Oleh
Mansor Puteh
Beberapa hari lalu ada sekumpulan aktivis filem dan
hiburan telah bergabung untuk mencadangkan penubuhan sebuah persatuan dengan
nama Persatuan Karyawan Malaysia
(PKM). Bertempat di Istana Budaya, ramai aktivis datang untuk memberi pendapat.
Sebenarnya
persatuan yang mahu mengabungkan semua persatuan filem, musik dan hiburan
adalah amat perlu sekarang.
Dan kalau
presiden persatuan-persatuan lain rasa terkilan saya percaya ini disebabkan
kelemahan mereka sendiri untuk tidak berjaya mentadbirkan persatuan mereka.
Sekarang
ini terdapat bermacam-macam jenis persatuan, tetapi yang sedihnya ialah tidak
sebuah persatuanpun yang boleh dikatakan giat.
Dan yang
ironinya ialah kalaupun terdapat keahlian dalam mana-mana persatuan termasuk
Seniman, Persatuan Produser Filem Malaysia
dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia
(Fdam) dan lain-lain ini adalah disebabka mereka dipaksa.
Finas
telah memaksa karyawan filem yang mahu giat supaya berdaftar sebagai ahli. Dan
kalau peraturan ini tidak dikuatkuasakan, saya tidak percaya seorangpun yang
berminat menjadi ahli mana-mana persatuan.
Dan
produser cuma masuk dalam PPFM semata-mata supaya filem mereka dapat ditayang
di bawah skim wajib tayang yang memberi pulangan kepada cukai hiburan.
Atau
mereka mahu supaya layak bertanding dalam Pesta Filem Malaysia dan
Pesta Filem Asia-Pasifik sahaja, dan sekaligus dapat mengheboh-hebohkan status
mereka sebagai produser yang diiktiraf oleh Finas dan persatuan.
Malah
kalau kita lihat, kesemua mereka yang giat dalam persatuan PPFM ini merupakan
produser yang sudah boleh dikatakan pencen dari menerbit filem khususnya
Kamarul Ariffin dan Jins Shamsuddin. Tetapi, mereka bergiat dalam persatuan ini
seperti mereka menerbit dua-tiga filem setahun.
Sepatutnya
mereka berdua ini tidak boleh bertanding dalam jawatan, sebab mereka bukan lagi
produser.
Dan Fdam
juga bukanlah persauan yang boleh dikatakan giat juga, termasuk Persatuan
Karyawan Filem Malaysia (PKFM) yang mempunyai keahlian terbanyak dikalangan
persatuan yang ada.
Saya
syorkan semua persatuan ini disatukan supaya dapat ditubuhkan satu persatuan
iduk seperti PKM yang dicadangkan itu.
Sebabnya kalau semua mereka yang terlibat dalam perusahaan hiburan dapat
digabungkan, maka persatuan ini boleh menjalankan aktiviti dengan lebih
berkesan, dan pemimpinnya boleh didatangkan dari pakar-pakar dan tidak
dikalangan mereka yang ghairah bertanding untuk mendapat jawatan, tetapi tidak
tahu mentadbirkan persatuan dan mengemukakan cadangan bernas untuk memajukan
perusahaan filem.
PPFM dan
Seniman dan lain-lain persatuan perfileman cuma hidup bila pesta filem Malaysia dan
Asia-Pasifik dianjurkan, dan mereka akan terkubur sebelum dan selepas itu.
Kalau
mereka mahu menganggap persatuan mereka berjaya, saya nak tanyakan kepada
mereka, kenapa pula perusahaan filem meleset?
Tidakkah mereka juga yang boleh dipersalahkan kalau perusahaan filem
kita meleset?
Kalau
perusahaan kewangan yang berjumlah lima-puluh-lapan yang kukuh, boleh
digabungkan, kenapa pula persatuan perfileman dan hiburan yang tidak kukuh itu
tidak?
Sudah tiba
masana semua persatuan bergabung di bawah PKM supaya ahli dapat ditambahkan,
dan kalau boleh pejabat rasmi diadakan dan pegawai berkenaan didatangkan dari
kalangan peguam dan akauntan dan sebagainya, dan tidak lagi dikalangan aktivis
filem dan muzik, yang mana mempunyai kepentingan sendiri.
Sebab PPFM
sudah pasti tidak pedulikan masalah ahli biasa dan cuma tahu jaga kepentingan
diri sendiri. Sehingga ini saya tidak
pernah melihat presiden PPFM turun ke padang dan
minta pendapat ahli atau cuba
menjaga kepentingan ahli.
Malah ada
filem Melayu yang telah dipilih ke pesta filem antarabangsa, tetapi presidennya
tidak membenarkan Finas menghantarnya?
Akhir
sekali, sudah tiba masanya semua persatuan filem dan musik yang ada lihat
kebelakang dan nilai prestasi sendiri.
Kalau mereka tidak beran berbuat demikian, saya syorkan supaya mereka anjorkan
forum dan jemput pakar menilai prestasi mereka.
Dan dalam
konteks ini saya mahu cabar Finas supaya menjemput pakar untuk menilai prestasi
Finas selama Finas ditubuhkan. Beranikah wahai presiden persatuan dan Finas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan