Selasa, 27 November 2012

BERANIKAH PAS ADAKAN PUNGUTAN SUARA DENGAN UMNO UNTUK MELAYU PILIH PARTI MANA MEREKA MAHU?


…PARTI MANA YANG KALAH HARUS DIBUBARKAN.
By Mansor Puteh


PAS dan Umno mesti pentingkan Orang Melayu dan Ugama Islam. Mereka tidak seharusnya pentingkan pemimpin sendiri. Pemimpin boleh pergi kalau mereka tidak berguna kepada Orang Melayu dan Ugama Islam.

Memang ada bermacam alasan yang boleh digunakan oleh pemimpin PAS dan Umno untuk kekalkan kedudukan mereka dalam parti. Mereka boleh kata itu dan ini; dan yang lebih teruk sekali ialah mereka juga boleh keluarkan nas-nas dan ayat-ayat dari Al-Koran untuk menyokong pegangan mereka.

Nas-nas dan ayat dari Al-Koran ini bukan untuk mereka guna sewenang-wenangnya; tetapi ini yang mereka sering lakukan, termasuk mengguna sunah Nabi Muhammad, s.a.w., dan kisah-kisah tentang pengelaman Nabi.

Dan mereka juga tidak perlu guna pemilihan parti untuk mengukuhkan kedudukan. Mereka juga tidak seharusnya menggunakan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam bidang politik negeri atau negara.

Mereka sepatutnya meminta pandangan dari semua Orang Melayu dan Orang Islam untuk tentukan kedudukan mereka, kalau mereka benar-benar mahu jaga kepentingan mereka dan ugama.

Pemimpin PAS dan Umno harus setuju untuk mengadakan satu pungutan suara atau referendum kebangsaan, untuk membenarkan Orang Melayu dan Orang Islam tentukan parti mana yang mereka lebih yakin untuk menjaga kepentingan mereka.

Beranikah PAS dengan cadangan ini? Beranikah PAS dan Umno bergabung dan tentukan nasib mereka dengan memberi hak kepada semua Orang Melayu dan Orang Islam tentukan parti mana yang mereka suka?

Kalau pemimpin PAS pentingkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam, mereka harus berani ambil tindakan mengadakan pungutan suara atau referendum kebangsaan dengan Umno, untuk meminta orang Melayu pilih parti mana mereka mahu, yang mereka yakin dan percaya boleh jaga kepentingan mereka.

Dan mana-mana parti kalah, pemimpin mereka harus terima hakikat bahawa perjuangan mereka sia-sia, sebab mereka tidak sokongan dari Orang Melayu dan Umat Islam sendiri.

Tidak guna salahkan Orang Melayu dan Orang Islam lain kalau mereka ditolak bulat-bulat.

Dan kalau mereka tidak mahu masuk ke dalam parti yang dipilih oleh Orang Melayu dan Umat Islam, mereka harus bersara dari bidang politik.

Dan parti mereka juga harus dibubarkan, dan biar Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia gerakkan parti pilihan mereka untuk majukan mereka dan jaga kepentingan mereka.

Yang pentingnya di sini ialah untuk Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia tidak berpecah, dan terpaksa pilih diantara dua parti utama di negara, walaupun PAS bukanlah boleh dianggap sebagai parti utama; PAS hanya parti pembangkang.

Sebab ini sahajalah kelakuan yang pemimpin mereka telah lakukan sehingga sekarang iaitu dengan membangkan Umno.

Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia mesti disatukan dalam satu parti.

Dan tidak guna untuk Orang Melayu dan Orang Islam tunggu pilihanraya untuk mereka pilih parti mana yang mereka mahu sokong dan beri undi mereka.

Sebab usaha ini adalah usaha yang tidak baik untuk Orang Melayu dan Orang Islam itu sendiri.

Ini juga membuktikan bahawa Orang Melayu dan Orang Islam tidak sepakat. Pemimpin mereka tidak tahu laksanakan Hukum Islam yang mahu Umat Islam bersatu-padu.

Dan kalau mereka mahu bertarung dan tentang, ia adalah dengan orang bukan Islam.

Amat sedih sekali kalau Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia terpaksa tentang bangsa sendiri demi untuk menjaga kepentingan parti bukan Islam yang dengan tanpa segan-silu mahu tentang perlaksanaan Hukum Islam iaitu Hukum Hudud.

Dan yang lebih menyedihkan ialah apabila pemimpin PAS dengan gembira dan rela hati bergabung dengan parti bukan Melayu ini yang sudah pastikan tentang sikap mereka terhadap Hukum Hudud, khusus untuk menghancurkan Umno iaitu sebuah parti Melayu sendiri.

Pemimpin PAS tidak berhati perut. Mereka boleh dikatakan sebagai orang tidak pentingkan Melayu dan Islam. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan prinsip mereka yang tidak berasas, yang pentingkan perasaan.

Sebenarnya pemimpin PAS veteran yang kini sudah lanjut usianya sudah hilang arah; mereka sudah terlanjujr kata; dan mereka tahu mereka tidak boleh berpatah balik.

Akhirnya, mereka terpaksa teruskan ‘perjuangan’ mereka yang mereka sendiri tahu adalah sia-sia.

Jadi tidak salah kalau Orang Melayu dan Orang Islam di Malaysia tuntut agar PAS dan Umno beranikan diri dan adakan satu pungutan suara atau referendum kebangsaan untuk biarkan mereka tentukan parti mana yang mereka mahu, samada PAS atau UMNO.

Tiada ulasan: