Oleh Mansor Puteh
Banyak telah
ditulis dan diperkatakan tentang Negara Brunei Darusallam. Dan tentu negara
dalam benua Asean ini amat menarik perhatian orang luar, khususnya orang Melayu
dan Islam keseluruhannya. Jadi, tidak hairanlah kalau saya turut menunggu
peluang untuk melawat ke negara ini.
Akhir sekali, cita-cita saya untuk
melawati negara ini buat pertama kali menjadi kenyataan dalam bulan Mac lalu apabila saya sempat bersinggah selama
dua-belas jam di negara ini dalam rangka lawatan ke Negeri Cina.
Oleh
sebab pesawat yang saya naikki itu pesawat Diraja Brunei,
maka tidak hairanlah kalau ia membuat pendaratan di Bandar Seri
Begawan untuk menukar ke pesawat lain yang
boleh bawa saya ke Beijing,
ibukota Negeri Cina.
Brunei, nama
singkatan Negara Brunei Darusallam ini sebenarnya tidak banyak, berbeza dengan Malaysia, atau Singapura dan Indonesia.
Pertamanya
iaiah ia terletak di Tenggara Asia, jadi tanaman
dan pokok-pokok serta kayu-kayannya mirip yanq terdapat di negara lain di benua
Asean sendiri.
Keduanya,
ialah, penduduknya pada keseluruhannya terdiri dari orang Melayu dan Islam menjadi
ugama rasminya.
Ketiga,
terdapat banyak mesjid-mesjid yang indah dan merarik terletak dibanyak tempat,
jadi, walaupun saya pertma kali berada di Brunei, saya, tidaklah rasa asing. Tambahan
pula penduduknya faseh berbahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi negara ini,
walaupun di peringkat biasa, penduduk di sini mengguna loghat tempatan dan terdapat
banyak perkataan-perkataan yang tidak pernah saya, sebagai orang Melayu Malaysia
dengarnya.
Namun
demikian, kalau dilihat diparas rasmi, Bahasa Melayu standard digunakan. Malah,
boleh dikatakan Brunei lebih
mendekati Malaysia jika
dibandingkan dengan Indonesia.
Ini dapat dilihat dengan terdapat rancangan-rancangan televisyen Malaysia, buku-buku, majalah dan artis-artis
dari Malaysia yang amat
disenangi di Brunei
ini.
Jadi, tidak
hairanlah kalau saya kata bahawa datang ke Bunei ini tidak sama seperti pergi
melawat ke sebuah negara asing, khususnya oleh rakyat Malaysia
berketuruna Melayu. Perasaan ini dapat juga dirasa, apabila saya melawati Indonesia.
Mungkin
juga rakyat Brunei yang
berkunjung ke Malaysia dan Indonesia akan dapat
merasakaan perhubungan yang erat diantara rakyat negara-negara berkenaan.
Ini
bukan sahaja disebabkan terdapat perhubungan diperingkat ugama, bahasa dan bahasa
serumpun yang samu, bahkan dari segi nilai hidup dan budaya.
Cuma
yang dapat membuat kita rasa kelainan apabila berada di Brunei ini ialah apabila kita lihat di alam sekelilling
Brunei
yang lebih tertip dan tenteram.
Berbanding
dengan Kuala Lumpur atau di bandar-bandar utama
lain diseluruh Malaysia
di mana terdapat banyak kereta yang berpusu-pusu menuju ke satu arah tertentu dan
beribu-ribu orang awam di pasaraya atau pusat membeli-belah dan tempat awam,
tetapi di Bunei ini nampaknya ini kurang berlaku.
Memang
Brunei sebuah negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan jumlah
penduduk yang ag.ak kecil, maka tidak hairanlah kalau kita lihat
ibukota negara ini iaitu Bandar Seri Begawan lega dengan bangunan-bangunan merebak
dan tidak terkumpul disatu kawasan pusat dengan bangunan mencakar hingga ke langit.
Dan
jalan raya moden di Brunei tidak mengalakkan pemandu memandu kereta dengan
pantas berbanding dengan jalan raya di Kuala Lumpur
dan seluruh Malaysia
di mana pemandu sering memecut dengan pantas sehingga berlakunya pelanggaran
yang ngeri yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
Tambahan
pula di Brunei
jalan rayanya sering ditanamkan dengan pokok-pokok di kiri-kanan jalan, dan ini
bukan sahaja membuat pemandangan selesa, bahkan menyerikan suasana.
Malah
boleh dikatakan Bandar Seri Begawan dan seluruh Brunei lebih mirip
sebuah taman yang luas dengan tanaman dan pokok bunga dijaga dengan rapi untuk
mengindahkan seluruh negeri.
Mungkin
juga pusat perusahaanan di Brunei
ini tidak terletak di tengah bandar, maka tidaklah berlakunya pencemaran udara
seperti yang terdapat di bandar-bandar utama dunia lain.
Tambahan
pula kesemua kenderaan adalah jenis yang baru dan dijaga dengan baik, jadi
pencemaran asap dari kenderaan tidak berlaku.
Ini
semuanya membuatkan negeri Brunei
ini indah jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang tidak dapat
mengawal tahab pencemarannya dan jumlah kenderaannya.
Saya
anggap bahawa lawatan singkat ke Brunei selama dua-belas jam itu
sebagai suatu pengelaman yang luarbiasa. Jika dibandingkan dengan lawatn lain
saya ke duya-puluh-lapan buah negara lain. Saya boleh merasakan berada
di Brunei ini seperti berada
di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi atau Republik Islam Iran yang mana
tahab penghayatan rakyat dan pemerintah terhadap ugama Islam adalah tinngi.
Jadi,
kebetulan
juga bila saya berada di Tehran dalam bulan Februari 1994 dulu, Sultan
Brunei, Sultan Hassannal Bolkiah turut membuat lawatan rasmi ke negara itu.
Jadi,
banyaklah bendera Brunei dikibarkan
di seluruh ibu kota Tehran
untuk mengalu-alukan keberangkatan tiba Sultan Brunei ke negara ini. Dan terlihatlah
juga wajah tuanku dalam acara dalam televisyen Iran
selama beberapa hari sultan itu berada di Iran.
Walaupun
kunjungan saya ke Brunei begitu singkat, tetapi oleh sebab perancangan yang
rapi oleh pihak syarikat pelancongan dengan dibantu oleh pihak Brunei sendiri,
maka sayapun berpeluang untuk berkunjung ke banyak tempat di sekitar Bandar
Seri Begawan dan di kawasan sekilarnya, dengan lawatan paling jauh iaitu Taman Jerudong
yang dibuat pada waktu malam apabila lampu-lampu dipasangkan dan permainan
bercorak hiburan taman diadakan secara percuma untuk pengunjung.
Say,a
diberitau bahawa taman hiburan ini belum siap seluruhnya dan cuma dua peringkatnya
sahaja teiah disiapkan. Jadi, tidaklah dapat sesiapa, bayangkan betapa menariknya
taman hiburan ini jika ia disiapkan kelak seluruhnya dalam beberapa tahun akan
datang. Tentu sekali ia boleh menjadi
taman hiburan yang paling menarik seluruh Tenggara Asia. Apatah lagi ia
percuma.
Mungkin juga
taman hiburan ini boleh menjadi daya penarik pengunjung atau pelancung dari Tengara
Asia dan Benua Asia sendiri untuk mengunjung ke Brunei untuk menikmati hiburan
di taman ini secara percuma, jika dibandingkan dengan taman hiburan di Hong
Kong, Tokyo atau Amerika atau negeri Perancis yang mengenakan tiket yang mahal.
Dengan
penerbangan oleh pesawat diraja Brunei
kini yang menjangkau ke seluruh dunia, maka tidak hairanlah kalau Brunei dan
tempat-tempat menariknya dapat menarik lebih ramai orang luar untuk mengunjung
ke negara ini.
Tentu
ada sesuatu yang lain yang terdapat di Brunei
ini yang tidak terdapat di negara-negara jiran seperti Singapura, atau Malaysia
sekalipun, yang mana orang luar dapat rasakan.
Cuma
satu perkara harus ditekankan di sini ialah di Bandar Seri Begasan tidak terdapat
banyak hotel atau hotel dengan kadar sederhana untuk membolehkan pelancong
biasa dengan kadar yang rendah, jika dibandingkan dengan hotel-hotel bertaraf
dunia, yang terdapat kini yang mengenakan kadar yang tinngi.
Mungkin
orang luar berfikir dua atau tiga kali untuk datang ke Brunei oleh sebab
kemudahan penginapan di sini tidak sesuai dengan kadar termampu untuk pelancong
biasa.
Bagaimanapun,
saya yakin Bandar Seri Begawan
akan sekian hari meningkatkan dari segi kemudahan bagi pelancong biasa dan sederhana
dan boleh menerima lebih ramai pelancong luar negeri dimasa-masa akan datang.
Dan
sudah tentu lebih banyak tempat-tempat bersejarah yang menarik dapat disediakan
oleh pihak berkenaan untuk pelawat asing melihat dan mengkaji sejarahnya.
Sudah
tentu mesjid-mesjid indah seperti Mesjid Sultan Hassanal Bolkiah dan Mesjid Sultan
Ali Omar Sharifuddin yang megah itu sudahpun dikenali di seluruh dunia. Malah pemandangan
Bandar Seri Begawan
tidak lengkap tanpa Mesjid-mesjid berkenaan.
Saya penuh yakin
bahawa di masa-masa akan datang Bandar Seri Begawan boleh menerima pengunjun-pengunjung
dari seluruh dunia khususnyu dari Dunia Melayu dan Dunia Islam sebab mereka lebih serasi berada
di negara ini sebab suasananya tidak dicemar dan tidak pula kehidupan masyarakat
Brunei kebaratan dan penuh kepura-puraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan