Oleh Mansor Puteh
Cuacanya agak dingin walaupun sekarang di hujung musim
bunga, dan tidak lama lagi masuk ke musim panas. Salji masih turun pada waktu
malam dan apabila bangun pada pagi keesokannya kita akan melihat halaman Sun
God Lodge di mana saya menginap selama saya berada di sini, diselubungi salji
yang agak tebal. Tetapi apabila menjelang tengahari ia cair dan halaman kembali
ke sediakala.
Walaupun
sinaran matahari terang, tetapi ia tidak memeritkan; suhunya tetap rendah. Di
daerah sebelah sini, cuacanya masih lagi sejuk seperti musim sejuk atau
‘winter’ tidak seperti di tempat lain di Amerika.
Pekan
ini bernama Taos terletak di negeri New Mexico
di Amerika Syarikat yang pernah sewaktu dahulu menjadi sebahagian dari negara Mexico
di selatan Amerika Syarikat. Ianya telah bertukar milik dalam peperangan
dulu-kala diantara pasukan Inggeris dan Mexico.
Tetapi,
sehingga kini pengaruh Sepanyol atau Mexico masih ketara. Rata-rata
penduduk di sini kebanyakannya keturunan Mexico
dan ramai diantara mereka mempunyai hubungan sosial dan kebudayaan dengan Mexico.
Terdapat
juga sekumpulan besar penduduk keturunan India-Amerika. Mereka terdiri dari
beberapa puak, yang mempunyai pula rekabentuk pakaian dan bahasa sendiri.
Nampaknya,
kaum India-Amerika ini jenis manusia yang tidak gemar bersiar-siar atau merayau
dan bergaul. Mereka lebih senang duduk di dalam perkampungan mereka
sahaja.
Saya
sempat pergi ke sebuah perkampungan mereka yang dipanggil ‘pueblo’ di utara Taos, tetapi ia lenggang
sahaja. Ada
beberapa orang lelaki India-Amerika yang sedang minum di sebuah kedai kopi.
Suasana
di situ senyap. Sememangnnya Pueblo Taos sudah berusia lebih dua ribu tahun,
dan ia dianggap sebuah perkampungan kaum India-Amerika diantara yang tertua
sekali di Amerika, dan disenaraikan di dalam tempat bersejarah dunia yang masih
diguna oleh keturunan kaum ini sejak dulu sehingga sekarang.
Apa
agaknya yang menarik sangat tentang pekan Taos
ini?
Ia cuma
sebuah pekan kecil yang tidak terkenal seperti bandaraya utama lain di Amerika.
Ia tidak mempunyai bangunan atau pusat pelancongan yang hebat. Tetapi ia tetap
unik. Dan keunikannya ialah ia sebuah perkampungan seniman yang agak
terpencil. Ianya jauh dari bandaraya
utama Amerika.
Ramai
artis mahu tinggal dan berkarya di sini sebab suasana di sini menenangkan
fikiran. Kehidupan di sini pula tidak
sibuk dan riuh seperti di tempat-tempat lain.
Terdapat
beratus-ratus buah balai senilukis persendirian terletak di pekan ini dan di
sekelillingnya. Dan dari senarai nama pelukis yang menetap dan berkarya di sini
terdapat beberapa ratus orang. Mereka membuat karya mereka dalam semua media.
Ramai
dari artis yang bekerja di sini sebenarnya adalah orang luar Taos. Kebanyaan mereka berasal dari tempat
luar yang tertarik dengan kesunyian dan keamanan yang terdapat di sini. Mereka
membuka galeri di mana mereka menghasilkan karya mereka untuk dijual di seluruh
Amerika dan dunia.
Pekan Taos, sebenarnya terletak agak jauh dari Los Angeles. Saya pergi ke sana
dengan menaikki bas Greyhound dari Los
Angeles. Dan kita menjelajah beberapa negeri sepanjang
jalan sebelum tiba di sini.
Kawasannya
pula adalah padang
pasir yang kelihatan subur dengan tumbuhan, dan di bahagian-bahagian tertentu
kelihatan cuma kawasan kering kontang sahaja sejauh mata memandang.
Saya
sengaja mahu mengguna jalan darat dan tidak terbang sebab saya mahu menjelajah
ke seluruh negara ini secara itu. Ini kali kedua saya menjelajah benua Amerika
dengan menaikki bas Greyhound.
Dan
selepas Taos, saya mahu ke beberapa tempat lain seluruh Amerika seperti ke
Bandaraya Wasliington, DC, New York dan Boston sebelum ke Toronto di Kanada,
dan masuk di Amerika Syarikat sekali lagi dan singgah pula di Kalamazoo dan ke
Chicago sebelum ke Denver.
Dari
Denver, saya ke Las Vegas dan ke San Diego untuk seberang sempadan Mexico dan
masuk ke Bandaraya Tijuana dan berpatah balik ke
Los Angeles untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Perjalanan
dalam bas Greyhound ini membawa kita ke pekan-pekan dan bandar penting, seperti
Houston, Memphis, Nasliville, Little Rock di negeri Arkansas di mana Presiden
Bill Clinton pernah menjadi gabnornya sebelum menjadi presiden.
Perjalanan
dari Los Angeles ke Taos
mengambil satu hari satu malam, dan ini tidak termasuk persinggahan selama enam-belas
jam di Bandar Albuquerque di New Mexico.
Selama
berada di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjelajah ke seluruh bandar
untuk melihat kesan sejarah kaum Sepanyol dan India-Amerikanya.
Walaupun
masanya begitu panjang, lebih dari perjalanan dalam kapal terbang dari Kuala
Lumpur ke Los Angeles yang cuma mengambil sembilan-belas jam semuanya dengan
satu persinggahan di Kansai, tetapi kita tidak rasa jemu.
Sebabnya
ialah pemandangan di luar berubah-rubah dan penumpang juga saling berganti dan
ia melekakan. Ada yang berhenti di pekan-pekan dalam
perjalanan dan yang baru menaikki.
Bandar
Alburqurque tidak begitu besar. Ia tidak lebih dengan Bandar Petaling Jaya,
tetapi jalanrayanya luas dan teratur.
Bas
bertolak dari bandar ini ke Taos awal pagi, dan
setelah empat jam saya tiba di Taos.
Sebenarnya
Sun God Lodge terletak tidak jauh dari perhentian bas Greyhound, di seberang
jalan yang begitu luas seperti sebuah landasan kapalterbang.
Saya
lihat pemandangan sekelilling begitu luas sekali. Pekan Taos
ini sememangnya terletak di tengah-tengah padang
pasir dan bukit-bukau terletak di utara. Di sinilah tempat orang bermain salji
pada musim sejuk. Sebenarnya Taos juga merupakan pusat permainan salji yang
terkenal di Amerika, selain di Aspen, Colorado atau di Lake Placid di utara New York.
Rata-rata
Pekan Taos ini tidak ada tolok-bandingnaya. Ia tidak begitu besar tetapi
kehidupannya segar dan rancak dengan persembahan kesenian dan kebudayaan.
Inilah
sebenarnya yang merapatkan masyarakat kecil seramai 20,000 orang yang mentap di
pekan ini dan 40,000 lain yang tinggal di kawasan sekelillingnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan