Isnin, 15 Oktober 2012

DARI DALAM TANAH DI LIVERPOOL, KE PENTAS DUNIA


…KISAH THE BEATLES.
Gambar dan rencana oleh Mansor Puteh



Siapa sangka, empat anak muda baru menjangkau usia dua-puluhan dari Bandaraya Liverpool di England, yang buat persembahan di Cavern Club di sini akhirnya boleh menempa nama menjadi sebuah kumpulan pemuzik diantara yang paling terkenal seluruh dunia, dan yang ternyata sekali merubah pemikiran generasi anak muda di England maupun seluruh dunia sehingga sekarang?

1960an dulu, dunia asyik dengan Peperangan Vietnam yang tidak menampakkan kesudahannya. Ia membuat ramai orang seluruh dunai jadi resah. Amerika dan kuasa barat sekutunya menampakkan kekalahannya di tangan tentera Vietcong yang tidak begitu canggih, berbanding dengan tentera Amerika yang serba ada.

Jauh di seberang dunia, di Perlabuhan dan Bandaraya Liverpool, keresahan itu turut terasa.

Dengan bertambah rancaknya peperangan di Vietnam, bertambah rancak pula rentak muzik yang anak-anak muda reka dan persembahkan, bagai mengelak diri mereka dari terpengaruh dengan pergolakan anti-manusia yang dilakukan oleh Amerika, yang mereka rasa akan kalah, sebab mereka tidak ada sebab untuk bertarung dengan Vietcong atau Vietnam Utara, sebab ia adalah peperangan sabil atau saudara diantara Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan.

Dan dalam keadaan ini, maka wujudlah kumpulan-kumpulan gitar rancak atau ‘kugiran’ yang menempekkan perasaan anti-perang mereka dengan mendendangkan lagu-lagu sentimental dan bersahaja, sebelum ia berkembang kepada jenis yang mempunyai tema anti-perang.

Perasaan malu dikalangan anak-anak muda di Liverpool boleh juga dikata dipengaruhi dengan sejarah yang kurang baik perlabuhan ini.

Liverpool dulu hanya terkenal sebagai perlabuhan dimana ramai hamba abdi dari Afrika diculik dan dibawa ke Amerika dengan kapal yang membawa mereka singgah di perlabuhan ini sebelum meneruskan perjalanan merentasi Lautan Atlantik, tiba di Amerika.

Perlabuhan Liverpool yang dikenali sebagai Albert Dock, kini sepi; ia dijadikan Muzium Hamba-Abdi.

Keadaan di sini sunyi dengan sedikit sahaja kapal berlabuh jauh di dalam laut, berbeza dengannya pada masa dulu.

Tidak jauh darinya terdapat sebuah roda tinjau atau ‘Ferris Wheel’ seperti ‘Eye on Malaysia’ yang terletak di Taman Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Dan dekat dengan roda tinjau ini terletak pula Muzium Beatles.

Tidak jauh dari sini pula di Mathew Street ialah dimana Cavern Club terletak. Di sinilah dimana bermulanya kerjaya ahli kumpulan The Beatles.

Dan di sinilah juga dimana muzik baru diperkenalkan oleh kumpulan ini yang mempengaruhi rentak muzik dan sikap anak-anak muda di England dan di seluruh dunia yang juga mempengaruhi cara mereka menyimpan rambut dan berpakaian.

Mereka adalah John Lennon, George Harrison, Paul McCartney dan Ringo Starr – empat anak yang ketika itu tidak tahu apakah masa depan mereka cerah; mereka hanya tahu bermain muzik cara mereka sendiri, walaupun mereka terima pengaruh dari pemuzik yang telah terkenal ketika itu, khususnya keturunan Afrika-Amerika yang lebih cenderung mengisahkan perihal masalah masyarakat tertindas dan yang tidak diberi perhatian.

Cuaca agak sejuk awal pagi Mac dulu, bila saya dan seorang anak saudara saya, bersiar-siar di Bandaraya Liverpool. Ia menjadi lebih sejuk dengan angin yang meniup dari laut.

Kesejukan inilah yang telah juga membuat tuanpunya pusat hiburan menjadikan ruang dalam dan di bawah tanah sebagai pusta hiburan mereka, dengan membuka Cavern Club, yang dulunya hanya tempat simpanan barang di bawah rumah, seperti lazim terdapat di semua bangunan kedai dan kediaman.

Jadi tidak hairan kalau pintu masuk ke kelab ini kecil. Dan anak tangga yang membawa ke tingkat tiga di bawah permukaan sempit.

Kawasan dalam kelab ini juga sempit; ia hanya boleh memuatkan tidak lebih lima-puluh penonton.

Di sinilah dimana kumpulan muzik memberi persembahan. Kebanyakan mereka hilang tanpa sempat menempa nama di persada muzik di England jauh sekali di dunia.

Kecuali kumpulan The Beatles, yang entah kenapa boleh mendapat ganjaran besar dari pengelaman mereka beri persembahan di sini.

Sehinggakan sehingga kini kelab itu masih kekal seperti biasa dengan adanya persembahan oleh kumpulan baru.

Tapi sebahagian dari kawasan kelab ini dijadikan kedai dimana barang-barang cenderamata Beatles dijual.

Malah seluruh Mathew Street telah juga ditutup kepada kenderaan dan ia mendapat perhatian dari pengunjung dari seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, banyak tempat di seluruh Bandaraya Liverpool mempunyai patung atau gambar ahli Beatles, sehinggakan juga pihak berkuasa di Liverpool menamakan lapangan terbang mereka atas nama John Lennon iaitu John Lennon International Airport dengan slogan – ‘Above us only sky’ atau ‘Di atas hanya langit’

Ia adalah satu ungkapan dari sebuah lagu ciptaan John Lennon berjudul, ‘Imagine’ yang dirakam oleh kumpulannya dulu.

Dan Abbey Road di London dimana terletak Abbey Studios dimana kumpulan ini merakam lagu-lagu mereka dan lintasan di hadapannya juga dimana mereka bergambar sambil berjalan sering.

Gambar muka depan album mereka sebenarnya tidak sengaja dirakam oleh jurukamera, sebab gambar asal yang mahu diguna untuk album dianggap tidak sesuai, jadi beliau minta empat ahli kumpulan ini bergambar sambil menyeberang Abbey Road.

Dan lintasan zebra ini menjadi tumpulan anak-anak muda dari luar England yang mahu bergambar sambil menyeberangnya sehinggakan ia menggalak pihak berkuasa di Bandaraya London untuk mengelarnya lintasan warisan, walaupun ia agak pelik difikirkan.





Tiada ulasan: