Oleh Mansor Puteh
Saya setuju bahawa Astro menyiarkan terlalu banyak
rancangan dari Hong Kong dan India.
Dan ini boleh menjejaskan pembentukan fikiran dan psikologi serta sosiologi
masyarakat majmuk di Malaysia. Tetapi, apa yang kita juga harus tidak
melupakan ialah, Astro juga menyiarkan terlalu banyak rancangan dari Amerika
dan ini telah menjejaskan pembentukan pemikiran. masyarakat kita.
Yang
sedihnya, Astro tidak berusaha mempelbagaikan penyiaran rancangan dari Amerika
Selatan, Afrika dan Asia, selain dari India, Hong Kong, Negeri Cina dan
Amerika.
Tetapi,
saya tidak fikir apa yang berlaku disebabkan oleh tindak-tanduk pihak Astro
semata-mata.
Sebenarnya,
apa yang telah membuat masyarakat Cina dan India di Malaysia tertarik terhadap
rancangan dari Hong Kong dan India adalah disebabkan penekanan media tempatan
yang memberi publisiti dan promosi secara berlebih-lebihan.
Dan kalau
kita lihat media Cina dan India di Malaysia, mereka memberi sokongan padu
terhadap rancangan dari negara ini. Dan akhbar Inggeris dan Melayu juga tidak
ketinggalan.
Jadi,
sambutan orang ramai terhadap rancangan dari negara tersebut bukan diadakan;
bahkan digalakkan oleh media tempatan.
Yang
anehnya ialah semua penerbitan Utusan Melayu, termasuk Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia beria-ia mempromosi
rancangan dari negara asing.
Dan saya
rasa adalah tidak betul kalau Utusan mahu mengecam penyiaran rancangan seperti
ini di Astro dan mahu kerajaan ambil tindakan selanjutnya.
Utusan dan
akhbar tempatan lain, termasuk akhbar Melayu, Inggeris, Cina dan India mesti berhenti dari memberi promosi kepada
rancangan dan penghibur dari Hong Kong, Hollywood dan India.
Cuma
dengan cara ini penonton tempatan termasuk dari kalangan bukan Melayu tidak
akan tertarik dengannya.
Pihak
Astro tidak mungkin akan menarik balik rancangan seperti itu kalau akhbar
tempatan tidak mempromosinya.
Jadi,
untuk tindakan pertama Utusan mesti menunjukkan yang ia gigih untuk
mengurangkan minat penonton terhadap rancangan asing, dengan tidak memberi
promosi dan publisiti terhadapnya. Sebab
kalau ini tidak dapat dibuat, saya tidak yakin Utusan akan berjaya menghalang
Astro dari menayang rancangan tersebut.
Dan satu
lagi yang saya mahu katakan di sini ialah: Kenapa agaknya penduduk Cina dan
Hong Kong dapat menghasilkan 100 buah filem setahun, dan melahirkan banyak
tokoh hiburan dalam bidang nyanyian, seni lakon dan pengarahan, sedangkan
jumlah penduduk Cina di Hong Kong jauh lebih kecil berbanding dengan jumlah penduduk
Cina di Malaysia?
Saya rasa
kesal bahawa masyarakat Cina di Malaysia
tidak mampu menghasilkan filem-filem dan siri televisyen serta muzik mereka
sendiri yang mempunyai ciri-ciri Kemalaysiaan. Dan mereka terpaksa mengambil
hasil karya dari Hong Kong dan Taiwan
untuk hiburan.
Sama juga
dengan penduduk India di Malaysia yang sehingga kini telah gagal untuk
menghasil tokoh-tokoh perfileman dan televisyen mereka.
Sudah tiba
masanya pihak kerajaan memikir tentang cara untuk menggalakkan masyarakat Cina
dan India di Malaysia untuk menerbitkan filem dan siri televisyen serta muzik
mereka sendiri, supaya akhirnya nanti bahan hiburan dari Hong Kong, India dan
Amerika akan ditolak di negara kita.
Saya juga
ingin menyarankan agar kerajaan melarang akhbar dari memberi publisiti terhadap
bahan hiburan dari Amerika, Hong Kong dan India. Sebab cuma dengan cara ini masyarakat kita
tidak akan dipaksa menonton dan menggemar bahan dari luar, dan mula meminati
bahan hiburan tempatan.
Saya tidak
yakin bahan hiburan asing itu baik untuk penonton kita. Kesemuanya tidak penting kepada pembentukan
keperibadian masyarakat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan