Pekan Taos, sebenarnya terletak agak jauh dari Los Angeles. Saya pergi ke sana dengan menaikki bas Greyhound dari Los Angeles. Dan kita menjelajah beberapa negeri sepanjang jalan sebelum tiba di sini. 
            Kawasannya pula adalah padang pasir yang kelihatan subur dengan tumbuhan, dan di bahagian-bahagian tertentu kelihatan cuma kawasan kering kontang sahaja sejauh mata memandang.
            Saya sengaja mahu mengguna jalan darat dan tidak terbang sebab saya mahu menjelajah ke seluruh negara ini secara itu. Ini kali kedua saya menjelajah benua Amerika dengan menaikki bas Greyhound.
            Dan selepas Taos, saya mahu ke beberapa tempat lain seluruh Amerika seperti ke Bandaraya Wasliington, DC, New York dan Boston sebelum ke Toronto di Kanada, dan masuk di Amerika Syarikat sekali lagi dan singgah pula di Kalamazoo dan ke Chicago sebelum ke Denver.
            Dari Denver, saya ke Las Vegas dan ke San Diego untuk seberang sempadan Mexico dan masuk ke Bandaraya Tijuana dan berpatah balik ke Los Angeles untuk pulang ke Kuala Lumpur.
            Perjalanan dalam bas Greyhound ini membawa kita ke pekan-pekan dan bandar penting, seperti Houston, Memphis, Nasliville, Little Rock di negeri Arkansas di mana Presiden Bill Clinton pernah menjadi gabnornya sebelum menjadi presiden.
            Perjalanan dari Los Angeles ke Taos mengambil satu hari satu malam, dan ini tidak termasuk persinggahan selama enam-belas jam di Bandar Albuquerque di New Mexico. 
            Selama berada di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjelajah ke seluruh bandar untuk melihat kesan sejarah kaum Sepanyol dan India-Amerikanya.
            Walaupun masanya begitu panjang, lebih dari perjalanan dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Los Angeles yang cuma mengambil sembilan-belas jam semuanya dengan satu persinggahan di Kansai, tetapi kita tidak rasa jemu. 
            Sebabnya ialah pemandangan di luar berubah-rubah dan penumpang juga saling berganti dan ia melekakan.  Ada yang berhenti di pekan-pekan dalam perjalanan dan yang baru menaikki.
            Bandar Alburqurque tidak begitu besar. Ia tidak lebih dengan Bandar Petaling Jaya, tetapi jalanrayanya luas dan teratur.
            Bas bertolak dari bandar ini ke Taos awal pagi, dan setelah empat jam saya tiba di Taos. 
            Sebenarnya Sun God Lodge terletak tidak jauh dari perhentian bas Greyhound, di seberang jalan yang begitu luas seperti sebuah landasan kapalterbang.
            Saya lihat pemandangan sekelilling begitu luas sekali. Pekan Taos ini sememangnya terletak di tengah-tengah padang pasir dan bukit-bukau terletak di utara. Di sinilah tempat orang bermain salji pada musim sejuk. Sebenarnya Taos juga merupakan pusat permainan salji yang terkenal di Amerika, selain di Aspen, Colorado atau di Lake Placid di utara New York.
            Rata-rata Pekan Taos ini tidak ada tolok-bandingnaya. Ia tidak begitu besar tetapi kehidupannya segar dan rancak dengan persembahan kesenian dan kebudayaan. 
            Inilah sebenarnya yang merapatkan masyarakat kecil seramai 20,000 orang yang mentap di pekan ini dan 40,000 lain yang tinggal di kawasan sekelillingnya.






Rabu, 24 Oktober 2012

RANCANGAN CINA DAN INDIA DI ASTRO.


Oleh Mansor Puteh





Saya setuju bahawa Astro menyiarkan terlalu banyak rancangan dari Hong Kong dan India. Dan ini boleh menjejaskan pembentukan fikiran dan psikologi serta sosiologi masyarakat majmuk di Malaysia.  Tetapi, apa yang kita juga harus tidak melupakan ialah, Astro juga menyiarkan terlalu banyak rancangan dari Amerika dan ini telah menjejaskan pembentukan pemikiran. masyarakat kita.
          Yang sedihnya, Astro tidak berusaha mempelbagaikan penyiaran rancangan dari Amerika Selatan, Afrika dan Asia, selain dari India, Hong Kong, Negeri Cina dan Amerika.
          Tetapi, saya tidak fikir apa yang berlaku disebabkan oleh tindak-tanduk pihak Astro semata-mata.
          Sebenarnya, apa yang telah membuat masyarakat Cina dan India di Malaysia tertarik terhadap rancangan dari Hong Kong dan India adalah disebabkan penekanan media tempatan yang memberi publisiti dan promosi secara berlebih-lebihan.
          Dan kalau kita lihat media Cina dan India di Malaysia, mereka memberi sokongan padu terhadap rancangan dari negara ini. Dan akhbar Inggeris dan Melayu juga tidak ketinggalan.
          Jadi, sambutan orang ramai terhadap rancangan dari negara tersebut bukan diadakan; bahkan digalakkan oleh media tempatan.
          Yang anehnya ialah semua penerbitan Utusan Melayu, termasuk Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia beria-ia mempromosi rancangan dari negara asing.
          Dan saya rasa adalah tidak betul kalau Utusan mahu mengecam penyiaran rancangan seperti ini di Astro dan mahu kerajaan ambil tindakan selanjutnya.
          Utusan dan akhbar tempatan lain, termasuk akhbar Melayu, Inggeris, Cina dan India mesti berhenti dari memberi promosi kepada rancangan dan penghibur dari Hong Kong, Hollywood dan India.
          Cuma dengan cara ini penonton tempatan termasuk dari kalangan bukan Melayu tidak akan tertarik dengannya. 
          Pihak Astro tidak mungkin akan menarik balik rancangan seperti itu kalau akhbar tempatan tidak mempromosinya.
          Jadi, untuk tindakan pertama Utusan mesti menunjukkan yang ia gigih untuk mengurangkan minat penonton terhadap rancangan asing, dengan tidak memberi promosi dan publisiti terhadapnya.  Sebab kalau ini tidak dapat dibuat, saya tidak yakin Utusan akan berjaya menghalang Astro dari menayang rancangan tersebut.
          Dan satu lagi yang saya mahu katakan di sini ialah: Kenapa agaknya penduduk Cina dan Hong Kong dapat menghasilkan 100 buah filem setahun, dan melahirkan banyak tokoh hiburan dalam bidang nyanyian, seni lakon dan pengarahan, sedangkan jumlah penduduk Cina di Hong Kong jauh lebih kecil berbanding dengan jumlah penduduk Cina di Malaysia?
          Saya rasa kesal bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak mampu menghasilkan filem-filem dan siri televisyen serta muzik mereka sendiri yang mempunyai ciri-ciri Kemalaysiaan. Dan mereka terpaksa mengambil hasil karya dari Hong Kong dan Taiwan untuk hiburan.
          Sama juga dengan penduduk India di Malaysia yang sehingga kini telah gagal untuk menghasil tokoh-tokoh perfileman dan televisyen mereka.
          Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikir tentang cara untuk menggalakkan masyarakat Cina dan India di Malaysia untuk menerbitkan filem dan siri televisyen serta muzik mereka sendiri, supaya akhirnya nanti bahan hiburan dari Hong Kong, India dan Amerika akan ditolak di negara kita.
          Saya juga ingin menyarankan agar kerajaan melarang akhbar dari memberi publisiti terhadap bahan hiburan dari Amerika, Hong Kong dan India.  Sebab cuma dengan cara ini masyarakat kita tidak akan dipaksa menonton dan menggemar bahan dari luar, dan mula meminati bahan hiburan tempatan.
          Saya tidak yakin bahan hiburan asing itu baik untuk penonton kita.  Kesemuanya tidak penting kepada pembentukan keperibadian masyarakat Malaysia.







Ahad, 21 Oktober 2012

DUA-BELAS JAM DI BRUNEI.


Oleh Mansor Puteh



Banyak telah ditulis dan diperkatakan tentang Negara Brunei Darusallam. Dan tentu negara dalam benua Asean ini amat menarik perhatian orang luar, khususnya orang Melayu dan Islam keseluruhannya. Jadi, tidak hairanlah kalau saya turut menunggu peluang untuk melawat ke negara ini.
        Akhir sekali, cita-cita saya untuk melawati negara ini buat pertama kali menjadi kenyataan dalam bulan  Mac lalu apabila saya sempat bersinggah selama dua-belas jam di negara ini dalam rangka lawatan ke Negeri Cina.
Oleh sebab pesawat yang saya naikki itu pesawat Diraja Brunei, maka tidak hairanlah kalau ia membuat pendaratan di Bandar Seri Begawan untuk menukar ke pesawat lain yang boleh bawa saya ke Beijing, ibukota Negeri Cina.
Brunei, nama singkatan Negara Brunei Darusallam ini sebenarnya tidak banyak, berbeza dengan Malaysia, atau Singapura dan Indonesia.
Pertamanya iaiah ia terletak di Tenggara Asia, jadi tanaman dan pokok-pokok serta kayu-kayannya mirip yanq terdapat di negara lain di benua Asean sendiri.
Keduanya, ialah, penduduknya pada keseluruhannya terdiri dari orang Melayu dan Islam menjadi ugama rasminya.
Ketiga, terdapat banyak mesjid-mesjid yang indah dan merarik terletak dibanyak tempat, jadi, walaupun saya pertma kali berada di Brunei, saya, tidaklah rasa asing. Tambahan pula penduduknya faseh berbahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi negara ini, walaupun di peringkat biasa, penduduk di sini mengguna loghat tempatan dan terdapat banyak perkataan-perkataan yang tidak pernah saya, sebagai orang Melayu Malaysia dengarnya.
Namun demikian, kalau dilihat diparas rasmi, Bahasa Melayu standard digunakan. Malah, boleh dikatakan Brunei lebih mendekati Malaysia jika dibandingkan dengan Indonesia. Ini dapat dilihat dengan terdapat rancangan-rancangan televisyen Malaysia, buku-buku, majalah dan artis-artis dari Malaysia yang amat disenangi di Brunei ini.    
Jadi, tidak hairanlah kalau saya kata bahawa datang ke Bunei ini tidak sama seperti pergi melawat ke sebuah negara asing, khususnya oleh rakyat Malaysia berketuruna Melayu. Perasaan ini dapat juga dirasa, apabila saya melawati Indonesia.
Mungkin juga rakyat Brunei yang berkunjung ke Malaysia dan Indonesia akan dapat merasakaan perhubungan yang erat diantara rakyat negara-negara berkenaan.
Ini bukan sahaja disebabkan terdapat perhubungan diperingkat ugama, bahasa dan bahasa serumpun yang samu, bahkan dari segi nilai hidup dan budaya.
Cuma yang dapat membuat kita rasa kelainan apabila berada di Brunei ini ialah apabila kita lihat di alam sekelilling Brunei yang lebih tertip dan tenteram.
Berbanding dengan Kuala Lumpur atau di bandar-bandar utama lain diseluruh Malaysia di mana terdapat banyak kereta yang berpusu-pusu menuju ke satu arah tertentu dan beribu-ribu orang awam di pasaraya atau pusat membeli-belah dan tempat awam, tetapi di Bunei ini nampaknya ini kurang berlaku.
Memang Brunei sebuah negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan jumlah penduduk yang ag.ak kecil, maka tidak hairanlah kalau kita lihat ibukota negara ini iaitu Bandar Seri Begawan lega dengan bangunan-bangunan merebak dan tidak terkumpul disatu kawasan pusat dengan bangunan mencakar hingga ke langit.
Dan jalan raya moden di Brunei tidak mengalakkan pemandu memandu kereta dengan pantas berbanding dengan jalan raya di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia di mana pemandu sering memecut dengan pantas sehingga berlakunya pelanggaran yang ngeri yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
Tambahan pula di Brunei jalan rayanya sering ditanamkan dengan pokok-­pokok di kiri-kanan jalan, dan ini bukan sahaja membuat pemandangan selesa, bahkan menyerikan suasana.
Malah boleh dikatakan Bandar Seri Begawan dan seluruh Brunei lebih mirip sebuah taman yang luas dengan tanaman dan pokok bunga dijaga dengan rapi untuk mengindahkan seluruh negeri.
Mungkin juga pusat perusahaanan di Brunei ini tidak terletak di tengah bandar, maka tidaklah berlakunya pencemaran udara seperti yang terdapat di bandar-bandar utama dunia lain.
Tambahan pula kesemua kenderaan adalah jenis yang baru dan dijaga dengan baik, jadi pencemaran asap dari kenderaan tidak berlaku.
Ini semuanya membuatkan negeri Brunei ini indah jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang tidak dapat mengawal tahab pencemarannya dan jumlah kenderaannya.
Saya anggap bahawa lawatan singkat ke Brunei selama dua-belas jam itu sebagai suatu pengelaman yang luarbiasa. Jika dibandingkan dengan lawatn lain saya ke duya-puluh-lapan buah negara lain. Saya boleh merasakan berada di Brunei ini seperti berada di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi atau Republik Islam Iran yang mana tahab penghayatan rakyat dan pemerintah terhadap ugama Islam adalah tinngi.
Jadi, kebetulan juga bila saya berada di Tehran dalam bulan Februari 1994 dulu, Sultan Brunei, Sultan Hassannal Bolkiah turut membuat lawatan rasmi ke negara itu.
Jadi, banyaklah bendera Brunei dikibarkan di seluruh ibu kota Tehran untuk mengalu-alukan keberangkatan tiba Sultan Brunei ke negara ini. Dan terlihatlah juga wajah tuanku dalam acara dalam televisyen Iran selama beberapa hari sultan itu berada di Iran.
Walaupun kunjungan saya ke Brunei begitu singkat, tetapi oleh sebab perancangan yang rapi oleh pihak syarikat pelancongan dengan dibantu oleh pihak Brunei sendiri, maka sayapun berpeluang untuk berkunjung ke banyak tempat di sekitar Bandar Seri Begawan dan di kawasan sekilarnya, dengan lawatan paling jauh iaitu Taman Jerudong yang dibuat pada waktu malam apabila lampu-lampu dipasangkan dan permainan bercorak hiburan taman diadakan secara percuma untuk pengunjung.
Say,a diberitau bahawa taman hiburan ini belum siap seluruhnya dan cuma dua peringkatnya sahaja teiah disiapkan. Jadi, tidaklah dapat sesiapa, bayangkan betapa menariknya taman hiburan ini jika ia disiapkan kelak seluruhnya dalam beberapa tahun akan datang.      Tentu sekali ia boleh menjadi taman hiburan yang paling menarik seluruh Tenggara Asia. Apatah lagi ia percuma.
Mungkin juga taman hiburan ini boleh menjadi daya penarik pengunjung atau pelancung dari Tengara Asia dan Benua Asia sendiri untuk mengunjung ke Brunei untuk menikmati hiburan di taman ini secara percuma, jika dibandingkan dengan taman hiburan di Hong Kong, Tokyo atau Amerika atau negeri Perancis yang mengenakan tiket yang mahal.
Dengan penerbangan oleh pesawat diraja Brunei kini yang menjangkau ke seluruh dunia, maka tidak hairanlah kalau Brunei dan tempat-tempat menariknya dapat menarik lebih ramai orang luar untuk mengunjung ke negara ini.
Tentu ada sesuatu yang lain yang terdapat di Brunei ini yang tidak terdapat di negara-negara jiran seperti Singapura, atau Malaysia sekalipun, yang mana orang luar dapat rasakan.
Cuma satu perkara harus ditekankan di sini ialah di Bandar Seri Begasan tidak terdapat banyak hotel atau hotel dengan kadar sederhana untuk membolehkan pelancong biasa dengan kadar yang rendah, jika dibandingkan dengan hotel-hotel bertaraf dunia, yang terdapat kini yang mengenakan kadar yang tinngi.
Mungkin orang luar berfikir dua atau tiga kali untuk datang ke Brunei oleh sebab kemudahan penginapan di sini tidak sesuai dengan kadar termampu untuk pelancong biasa.
Bagaimanapun, saya yakin Bandar Seri Begawan akan sekian hari meningkatkan dari segi kemudahan bagi pelancong biasa dan sederhana dan boleh menerima lebih ramai pelancong luar negeri dimasa-masa akan datang.
Dan sudah tentu lebih banyak tempat-tempat bersejarah yang menarik dapat disediakan oleh pihak berkenaan untuk pelawat asing melihat dan mengkaji sejarahnya.
Sudah tentu mesjid-mesjid indah seperti Mesjid Sultan Hassanal Bolkiah dan Mesjid Sultan Ali Omar Sharifuddin yang megah itu sudahpun dikenali di seluruh dunia. Malah pemandangan Bandar Seri Begawan tidak lengkap tanpa Mesjid-mesjid berkenaan.
Saya penuh yakin bahawa di masa-masa akan datang Bandar Seri Begawan boleh menerima pengunjun-pengunjung dari seluruh dunia khususnyu dari Dunia Melayu dan  Dunia Islam sebab mereka lebih serasi berada di negara ini sebab suasananya tidak dicemar dan tidak pula kehidupan masyarakat Brunei kebaratan dan penuh kepura-puraan.

Khamis, 18 Oktober 2012

KALAU INSTITUSI KEWANGAN BOLEH DIGABUNGKAN KENAPA TIDAK PERSATUAN PERFILEMAN DAN MUSIK?


Oleh Mansor Puteh




Beberapa hari lalu ada sekumpulan aktivis filem dan hiburan telah bergabung untuk mencadangkan penubuhan sebuah persatuan dengan nama Persatuan Karyawan Malaysia (PKM). Bertempat di Istana Budaya, ramai aktivis datang untuk memberi pendapat.
          Sebenarnya persatuan yang mahu mengabungkan semua persatuan filem, musik dan hiburan adalah amat perlu sekarang.
          Dan kalau presiden persatuan-persatuan lain rasa terkilan saya percaya ini disebabkan kelemahan mereka sendiri untuk tidak berjaya mentadbirkan persatuan mereka.
          Sekarang ini terdapat bermacam-macam jenis persatuan, tetapi yang sedihnya ialah tidak sebuah persatuanpun yang boleh dikatakan giat.
          Dan yang ironinya ialah kalaupun terdapat keahlian dalam mana-mana persatuan termasuk Seniman, Persatuan Produser Filem Malaysia dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (Fdam) dan lain-lain ini adalah disebabka mereka dipaksa.
          Finas telah memaksa karyawan filem yang mahu giat supaya berdaftar sebagai ahli. Dan kalau peraturan ini tidak dikuatkuasakan, saya tidak percaya seorangpun yang berminat menjadi ahli mana-mana persatuan.
          Dan produser cuma masuk dalam PPFM semata-mata supaya filem mereka dapat ditayang di bawah skim wajib tayang yang memberi pulangan kepada cukai hiburan.
          Atau mereka mahu supaya layak bertanding dalam Pesta Filem Malaysia dan Pesta Filem Asia-Pasifik sahaja, dan sekaligus dapat mengheboh-hebohkan status mereka sebagai produser yang diiktiraf oleh Finas dan persatuan.
          Malah kalau kita lihat, kesemua mereka yang giat dalam persatuan PPFM ini merupakan produser yang sudah boleh dikatakan pencen dari menerbit filem khususnya Kamarul Ariffin dan Jins Shamsuddin. Tetapi, mereka bergiat dalam persatuan ini seperti mereka menerbit dua-tiga filem setahun.
          Sepatutnya mereka berdua ini tidak boleh bertanding dalam jawatan, sebab mereka bukan lagi produser.
          Dan Fdam juga bukanlah persauan yang boleh dikatakan giat juga, termasuk Persatuan Karyawan Filem Malaysia (PKFM) yang mempunyai keahlian terbanyak dikalangan persatuan yang ada.
          Saya syorkan semua persatuan ini disatukan supaya dapat ditubuhkan satu persatuan iduk seperti PKM yang dicadangkan itu.  Sebabnya kalau semua mereka yang terlibat dalam perusahaan hiburan dapat digabungkan, maka persatuan ini boleh menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan, dan pemimpinnya boleh didatangkan dari pakar-pakar dan tidak dikalangan mereka yang ghairah bertanding untuk mendapat jawatan, tetapi tidak tahu mentadbirkan persatuan dan mengemukakan cadangan bernas untuk memajukan perusahaan filem.
          PPFM dan Seniman dan lain-lain persatuan perfileman cuma hidup bila pesta filem Malaysia dan Asia-Pasifik dianjurkan, dan mereka akan terkubur sebelum dan selepas itu.
          Kalau mereka mahu menganggap persatuan mereka berjaya, saya nak tanyakan kepada mereka, kenapa pula perusahaan filem meleset?  Tidakkah mereka juga yang boleh dipersalahkan kalau perusahaan filem kita meleset?
          Kalau perusahaan kewangan yang berjumlah lima-puluh-lapan yang kukuh, boleh digabungkan, kenapa pula persatuan perfileman dan hiburan yang tidak kukuh itu tidak?
          Sudah tiba masana semua persatuan bergabung di bawah PKM supaya ahli dapat ditambahkan, dan kalau boleh pejabat rasmi diadakan dan pegawai berkenaan didatangkan dari kalangan peguam dan akauntan dan sebagainya, dan tidak lagi dikalangan aktivis filem dan muzik, yang mana mempunyai kepentingan sendiri.
          Sebab PPFM sudah pasti tidak pedulikan masalah ahli biasa dan cuma tahu jaga kepentingan diri sendiri.  Sehingga ini saya tidak pernah melihat presiden PPFM turun ke padang dan minta pendapat ahli atau cuba menjaga kepentingan ahli.
          Malah ada filem Melayu yang telah dipilih ke pesta filem antarabangsa, tetapi presidennya tidak membenarkan Finas menghantarnya?
          Akhir sekali, sudah tiba masanya semua persatuan filem dan musik yang ada lihat kebelakang dan nilai prestasi sendiri.  Kalau mereka tidak beran berbuat demikian, saya syorkan supaya mereka anjorkan forum dan jemput pakar menilai prestasi mereka.
          Dan dalam konteks ini saya mahu cabar Finas supaya menjemput pakar untuk menilai prestasi Finas selama Finas ditubuhkan. Beranikah wahai presiden persatuan dan Finas?

Isnin, 15 Oktober 2012

DARI DALAM TANAH DI LIVERPOOL, KE PENTAS DUNIA


…KISAH THE BEATLES.
Gambar dan rencana oleh Mansor Puteh



Siapa sangka, empat anak muda baru menjangkau usia dua-puluhan dari Bandaraya Liverpool di England, yang buat persembahan di Cavern Club di sini akhirnya boleh menempa nama menjadi sebuah kumpulan pemuzik diantara yang paling terkenal seluruh dunia, dan yang ternyata sekali merubah pemikiran generasi anak muda di England maupun seluruh dunia sehingga sekarang?

1960an dulu, dunia asyik dengan Peperangan Vietnam yang tidak menampakkan kesudahannya. Ia membuat ramai orang seluruh dunai jadi resah. Amerika dan kuasa barat sekutunya menampakkan kekalahannya di tangan tentera Vietcong yang tidak begitu canggih, berbanding dengan tentera Amerika yang serba ada.

Jauh di seberang dunia, di Perlabuhan dan Bandaraya Liverpool, keresahan itu turut terasa.

Dengan bertambah rancaknya peperangan di Vietnam, bertambah rancak pula rentak muzik yang anak-anak muda reka dan persembahkan, bagai mengelak diri mereka dari terpengaruh dengan pergolakan anti-manusia yang dilakukan oleh Amerika, yang mereka rasa akan kalah, sebab mereka tidak ada sebab untuk bertarung dengan Vietcong atau Vietnam Utara, sebab ia adalah peperangan sabil atau saudara diantara Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan.

Dan dalam keadaan ini, maka wujudlah kumpulan-kumpulan gitar rancak atau ‘kugiran’ yang menempekkan perasaan anti-perang mereka dengan mendendangkan lagu-lagu sentimental dan bersahaja, sebelum ia berkembang kepada jenis yang mempunyai tema anti-perang.

Perasaan malu dikalangan anak-anak muda di Liverpool boleh juga dikata dipengaruhi dengan sejarah yang kurang baik perlabuhan ini.

Liverpool dulu hanya terkenal sebagai perlabuhan dimana ramai hamba abdi dari Afrika diculik dan dibawa ke Amerika dengan kapal yang membawa mereka singgah di perlabuhan ini sebelum meneruskan perjalanan merentasi Lautan Atlantik, tiba di Amerika.

Perlabuhan Liverpool yang dikenali sebagai Albert Dock, kini sepi; ia dijadikan Muzium Hamba-Abdi.

Keadaan di sini sunyi dengan sedikit sahaja kapal berlabuh jauh di dalam laut, berbeza dengannya pada masa dulu.

Tidak jauh darinya terdapat sebuah roda tinjau atau ‘Ferris Wheel’ seperti ‘Eye on Malaysia’ yang terletak di Taman Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Dan dekat dengan roda tinjau ini terletak pula Muzium Beatles.

Tidak jauh dari sini pula di Mathew Street ialah dimana Cavern Club terletak. Di sinilah dimana bermulanya kerjaya ahli kumpulan The Beatles.

Dan di sinilah juga dimana muzik baru diperkenalkan oleh kumpulan ini yang mempengaruhi rentak muzik dan sikap anak-anak muda di England dan di seluruh dunia yang juga mempengaruhi cara mereka menyimpan rambut dan berpakaian.

Mereka adalah John Lennon, George Harrison, Paul McCartney dan Ringo Starr – empat anak yang ketika itu tidak tahu apakah masa depan mereka cerah; mereka hanya tahu bermain muzik cara mereka sendiri, walaupun mereka terima pengaruh dari pemuzik yang telah terkenal ketika itu, khususnya keturunan Afrika-Amerika yang lebih cenderung mengisahkan perihal masalah masyarakat tertindas dan yang tidak diberi perhatian.

Cuaca agak sejuk awal pagi Mac dulu, bila saya dan seorang anak saudara saya, bersiar-siar di Bandaraya Liverpool. Ia menjadi lebih sejuk dengan angin yang meniup dari laut.

Kesejukan inilah yang telah juga membuat tuanpunya pusat hiburan menjadikan ruang dalam dan di bawah tanah sebagai pusta hiburan mereka, dengan membuka Cavern Club, yang dulunya hanya tempat simpanan barang di bawah rumah, seperti lazim terdapat di semua bangunan kedai dan kediaman.

Jadi tidak hairan kalau pintu masuk ke kelab ini kecil. Dan anak tangga yang membawa ke tingkat tiga di bawah permukaan sempit.

Kawasan dalam kelab ini juga sempit; ia hanya boleh memuatkan tidak lebih lima-puluh penonton.

Di sinilah dimana kumpulan muzik memberi persembahan. Kebanyakan mereka hilang tanpa sempat menempa nama di persada muzik di England jauh sekali di dunia.

Kecuali kumpulan The Beatles, yang entah kenapa boleh mendapat ganjaran besar dari pengelaman mereka beri persembahan di sini.

Sehinggakan sehingga kini kelab itu masih kekal seperti biasa dengan adanya persembahan oleh kumpulan baru.

Tapi sebahagian dari kawasan kelab ini dijadikan kedai dimana barang-barang cenderamata Beatles dijual.

Malah seluruh Mathew Street telah juga ditutup kepada kenderaan dan ia mendapat perhatian dari pengunjung dari seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, banyak tempat di seluruh Bandaraya Liverpool mempunyai patung atau gambar ahli Beatles, sehinggakan juga pihak berkuasa di Liverpool menamakan lapangan terbang mereka atas nama John Lennon iaitu John Lennon International Airport dengan slogan – ‘Above us only sky’ atau ‘Di atas hanya langit’

Ia adalah satu ungkapan dari sebuah lagu ciptaan John Lennon berjudul, ‘Imagine’ yang dirakam oleh kumpulannya dulu.

Dan Abbey Road di London dimana terletak Abbey Studios dimana kumpulan ini merakam lagu-lagu mereka dan lintasan di hadapannya juga dimana mereka bergambar sambil berjalan sering.

Gambar muka depan album mereka sebenarnya tidak sengaja dirakam oleh jurukamera, sebab gambar asal yang mahu diguna untuk album dianggap tidak sesuai, jadi beliau minta empat ahli kumpulan ini bergambar sambil menyeberang Abbey Road.

Dan lintasan zebra ini menjadi tumpulan anak-anak muda dari luar England yang mahu bergambar sambil menyeberangnya sehinggakan ia menggalak pihak berkuasa di Bandaraya London untuk mengelarnya lintasan warisan, walaupun ia agak pelik difikirkan.





Jumaat, 12 Oktober 2012

ERA ‘SAUDAGAR MIMPI’ BERAKHIR:


PENONTON SUDAH NAIK BOSAN DENGAN HIDANGAN MEREKA DENGAN SAMBUTAN DINGIN TERHADAP FILEM-FILEM YANG TIDAK BERTENAGA DAN MEMPUNYAI JIWA KOSONG – YANG MEMUPUK NILAI ANTI-ISLAM SECARA TERANG-TERANG.
Oleh Mansor Puteh



Memang ada sebabnya kenapa dulunya beberapa filem Melayu dulu mendapat sambutan dari penonton; ia memberi janji perusahaan filem Melayu ada masa depan.

Dan ada sebabnya juga kenapa sejak kebelakangannya, filem-filem Melayu yang dihidangkan ke khalayak ramai mendapat sambutan dingin; ia tidak lain penonton telah menjadi mual dan bosan atau jelak dengan hidangan yang sama dan serupa yang semuanya dibuat tanpa pemikiran mendalam atau tujuan tertentu selain untuk penerbit meraih keuntungan besar.

Malangnya, filem-filem yang diedar kebelakangan ini, hanya mendapat sambutan muram dari penonton, dan kemungkinan besar penerbitnya mengalami kerugian besar juga.

Ada puluhan lagi filem dalam jenis hantu dan mat rempit yang telah disiapkan yang masih belum lagi diedar di pawagam.

Apakah mereka juga akan mengalami masalah yang sama, tidak ada penonton dengan kutipan untuknya lebih teruk dari filem-filem yang baru sahaja diedar kebelakangan ini?

Jadi, jangkaan mereka, yang filem-filem yang mereka fikirkan boleh mendapat sambutan hangat dari penonton yang membolehkan mereka meraih keuntungan besar, jelas meleset.

Mereka perlu fikirkan apa formula lain yang mereka boleh guna, sebab ternyata formula lama itu yang berkesan dan yang menguntungkan sudah lapuk.

Ia adalah juga satu petanda jelas tentang penolakan mereka terhadap ‘saudagar mimpi’ (Dream Merchants) yang telah lama bertujuan dan berniat untuk melekakan penonton dengan membelai perasaan dan pemikiran mereka dengan juadah sinema yang tidak seberapa, yang lebih dari tiruan dari ketulenan; lebih dari syriknya, yang sehingga kini telah boleh memperdayakan penonton termasuk pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang benarkan filem-filem tersebut diedarkan secara awam.

Walhal, kebanyakan filem-filem hantu yang dipanggil ‘seram’ adalah yang memaparkan adegan yang langsung tidak masuk akal; ia adalah usaha untuk mendewakan lembaga yang dianggap boleh mengugat iman umat Islam.

Tetapi Malaysia kini kian menjadi seperti Amerika, bila LPF dan para ulamak enggan dan takut memberi komen tentang filem-filem seperti itu,.sebab mereka takut dianggap sebagai kolot.

Seperti di Amerika, bila para paderi dan tokoh ugama mereka tidak berani kecam pengarah filem dan studio besar yang berani terbit filem-filem yang mempersendakan tokoh ugama mereka, sebab mereka dikatakan terletak di peringkat atas, dan kedudukan mereka sebagai pengkarya filem atau bidang seni lain terkawal oleh Perlembagaan di Amerika.

Oleh sebab itu nilai moral dan sosial di Amerika runtuh, dengan berkembangnya bidang penerbitan filem dan karya seni lain di negara ini.

Keadaan yang sama mahu diwujudkan di Malaysia, bila pengkarya filem dan cabang seni lain tuntut hak yang sama. Mereka anggap kedudukan mereka lebih mulia dan mereka tidak boleh dikecam.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh pengarah filem yang menerbit filem-filem yang mempunyai elemen syirik itu tidak boleh lari dengan kencaman dari penonton yang akhirnya sedar, dan mereka tolak filem-filem seperti itu setelah begitu lama dibelai olehnya.

Itulah salah satu sebab kenapa banyak filem-filem hantu – dan bukan seram – kini gagal di pawagam.

Yang amat menyedihkan lagi ilah kebanyakan filem-filem tempatan yang diterbit dan diedarkan sejak kebelakangan ini memupuk nilai anti-Islam dengan watak-watak utama dalamnya yang mirip orang Melayu yang berugama Islam, tetapi dalam filem-filem tersebut mereka tidak boleh dikatakan orang Melayu yang berugama Islam.

Mereka lebih berlagak seperti orang di barat, yang tidak berbudaya dan berugama.

Ini yang malangnya sebab perspektif ugama dan budaya tidak ditonjolkan sebagai latar kepada watak, perwatan dan suasana, jadi tidak hairan kalau ia beri gambaran kepada sarjana dan pengkritik filem tempatan maupun di luar negara bahawa filem-filem Melayu sekarang lebih gemar menonjolkan orang Melayu yang tidak berbudaya dan juga yang bukan berugama Islam.

Sebab tidak ada bukti yang watak-watak tersebut orang yang berbudaya dan yang berugama Islam.

Kita tidak boleh buat andaian yang ia filem tempatan, yang diterbitkan oleh orang Melayu, maka watak-wataknya adalah orang Melayu yang berugama Islam.

Mungkin kalau ada pengkritik dan sarjana filem yang mahu tanya apa buktinya watak-watak dalam filem-filem Melayu itu berugama Islam? Tidak ada bukti yang jelas, kalau kita tidak buat andaian dan lihat dan kaji apa yang disajikan dalam filem-filem tersebut.

Jadi tidak hairan kalau pihak di LPF dan ustaz yang turut keliru dan tidak dapat mengkaji aspek ini dalam filem tempatan, dan sanggup berdiam dan benarkan filem-filem seperti itu dari terus diterbit dan diedarkan.

Ia juga bukan filem-filem yang boleh dibanggakan oleh negara, Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Malah, tidak sebuah pesta filem antarabangsapun yang berminat untuk menjemput mana-mana filem yang berkisar sekitar hantu dan anak-anak gampang, berlagak seperti remaja Amerika.

Jadi penolakan khalayak kebelakangan ini terhadap filem-filem yang mempunyai elemen yang dianggap syrik dan khurafat itu, memang ada sebabnya, dan ia bukan sahaja oleh sebab ia tidak mempunyai sesuatu yang baru, tetapi yang mempunyai elemen-elemen anti-Islam.

Ia mungkin merupakan satu tanda, perusahaan filem Melayu sudah benar-benar ada sebab untuk maju, sekiranya penonton sudah mula menjadi mual, jelak dan bosan dengan filem-filem tidak berbudaya dan tidak berugama yang lazim diterbit oleh ‘saudagar-saudagar mimpi’ yang sedia ada, yang belum bersedia untuk maju.

Masa yang bakal menentukan apakah ‘saudagar-saudagar mimpi’ yang ada itu, akan mula sedar bahawa mereka juga perlu mempertingkatkan pemikiran mereka dalam bidang filem dan teroka jenis filem lain yang memberi tempat kepada watak-watak yang bertamaddun dan berugama demi menjaga nama bangsa dan ugama, supaya ia tidak terus dicemar oleh mereka sendiri demi mahu terbit filem yang sepatutnya dikongkong oleh nilai budaya dan ugama dan tidak memcemarkannya.

Selasa, 9 Oktober 2012

APAKAH NASIB PINEWOOD ISKANDAR MALAYSIA STUDIOS DI NUSAJAYA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTI E-VILLAGE DI CYBERJAYA DULU?


…TOLAK E-VILAGE.: SAYA ADA FORMULA LAIN UNTUK MAJUKAN INDUSTRI FILEM MALAYSIA DAN NAIKKAN IMEJ UGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.
Oleh Mansor bin Puteh.

(Nota: Tulisan atau ulasan ini pertama kali ditulis semasa E-Village ditubuhkan dulu. Ternyata apa yang dikatakan oleh saya menjadi benar, bila E-Village yang telah dilancarkan dengan begitu megah, akhirnya tidak dapat bergerak.)


1                    Kita tidak perlu mengguna formula Hollywood untuk memajukan industri filemkita.  Saya ada formula untuk memajukan industri filem Malaysia supaya filem kita dapat dipasarkan serentak ke seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Dan perbelanjaan untuk sesebuah filem sehingga RM 40 juga, dan sebuah siri drama televisyen RM 300,000 dan peneluaran filem sehingga 100 hingga 200 setahun. Dan kita boleh tentukan nilai filem mengikut Islam dan budaya kita.
2                    Kita mesti tolak Hollywood, tolak Oscar dan tolak E-Village.
3                    E-Village tidak boleh bantu industri filem kita.  Kesan sampingannya cuma bayangan sahaja.  Lihat seperti di England dan Australia di mana terdapat studio besar yang telah didirikan, yang mana diguna oleh ramai pengarah filem Hollywood, tetapi industri filem di England dan Australia tetap hancur.
4                    Kita mesti tahu apa yang baik untuk kita. Hollywood dan pakar perfileman di Barat tidak tahu. Sinema itu boleh dianggap sebagai senireka. Kita bina mesjid mengikut rekabentuk kita dan mereka boleh gereja atau kuil mengikut rekabentuk mereka sendiri.
5                    E-Villae di Sepang ternyata salah tempatnya.  Ia terletak terlalu dekat dengan KLIA.  Kawasan ini terlalu bising untuk studio dalam dan luar di adakan, atau pusat hiburan ala Disneyland.
6                    E-Village akan jadi pusat penempatan kaum Yahudi di Malaysia untuk pengebaran dakyah dan nilai mereka ke seluruh Nusantara Melayu, atau mini-Israel.  Sebab kebanyakan orang Hollywood terdiri dari kaum Yahudi-Amerika.
7                    Altenatif ialah untuk mendirikan Bandar Filem Melaka dan Bandar Filem Palembang untuk menyatukan Bangsa Melayu supaya Tenggara Asia dikenali sebagai Nusantara atau Dunia Melayu sama juga Timur Tengah dikenali dengan nama Dunia Arab.  Ini boleh membuat Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu bertaraf dunia sama dengan bangsa dan bahasa lain.
8                    Umat Dunia Islam dan Dunia Ketiga membelanja beberapa billion dolar Amerika setahun untuk membeli filem dan bahan televisyen.  Dan wang ini diguna untuk menaikan taraf Hollywood dan perkukuhkan ekonomi Amerika, supaya mereka dapat guna kekayaan mereka untuk membuat bom yang dijatuhkan ke atas kita.
9                    Hollywood sebenarnya adalah satu pusat espionage dan sabotage kebudayaan Yahudi-Amerika.  Mereka sudah masuk ke fasa dua dalam rancangan mereka.  Fasa pertama ialah untuk mereka sendiri mempromosi filem dan bahan televisyen mereka ke seluruh dunia.  Dan fasa kedua ialah, mereka gunakan bangsa kita sendiri untuk membantu mereka dalam hal ini.  Jadi, tidak hairanlah kalau ada usahawan Melayu yang sanggup membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk menubuh stesyen televisyen dan radio serta menerbit akhbar dan majalah untuk menyebar dakyah mereka.
10               Hollywood mempromosi nilai anti-Ugama, anti-Budaya dan Atheisme, atau secara tidak langsung Anti-Islam.  Masyrakat dalam filem Hollywood adalah bebas dan liberal; watak bergaul bebas tanpa bersandar pada nilai ugama.
11               Sejarah filem Melayu mesti diketepikan buat masa sekarang supaya kita boleh tumpukan perhatian terhadap masalah sekarang dan cari formula dan cara untuk memajukan industri filem kita.
12               Malaysia dan Indonesia atau orang Melayu boleh jadi pusat perfileman untuk Dunia Islam dan Dunia Ketiga.  Cadangan saya yang terkandung dalam kertas kerja berjudul, ‘Muslim cinema as an antithesis to Hollywood’ boleh dijadikan panduan.
13               Saya harap akan dapat tubuhkan ‘Islamic Planet Foundation’ samada di Malaysia atau di luarnegeri untuk memajukan cadangan pembinaan Bandar Filem Melaka dan Bandar Filem Palembang, dan mencari pelaburan dari usahawan dan kerajaan Dunia Arab.
14               Pesta filem Malaysia gagal digunakan sebagai platform untuk memajukan industri filem nasional, sebab ia telah disalah guna oleh persatuan dan individu terentu untuk mempromsi diri sendiri.  Saya sendiri tidak pernah dijemput untuk menyertainya walaupun saya mempunyai sebuah filem untuk dipertandingkan.  Saya masukkan juga terus kepada penganjur, walaupun nama syarikat saya tidak tersenarai.  Dan saya tidak pernah dijemput untuk bercakap dalam foram walaupun saya banyak kali dijemput bercakap tentang filem di luarnegeri.
15               Pihak bebas mesti menganjor pesta filem dan bukan Finas atau persatuan-persatuan yang mempunyai kepentingan sendiri.  Mereka tidak pentingkan industri filem tetapi diri sendiri.
16               Dan tidak ada pengarah filem Melayu lain yang bercakap tentang filem secara global.  Mereka cuma cakap tentang filem tempatan.
17               Persatuan Produser Filem Malaysia kaku, sebab presidennya tidak ada kelayakan formal.  Dia buat dua atau tiga filem tetapi nak berlagak sebagai seorang pemimpin industri filem yang penting.
18               Filem Melayu yang mendapat sambutan sekarang ialah jenis yang mengkhayal dan melekakan.  Dan filem remaja seperti itu sering menampilkan masyarakat remaja Melayu yang mempunyai identiti dan gaya yang ala Barat.  Filem yang ajak penonton berfikir dan menguatkan semangat dan keperibadian mereka sukar mendapat sambutan.  Media harus menolak filem-filem yang menghayalkan dan jangan beri sebarang publisiti kepada mereka.
19               Ada beza diantara pengarah filem dan pengaruh filem.  Pengarah filem boleh menampilkan pendapat yang bernas di khalayak ramai, dan boleh bercakap di peringkat dunia.  Pengaruh filem Melayu cuma untuk penonton tempatan.  Mereka, sebenarnya adalah tokoh sementara yang datang dan pergi.  Kedatangan mereka tidak dijemput dan pemergian mereka dari industri filem tempatan tidak dirindui.
20               Mungkin ada mukjizatnya mereka membuat filem yang mendapat sambutan hebat di kalangan penonton.  Dan ada juga mukjizatnya untuk pengarah yang qualified tidak kerap membuat filem.
21               Orang boleh membaca dan melafaz dialog dengan baik di atas pentas atau di hadapan kamera, tetapi ini tidak semestinya dia boleh berlakun.  Sebaliknya, orang boleh berlakun tanpa membaca dialog.  Banyak pelakon filem yang berlakon dalam filem remaja seperti Awie, Ziana dan Erra tidak berlakon; mereka cuma menampilkan diri dan melafazkan dialog cara filem Hindustan.  Dialog dalam filem Yusuf Haslam mirip dialog filem Hindustan.  Dia belum tahu menulis dialog yang baik.
22               Kita boleh guna sinema untuk meruntuhkan pengarauh kebudayaan dan kesenian Amerika atau Barat.  Dan ada empat atau lima cara lain yang kita boleh guna untuk menghapuskan samasekali pengaruh Yahudi-Amerika di Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
23               Saya merupakan pengarah filem Melayu yang paling banyak menggembara.  Sehingga ini saya sudah melawat 33 buah negara, yang kebanyakannya adalah negara di Dunia Islam dan Dunia Ketiga.  Pengelaman saya telah membuka mata terhadap isiu filem dan sosial serta politik.
24               Alaf baru ini sebenarnya merupakan alaf Islam.  Dan apa yang dikatakan globalisasi itu sebenarnya adalah diertikan sebagai proses pengislaman atau Islamisasi.
25               Disneyland boleh dibina di Tokyo dan Paris sebab masyaakat di negara-negara tersebut mempunyai pegangan yang kukuh terhadap kebudayaan dan kesenian mereka.  Tambahan pula negara-negara tersebut mempunyai institusi kesenian dan kebudayaan yang kuat.  Kalau taman hiburan ala Disneyland diadakan di Sepang, saya percaya masyarakat kita tidak akan dapat menahan serangan dan pengaruh budaya asing.  Masyrakat kita akan runtuh, atau taman hiburan dan E-Village itu akan jadi target untuk masyarakat membaling tohmahan dan kencaman.
26               Buat jangka masa pendek, setiap negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutnan, mesti menubuhkan perbadanan atau syarikat perfileman negeri sendiri.  Dan mereka boleh terbit empat buah filem setahun dari dana yang didapati dari cukai hiburan, supaya kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan wang untuk menaja penerbitan filem-filem tersebut.  Dan semua negeri mesti bertanding untuk menerbit filem terbaik, supaya akhir tahun mereka mahu jadi jaguh, sama seperti untuk acara bola sepak di mana setiap negeri dan peminat-peminat tempatan beri sokongan padu kepada pasukan sendiri.
27               Setiap negeri mesti menubuhkan empat atau lima buah pawagam di kawasan-pawasan Melayu supaya dapat menampung penonton tempatan.  Sistem penayangan yang ada sekarang menguntungkan filem Hollywood dan Hong Kong, sebab kebanyakaan pawagam terletak di kawasan bukan Melayu.
28               Kerajaan pusat dan negeri mesti memberi penghargaan kepada anak-anak Melayu yang telah mendapat pendidikan formal dalam bidang perfileman dari universiti terkemuka di luar negeri sebab merekalah generasi yang boleh menentukan samada industri filem kita akan maju atau mundur.  Lama-kelamaan pengarah yang tidak berkelayakan akan ditolak oleh industri filem.
29               Media mesti tolak Hollywood, Hong Kong dan India.  Amerika, Hong Kong dan India tidak pernah mempromosi filem kita, jadi kenapa mesti kita menyibukkan diri dan mempromosi mereka. 
30               Masyarakat Cina Malaysia berjumlah lebih besar dari Cina di Hong Kong, jadi adalah menjadi tanggung jawab masyarakat Cina kita menerbit filem Cina sendiri supaya filem dan bahan televisyen dari Hong Kong dapat dihapuskan.
31               Syarikat penerbitan drama yang dipunyai oleh usahawan Melayu mesti menerbit drama televisyen dalam Bahasa Cina, sebab syarikat yang dipunyai oleh orang Cina telah gagal untuk menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri Malaysia.