Jumaat, 30 November 2012

ANAK-ANAK PEMIMPIN PARTI PAS – SIAPA MEREKA DAN DIMANA MEREKA?


…KENAPA MEREKA TIDAK MENONJOL DALAM BIDANG PELAJARAN DAN MENDAPAT PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TERKEMUKA SELURUH DUNIA?
Oleh Mansor Puteh


Cara  untuk mengenal dan menilai tahab kepimpinan mana-mana pemimpin politik tidak kira yang berada di sebelah kanan atau kiri atau dimana sekalipun, ialah dengan orang melihat sejauhmanakah mereka dapat beri pendidikan ugama dan yang lain.

Sebab kalau mereka sendiri tidak dapat memberi anak kandung mereka sendiri pendidikan dan asuhan ugama yang baik, jadi, masakan orang boleh anggap mereka itu seorang pemimpin yang berjaya, dan yang boleh majukan Bangsa Melayu dan menyebar Syiar Islam?

Sedangkan mereka telah gagal awal lagi dengan tidak berjaya memajukan pendidikan anak-anak mereka sendiri.

Dan lanjutan dari itu, orang juga boleh lihat kawasan mereka samada ia tenteram, bersih dan maju. Kalau tidak, apa guna untuk mendabit dada dan katakan mereka itu seorang pemimpin yang baik?

Tidak ada gunanya seorang pemimpin yang berlagak seperti papa, dengan tinggal di rumah sendiri dan tidak dikediaman rasmi, tapi masyarakat sekelillingnya turut melarat.

Jadi, bolehkah kita terima anggapan pemimpin utama Parti PAS yang berkata mereka boleh majukan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam dengan melaksanakan Hukum Hudud?

Hukum Hudud itu bagus. Dan usaha mahu majukan Bangsa Melayu juga bagus.

Tetapi berapa majukah anak-anak pemimpin PAS itu sendiri? Ke mana sudah mereka pergi untuk melanjutkan pelajaran mereka?

Saya tidak pasti sejauh mana anak sulung Nik Aziz bernama Nik Abduh telah pergi untuk melanjutkan pelajarannya. Ke Amerika? Ke England? Ke Mesir?

Fasehkah dia bercakap dan menulis dalam Bahasa Arab? Pandaikah dia mengaji Koran?

Setahu saya, dia tidak pernah ambil bahagian dalam Tilawah Al-Koran diperingkat Negeri Kelantan maupun mewakilli Kelantan diperingkat kebangsaan, jauh sekali telah berjaya menang Tilawah Al-Koran.

Jadi, bolehkah Nik Aziz kata, dia boleh bangunkan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam, sedangkan dia tidak mampu memajukan pendidikan anak sulung dan anak-anaknya yang lain?

Dan apa sudah jadi dengan anak pemimpin PAS lain seperti Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain? Ke mana mereka telah pergi untuk belajar di peringkat universiti?

Dan nampaknya kebanyakan pemimpin PAS juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi atau yang mempunyai pengkhususan dalam apa-apa bidang.

Mungkin ada seorang-dua yang ada pelajaran diperingkat kedoktoran, tetapi apa tesis yang mereka telah tulis? Adakah ia berkaitan dengan perjuangan Islam dan cara mentadbir negara Islam dibawah Hukum Hudud?

Lebih malang sekali ialah tidak seorang pemimpin PAS yang boleh dikatakan terlibat dalam bidang perniagaan, untuk ikut sunah Nabi Muhammad, s.a.w. yang terlibat dalam bidang perniagaan walaupun semasa berjuang untuk menyebarkan Syiar Islam di Bumi Arab.

PAS boleh mengatasi Umno dan parti Bangsa Melayu lain dan yakinkan pengundi Melayu kalau ia berani senaraikan semua pemimpin kanan dan bawah mereka dengan tuliskan peringkat kelayakan dalam bidang akademik mereka, satu persatu, supaya Orang Melayu sendiri boleh melihatnya.

Dan senaraikan juga bidang perniagaan apa yang mereka semua itu terlibat dan sejauhmana mereka berjaya dalam bidang ini, walaupun mereka sendiri tidak dapat terlibat dalam bidang perniagaan setelah mendapat jawatan rasmi dalam kerajaan negeri atau pusat.

Yang pentingnya ialah mereka mesti tunjuk kesungguhan untuk terlibat dalam bidang perniagaan sebelum mereka cebur diri dalam bidang politik dan sebelum itu mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Kalau ini tidak dilakukan, maka tidak hairan kalau ada yang berkata semua pemimpin PAS adalah ahli politik profesional sahaja yang tidak ada pengelaman mentadbir syarikat sendiri dan yang ada punca pendapatan lain dari pendapatan yang mereka dapat sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri dan menteri besar.

Dengan cara ini mereka boleh benarkan Orang Melayu bandingkan barisan pemimpin mereka dengan barisan pemimpin dalam Umno, dan dengan cara ini orang boleh rasa yakin dengan PAS sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang berwibawa berbanding dengan yang ada dalam Umno.

Apa sumbangan PAS dalam usaha mencapai Kemerdekaan dulu? Dan apa peranan PAS semasa Melayu tolak Malayan Union dulu?

Mungkin PAS hanya ditubuhkan selepas Malaysia mencapai Kemerdekaan; oleh sebab itu pemimpin mereka tidak ada peranan dalam usaha ini yang terletak dibahu pemimpin Umno, MCA dan MIC sahaja dan tidak dibahu pemimpin parti lain yang ketika itu tidak wujud lagi.

Jadi sejarah Umno, MCA dan MIC sebahagian dari sejarah pencapaian Kemerdekaan negara.

Oleh sebab itu sukar untuk PAS yakinkan orang awam dan pengundi yang ketiga-tiga parti ini tidak baik.

PAS, dan sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR hanya boleh berusaha untuk runtuhkan sejarah negara yang berkaitan rapat dengan sejarah perjuangan Umno, MCA dan MIC.

Dan sekiranya PAS mentadbir negara, mereka juga tidak boleh tolak peranan ketiga-tiga parti ini khususnya pemimpin utama mereka seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin dan Sambanthan dan lain-lain diperingkat tengah dan bawah yang turut memainkan peranan masing-masing untuk membuat ketiga-tiga pemimpin utama mereka berjaya.

Pemimpin PAS sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam politik negara. Peranan yang mereka ada hanyalah untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, supaya ia boleh untungkan DAP dan PKR yang dengan sendiri tidak mampu meraih sokongan padu dari pengundi, untuk Pakatan Rakyat menang Selangor, Perak dan Pulau Pinang dulu.

Ini sahaja peranan PAS, yang turut mendapat ganjaran dari penyokong DAP dan PKR yang membenarkan calon mereka memang dalam pilihanraya untuk mentadbir Kelantan dan Kedah.

Jangan lupa anak-anak pemimpin PAS sekarang sudah meningkat dewasa, khususnya Nik Abduh yang lebih menonjol berbanding dengan anak-anak Nik Aziz yang lain dan anak-anak pemimpin PAS yang lain yang sehingga kini tidak menonjol.

Dan kalau mereka itu tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam apa bidangpun dengan mendapat pendidikan di universiti terkemuka di luar negara termasuk di Mesir, masakan mereka boleh ambil alih pucuk pimpinan PAS?

PKR ada Wan Azizah dan anak mereka, Nurul Izzah. Nik Aziz ada Nik Abduh. Hadi Awang, Mahfuz dan Mat Sabu tidak ada anak mereka yang boleh ganti tempat mereka sekiranya tiba masa untuk mereka bersara, letak jawatan atau sudah tiada.

PAS dan PKR dan juga DAP tidak boleh mengharapkan orang lain untuk kekalkan kedudukan dan prinsip yang diamal oleh parti ini kalau takuk kepimpinan tidak jatuh kepada anak-anak pemimpin utama yang ada sekarang.

Sebabnya ialah pemimpin baru yang tidak ada kaitan saudara dengan pemimpin yang ada tidak akan mempunyai sikap dan prinsip yang sama, sebab ketiga-tiga parti pembangkang ini berdiri atas landasan yang diperkenalkan oleh pengasasnya.


Tiada ulasan: