Rabu, 21 November 2012

PARTI PAS, 54 TAHUN SELEPAS MERDEKA.


…GAGAL TARIK SOKONGAN ORANG MELAYU, KINI HANYA BOLEH JADI AGEN PERPECAHAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA. DAP YANG PALING UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PAS DAN JUGA SEBALIKNYA. 
Oleh Mansor Puteh



Kalau pemimpin PAS beria-ia fikir mereka boleh majukan Bangsa Melayu dan sebar syiar Islam, tetapi kenapa anak-anak pemimpin kanan PAS tidak gemilang dalam bidang pendidikan?

Satu cara untuk membuktikan yang pemimpin PAS boleh dijadikan contoh baik, mesti dilihat dari segi ini, yang mereka boleh majukan pelajaran anak-anak mereka supaya mereka boleh pergi ke universiti terulung seluruh dunia untuk mendapat pelajaran.

Tetapi berapa ramai anak-anak pemimpin PAS dan penyokong kuat mereka yang telah berjaya dalam bidang pendidikan? Berapa ramai diantara mereka telah mendapat 10-A dalam peperiksaan tingkatan lima atau enam?

Setahu orang ramai, tidak ada seorangpun anak pemimpin PAS yang telah berjaya dalam bidang pendidikan. Mereka juga tidak menjadi contoh baik kepada orang awam lain, untuk menunjukkan yang pemimpin PAS boleh turut bantu mereka berjaya bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi bidang perniagaan dan profesional lain.

Malah boleh dikatakan hampir semua pemimpin PAS adalah ahli politik profesional, yang tidak boleh bekerja dalam bidang lain, termasuk ada yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian di sekolah menengah atau di universiti.

Itulah sebabnya mereka tertarik masuk PAS. Itulah sebabnya mereka tertarik masuk politik sebab bidang politik tidak memerlukan kelayakan akademik; ia hanya perlukan orang yang boleh bercakap dan berceloteh.

Orang PAS boleh berdoa mahu hancurkan Umno dan Barisan Nasional untuk membenarkan mereka menuju ke Putrajaya. Tetapi kalau doa mereka tidak dimakbul, apakah mereka mahu fikir Tuhan tidak mahu dengar doa mereka?

Sudah pasti mereka akan terus berdoa dan berdoa sehingga kiamat, dan tidak mungkin doa mereka akan dimakbul.

Kalau doa pemimpin mereka mahu diterima oleh Tuhan, sudah lama mereka capai apa yang mereka telah mendoakan dulu.

Mungkin ada diantara mereka atau penyokong mereka boleh berkata bahawa mereka sudahpun tawan Kedah dan bantu parti gabungan mereka seperti DAP dan PKR menawan Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008 dulu.

Tetapi apakah mereka pasti dan yakin boleh terus menguasai negeri-negeri tersebut?

Pastikah yang mereka akan terus mengekalkan ahli dewan undangan negeri (DUN) dan Dewan Rakyat yang ada dalam pilihanraya akan datang?

Atau pastikah mereka akan terus kekalkan KELANTAN?

Kedah boleh runtuh. Selangor dan Pulau Pinang juga boleh dikembalikan kepada Barisan. Mungkin juga Kelantan akan tumbang dari PAS.

Tetapi Parti PAS masih tidak mahu mengalah. Perjuangan PAS hanya sia-sia. ISA sudah tiada; bila PAS juga tiada?

Tanpa PAS Melayu dan Muslim di Malaysia lebih sejahtera sebab perjuangan Parti PAS tidak ada sebarang asas. Ia adalah perjuangan yang belum selesai – iaitu perjuangan sia-sia yang belum selesai.

Musyidul Amnya, Nik Aziz sudah berusia 81 tahun tetapi dia masih berdegil mahu terus jadi menteri besar Kelantan walaupun dia tidak ada tahab kepimpinan yang tinggi.

Itulah sebabnya Kelantan masih mundur.

Ramai rakyatnya tinggalkan kampung-halaman dan bekerja di Kuala Lumpur.

Kebanyakan mereka tidak ada pendidikan, jadi mereka membuka gerai makanan.

Malangnya, sebagai sebuah negeri yang kononnya berlandaskan ajaran Islam, tetapi Kelantan masih terkebelakang dalam semua bidang.

Tiada ulasan: