Sabtu, 17 November 2012

APA SEBENARNYA SUMBANGAN PARTI PAS DALAM USAHA MENYEBAR SYIAR ISLAM DAN MERAPATKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN DUNIA?


…IA BOLEH DIKATAKAN HANYA WUJUD UNTUK MEMPERKUKUHKAN PARTI BUKAN MELAYU, BUKAN ISLAM, DAN MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Parti PAS yang sebaiknya ialah parti yang boleh bergabung dengan parti Melayu lain, dan bukan jadi persaingannya, khususnya dengan Umno.

PAS sebenarnya tidak perlu wujud; ia sepatutnya telah dibubarkan oleh ahlinya sendiri sebab peranan yang ia boleh main amat jelas, yang ia tidak mungkin boleh tarik perhatian dan minat kebanyakan pengundi Melayu dan Islam di Malaysia untuk menjadi sebuah parti politik dominant.

Ia cuma boleh memecah-belahkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Yang mahunya PAS ialah untuk menjadikan Malaysia lebih Islamik. Tetapi berapa kali pemimpin PAS telah mengadakan acara dakwah di Malaysia dan dijemput ke negara Arab atau Islam lain untuk beri ceramah ugama?

Berapa ramai pemimpin mereka telah diberi pengiktirafan diperingkat dunia sebagai pendakwah Islam yang hebat?

Dan berapa pula pemimpin PAS telah berjaya menarik perhatian bukan Islam untuk berminat peluk Islam?

Sebuah parti politik yang mengaku mahu wujudkan sistem Islam dalam pentadbiran negara dan melaksanakan Hukum Hudud mesti buktikan kepada orang lain bahawa mereka benar-benar bersungguh-sungguh mahu melakasankan hasrat mereka, dan bukan sahaja menempek dan mahu menang lebih banyak kerusi dalam parlimen dan dewan undangan negeri.

Malah, Parti PAS tidak pernah bercakap tentang hasrat mereka untuk menyatupadukan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia dan merapatkan perhubungan dan kerjasama dengan negara-negara Arab dan Islam lain di seluruh dunia.

Kalau ada, apa cara yang mereka mahu lakukannya? Dengan menang lebih banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri?

Tidakkah mereka kini sudah tawan Kelantan dan Kedah, tetapi apa yang mereka telah lakukan untuk membuktikan yang negeri-negeri ini lebih Islamik berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia dan di seluruh dunia?

PAS juga tidak pernah bercakap yang mereka mahu majukan Bangsa Melayu supaya mereka akan menjadi bangsa yang maju di negara sendiri, dan dipandang tinggi di Dunia Islam dan seluruh Dunia.

Apa yang mereka sering katakan dan laongkan ialah tentang hasrat mereka untuk mengalahkan Umno, menumbangkan Barisan Nasional.

Jadi ini boleh dijadikan bukti nyata bahawa mereka hanya pentingkan parti mereka sendiri dan mahu melihat parti mereka berjaya dan kekal, dengan niat untuk menjatuhkan Umno dan Barisan.

Dan walaupun mereka telah lama wujud dan masih tidaki berjaya menarik minat ramai Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia dengan mengguna kekuatan dan pengaruh mereka sendiri, namun, mereka telah mendapat cara baru untuk memperkasakan kedudukan mereka di dalam negara, iaitu, dengan bersepakat dengan parti bukan-Islam dan bukan-Melayu seperti Parti Tindakan Demokratik atau People’s Action Party (PAP) dan juga Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Ini yang anih sekali; PAS sanggup bersekongkol dengan parti seperti DAP yang dengan terang-terang tentang hasrat PAS untuk tubuhkan kerajaan Islam, tetapi tidak boleh lihat parti Melayu lain seperti Umno untuk sama-sama membangunkan bangsa dan menyebar syiah Islam.

Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemimpin PAS telah tinggalkan parti ini yang mereka kecam sebagai telah lama terkeluar dari perjuangan asal mereka.

PAS dikatakan hanya boleh wujud dan menang dalam pilihanraya beberapa kerusi sahaja, dan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan dari DAP.

Dan DAP juga sedar bahawa mereka juga boleh menang beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri dengan sokongan dari penyokong PAS.

Oleh sebab itu PAS tidak segan mahu bersekongkol dengan DAP, dan DAP tidak segan bersekongkol dengan PAS, walaupun fahaman politik mereka jauh berbeza.

Ini juga membuktikan bahawa PAS dan DAP kedua-duanya parti yang tidak ada prinsip dan harga diri. Kedua-dua parti ini hanya wujud untuk memecah-belahkan pengundi Melayu supaya mereka boleh meraih untung darinya.

Sementara itu PKR hanya ‘menyelih’ dengan mencuba nasib mereka di kawasan-kawasan tertentu sahaja sedangkan ia langsun tidak ada sokongan di peringkat akar umbi.

Pilihanraya umum 2008 lalu sebenarnya telah mendedahkan kepincangan dalam kedua buah parti ini.

Pada asasnya, Parti Islam seMalaysia atau PAS – singkatan untuk namanya dalam bahasa Inggeris iaitu, ‘Pan-Malaysia Islamic Party’.

Apa sebenarnya niat pengasas parti ini? Dan apakah pemimpian kemudian dari pemimpin asas ini boleh dan dapat mencapai hasrat dan matlamat penubuhan parti?

PAS sudah ditubuh begitu lama. Ia tidak nampak seperti telah berjaya. Yang anihnya, mereka hanya dapat mengumpul mereka yang tidak pasti dengan diri sendiri, dan bertanding dalam suasana dan alam Melayu yang lebih luas di Malaysia sendiri.

Mereka tidak boleh bertanding dan diterima sebagai pemimpin kalau bergabung dengan Umno, atau United National Malay Organization. Hampir semua barisan pemimpin mereka akan kalah dalam mana-mana pemilihan parti bersatu Melayu dengan mengguna amalan demokrasi.

Jadi mereka terpaksa kekalkan PAS dan kukuhkan kedudukan mereka dengan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil dengan harapan ada beberapa diantara mereka yang boleh menang.

Dan kalau mereka bernasib baik, mereka boleh tubuh kerajaan negeri seperti di Kelantan dan Terangganu dulu, sebelum Terangganu jatuh kepada Barisan Nasional atau Umno.

Dan dalam tahun 2008, PAS berjaya menawan negeri Kedah walaupun dalam masa mereka mentadbir negeri ini kehidupan mereka boleh dikatakan terkulai-kulai.

Kedah, seperti Kelantan tidak diangkatkan ke tahab ‘negeri Islam’ yang mempunyai sistem Islam dalam pentabiran kerajaan negeri, dan tidak pula hebat kedua-dua negeri ini dalam usaha menyebar syiar Islam.

Lebih dari itu, pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan Kedah tidak pula diberi pengiktirafan oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa Islam dan negara Islam lain sebagai negeri muthali.

Kelantan mundur, dan terus mundur, dengan ramai rakyat negeri ini terpaksa ‘berhijrah’ ke negeri lain khususnya Selangor dan Kuala Lumpur dimana mereka membuka gerai.

Dan menteri besarnya, Nik Aziz tidak pula dianggap sebagai ulamak atau alim yang hebat dalam bidang ugama; dia lebih suka keluarkan kenyataan dengan mengguna ayat-ayat yang kontot-kontot, seperti dia mengeluarkan ‘fatwa’.

Dan yang menyedihkan sekali ialah, Nik Aziz tidak pula mahu berundur, walaupun sudah lama menjadi menteri besar Kelantan tanpa mendatangkan sebarang kemajuan dalam bidang kerohanian dan ekonomi di Kelantan.

Pengundi Kelantan hanya mahu undinya dan PAS dalam pilihanraya umum sebab mereka fikir dia lebih Kelantan dari orang lain yang juga dilahirkan di Kelantan.

PAS boleh dikatakan telah gagal menghayati Islam, yang mahu umatnya berkerjasama dan bersatu.

Islam tidak galak perpecahan dan segala pemikiran dan kegiatan yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga ia boleh menguntungkan oleh mereka dan kumpulan bukan Islam yang boleh mendapat faedah dari perpecahan Umat Islam dan juga dikalangan Orang Melayu di Malaysia.

Tetapi pemimpin PAS tidak peduli dengan kedudukan parti mereka yang tidak mungkin boleh diangkat sebagai sebuah parti ulung yang boleh menyatukan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

PAS cuma boleh dan telah membuktikan yang ia boleh menjadi pengacau kepada perpaduan Umat Islam dan Melayu di Malaysia dengan menjadi petualang kepada Ugama Islam dan Bangsa Melayu, walaupun mereka sedar yang mereka menguntungkan pihak bukan Islam dan yang nyata-nyata tidak gemar dengan sistem politik Islam yang PAS dikatakan dan sering mahu mengaku sebagai pemimpin.

Ini yang sedihnya. Ini yang ironinya. Pemimpin PAS tidak boleh dapat sokongan dari kebanyakan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia. Mereka boleh menang dalam pilihanraya umum dan tawan Kelantan dan kalau bernasib baik beberapa kerusi lain di seluruh negara.

Tetapi, ini hanya boleh dilakukan kalau mereka bergabung dengan parti bukan Islam, bukan Melayu yang mereka sendiri tahu tidak berminat untuk menyokong perjuangan PAS yang sebenar, iaitu menyebar syiar Islam dan merapatkan perpaduan Bangsa Melayu di Malaysia.

PAS lebih suka sokong usaha parti-parti bukan Melayu dan bukan Islam, semata-mata untuk mendapat sokongan balik di beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri untuk melihatkan bahawa PAS masih hidup dalam gelanggang politik Malaysia dan ia boleh mengugat kuasa parti dominan Melayu iaitu Umno.

Sebenarnya Nik Aziz sepatutnya sudah lama berundur sebagai menteri besar Kelantan. Dia sudah uzur, dan dia sudah lama gagal untuk mengguna pengaruhnya sebagai orang alim dan menarik sokongan dari kebanyakan Umat Islam dan Orang Melayu di Malaysia, untuk membolehkan beliau mendapat jawatan yang lebih besar dan lebih penting dengan PAS menjadi parti dominan Melayu yang boleh menyebarkan syiar Islam dan merapatkan Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Nik Aziz dan pemimpin PAS lain tahu mereka tidak ada kemampuan untuk memberi sebarang kepimpinan kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang dihormati diseluruh Dunia Islam.

Tiada ulasan: