Isnin, 5 November 2012

MOVIE TOWN - STUDIO LUAR DI TEHRAN.


Oleh Mansor Puteh





Siapa sangka di Iran terdapat sebuah perusahaan filem yang begitu giat sekali. Masyarakat di Barat, dan lebih-lebih lagi di Dunia Islam sering menganggap bahawa Iran tidak mempunyai sebarang elemen hiburan, maupun pembuatan filem yang baik. Semuanya telah terkubur bersama Revolusi Islam mereka dalam tahun 1979 dulu.
Tetapi, komplek studio luar yang dikenall sebagai ‘Movie Town’ dan banyak filem yang dihasilkan setiap tahun membuktikan bahawa bidang pembuatan filem di Iran segar dan bertambah giat.  
Mereka menghasilkan sebanyak enam-puluh buah filem setahun. Banyak filem mereka dihantar ke pesta filem antarabangsa. Dan pengarah filem mereka juga terkenal di Barat. Nama seperti Amir Naderi Abbas Kiarostami, Mohsen Makmalbaf tidak asing bagi mereka. Cuma di rantau kita nama- nama raereka itu tidak dikenali.
Komplek studio luar ‘Movie Town’ terletak agak jauh di luar Bandaraya Tehran. perjalanan dari Hotel Esteghlal mengambil masa lebih.satu jam. Mujur jalan rayanya lurus dan lebar, kalau tidak perjalanan dudah tentu akan mengambil lebih lama lagi.
Kompleks studio luar ini mungkin terbesar di Lunia Islam, Malahan ianya boleh dianggap sebagai terbesar luar dari Barat. Dan komplek tersebut baru saha ja dibi na beberapa tahun lalu. Kita masih dapat melihat banyak bangunan lain sedang didirikan.
Binaan yang sempat dilihat tersergam ialah bangunan kedai selorong yang mirip Tehran lapan-puluh tahun laiu. Ianya merupakan sebuah pekan yang agak lengkap dengan segila kemudahan awam termasuk pawagam. Poster pelakun Amerika terkenal ketika itu, Rudolf Valentino ditampal pada dinding pawagam.
Jalan raya yang luar melintangi ‘bandraya’ palsu ini. Kereta-kereta jenis lama terletak di tepi jalan. Dan landasan keretapi trem menjalar di tengah­-tengah jalan raya.
Banjaran Elborz terlihat jauh di hujung pekan ini. Sekali pandang kita akan terasa seperti berada di Tehran pada zaman silam. Cuma yang kurarg ialah ianya begitu sunyi. Yang ada cuma mereka dalam rombongan ke studio itu.       
Di bahagian lain komplek itu terletak bangunan yang terdapat di Tehran pada masa yang lebih awal iaitu sembilan-puluh tahun dan ianya mirip daerah lama di mana terdapat lorong sempit dan tempat kediaman dan menjual-beli seperti di bazaar. Keadaan di sini juga sunyi dan tanpa peorang penghuni.
Tidak jauh dari situ kelihatan usaha untuk membina sebahagian dari komplek itu yang menunjukkan bangunan yang lebih awal. Mungkin seratus lebih tahun. Kita dapat membezakan bangunan-bangunan yang telah dibina dan sedang dibina oleh sebab reka bentunya amat berbeza.
Sekiranya kompleks ini siap, sudah tentu ianya akan menjadi sebuah kompleks studio luar terbesar di Benua Selatan dan Dunia Islam.
Ini semuanya membuktikan bahawa Iran sebenarnya mengalu-alukan pembuatan filem. Ini juga menyangkal bahawa kediudupan di Republik Islam di Iran ini tidak selesa. Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain mereka langsung tidak mempunyai studio luar seperti itu, dan jenis filem yang dibuat oleh mereka amat mengecewakan, sebab kesemuanya cuba meniru cara filem Barat yang menunjukkan tubuh badan wanita secara terdedah.
Di Iran, semua filem yang dihasilkan mengikut kesopanan dan tatasusila Islam. Ini berbeza dengan filem-filem di nggara Islam lain yang menunjukkan pelakon berpeluk, memakai seluar mandi jenis bikini dan pelakun lelaki dan wanita tidak menutup aurat.
Kami ahli rombongan ke studio luar itu terperanjat melihat sehuah komplek sebegitu besar dan lengkap. Ianya telah didirikan oleh pihak kerajaan, khusus untuk membantu penerbit filem menghasilkan filem--filem bermutu.
Tidak siapa yang tahu betapa besarkah kompleks ini akan bekembang akhirnya. Kerja­-kerja membina banyak lagi bangunan lain sudah tentu akan dibuat dari masa ke samasa. Akhirnya nanti komplek Movie Town ini akan menjadi begitu besar sehingga boleh mengatasi studio-studio di Hollywood sendiri.




1 ulasan:

Joni Dep berkata...

YAHUDI DI HOLLYWOOD:

http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/

Sudilah kiranya menulis komen walau sebaris dua.

Terima kasih.