Oleh Mansor
Puteh
Perjalanan
keretapi dari Leiden ke Hoek
van Holland, iaitu sebuah pelabuhan mengambil masa lebihkurang
satu jam. Ianya berhenti di beberapa buah stesyen dalam perjalanan. Waktu bertolak
dari stesyen Leiden
iaitu sebuah pekan yang kecil, pada tempat pukul 9.06 malam. Angin meniup
membuat cuaca yang dingin bertambah perit terasa di bahagian tangan yang tidak
bersarung. Ramai yang mengambil tempat perlindungan di sebalik dinding cermin
yang didirikan di atas pelantar.
Pertama kali ingin cuba menaikki feri menyeberangi Selant Inggeris
atau English
Channel. Sebab sering sekali mendengar khabar
dari rakan yang pemah mengalaminya terasa mahu rasa sendiri.
Tetapi perjalanan ketika waktu malam
tidak terasa sebarang keenakan. Ianya seperti berada dalam ruang bilik sahaja.
Proses pemeriksaan kastam dan imegresen
di pelabuhan Hoek van Holland tidak mengambil
masa yang begitu panjang. Ramai telah beratur untuk diperiksa. Kebanyakan
mereka keturunan Inggeris yang mahu pulang ke negara sendiri setelah bercuti di
Eropah. Terdapat beberapa orang keturunan Jepun. Dan saya seorang sahaja dari Malaysia.
Setibanya di dalam feri yang bemama ‘St
Nichollas’ saya kekas mendapatkan tempat duduk dengan harga sebaryak tiga paun
British. Ini tambahan dari 260 guilders yang dikenakan sebagai tambang
pergi-balik dari Leiden ke London
dan kembali ke Leiden.
Perjalanannya ialah dengan keretapi dari Leiden ke pelabuhan Hoek van Holland dan menaikki feri ke
Harwich di England, sementara yerjalanan dari sana
ke London ialah
dengan keretapi juga.
Separuh orang tidak mahu menempah kenusi
bersandar dan terpaksa tidur sahaja di atas dek atau duduk di dalam kedai kopi
sehingga tiba di Harwich.
Setelah hampir empat-puluh-lima minit baru feri berangkat dengan pelahan-lahan meninggalkan pelabuhan.
Ramai penumpang terdiri dari kanak-kanak sekolah keturunan Belanda. Mereka
sungguh riuh sekali sehingga sukar untuk tidur.
Yang dewasa asyik minum dan burkumpul
sambil bersila di atas lantai. Mujur mereka juga tidak membuat bising. Ramai
penumpang lain sudah lama tidur.
Saya cuba uniik melelapkan mata tetapi
sukar sebab keadaan yang bising dan kacau serta suhu yang bertarbah sejuk.
Di luar pemandangan lautan luas
terbentang hitam sehinggakan tidak dapat lihat apa-apa, kecuali bitang di
langit.
Keadaannya sama seperti menaikki
kapalterbang.
Ramai penumpang lain terutama yang
berkelamin menempah kabin di mana terdapat tempat tidur. Di situ mungkin lebih
tenteram. Sebab perjalanan selama tujuh jam itu begitu lama untuk berjaga
terutamanya pada waktu malam.
Lain pula kalau perjalanan dilakukan
ketika siang hari di mana terdapat banyak kegiatan seperti menuntun filem di
dua buah pawagam yang terletak di bah agian bawah.
Atau kita boleh duduk di kedai kopi
sambil memerhati orang lain berbual-bual. Dan kita juga boleh bersiar-siar di
seluruh feri yang besar itu.
Kegiataan pada perjalanan waktu malam
amat terhad sebab ramai yang tidur dan kedai-kedai serta pawagam atas feri
tutup.
Setelah sekian lama mata terkelip-kelip,
saya akhirnya tertidur, itupun setelah berjaya menyelubungkan tubuh badan
dengan kain yang dibawa. Dan setelah beberapa jam lama baru terjaga.
Ketika itu pula matahari sudah mula
memancar dan di luar suasana tidak gelap lagi. Terdapat garis kuning-kemerahan
yang menandakan bahawa waktu pagi sudah hampir menjelang.
Ramai penumpang sudah mulai terjaga
walaupun ketika itu jam tempatan baru pukul empat. Mereka pergi menjenggok ke
tingkap-tingkap sebelah kiri untuk melihat air dan matahari yang sebentar lagi
mahu muncul.
Sementara ramai yang lain, terutamanya
kanak-kanak sekolah yang riuh dan orang dewasa yang telah mabuk setelah minum
arak terus melelapkan kedua belah mata mereka.
Dalam perjalanan kali ini saya hanya membawa
sebuah kamera yang kecil yang baru beli. Sebab saya tidak bertujuan untuk
mengambil gambar yang khusus untuk pameran dan sebagainya.
Ianya jenis kamera serba-serbih
otomatik dan ini bermakna bahawa dalam suasana gelap seperti ini saya tidak
boleh mengambil gambar sebab lampu ‘flasli’-nya akan menyala. Dan ini
merosakkan suasana gelap yang ingin diambil.
Dua jam selepas terjaga terasa bahawa feri
sudah mahu berhenti di pelabuhan. Dan ketika ini hampir semua penumpang telah
bangun dan bersedia untuk turun ke darat.
Mereka sudah berdiri di tepi pintu.
Akhirnya, setelah tiga-puluh minit lamanya mereka menunggu, pintu dibuka dan
merekapun menyerbu keluar.
Pemeriksaan di kastam dan imegresen
dijalankan dengan begitu licin dan lekas sekali. Tidak seperti berada di
Lapangan terbang Schiphol di mana ramai gemuda dari negara kita ditahan
sementara pihak imegresen dapat memastikan bahawa penumpang berkenaan itu mahu
ke negara Belanda dengan tujuan seperti yang dinyatakan.
Mereka takut ramai pemuda yang tiba dan
masuk ke Amsterdam dengan tujuan melancung
tetapi enggan pulang ke negara masing-masing, dan mendapat pekerjaan di sana.
Ada
yang ditahan selama sejam sementara pihak kastam dan sebagainya memeriksa
sepatu dan beg dengan begitu rapi, sehingga boleh menakutkan penumpang yang
tulin.
Tidak jauh dari pelabuhan keretapi telah
sedia menunggu penumpang yang mahu ke London.
Tempat akhir berhenti ialah di Stesyen Liverpool
Street, yang mengambil hampir sejam lamanya dalam perjalanan menerusi sebuah
kawasan lembah yang digunakan untuk pertanian.
Pekan Harwich sebenarnya menpakan sebuah
pekan yang kecil, sama sais
seperti Pelabuhan Kelang. Ianya tidak menampakkan ciri-ciri sebuah pekan
Inggeris. Malah kita boleh tersilap dan menganggap bahawa ianya terletak di Eropah.
Ini merupakan kali ketiga saya ke England;
kali teraklnir ialah dalam bulan Januari 1982 dahulu. Ketika itu musim sejuk
dan salji bertimbun di tepi jalanraya.
Tetapi kali ini dalam musim bunga,
cuacanya tidak sebegitu teruk. Cuma oleh sebab sudah sekian lama tidak berada
dalam cuaca seperti ini, tubuh badan kita juga terpaksa mengambil masa yang
agak lama untuk mengenal kesejukan.
Untuk perjalanan pulang dari London ke Leiden
nanti saya bercadang untuk menaikki feri yang sama, tetapi pada waktu siang
pula. Kali ini baru dapat megetahui bagaimana ianya dilaksanakan.
Dan perjalanan bermula dari Stesen Liverpool Street
beribalak pada pukul 9.20 pagi dan akhirnya tiba di Leiden pukul 11.00 malam.
Dalam perjalanan pulang ke Leiden jumlah penumpang agak
kurang dan kabin serta ruang tempat duduk di dek dan sebagainya begitu lega.
Dan penumpang tidak dikenakan untuk membayar tiga paun untuk mendapakkan tempat
duduk bersandar.
Tetapi, pemandangan di luar sama juga.
Yang dapat dilihat cuma lautan luas terbentang dan sekali-sekala sebuah atau
dua buah kapal perdagangan di sudut jauh.
Juga kita dapat rasakan bahawa perjalanan
pada waktu siang ini lebih singkat jika dibandingkan dengan perjalanan malam.
Sebabnya ialah kita begitu leka dan asyik sekali dengan kegiatan-kegitan yang
dijalankan di atas feri.
Orang ke sana ke mari berlari serta pergi ke kedai
kopi untuk makan tengahari atau bersandar pada tingkap. Dan pawagam menayang
filem-filem dan di ruang lega terdapat berbagai jenis hiburan ringan disediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan