Sabtu, 24 November 2012

KENAPA PAS MARAH SANGAT KEPADA UMNO?


KALAU PAS TIDAK DAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN DARI KEBANYAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM, JANGAN SALAHKAN UMNO.
Oleh Mansor Puteh



Memang ada banyak perkara yang pemimpin PAS mesti belajar sebelum mereka mahu terlibat dalam bidang politik; boleh bercakap berjela-jela setiap hari di setiap corok-rantau tidak cukup untuk mereka anggap mereka itu boleh menjadi pemimpin politik yang baik dan berkesan.

Itulah sebabnya kenapa kebanyakan pemimpin PAS pandai bercakap, walaupun apa yang mereka cakap itu adalah seperti rakaman yang diulang-ulang.

Sebelum PAS mahu angan-angan tadbir negara Malaysia, pemimpin PAS mesti tanya kenapa mereka mahu tadbir negara ini?

Mereka mahu majukannya dan mereka mahu tadbir ikut Hukum Hudud?

Belum tentu DAP boleh benarkan mereka melakukannya sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Dan bolehkah pemimpin PAS majukan Bangsa Melayu dan bukan Melayu dalam semua bidang?

Tengok sahaja anak-anak pemimpin utama PAS, dan berapa ramai diantara mereka telah maju dalam bidang pendidikan?

Walhal anak petani dan penjual goreng pisang boleh hantar anak mereka belajar di universiti terkemuka di Barat termasuk di Amerika.

Kalau pemimpin PAS mahu majukan bangsa dan kaum, mereka harus tunjuk contoh yang bagus dan majukan anak-anak mereka sendiri dan negeri-negeri yang mereka telah lama tadbir khususnya Kelantan dan negeri-negeri lain.

Selagi ini tidak dilakukan, maka jangan marah kalau pengundi di Malaysia enggan sokong mereka.

Jangan salah kalau pengundi di Malaysia sokong parti lain.

PAS tidak berguna kepada Melayu; ia hanya berguna kepada DAP sahaja, sebab tanpa PAS, DAP tidak boleh wujud.

Sebenarnya, amalan demokrasi ialah orang minta sokongan. Orang beri jaminan bahawa parti mereka boleh beri kebaikan kepada penyokong mereka.

Dan pilihanrayalah masa untuk mereka bertanding untuk mendapat mandat dari pengundi. Kalah-menang, adalah adat mana-mana pilihanraya.

Kita kagum dengan cara pemilihan presiden di Amerika. Semasa kedua calon dari parti Demokrat dan Republikan bertanding mereka bertarung. Mereka mengemukakan pendapat dan cadangan mereka dan tentang pihak lawan.

Tetapi bila pengundi di Amerika telah tentukan siapa yang mereka mahu jadi presiden mereka, yang kalah terus mengaku kalah dan hilangkan diri.

Di Malaysia, bila pilihanraya selesai dan pihak yang kalah menjadi berang. Mereka menempek dan maki pihak yang menang.

Inilah PAS, sebuah parti yang mengaku pegang kepada ajaran dan nilai Islam, tetapi pemimpin mereka tidak tunjuk nilai ini; mereka menempek dan mengherdek pihak yang menang.

Sebenarnya yang mereka marah sangat bukan kepada Umno. Mereka tidak juga marahkan pengundi Melayu dan bukan Melayu yang tidak untuk mereka.

PAS marah sebab PAS tidak ada apa yang mereka mahu perjuangkan. Kata mereka mereka mahu perjuangkan ugama Islam.

Tetapi cara mereka langsung tidak menampakkan keIslamannya.

Malah calon presiden di Barat yang bukan Islam sering tunjukkan nilai Islam, bila mereka kalah, mereka berdiam dan tunggu empat atau lima tahun lagi untuk terus bertanding.

Mereka lihat apa sebabnya mereka kalah. Tentu ada sebabnya.

Mereka tidak boleh mengharapkan sangat yang pengundi akan pilih mereka. Pengundi ada hak untuk pilih siapa yang mereka mahu walaupun calon tidak bagus dan parti mereka tidak baik. Ini hak mereka.

Jadi, kenapa mesti pemimpin PAS tertentu sering mahu marahkan pihak yang menang? Kalau dah kalah, buat cara kalah dan buat kajian dan lihat apa sebabnya pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak sokong PAS dalam pilihanraya.

PAS kena jadi lebih matang; ia adalah sebuah parti yang sudah lanjut usia, dengan barisan pemimpin yang lebih tua dari usia parti.

Tetapi kadang-kadang cara dan gelagat mereka seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula.

Apa sebab PAS mahu menang dalam pilihanraya umum? Kata mereka mahu tadbir negara yang bernama Malaysia.

Ini hak mereka. Ini angan-angan mereka. Siapapun boleh ada hasrat dan angan-angan. Tetapi jangan sampai hasrat dan angan-angan itu membuat mereka hilang akal.

Jangan pula bila sudah kalah mahu salahkan parti yang menang dan orang yang sokong parti itu dengan membuat tuduhan.

Dan tidak kurang, mahu juga salahkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPM.

Mereka sebenarnya harus salahkan diri sendiri.

Jangan salahkan ‘pengundi hantu’ sebab ‘pengundi hantu’ inilah yang telah membuat Umno dan Barisan Nasional kalah di Selangor, Kedah dan Perak serta Pulau Pinang sebab ‘pengundi hantu’ ini kalau boleh wujud di sesebuah negeri, sudah pasti boleh wujud di negeri-negeri yang PAS dan sekutu mereka, Pakatan Rakyat menang.

Mustahil ‘pengundi hantu’ hanya wujud di negeri-negeri di mana mereka kalah dan tidak di negeri-negeri dimana mereka menang.

Malangnya, Pakatan Rakyat kalah Perak yang mereka menang tipis tetapi sudah mahu berlagak seperti mereka menang besar.

Ini baru Perak, dan belum lagi Malaysia.

Tapia pa sudah jadi dengan Kelantan? Ia sudah ditadbir oleh PAS sekian lama.

Adakah ia ‘negeri mithali’, yang boleh dikagumi oleh semua rakyat di Malaysia dan juga di dunia? Tidak juga.

Tiada ulasan: