…KENAPA
MEREKA TIDAK MENONJOL DALAM BIDANG PELAJARAN DAN MENDAPAT PENDIDIKAN DI
UNIVERSITI TERKEMUKA SELURUH DUNIA?
Oleh
Mansor Puteh
Cara untuk mengenal dan menilai tahab kepimpinan
mana-mana pemimpin politik tidak kira yang berada di sebelah kanan atau kiri
atau dimana sekalipun, ialah dengan orang melihat sejauhmanakah mereka dapat
beri pendidikan ugama dan yang lain.
Sebab
kalau mereka sendiri tidak dapat memberi anak kandung mereka sendiri pendidikan
dan asuhan ugama yang baik, jadi, masakan orang boleh anggap mereka itu seorang
pemimpin yang berjaya, dan yang boleh majukan Bangsa Melayu dan menyebar Syiar
Islam?
Sedangkan mereka telah gagal awal lagi dengan tidak berjaya memajukan pendidikan anak-anak mereka sendiri.
Dan lanjutan dari itu, orang juga boleh lihat kawasan mereka samada ia tenteram, bersih dan maju. Kalau tidak, apa guna untuk mendabit dada dan katakan mereka itu seorang pemimpin yang baik?
Tidak ada gunanya seorang pemimpin yang berlagak seperti papa, dengan tinggal di rumah sendiri dan tidak dikediaman rasmi, tapi masyarakat sekelillingnya turut melarat.
Jadi,
bolehkah kita terima anggapan pemimpin utama Parti PAS yang berkata mereka
boleh majukan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam dengan melaksanakan Hukum
Hudud?
Hukum
Hudud itu bagus. Dan usaha mahu majukan Bangsa Melayu juga bagus.
Tetapi berapa majukah anak-anak pemimpin PAS itu sendiri? Ke mana sudah mereka pergi untuk melanjutkan pelajaran mereka?
Saya tidak pasti sejauh mana anak sulung Nik Aziz bernama Nik Abduh telah pergi untuk melanjutkan pelajarannya. Ke Amerika? Ke England? Ke Mesir?
Fasehkah dia bercakap dan menulis dalam Bahasa Arab? Pandaikah dia mengaji Koran?
Setahu saya, dia tidak pernah ambil bahagian dalam Tilawah Al-Koran diperingkat Negeri Kelantan maupun mewakilli Kelantan diperingkat kebangsaan, jauh sekali telah berjaya menang Tilawah Al-Koran.
Jadi, bolehkah Nik Aziz kata, dia boleh bangunkan Bangsa Melayu dan sebar Syiar Islam, sedangkan dia tidak mampu memajukan pendidikan anak sulung dan anak-anaknya yang lain?
Dan apa sudah jadi dengan anak pemimpin PAS lain seperti Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain? Ke mana mereka telah pergi untuk belajar di peringkat universiti?
Dan
nampaknya kebanyakan pemimpin PAS juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi
atau yang mempunyai pengkhususan dalam apa-apa bidang.
Mungkin ada seorang-dua yang ada pelajaran diperingkat kedoktoran, tetapi apa tesis yang mereka telah tulis? Adakah ia berkaitan dengan perjuangan Islam dan cara mentadbir negara Islam dibawah Hukum Hudud?
Lebih
malang sekali ialah tidak seorang pemimpin PAS yang boleh dikatakan terlibat
dalam bidang perniagaan, untuk ikut sunah Nabi Muhammad, s.a.w. yang terlibat
dalam bidang perniagaan walaupun semasa berjuang untuk menyebarkan Syiar Islam
di Bumi Arab.
PAS
boleh mengatasi Umno dan parti Bangsa Melayu lain dan yakinkan pengundi Melayu
kalau ia berani senaraikan semua pemimpin kanan dan bawah mereka dengan tuliskan
peringkat kelayakan dalam bidang akademik mereka, satu persatu, supaya Orang
Melayu sendiri boleh melihatnya.
Dan
senaraikan juga bidang perniagaan apa yang mereka semua itu terlibat dan
sejauhmana mereka berjaya dalam bidang ini, walaupun mereka sendiri tidak dapat
terlibat dalam bidang perniagaan setelah mendapat jawatan rasmi dalam kerajaan
negeri atau pusat.
Yang
pentingnya ialah mereka mesti tunjuk kesungguhan untuk terlibat dalam bidang
perniagaan sebelum mereka cebur diri dalam bidang politik dan sebelum itu
mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
Kalau
ini tidak dilakukan, maka tidak hairan kalau ada yang berkata semua pemimpin
PAS adalah ahli politik profesional sahaja yang tidak ada pengelaman mentadbir
syarikat sendiri dan yang ada punca pendapatan lain dari pendapatan yang mereka
dapat sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri dan menteri besar.
Dengan cara ini mereka boleh benarkan Orang Melayu bandingkan barisan pemimpin mereka dengan barisan pemimpin dalam Umno, dan dengan cara ini orang boleh rasa yakin dengan PAS sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang berwibawa berbanding dengan yang ada dalam Umno.
Dengan cara ini mereka boleh benarkan Orang Melayu bandingkan barisan pemimpin mereka dengan barisan pemimpin dalam Umno, dan dengan cara ini orang boleh rasa yakin dengan PAS sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang berwibawa berbanding dengan yang ada dalam Umno.
Apa
sumbangan PAS dalam usaha mencapai Kemerdekaan dulu? Dan apa peranan PAS semasa
Melayu tolak Malayan Union dulu?
Mungkin PAS
hanya ditubuhkan selepas Malaysia
mencapai Kemerdekaan; oleh sebab itu pemimpin mereka tidak ada peranan dalam
usaha ini yang terletak dibahu pemimpin Umno, MCA dan MIC sahaja dan tidak
dibahu pemimpin parti lain yang ketika itu tidak wujud lagi.
Jadi
sejarah Umno, MCA dan MIC sebahagian dari sejarah pencapaian Kemerdekaan
negara.
Oleh sebab itu sukar untuk PAS yakinkan orang awam dan pengundi yang ketiga-tiga parti ini tidak baik.
Oleh sebab itu sukar untuk PAS yakinkan orang awam dan pengundi yang ketiga-tiga parti ini tidak baik.
PAS, dan
sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR hanya boleh berusaha untuk runtuhkan sejarah
negara yang berkaitan rapat dengan sejarah perjuangan Umno, MCA dan MIC.
Dan
sekiranya PAS mentadbir negara, mereka juga tidak boleh tolak peranan
ketiga-tiga parti ini khususnya pemimpin utama mereka seperti Tunku Abdul
Rahman, Tan Siew Sin dan Sambanthan dan lain-lain diperingkat tengah dan bawah
yang turut memainkan peranan masing-masing untuk membuat ketiga-tiga pemimpin
utama mereka berjaya.
Pemimpin
PAS sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam politik negara. Peranan
yang mereka ada hanyalah untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di
Malaysia, supaya ia boleh untungkan DAP dan PKR yang dengan sendiri tidak mampu
meraih sokongan padu dari pengundi, untuk Pakatan Rakyat menang Selangor, Perak
dan Pulau Pinang dulu.
Ini
sahaja peranan PAS, yang turut mendapat ganjaran dari penyokong DAP dan PKR
yang membenarkan calon mereka memang dalam pilihanraya untuk mentadbir Kelantan
dan Kedah.
Jangan
lupa anak-anak pemimpin PAS sekarang sudah meningkat dewasa, khususnya Nik
Abduh yang lebih menonjol berbanding dengan anak-anak Nik Aziz yang lain dan
anak-anak pemimpin PAS yang lain yang sehingga kini tidak menonjol.
Dan kalau mereka itu tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam apa bidangpun dengan mendapat pendidikan di universiti terkemuka di luar negara termasuk di Mesir, masakan mereka boleh ambil alih pucuk pimpinan PAS?
PKR ada
Wan Azizah dan anak mereka, Nurul Izzah. Nik Aziz ada Nik Abduh. Hadi Awang,
Mahfuz dan Mat Sabu tidak ada anak mereka yang boleh ganti tempat mereka
sekiranya tiba masa untuk mereka bersara, letak jawatan atau sudah tiada.
PAS dan
PKR dan juga DAP tidak boleh mengharapkan orang lain untuk kekalkan kedudukan
dan prinsip yang diamal oleh parti ini kalau takuk kepimpinan tidak jatuh
kepada anak-anak pemimpin utama yang ada sekarang.
Sebabnya ialah pemimpin baru yang tidak ada kaitan saudara dengan pemimpin yang ada tidak akan mempunyai sikap dan prinsip yang sama, sebab ketiga-tiga parti pembangkang ini berdiri atas landasan yang diperkenalkan oleh pengasasnya.