Oleh Mansor Puteh
Bendera ‘star-spangled banner’
merah-putih berjalur tiga-belas dan berbintang lima-puluh biji bertabur dan
teratur di kain biru laut berkibar-kibar setengah tiang di mana-mana saja kita
mengarahkan pandangan di seluruh negara ini. Tetapi masalah Iran – Amerika tetap tidak selesai
lagi.
Semasa
menjelang perayaan hari natal akhir tahun lalu di hadapan perkarangan Rumah
Putih di ibukota Wasliington DC,
masyarakat negara ini yang bersemangat telah mula mencucuk sebatarang pokok
krismas untuk menandakan satu hari bertambah lima-puluh-tiga rakyatnya berada
di Tehran, ibukota Iran.
Dan hampir
enam-puluh ataupun tujuh-puluh pokoh yang dipasangkan dengan lampu pejam-celik
telah didirikan sehiingga tempat menjadi sempit dan pada waktu itu semangat dan
kehendak untuk mendirikan batang pokok krismas itu membara.
Tetapi
kebelakangan ini, tidak ada sebarang akhbar kebangsaan maupun daerah yang
menyiarkan berita seperti itu lagi.
Dalam pada
itu, bendera-bendera separuh tiang itu telah hampir dijemur dalam hujan dan
panas terik musimi bunga dan panas, dan juga mengalami cuaca buruk musim sejuk
baru lalu masalah penahanan lima-puluh-tiga orang rakyat negara
ini belum lagi menunjukkan tanda-tanda akhirnya.
Seperti dalam
sebuah cerpen, novel, atau filem, ada babak-babaknya dan dalam perkara ini
masalah itu masih dalam babak pertama sung,guhpun telah lebih dari
240 hari semenjaknya berita penahanan itu memeranjatkan seluruh dunia.
Bekas
raja-segala-raja, Shah Mohammed Redza Pallavi telahpun beredar ke tempat kediaman yang lebih selesa dan jauh dari
segala kecaman; mula-mula dari Mesir, kelilling dunia dan akhirnya kembali
dengan kapal terbang ke Mesir pula.
Masalah
penahanan berikutan dengan lawatannya ke Bandaraya New
York oleh bekas shah itu yang sama sekali tidak disenangi oleh
masyrarakat Iran
telah menyebabkan persengketaan yang berlangsung selama tiga-puluh-empat minggu ini.
Setiap minggu
bertambah lagi pelik dan kelirunya masalah tersebut dan minggu lalu nampaknya
ada sebuah penyelesaian yang bakal menyebabkan pembebasan lima-puluh-tiga
rakyat itu, tetapi minggu ini mereka tetap berada di sana.
Sorakan dan
geram rakyat Iran
yang banyak dilihat dalam cermin peti televisyen berbaris-baris teratur mengenggam
tangan menyorak Allahuakhabar, Allahukhabar! berminggu-minggu dalam cuaca salji
telah pudar.
Bandaraya
Tehran telahpun kembali pada asalnya; kereta lalu-lintas jalan raya luas dan
ramai rakyat menjalankan pekerjaan masing-masing dan berita di peti televisyen
di sini yang telah selama ini meletakkan berita dari Iran pada tempat terutama setiap
malam sehingga dua ratus lebih hari telah kini bertukar corak.
Berita dari Kabul, Belgrade,
Pnom Pehn, Moskow dan lain-lain lagi telah mengambil tempat penting tiap-tiap
malam. Bukan Olimpik 1980 di Moskow, masalah Kampuchea, pelarian rakyat
Kuba di Florida dan persiapan pilihan raya umum presiden bulan November ini
menjadi perhatian umum.
Dan nyatalah
masalah Iran
ini tidah dapat diselesaikan dengan menanam pokok krismas, mengikibarkan
bendera separuh tiang atau memalukan loceng gereja tiap-tiap hari saja.
Sekatan
ekonomi yang dikuatkuasakan dengan negara-negara besar lain juga tidak
menunjukkan kesan yang diharapkan meskipun adalag dirasakan di sini bahawa ini
merupakan suatu tindahan sewajarnya untuk melemahkan semangat negara Iran
yang beragama Islam itu.
Serangan
komando yang telah berbulan-bulan dirancangkan latihan berseluruh di teng,ah-tengah
padang pasir di
pelusuk negara ini tidak juga menyebabkan suatu penyelesaian yang aman.
Dalam pada
itu, lima-puluh-tiga
rakyat Amerika itu tetap dihidangkan dengan
masakan jenis Amerika yang saudara-mara mereka sendiri menikmati
setiap hari di beberapa tempat di mana mereka diletakkan di seluruh Iran
yang dirahsiakan.
Presiden
Carter telah akhirnya menamatkan niatnya untuk tinggal dalam perkarangan Rumah
Putih sehingga tamatnya masalah Iran
dan menghadairi rapat umum untuk merayu orang ramai supaya mengundinya dalam
pilihan raya umum awal, dan seterusnya terbang ke beberapa buah negara di benua
Eropah.
Senator
Kennedy yang tidak habis bersorak; tetapi tidak mengenai Iran, hanya untuk berdebat dan
betukar pendapat mengenai masalah-masalah buruh, tenaga, inflasi dan dasar luar
negera sahaja.
‘Amerika!
Amerika!’
Rakyat Amerika
kebelakangan ini sering bersorak dalam hati kecil sendiri untuk boleh hidup dan
rnelihat rakyat mereka yang tertinggal belakang di Tehran itu jenjejakkan tapak kaki mereka
semula di negara ini.
Tetapi
masalahnya ialah mereka sendiri tidak tahu bilakah saat dan waktunya peristiwa
itu akan berlaku. Mungkin menurut berita-berita yang banyak berterbangan di
sini menyatakan bahawa mereka akan pulang minggu ini. Tetapi, berita lain pula
mengumumkan mereka akan dibebaskan dalam bulan depan dan sebagainya.
Mereka yang
mengharapkan untuk berpelukan dengan
sanah-saudara masing-masing juga tidak. dapat menentulkan akan bilanya ini akan
berlaku.
Air mata
berlingan dari pipi-pipi ibu bapa mereka yang mempunyai sanak-saudara di Tehran
suara mereka telah menjadi serak akibat setiap hari menanggis menunggu berita
dari Jabatan Negara yang menggendalikan perkara ini.
‘Amerika,
negara yang gagah sekali selulruh dunia!’ sering disorakkan di merata-rata
tempat. Radio dan televisyen sering memancarkan cogan kata ini untuk mengingatkan
kembali rakyat negara ini pada setiap rakyatnya.
Papan-papan
tanda di kota-kota besar dan kecil menunjukkan sernangat yang serupa, ‘Amerika
Syarikat sayangkan negara Kanada!’ juga didirikan dipersimpagan jalan raya.
Kanada telah
kebelakangan ini membantu beberapa rakyat Amerika yang menyorok di Tehran untuk pulang dengan
mengeluarkan visa-visa dan memberi bantuan pengangkutan. Untuk itu negara ini
merasa kesyukuran tidak terhingga.
Dalam bulan
Ogos ini bendara sokan Olimpik akan dikibarkan dengan megahnya di sebuah
stadium olahraga di Bandaraya Moskow, sungguhpun beberapa buah negara telah
mengumumkan keenganan mereka untuk menyertai perjumpaan pertandingan olehraga
sedunia itu oleh sebab tindakan Mosmow untuk menyerang Afghanistan, sebuah negara
Islam dan juga oleh sebab penahanan rakyat Amerika di Iran.
Seorang
presiden baru akan dilantik menjelang bulan November dalam pilihan raya yang
menelan belanja US$60 juta, yang akan diberi kepada calon Demokratik dan
Republikan, sementara calon parti bebas John Anderson terpaksa menari bantuan
kewangan sendiri.
Amerika
Syarikat akan mempunyai presiden baru yang bernama Presiden Carter ai;au Ronald
Raegan, atau John Anderson, ataupun Presiden Edward Kennedy, sekiranya beliau
berjaya melakukan sesuatu untuk mendapatkan pencalonan dari Presiden Carter
yang sekarang ini mendahuluinya dalam pilihan raya awal yang berakhir
baru-baru ini dalam konvensyen Parti Demokratik yang akan diadakan di Madi son Square Garden di sini.
Berkali-kali
beberapa tokoh yang rajin sekali mengkadi masalah Iran dan memahami pemikiran
tokoh-tokoh pemerintahan di negara ini berkata rakyat negara Amerika
yang harap lima-puluh-tiga orang tahanan itu akan dibebaskan sebelum pilihan
raya presiden tahun ini.
Banyak faktor-faktor penting
telah timbul dan ini semuanya membuat kerumitan kepada masalah Iran
itu. Tidak ada sebarang harapan yang cerah, cuma niat untuk mengadakan suatu
penyelesaian damai seperti yang dikehendakki oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu dan kebanyakan negara seluruh dunia.
Iran rnembinggngkan rakyat Amerika
dan sebaliknya, Ame:rika membinggungkan negara Iran. Masalah yang diakibatkan dari
seorang bekas shah, mesti diselesaikan oleh seorang bekas shah, kata Iran
berkali-kali.
Bekas shah itu mesti dipulangkan
ke Tehran untuk
penjelasan terhadap kelakuannya ketika beliau masih raja-segala-raja. Tetapi
permintaan ini telah diberitahu oleh Wasliington sebagai tidak mungkin
dikabulkan.
Namun demikian Tehran tidak berganjak; Amerika mesti bayar
ganti rugi atas perbuatannya masuk-campur dalam hal dalam negeri itu dan untuk
meminta maaf secara rasmi dan berjanji tidak lagi. Tetapi permintaan ini juga
tidak mungkin dikabulkan oleh Wasliington,
DC.
Dalam pada itu, banyak bendera
tetap kibarkan setengah tiang. Banyak lagi loceng gereja dlpalu setiap hari,
tetapi masalah Iran
– Amerika itu tetap belum tentu mempunyai sebarang penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan