Jumaat, 27 Disember 2013

MURTAD DAN KHALWAT TIDAK MENGAPA;

TETAPI BUAT VIDIO LUCAH SALAH DI INDONESIA. ANAK-ANAK MUDA INDONESIA TERANG-TERANG ‘KUMPUL KERBO’ DI INDONESIA DAN MALAYSIA. PENYANYI TERLIBAT DENGAN PENERBITAN VIDIO LUCAH DIANGGAP LEBIH BERBAHAYA DARI MEREKA YANG MURTAD DAN BERSEKEDUDUKAN.
Oleh Mansor Puteh



‘Kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’ adalah satu ungkapan yang langsung tidak kena-mengena dengan kerbau.

Ia adalah panggilan tentang perbuatan bersekedudukan dikalangan orang Islam di Indonesia yang dilakukan secara terang-terang.

Di Malaysia ramai anak perempuan dan lelaki Indonesia yang melakukannya.

Ramai gadis dan wanita Indonesia di Malaysia bersekedudukan dengan pemuda dari Bangladesh dan juga Myanmar. Tidak ramai pula dengan pemuda Melayu di Malaysia.

Gadis dan wanita Indonesia yang ‘berkumpul kerbau’ dengan lelaki Bangladesh dan Myanmar walaupun ramai diantaranya sudah berkahwin di Indonesia.

Mereka melakukannya bukan dengan niat mahu berkahwin akhirnya sebab mereka tahu mereka akan pulang ke negara asal.

Mereka bersekedudukan sebab mereka mahu dapat teman disamping tempat tinggal yang tidak perlu dibayar.

Jadi mereka boleh berpisah dan lari bila teman mereka balik ke Bangladesh dan Myanmar, dan mereka akan cari teman lelaki lain.

Mereka juga tidak ada sebarang perasaaan kalau berpisah sebab mereka anggap ia satu kejadian biasa.

Ini yang peliknya. Dan ini juga dilakukan di Indonesia sendiri walaupun ia hanya berlaku di kota besar dan bukan di kampung. Ia bukan sesuatu yang menjijikkan.

Ia bukan satu jenayah.

Dan murtad juga bukan satu jenayah di Indonesia; dan orang Islam boleh keluar ugama tanpa sebarang tindakan diambil oleh sesiapa.

Malah kumpulan ugama dan pendesak tidak ambil kisah dengan mereka yang terang-terang mengaku telah murtad.

Tetapi mereka melenting kalau ada seorang penyanyi terlibat dengan pembuatan penerbitan vidio lucah.

Ini yang peliknya.

Kumpulan ugama dan pendesak mahu Ariel dari kumpulan Peter Pan dihukum seberat-beratnya. Mereka tidak puas dengan hukuman penjara tiga tahun setengah. Ini tidak cukup buat mereka.

Apa yang mereka mahukan? Mereka mahu dia dihukum gantung.

Tetapi kesalahan atau kesilapannya hanya menerbit vidio lucah, yang kebetulan terjatuh ke tangan orang lain yang menyiarkannya.

Tentu sekali ia sebuah vidio peribadi.

Tetapi kenapa ada pelakon wanita Indonesia yang terang-terang murtad apabila berkahwin dengan seorang pemuda dalam sebuah gereja di Amerika, tidak dianggap penting bagi kumpulan ugama dan pendesak di Indonesia?

Dan kenapa anak-anak gadis Indonesia yang berkumpul kerbau di merata tempat juga tidak dihiraukan?



Ahad, 22 Disember 2013

FILEM HINDUSTAN-BOLLYWOOD ADALAH NAJIS DAN HARAM UNTUK ORANG ISLAM TONTONNYA, TETAPI MANA FATWANYA?

…MUJUR ORANG MELAYU SEKARANG ENGGAN MENONTON FILEM-FILEM BOLLYWOOD DI PAWAGAM.
Oleh Mansor Puteh



Haram menonton filem Hindustan yang kini dikenali dengan nama Bollywood.

Dan ulamak Dr Zakir Naik dari India telah juga keluarkan kenyataan bahawa Shahrukh Khan dan Salman Khan musrik, sebabnya kedua mereka menyembah dewa Hindu dengan Shahrukh mempunyai kuil kecil didalam rumahnya, sedangkan isterinya seorang Hindu.

Mungkin vidio yang disiarkan dalam YouTube menunjukkan kedua pelakon Bollywood yang mengaku berugama Islam adalah klip lama, dan sekarang kedua mereka sudah menjadi orang Islam yang baik.

Shahrukh juga dilihat dalam vidio Youtube mengerjakan umrah, dengan Salman memakai ketayap, bila dia dihadapkan ke mahkamah.

Tetapi secara jelasnya ialah filem-filem Bollywood yang menonjolkan kedua pelakon ini dan yang lain-lain adalah haram, dan ia adalah najis.

Kesemua filem Bollywood memaparkan adegan yang lucah dengan orang mengoyangkan tubuhbadan secara lucah dan pelakon lelaki-perempuan berpeluk-peluk dan memakai pakaian menjolok mata.

Memang dulu filem terbitan dari Bombay dikenali sebagai filem Hindustan, tetapi kini filem-filem yang diterbit dari Mumbai dikenali sebagai filem Bollywood.

Dan filem-filem Hindustan dulu tidak memaparkan adegan lucah dengan pelakon lelaki-perempuan berpeluk dan tarian yang mereka lakukan juga tidak menghairahkan atau lucah.

Tetapi kini filem-filem Bollywood lucah dan ia boleh dianggap haram untuk ditonton oleh orang Islam.

Mujur tidak ramai orang Melayu sekarang berminat dengan filem-filem Bollywood.

Dan filem-filem mereka juga jarang ditayang di Malaysia, tidak seperti dulu bila ia pernah ditayang di pawagam berbulan-bulan.

Yang menonton filem Hindustan dulu ialah orang Melayu. Mereka sanggup ketepikan filem sendiri untuk menonton filem asing itu.

Kini orang Melayu sudah tinggalkan filem-filem Bollywood yang hanya disiar dalam televisyen sahaj.

Tetapi kenapa ulamak di dalam rancangan ugama di Malaysia tidak pernah bincang tentang filem Bollywood?

Mereka lebih gemar bincang tentang perkara berkaitan dengan syahwat, yang membuat penonton yang terdiri mereka yang dewasa tergelak, seperti mereka kanak-kanak yang tidak tahu-menahu tentangnya, walaupun mereka sudah lanjut usia.

Kebanyakan tajuk perbincangan dalam rancangan ugama adalah mengenai perkara asas, tentang apa itu halal dan apa itu haram.

Ini mengejutkan sebab ia hanya boleh beri andaian bahawa orang yang gemar menonton rancangan ugama ini sebenar-benarnya jahil tentang Islam.

Oleh sebab itu mereka sanggup duduk terpatuk dengar ulamak dan penceramah ugama lain bercakap tentang perkara asas dalam Islam, yang mereka sendiri sepatutnya sudah lama tahu.

Tidakkah mereka diberi pendidikan tentang ugama semasa kecil dulu?

Dan ini sahajakah yang sanggup dan mampu dilakukan oleh stesen televisyen dan penceramah ugama?

Tidakkah mereka boleh bincang tentang bidang hiburan khususnya apa itu sebenarnya filem Bollywood, dan kecamnya sebagai najis dan haram untuk orang Islam tonton?

Di India, masyarakat Islam di sana enggan menonton filem Bollywood sebab mereka sedar ia adalah propaganda Hindu.

Segala-gala yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengenai ugama ini, dan oleh sebab itu pelakon Bollywood yang berugama Islam terpaksa ikut cara mereka.

Ada beberapa watak berugama Islam yang ditonjolkan tetapi jumlahnya tidak banyak.

Ada juga pelakon berugama Islam di India yang bertukar ke ugama Hindu, dan ada juga pelakon Hindu mereka yang masuk Islam.

Tetapi yang jelas di sini ialah di India juga tidak ada penceramah ugama yang bercakap tentang Shahrukh dan Salman kecuali Zakir Naik, yang berani.

Dia juga tidak pernah jemput kedua pelakon ini untuk muncul dalam rancangannya yang diadakan di kawasan luar di Mumbai yang menarik puluhan ribu penonton yang terdapat mereka dari kalangan bukan-Islam.







Selasa, 10 Disember 2013

‘SEMAN’ DAN FILEM BARU – SATU CABARAN.

Oleh Mansor Puteh






Seperti tersiar dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia mengenai perkara tersebut saya ingin menyatakan di sini bahawa isiu ‘Seman’ disuruh masuk ke pawagam, ianya adalah teilambat. Kalau awal dulu Finas sarankan ianya relevan. Tetapi kini seperti yang telah saya hantar surat kepada Norshah Thamby, ‘Seman’ cuma boleh dipindah ke vidio supaya dapat didagangkan dan saya boleh serahnya ke Finas untuk ditayang di TV.
Finas boleh ambil wang yang saya hutang, dengan ditolak wang yang saya rugi oleh sebab ‘Seman’ tidak dapat dijual ke Jepun oleh sebab sabotaj oleh Finas sendiri dan ke pesta, filem antarabangsa seperti Kalkatta, Tokyo, dan bakinya dipulang kepada saya dari wang yang diberi oleh RTM.
Soal ‘Seman’ ditayang di pawagam tidak sesuai oleh sebab ianya filem ‘experimen­tal’. Ini disebabkan Finas telah memahan pinjaman saya cuma RM16,000 dari RM85,000 yang dipersetujui. Ini bererti filem saya terganggu dan saya tidak dapat menyiap penggambaran. ‘Seman’ cuma boleh ditayang di TV aan saya perlu RM4,000 untuk menyiapkan salinan vidio.
Mengenai cabaran saudara menyuruh saya mengarah filem, saya sudah menulis beberapa skrip. Tetapi, sanggupkah linas beri saya wang untuk menerbitnya? Saya perlu RM500,000 untuk membuat sebuah filem.
Saudara tidak perlu cabar saya mengarah filem, sebab saudara tau saya tidak mampu menghasilkan filem setakat ini. Saya cuma mempunyai pendidikan sama seperti penvarah di Hollywood dan sudah menulis skrip. Yang saya perlu cuma wang untuk menerbit filem saya. Saya tidak gentar.
Kenapa Finas tidak boleh berlaku seperti Persatuan Badminton (BAM) yang menaja dan menggalak bakat, dan tidak sabotaj mereka. Kalau Haji Sidek terpaksa membayar wang untuk menyuruh anak-anaknya bermain badminton sehingga kini mereka akan terperok di Kuala Selangor dengan bermain badminton dengan kasut lama.
Kita sudah mempunyai banyak pengarah terdidik tetapi F'inas lebih suka sabotaj mereka terutama sekali saya. Adakah Finas takut kalau saya melebihi P Ramlee dan menang Oscar dan dipelawa mengarah filem di Hollywood?
Kalau ada perlu perbincangan mengenai cadangan dan saranan saya tolong saya sudah bersedia. Saya tidak takut kalau ‘Seman’ ditayang di TV depan ratusan ribu manusia. Atau kalau filem-filem kedua dan ketiga dan seterusnya kurang mendapat sambutan.
Saya yakin dengan kelayakan dan tahab pemikiran serta kreativiti saya boleh mendapat pengiktirafan di Amerika dan Eropah. P Ramlee tidak pemah tiba ke sana.
Akhir sekali, Finas yang sabotaj dan terus sabotaj kalau Finas tidak dapat mengusulkan rancangan untuk membantu pengarah terdidik seperti saya berkarya. Ini merupakan satu kegagalan Finas iaitu untuk memberi peluang pengarah terdidik berkarya dengan merigadakan program tertentu yang khusus bagi mengatasi masalah utama mereka iai tu ‘financing’.
Kalau BAM boleh taja pemain badminton sehingga berjaya, kenapa Finas tidak boleh berbuat seperti itu untuk membantu pengarah filem terdidik demi, kepentingan perusahaan?
Sepatutnya Malaysia sudair boleh menghasil empat-puluh buah filem setahun dan penonton terdiri dari berbilang kaum, han masyarakat Cina dan India kurang senang dengan filem Hong Kong dan India saperti zaman lalu. Dan Malaysia sudah boleh menang Oscar. Jadi, komen saudara mengenai rencana saya dalam Utusan Malaysia tidak tepat dengan maksud yang saya beri.
Kenapa sistem studio tidak boleh dihidupkan semula? Ianya tidak perlu seperti Jalan Ampas atau Hollywood, tetapi seperti negara lain. Pokoknya, ialah kita perlu ada suatu sistem ala sistem studio yang boleh galak pertumbuhan dan halang kehancuran. Sistem terbuka sekarang lebih pentingkan perniaga dan bukan pengkarya.
Mungkin apa yang saya cakapkan ini boleh difaham oleh mereka yang berkelayakan dan terdidik.
Sekurang-kurangnya saya belum disepak hingga pengsan semasa menyertai pesta filem antarabangsa. Kenapa Shubaimi beritau saya dan rakan lain peristiwa berkenaan di Manila.
Kalau raja-raja kini boleh dikritik, masakan si ikan bilis tidak boleh? Tidak seorang di Malaysia yang bleh buat analisa tentang perusahaan filem kita seperti saya. Ini disebabkan kelayakan akademik dan professional saya unik. Saya terlebih kelayakan untuk Malaysia.
Pengerusi dan ketua pengarah Finas Cuma birokrat dan bukan pakar. Ini yang menyebabkan Finas mundur sebab birokrat berangan jadi pakar.
Kejayaan saya mendapat pendidikan di perinpkat sarjana dalam bidang perfileman di Bandaraya New York belum ditandingi oleh sesiapa lagi. Ini satu kejayaan kita.








Rabu, 4 Disember 2013

CUACA MEMBEKU, PERTANDINGAN HANGAT...JALUR GEMILANG BRRKIBAR MEGAH DI PEST FILEM DI VILA REAL DI PORTUGAL.

Oleh Mansor Puteh


Bandaraya Vila Real di Portugal kecil dengan penduduk tidak lebih 60,000 orang, dan ia adalah sebuah bandaraya tua dengan bangunan lama yang masih kekal yang mereka mahu terus kekal.

Untuk datang ke sini orang kena terbang ke Porto dan naik LRT Metro ke Bandar Porto sebelum naik bus pula ke Vila Real.

ia sebuah bandar tua yang jarang dikenali sebagai pusat prrfileman penting tetapi mereka tekad menganjur Pesta Filem Dokumentari dan Transmedia Antarabangsa Rios, dalam masa bandar lain di Portugal yang tamatkan pesta filem mereka termasuk yang diadakan di Figueira da Foz yang mana telah beri penghargaan kepada filem awal saya 'Seman' dalam pertandingan.

Kini Vial Real pula beri penghargaan kepada dokumentari saya 'Berdansa ikut rentak Sejarah. ..'

Jadi dalam cuaca membeku dan dalam pertandingan yang hangat,  bendera Jalur Gemilang boleh juga terbang dengan megah.

Kalah, menang adat pertandingan,  tapi mendapat peluang bertanding dengan pihak lain diperingkat antarabangsa tentu mencemaskan. Manalah tahu kalau Malaysia akan bernasib baik dalam pesta fikem ini...

Tahun 2013 sudah hampir tamat tanpa memberi sebarang peluang lain kepada pengarah filem Melayu capai sebarang kejayaan dalam bidang perfileman di peringkat antarabangsa.

jadi tahun ini tahun meleset buat perusahaan filem tempat.

Itulah sebabnya filem Melayu bukan sebahagian dari sinema dunia, bahkan tidak wujud   di muka bumi lagi sebab filem Melayu tidak ke ana-mana dan pengarah dan sarjana filem Melayu juga tidak ke mana-mana.

Dan seri dimana-mana pesta filem antarabangsa jumlah karya yang dipilih segelintir  dari yang diterima jadi pertandingan untuk anugerah sengit.


Ahad, 17 November 2013

ADA HARAM KECIL, HARAM BESAR DALAM ISLAM?

…BILA SYARIKAT PENERBANGAN HIDANG MINUMAN KERAS TAPI TIDAK DAGING BABI.
Oleh Mansor Puteh



Syarikat penerbangan negara-negara Islam tidak segan-silu hidang dan jual minuman keras dalam pesawat yang juga dijual dimana-mana lapangan terbang di negara mereka.

Tetapi mereka enggan menghidang makanan babi kepada penumpang bukan-Islam, sebab mereka kata ia adalah haram disisi Islam.

Tetapi tidakkah mereka itu  juga tahu bahawa minuman keras juga haram dalam Islam.

Mungkin haram menjual minuman keras adalah ‘haram kecil’ berbanding dengan ‘haram besar’ jual dan hidang makanan babi.

Itulah sebabnya sehingga kini tidak ada seorang ulamak dan pegawai jabatan ugama Islam di negara-negara Arab dan Islam lain yang berani beri arahan supaya semua lapangan terbang di negara mereka juga tidak dibenar menjual minuman keras.

Lihat sahaja di KLIA, LCCT dan juga lapangan terbang Dubai, Doha dan sebagainya dan kita akan dapat melihat pelbagai jenis minuman keras dijual dengan harga potongan, iaitu bebas cukai.

Mungkin Penerbangan diRaja Brunei atau Royal Brunei Airlines dan lapangan terbang di Bandar Seri Begawan yang tidak menjual dan menghidangnya.

Tetapi lapangan terbang dan pesawat negara Arab lain yang beria-ia hidang dan jualnya.

Iran adalah satu-satunya negara Islam selain dari Brunei yang tidak menghidang minuman keras dalam pesawat dan lapangan terbang mereka. Mereka adalah negara Islam yang menunjukkan contoh yang baik.

Mungkin juga pesawat dan lapangan terbang di Arab Saudi juga tidak hidang minuman keras kepada penumpang mereka.

Dan kenapa syarikat penerbangan Arab dan Islam lain termasuk lapangan terbangan mereka juga jual rokok?

Sedangkan bahan ini adalah juga haram disisi Islam?

Mereka mahu keuntungan dari menjual barangan haram ini.

Oleh sebab itu mereka boleh ketepikan hukum Islam yang jelas, kecuali menjual dan menghidang makanan babi.

Syarikat penerbangan bukan-Islam hidang makanan babi, tetapi untuk penumpang bukan-Islam, sementara untuk mereka berugama Islam diberi pilihan untuk dihidang makanan halal yang mereka boleh dapatkan kalau mereka telah diberitau awal-awal.

Sampai bilakah mesti syarikat penerbangan dan pihak berkuasa lapangan terbang di negara-negara Arab dan Islam lain akan terus mengharamkan penjualan dan penghidangan minuman keras kepada penumpang mereka?

Dan ini termasuk menjual rokok di kedai bebas cukai di lapangan terbang.

Siapa yang memulakan amalan yang tidak baik, untuk mempromosikan barangan-barangan haram seperti minuman keras dan rokok kepada penumpang kapal terbang sehinggakan ia dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di tempat lain?

Dulu penumpang dibenar menghisap rokok dalam pesawat dan mereka diberi tempat duduk di bahagian belakang.

Tetapi kini mereka tidak dibenar menghisap rokok dalam mana-mana penerbangan termasuk penerbangan singkat yang dulunya mereka juga diberi kebenaran.

Dan kalau ini mereka boleh lakukan, jadi kenapa mereka juga tidak berhentikan hidang minuman keras kepada penumpang dan menjualnya di lapangan terbang?

Siapakah negara Arab dan Islam lain yang akan mengharamkan penjualan minuman keras dan rokok di kedai bebas cukai di lapangan terbang di negara mereka?

Ada seorang pegawai kanan sebuah syarikat penerbangan tempatan marah bila syarikatnya dituduh hidang makanan haram, yang bermaksud babi.

Dia kecam mereka dan berkata bahawa pesawatnya tidak hidang makanan babi atau makanan haram.

Tetapi dia tidak sedar bahawa syarikat penerbangannya sering hidang minuman keras, dan mempromosi barangan ini dalam majalah pesawat.

Tidakkah dia tahu bahawa minuman keras juga haram disisi Islam dan ia sama haram seperti makanan babi.

Tidak ada ‘haram kecil’ dan ‘haram besar’ dalam hukum Islam. Babi dan minuman keras dan juga rokok adalah sama tarafnya dari segi haramnya.



Rabu, 13 November 2013

MENERBIT DOKUMENERBIT DOKUMENTARI ‘BERDANSA IKUT RENTAK SEJARAH…’

Sebuah dokumentari tentang masyarakat Portugis di Melaka.
Oleh Mansor Puteh



Beberapa dokumentari mengambil masa yang lama untuk dibuat, yang lain ramai yang tidak berakhir yang dibuat pada semua dengan ia pasa asalnya mahu diterbit oleh sebuah stesen televisyen di London dalam tahun 1990 dulu.

Tiada siapa yang pernah menghasilkan dokumentari mengenai masyarakat minoriti Porrtugis di Melaka dan dalam hubungan sejarah mereka, seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dan saya bernasib baik kerana dapat bertemu dengan beberapa orang dan maklumat yang menarik yang membolehkan saya untuk tampil dengan versi ini, dengan mendapat sokongan dari kerajaan negeri Melaka dan Institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme atau IKSEP di Melaka.

Mujurlah, Finas bersetuju untuk membiayai pengeluaran dokumentari 45 minit ini yang pada asalnya adalah tentang kumpulan muzik San Pedro di Perkampung Portugis atau Penempatan Portugis di Ujong Pasir di Melaka, yang diketuai oleh Joe Lazaroo.

Tetapi dokumentari kini adalah juga tentang sejarah penaklukan Portugis ke atas Melaka dan negara-negara lain di rantau ini termasuk Goa di India; Macau dan Sunda Kelapa yang kini dikenal sebagai Jakarta, dan juga Timor Leste.

Penggambaran untuk dokumentari itu dilakukan di banyak negara termasuk Portugal yang berlaku pada bulan Ogos.

Saya kembali ke Portugal untuk penggambaran di sana untuk kali kedua. Saya berada di sana pada tahun 1990 apabila filem awal saya berjudul 'Seman' dipilih untuk Pesta Filem Figueira da Foz Festival di mana ia telah dicalonkan untuk filem terbaik.

Ini bukan satu penghargaan yang biasa sebab tidak ada mana-mana filem Melayu yang telah diberi pencalonan filem terbaik oleh mana-mana pesta filem di Eropah atau Barat sebelum ini.

Saya juga rasa bernasib baik sebab semasa penggambaran di Bukit Melaka atau Bukit St. Paul di Melaka Ketua Pengarah Unesco, Puan Irina Bukova kebetulan membuat lawatan ke sana, jadi saya sempat rakam kegiatan beliau melawat peninggalan gereja lama St Gereja Paul dan juga di Porta de Santiago atau Kota Melaka.

Sementara berada di Jakarta untuk merakam kumpulan masyarakat kecil keturunan Portugis di Kampung Tugu, Jakarta meraikan perayaan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-486 di mana mereka menganjur pertunjukan di Taman Fatahilah dimana terletaknya bangunan pentadbiran lama pemerintahan penjajahan Belanda, dan mereka mempunyai rekreasi yang diketuai perarakan oleh Imam Fatahilah dalam perjalanan dengan orang-orangnya untuk menyerang Portugis pada tahun 1527. Sunda Kelapa adalah nama asal Jakarta.

Masyarakat Portugis di Kampung Tugu mempunyai kumpulan muzik keroncong yang diketuai oleh Andre Michiels, yang menjelaskan bagaimana ramai lelaki muda Portugis dari Melaka telah dibawa ke Sunda Kepala yang dinamakan Jayakarta sebelum ia telah ditukar nama kepada Jakarta, untuk menjadi hamba kepada Belanda.

Mereka bersembunyi di Kampung Tugu pada tahun 1641 tetapi telah ditemui pada 1675 oleh Belanda yang juga membina sebuah gereja bagi mereka untuk bersembahyang, dimana mereka bermain muzik keroncong dan bukannya menggunakan organ seperti lazim diguna oleh penganut Protestan dalam gereja mereka.

Dan mereka adalah orang-orang asal yang memperkenalkan muzik keroncong di Indonesia, yang kita tahu hari ini.

Portugis juga pernah ke Aceh dimana terdapat sebuah kumpulan mereka yang terdiri daripada nelayan. Malangnya, perkampungan nelayan di luar pantai Sumatera Utara telah musnah dalam Tsunami Aceh 26 Disember, 2004.

Jadi sekarang jumlah masyarakat keturunan Portugis di Aceh begitu sedikit berbanding dengan dulu.

Walau bagaimanapun, tidak seperti Portugis di negara-negara lain, termasuk di Jakarta, orang-orang di Aceh adalah orang yang berugama Islam.

Saya berjaya untuk mendapatkan beberapa rakan-rakan di Aceh untuk mengambil saya untuk melihat seorang lelaki yang terselamat Tsunami bernama Jamaluddin bin Puteh.

Penempatan Portugis di Ujong Pasir telah ditubuhkan semasa pentadbiran Inggeris dalam tahun 1930an apabila seorang paderi keturunan Perancis mencadangkan kepada mereka, dan Inggeris mereka telah diberikan sebidang tanah paya di sana dimana kerajaan negeri membina rumah-rumah papan bagi mereka untuk memulakan kehidupan di sana.

Dan kebanyakan orang Portugis di Melaka yang tinggal di Banda Hilir, Terengkerah dan kawasan-kawasan lain di negeri ini telah dibawa ke sana dimana kebanyakan kaum lelaki mereka bekerja sebagai nelayan.

Michael Singho, presiden Melaka Persatuan Serani atau ‘Euroasia’ berkata cadangan untuk mewujudkan dataran berpunca dari Dr Mahathir Mohammad. Beliau telah melawat penempatan sebagai Perdana Menteri dan mahu kawasan ini menjadi dayatarikan pelancongan yang lebih menarik.

Joe Lazaroo mengatakan bahawa dia sudah berusia 73 tahun dan dia kuatir bahawa kumpulan beliau yang ditubuhkan dalam tahun 1973 mungkin tidak dapat bertahan kerana anak Portugis sekarang tidak lagi cenderung dengan tarian Portugis.

Bagaimanapun, dia harap anaknya, Edmund yang juga bersama dalam kumpulan yang dapat mengambil alih daripadanya kelak.

Kumpulan San Pedro pernah dijemput mengadakan persembahan di seluruh negara dan juga beberapa kali di Singapura dan Macau.

Penggambaran untuk dokumentari ini juga membawa saya ke Aceh, Palembang, Jakarta, Macau, Hong Kong dan Paris dalam bulan Ramadan yang lalu.

Lisbon kelihatan seperti bandar-bandar lain di Kesatuan Eropah atau European Union (EU). Dan Portugal dilaporkan berada di dalam kemelesatan ekonomi yang teruk dimana agensi-agensi berita antarabangsa kerap melaporkan bagaimana beribu-ribu Portugis sering mengadakan tunjuk perasaan dengan banyak daripada mereka tidak bekerja dan di mana kadar inflasi adalah sangat tinggi.

Dan dari apa yang saya dapat melihat tidak ada kemiskinan di sana. Jalan yang bersih dan longkang tidak tersumbat seperti di Kuala Lumpur. Para pelancong berkerumun di medan Praca do Comercio yang didirikan diatas tapak istana lama Portugis yang musnah dalam gempa bumi tahun 1755 dulu, tetapi kebanyakan mereka adalah dari EU. Beberapa adalah pelawat tempatan.

Terdapat banyak gerai-gerai cenderamata dibuka oleh masyarakat Bangladesh dan saya juga mendapat untuk pergi ke kawasan mereka di mana mereka mempunyai sebuah masjid kecil.

Penduduk Islam di Lisbon seolah-olah menjadi menonjol dan penting dan saya dapat melihat ramai lelaki memakai ketayap dan wanita yang bertudung, termasuk ramai orang Islam yang berasal dari Afrika yang mungkin dari negara-negara bekas jajahan Portugis.

Saya cuba untuk mencari Rua Afonso de Albuquerque atau Jalan Afonso de Albuquerque, dan mendapatinya dalam Tablet tetapi gagal pergi ke sana sebab jalan ini sempit dan tersorok. Tapi saya telah bertemu dengan patung batu Raja atau Dom Manuel 1.

Dia adalah Raja Portugal pada abad ke-kelima-belas dulu yang telah mengarahkan armada Portugis belayar ke Goa di India, Melaka di Tanah Melayu, Macau di Negeri China dan Jakarta dan Timor Leste di Indonesia, duduk di luar Muzium Tentera.

Jumaat, 8 November 2013

MANA ORANG MELAYU DALAM AKHBAR?

…BANYAK AKHBAR BAHASA INGGERIS TEMPATAN DAM MANDARIN DAN TAMIL LANGSUNG TIDAK ADA MELAYU. KENAPA?
Oleh Mansor Puteh



AKhbar The Star, akhbar Mandarin dan Taimil jarang sungguh siar beita tentang Melayu dalam semua bidang.

Malah akhbar Mandarin atau Tamil langsung tidak siar berita tentang seni, muzik dan kebudayaan Malaysia atau Melayu; mereka lebih asyik siar berita tentang apa yang berlaku di Negeri Cina khususnya Hong Kong dan India, sehinggakan akhbar mereka kelihatan seperti terbitan dari negara tersebut.

Bagaimana mereka boleh dapat permit untuk terbit akhbar seperti itu?

Kalau ada berita tentang Melayu dalam akhbar Mandarin dan Tamil ia adalah tentang ahli politik dan berita kebangsaan sahaja.

Malahan, berita tentang seniman Cina dan India yang terlibat dalam perusahaan filem dan muzik tempatan atau Melayu langsung tidak diendahkan.

Itulah sebabnya kenapa Andre Goh, Kenny, Remy dan Martin, Alleycats, Elaine Kang, dan mana-mana Cina dan India yang menonjol dalam bidang senin negara tidak diendahkan oleh mereka.

Akhbar Mandarin dan Tamil lebih mirip akhbar terbitan Hong Kong dan India.

Jadi salah siapa?

Kementerian Dalam Negeri atau KDN yang beri akhbar permit termasuk majalah Cina dan India lain yang turut mendapatnya, tidak diberi syarat untuk tidak siar berita berlebihan tentang negara asing.

Itulah sebabnya kenapa mereka kelihatan seperti akhbar asing yang mempromosi agenda asing.

Dan itulah sebabnya juga majalah bahasa Inggeris tempatan lebih mirip akhbar asing, seperti ia diterbit di Amerika dengan ia menyiarkan berita tentang Amerika walaupun ia bukan berita penting.

Malah stesen televisyen dan radio tempatan juga mirip stesen asing, khususnya Amerika, Hong Kong dan India dan juga Indonesia, sebab mereka lebih gemar menyiar lagu dan rancangan dari negara asing.

Walhal di negara asing mereka tidak buat seperti itu, kecuali stesen radio yang khusus menyiar lagu-lagu dari Amerika.

Itulah sebabnya kenapa rakyat keturunan Cina dan India di Malaysia tidak ada jatidiri; mereka lebih pandang ke luar negeri ke negara-negara asal dari mana nenek-moyang mereka datang iaitu Negeri Cina dan India.

Sehinggakan mereka langsung tidak kenal dengan kegiatan kesenian dan kebudayaan tempatan.

Mereka lebih kenal dengan kegiatan kesenian dan kebudayaan dari negara asal mereka, sehinggakan setiap kali ada persembahan oleh seniman dari negara mereka, mereka akan pergi berduyun-duyun menontonnya dengan membayar wang yang banyak untuk beli tiket.

Itulah sebabnya juga pandangan mereka terhadap Malaysia dan Melayu agak serong.

Sebab mereka tidak kenal dengan Malaysia dan mereka juga tidak kenal dengan Melayu, kecuali apabila mereka mahu mendapatkan gajaran dari kerajaan dan orang Melayu yang pergi ke kedai-kedai mereka untuk berbelanja.

Dan barangan-barangan yang dibuat oleh syarikat Melayu juga tidak dipromosi oleh akhbar bukan Melayu khususnya yang dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

Sedangkan akhbar Melayu sering menyiar dan mempromosi syarikat Cina dan juga India.

Malah rancangan televisyen Cina dan India dan juga Inggeris juga tidak pernah menjemput tuanpunya syarikat Melayu yang mengeluarkan bermacam-macam barang untuk bercakap tentangnya.

Cuma rancangan Melayu sahaja yang menjemput mereka.

Malah berita dalam bahasa Mandarin dan Tamil juga tidak pernah menjemput tokoh Melayu untuk bercakap tentang isiu-isiu kebangsaan.

Dan sekarang ini terdapat beberapa watak Melayu yang menjadi pengacara dalam rancangan Cina, tetapi mereka lebih kelihatan seperti Cina dari Melayu dengan lagak dengan orang perempuan Melayu tidak bertudung.

Saya tidak pernah melihat pembaca berita Cina terdiri dari Melayu atau Cina-Muslim yang bertudung.

Dan semua rancangan Tamil adalah untuk orang Hindu sahaja, kecuali rancangan ‘Qudwah’ iaitu tentang masyarakat Islam keturunan India yang disiarkan pada pagi Jumaat.

‘Hikmah’ adalah rancangan khas untuk masyarakat Cina-Muslim yang disiarkan selepas ‘Qudwah’.

Berbanding dengan Utusan Malaysia yang mempunyai ruang dalam bahasa Inggeris, akhbar Inggeris, Cina dan India langsung tidak ada ruang dalam Bahasa Melayu untuk pembacanya belajar bahasa kebangsaan.

Salah siapa?






Selasa, 29 Oktober 2013

PERGI KE MEKAH UNTUK BERHIBUR SEPERTI BERADA DI DISNEYLAND DAN BELAJAR MENIPU!

…RAKAM VIDIO SECARA HARAM DAN CURI AIR ZAM-ZAM DARI KUMPULAN MENGERJAKAN UMRAH DAN JUAL BALIK KEPADA MEREKA, DAN JUAL KAIN TUTUP KAABAH TIRUAN DENGAN HARGA TINGGI.
Oleh Mansor Puteh




Biasanya orang Islam pergi ke Mekkah untuk buat ibadah, atau dia sudah lama tinggalkan ugama, dan mahu bertaubat supaya bila dia tiba di sana mengerjakan Umrah atau Haji, dia akan menjadi insan yang lebih soleh dan baik.

Dan biasanya bila dia kembali ke Tanah Air, dia akan menjadi orang yang lebih baik dari dulu.

Ini kebaisaannya berlaku.

Tetapi ada juga orang yang mengaku dirinya Islam yang pergi ke Mekkah bukan untuk membuat ibadah, tetapi belajar untuk menipu.

Ada bermacam-macam peluang yang dia dapat untuk menipu orang lain yang semestinya orang Islam lain.

Ia adalah dalam bentuk mencuri air zam-zam, menjual tasbih dan sebagainya.

Tetapi ada yang menipu dengan mengaku mempunyai kain tutub Kaabah, sedangkan kain yang dijual itu bukan kain tutup Kaabah yang asal tetapi kain yang mempunyai tulisan khat yang dibeli di bazar di Arab Saudi.

Malah kain seperti itu yang diguna oleh ramai umat Islam sebagai perhiasan rumah boleh dibeli dimana-mana bazaar di Iran dan negara Islam lain.

Yang sedihnya, orang yang menipu itu adalah orang yang sudah lama tinggal di Mekkah, jadi dia tahu dimana dia boleh cari barang untuk dijual dengan harga yang tinggi dengan membelinya dengan harga yang murah.

Yang mereka tipu itu adalah orang Islam lain yang beria-ia fikir yang kain tutup Kaabah itu adalah kain yang tulen.

Mereka tidak sedar mereka ditipu sebab percayakan orang Islam lain yang kononnya sudah lama tinggal di Mekkah dan sudah pastinya sudah menjadi warak.

Tetapi mereka tidak sedar diantara ramai orang Islam dari Malaysia yang telah lama menetap di Mekkah ada segelintir pergi ke sana bukan untuk buat ibadah.

Mereka ke sana khas untuk menyiaga.

Ada yang pergi ke sana untuk belajar menipu.

Tetapi yang peliknya ialah mereka yang menetap di Mekkah lama ini, tidak mempunyai wajah yang manis, seperti ramai orang Islam yang baru sahaja pulang dari mengerjakan Haji yang mempunyai perwatakan yang baik dan paras yang bersih.

Paras mereka tidak menunjukkan mereka orang warak. Mereka tetap mempunyai waras yang biasa, seperti orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di Mekkah atau mengerjakan Haji yang sebenarnya atau Haji yang Mabrur.

Sekarang ini mengerjakan fardu Haji tidak susah seperti dulu; orang boleh pergi ke Mekkah dengan menaik pesawat dan boleh berhubung dengan sanak-saudara dengan talipon setiap masa dan dengan secara Skype.

Dan masa untuk terbang dari Malaysia ke Mekkah juga tidak lama, sekadar lapan jam, berbanding dengan beberapa minggu dengan menaikki kapal laut dari Perlabuhan Kelang.

Dulu orang menghabiskan tiga-empat bulan hingga enam bulan untuk mengerjakan Haji. Sekarang orang boleh melakukannya dalam masa satu minggu hingga dua bulan.

Jadi, kerja menunaukn fardu Haji sekarang tidak seterik seperti dahulu dan orang juga boleh balik ke Mekkah untuk mengerjakan Umrah setiap bulan.

Tetapi ini tidak bermakna orang yang telah beberapa kali mengerjakan Haji atau Umrah atau telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang Islam yang lebih baik dari mereka yang belum mengerjakannya.

Ramai orang yang tidak berpeluang untuk mengerjakan Umrah atau Haji adalah orang Islam yang lebih mulia berbanding dengan mereka yang telah menetap lama di Mekkah, yang pergi ke sana untuk tujuan perniagaan dan juga menipu!

Dan walaupun mereka akan terus menetap di Mekkah mereka akan terus mencari jalan untuk menipu orang lain yang sudah semestinya orang Islam lain yang percayakan mereka sebab mereka fikir orang yang telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang lebih warak dari mereka sendiri.

Sebab mustahil orang Islam yang telah menetap lama di Mekkah itu akan buat perkara-perkara yang tidak baik yang boleh mendatangkan dosa.

Ada. Ada orang yang pergi ke Mekkah dan menetap lama di situ yang terus menipu. Dan mereka akan terus menipu selagi mereka mahu menipu.

Mekkah bukan sahaja untuk orang warak dan beriman, tetapi ia adalah juga tempat untuk orang menipu dan belajar menipu.

Dan ada orang yang pergi ke Mekkah menunaikan fardhu Haji tetapi menipu syarikat penerbangan dengan menyorokkan barang-barang yang mereka bawa ke dalam pesawat supaya ia tidak melebih had barang yang diberi.

Jadi, sebab apa mereka mahu ke Mekkah?

Saya menunaikan Umrah tidak berapa lama dulu, dan bila saya diberitau mengambil gambar di Masjidil Haram adalah melanggar peraturan, saya langsung tidak mengambil sekeping gambarpun.

Oleh sebab itu saya tidak mempunyai sebarang gambar di dalam masjid ini atau di Masjid Nabawi di Madinnah.

Gambar-gambar yang saya ada adalah gambar-gambar yang diambil di tempat lain.

Tetapi sekarang ini saya dapat lihat orang yang menunaikan Umrah dan juga Haji mempunyai gambar-gambar dan juga vidio yang dirakam di dalam Majidil Haram dan Masjid Nabawi seperti mereka membuat rakaman untuk YouTube atau klip vidio.

Mereka mengguna kamera tangan sebab mereka dilarang membawa alat elektronik rakaman ke dalam kawasan masjid itu.

Dan mereka lebih ghairah menghabiskan masa buat rakaman ini dari mengerjakan Umrah atau Haji, sama seperti mereka lakukan semasa pergi ke Disneyland dan pusat hiburan lain.











Jumaat, 25 Oktober 2013

KL GANGSTER 2 DAN PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU, KEDAH – MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster 2 telah ditayangkan di pawagam, dan sehingga kini kutipannya tidak seberapa berbanding dengan filem asalnya yang berjaya mengutip sedozen juta ringgit.

Mantan menteri besar Kedah kerajaan PAS, Azizan Abdul Razak yang meninggal dan memberi peluang untuk pengundi di kawasan Sungai Limau balik ke peti undi untuk pilih calon pilihan mereka.

Sehingga kini orang Melayu khususnya tidak tahu apa sebenarnya ‘perjuangan’ Azizan yang ramai orang dari parti PAS kata dia telah berjuang sehingga ke penghujung nyawanya.

Dia tidak membawa kemajuan pada Kedah, tetapi telah menyebabkan negeri ini jatuh balik ke Umno dan Barisan Nasional, setelah PAS pegangnya satu penggal sahaja.

Dia mengakhiri riwayat hidupnya dengan kedua belah kakinya dipotong dan kemudian diberi anugerah Tan Sri, untuk menjadi pemimpin PAS yang pertama mendapat gelaran seperti itu, walaupun jasanya kepada negara dan Melayu khususnya tidak tahu apa.

Bagus kalau PAS dapat mengisahkan apakah sebenarnya perjuangan hidupnya yang telah menjangkau begitu lama sehingga berjaya menjadi menteri besar Kedah dari parti ini, yang pertama.

Yang menarik sekali ialah beliau mungkin pemimpin PAS yang pertama dan juga terakhir menjadi menteri besar Kedah.

Nik Aziz yang telah menjadi menteri besar Kelantan lebih lama, hingga lebih tiga-puluh tahun tidak pula difikir layak diberi anugerah Tan Sri, lebih-lebih lagi sekarang beliau sudah meletakkan jawatan untuk membuka peluang kepada muka baru ambil alih jawatan itu.

Penerbit dan pengarah filem tidak pula beritau apa sebenarnya tema filem KL Gangster dan KL Gangster 2. Mungkin mereka tidak ada tema sebenarnya atau sebab utama kenapa mereka mahu buat filem seperti itu.

Dan penonton yang telah menyokong filem pertama mereka juga tidak tahu kenapa mereka suka filem ini dengan membuatnya filem yang paling berjaya di negara dengan mengutip sedozen juta ringgit di pawatam.

Kita boleh teka: KL Gangster 2 adalah sebuah filem tentang Melayu lawan Melayu. Mereka ada kumpulan gangster yang mahu rebut kawasan yang sama.

Dan di sini ada persamaan diantara filem ini dengan PRK Sungai Limau di Kedah. Ia adalah tentang adalah tentang Melayu mahu lawan Melayu.

Dan lagaknya tidak berbeza dengan lagak gangster dengan ada pihak-pihak yang mahu bertekak dan maki-hamum semasa berkempen, untuk membuktikan pihak lawan tidak baik berbanding dengan mereka, dengan pihak PAS mengguna pembesar suara atau ‘loud hailer’ yang tidak dibenarkan semasa penamaan calon beberapa hari lalu.

Dan walaupun sesiapa yang mahu adakan ceramah mesti mendapat kebenaran atau permit dari polis, tentu ada pihak tertentu yang tidak akan endahkan peraturan ini. Mereka bersikap seperti gangster atau ahli kumpulan haram atau gelap yang terang-terang berani langgar peraturan dan undang-undang negara yang mereka beria-ia mahu tadbir. 

Inilah tahab politik di Malaysia apabila orang yang bertanding mahu buktikan kepada pengundi pihak lawan adalah tidak baik; mereka tidak mahu tunjukkan yang mereka itu baik.

Mungkin pihak lawan tidak ada yang baik untuk dibincangkan, jadi mereka kecam pihak lain iaitu kerajaan.

Dalam banyak ceramah politik inilah sahaja cara yang digunakan oleh ahli politik pembangkang.

Jadi isiu sebenarnya tentang PRK Sungai Limau ialah mengenai Melayu lawan Melayu yang mahu rebut kawasan yang dikuasai oleh Melayu.

Orang Islam berlawan dengan Orang Islam lain untuk membuktikan bahawa pemahaman mereka tentang ugama Islam itu sendiri begitu cetek, sehinggakan mereka sanggup ketepikan ugama demi mahu tonjolkan diri sendiri yang kononnya mempunyai primsip yang boleh beri kebaikan dan kemajuan kepada pengundi di Sungai Limau, yang telah sekian lama tidak dapat mengecapi kemajuan, maupun dari Umno atau PAS.


Jangan sampai perpaduan umat Islam di Malaysia akan hanyut dalam Sungai Limau, yang sepatutnya dibiarkan airnya mengalir dengan tenang.

Sabtu, 19 Oktober 2013

FILEM KL GANGSTER 2, SEPATUTNYA DIHARAMKAN. IA BUKAN FILEM PENTING, TIDAK ADA ASPEK SATIRA, MELAYU LAWAN MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



Filem KL Gangster dan KL Gangster 2 boleh menjadi filem penting, kalau ia ada aspek satira yang menunjukkan Melayu lawan Melayu tanpa sebab, atau untuk menawan kawasan, seperti dalam pertandingan parti politik dimana ramai orang mahu kerusi atau kawasan, tujuan mereka ialah untuk mendapat faedah darinya, dan lebih penting dari itu, kekayaan untuk diri sendiri.

KL Gangster 2 seperti yang ada dan filem KL Gangster dulu hambar; ia tidak ada sebarang makna, sekadar filem hiburan ringan yang mempermain-mainkan Melayu.

Mana ada kumpulan gangster Melayu seperti yang dipaparkan dalam filem-filem ini?

KL Gangster dikatakan telah mengutip lebih dua-belas juta ringgit di pawagam sementara filem ikutan atau sambungannya tidak mendapat kutipan seperti itu.

Malah filem ini telah diedar secara haram dalam internet dan juga dalam bentuk DVD di pasar malam, sebelum ia ditayang di pawagam lagi.

Oleh sebab itu, dan mungkin kutipan untuk filem ini tidak membanggakan.

Mungkin sebabnya ialah ramai telah menontonnya sebelum ini, atau mungkinkah penonton Melayu rata-rata sudah jadi bosan dengan filem seperti ini?

Mungkin, mungkin…ada sebab-sebab lain.

Tapi yang jelasnya ialah kutipan untik filem tempatan sejak kebelakangan ini telah jatuh.

Ada yang dibuka di pawagam dengan senyap, dan ditarik balik dari pawagam dengan senyap juga.

Tidak tahu pula bagaimana sambutan terhadap filem ala barat iaitu Vikingdom.

Ia mungkin boleh menarik perhatian penonton Melayu dan bukan-Melayu sebab ia adalah filem ala barat atau ala Hollywood.

Tetapi nampaknya ramai penonton tempatan tidak kagum dengannya.

Oleh sebab itu tidak tahu pula berapa kutipan untuk filem ini, yang telah dibuka awal bulan ini dan ia tidak nampak telah menarik perhatian penonton dan orang awam.

Amat menghairankan kenapa orang Melayu yang sibuk mahu terbit filem tentang sejarah Viking di Norway dulu.

Dan perbelanjaan yang telah digunakan dikatakan sebanyak RM20 juta. Dan filem ini telah dibuka di Amerika dan United Kingdom dan dibeberapa buah negara lain dengan penjualan hak DVD dilakukan.

Tetapi apa kesannya kepada filem ini?

Ternyata sekali Viking tidak berjaya melonjakkan nama pengarah filem ini maupun syarikatnya.

Berbalik kepada KL Gangster 2, nampaknya filem ini juga lesu.

Yang mahu bincangnya hanyalah penerbitnya sahaja yang merungut sebab karya syarikatnya telah diedar secara haram oleh pihak lain. Siapa mereka?

Siapa yang ada peluang untuk edar filem ini di internet dan juga dalam bentuk DVD?

Bukan mudah untuk orang lain yang boleh dapat salinan filem ini?

Tetapi apa yang harus dipelajari ialah kenapa sistem pengedaran filem Melayu mesti lagi dibiarkan oleh bukan-Melayu laksanakan?

Sampai bila mesti pengedaran filem Melayu mesti dibiarkan berada di dalam keadaan ini?

Kementerian dan pemimpin Melayu tidak peka. Mereka tidak lihat perusahaan pembuatan filem sebagai sebuah kegiatan penting.

Oleh sebab itu mereka dan pakar ekonomi, psikologi, sosiologi dan sejarah juga tidak mahu bincang mengenainya.

Mereka adalah pakar berat sebelah dan pakar dalam kelambu.

Dan tidak ada sebuah parti politik Melayu yang telah bincang tentang perfileman dalam mana-mana persidangan dan mesyuarat yang mereka anjurkan saban tahun.

Pemimpin mereka yang tidak berkelayakan tinggi hanya boleh beri ucapan berdekah-dekah tentang perkara yang kabur dan tidak terperinci.

Oleh sebab itu mereka telah gagal beri sebarang nasihat atau cadangan kepada pucuk kepimpinan untuk majukan tahab ekonomi Melayu di negara sendiri.

Itulah sebabnya kenapad bukan-Melayu khususnya Cina masih mengatasi dalam semua bidang termasuk pembuatan filem.

Dan KL Gangster 2 sepatutnya boleh dilonjakkan tahab pencapaiannya kalau pengarahnya telah membuatnya dalam bentuk dan niat lain, iaitu untuk menunjukkan bahawa Melayu suka bergaduh sesama sendiri.

Kalau tema ini dapat diselitkan dalam filem ini, sudah pasti ia boleh menjadi sebuah filem yang dianggap penting, sebuah filem yang direka oleh pengkarya filem yang berjiwa Melayu.

Tetapi malangnya, pengarahnya tidak berbuat demikian. Dia tidak mampu melihat plot filemnya dari segi ini.

Kalau dia peka dan kalau dia bijak, dia boleh selitkan tema ini untuk mengangkatkan filemnya ke tahab yang lebih tinggi, dan bukan sekadar filem hiburan tetapi filem yang berwawasan.

Malahan pula tidak ada sebuah filem Melayu yang mempunya elemen satira. Semua filem yang telah diterbitkan adalah untuk hiburan semata-mata.

Sebaliknya pula KL Gangster 2 seharusnya telah diharamkan dari ditayangkan diseluruh negara, sebabnya ialah ia memberi gambaran buruk terhadap Melayu yang dipaparkan sebagai orang yang tidak patuh kepada undang-undang.

Melayu dalam KL Gangster 2 adalah Melayu yang tidak berpedoman dan tidak berugama.

Ia hanya sebuah babak yang dipanggil ‘denouement’ atau penyesalan. Tetapi ia tidak berkesan sebab penonton tidak akan percaya dengan penyesalan yang diutarakan oleh watak jahat dalam filem ini; mereka akan tertarik dengan gelagat mereka jadi gangster dan ambil tindakan luar batas undang-undang.

Orang tidak perlu menonton seluruh filem ini untuk membolehkannya bincang tentangnya.

Orang boleh lihat sahaja klip yang diulang beberapa kali di televisyen untuk menentukan jenis apa filem ini dan sejauh mana ia boleh bawa penonton menghayatinya.


Bolehkah penonton disajikan dengan filem sambungan iaitu KL Gangster 3 dimasa depan?

Harap tidak. Cukuplah tu, wahai pengarah, wahai penerbit filem ini. 

Selasa, 15 Oktober 2013

HAMPIR SEMUA ORANG MELAYU ADA SAUDARA DEKAT ATAU JAUH YANG MENJADI ANGGOTA PASUKAN BERSENJATA ATAU BERPAKAIAN SERAGAM SEPERTI POLIS, TENTERA DAN BOMBA DAN SEBGAINYA.

…DAN PUSAT HIBURAN DAN HARAM DI MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh



Faktanya memang jelas: Setiap orang Melayu ada saudara dekat atau jauh yang menjadi anggota berpakaian seragam seperti polis, tentera dan bomba.

Ada yang mempunyai lebih dari seorang yang kini berkhidmat dalam pasukan bersenjata, yang bekerja untuk menjaga keamanan dan ketenteraman negara, tidak kira diperingkat apa, dari prebet sehingga ke pegawai.

Tetapi setiap orang Cina dan India, pula, tidak.

Malahan kebanyakan orang Iban dan Kandazan di Sabah dan Sarawak juga boleh berkata mereka ada saudara dekat atau jauh yang berkhidmat dalam pasukan bersenjata atau berpakaian seragam.

Mungkin ada sebabnya kenapa ramai anak muda dari Sarawak dan Sabah berminat untuk masuk pasukan bersenjata, dan ia adalah tidak lain untuk menjaga keselamatan negeri-negeri mereka dan juga negara Malaysia yang mereka sudah setuju untuk bergabung dengan tertubuhnan Malaysia pada 16 September, 1963 dulu.

Jadi, mereka ada perasaan cintakan negara.

Dan berapa peratusan orang Cina yang boleh dikatakan yang mempunyai saudara jauh dan dekat yang pernah menjadi anggota pasukan bersenjata?

Mungkin ramai yang mempunyai saudara lama yang pernah terlibat dengan pergerakan komunis atau kongsi gelap, atau mereka yang telah beri sokongan secara senyap-senyap kepada pergerakan haram ini?

Peratusannya sudah pasti tinggi. Ini disebabkan ramai orang Cina pada masa dulu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap yang pada suatu ketika itu adalah suatu kegiatan yang diamalkan oleh ramai pemuda keturunan Cina, khususnya mereka yang menetap di bandar dan pekan besar di seluruh negara, sehinggakan pusat-pusat dimana mereka ‘mengusasi’ menjadi kawasan larangan kepada anak muda Melayu.

Dan pusat-pusat yang dikuasai oleh mereka itu biasanya adalah pusat hiburan dimana terdapat juga kegiatan haram.

Di Bandar Melaka dulu terdapat sebuah kawasan seperti itu iaitu yang dikenali dengan nama City Park di Jalan Bunga Raya.

Dan di sini terdapat pusat hiburan yang hidup pada waktu malam, yang mana ramai anak muda Melayu di bandar ini takut untuk pergi pada waktu malam, bila ramai ahli kumpulan gelap Cina berkeliaran.

Mereka mempunyai gaya dan lagak tersendiri dengan tatu berbentuk singa, harimau atau naga dan juga ular.

Oleh sebab kebanyakan mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi, jadi mereka tidak dapat bekerja di jabatan awam.

Dan ramai mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dan ikut kegiatan haram, akan mendapat pekerjaan di majlis perbandaran angkat sampah dan juga tahi manusia.

Cuma mereka yang enggan bekeraja dengan majlis perbandaran sahaja yang masuk kumpulan haram, sebab ia memberi pendapatan lebih lumayan walaupun ia adalah haram.

Melaka dulu tidak seperti sekarang. Dan Jalan Bunga Raya dimana terletaknya City Park sudah berubah.

Malah City Park juga sudah lama tutup.

Pawagam-pawagam Federal, Rex dan sebuah pawagam kecil di bahagian dalam taman hiburan ini iaitu Sun sudah lama ditutup.

Sun memainkan filem-filem lama dengan mengenakan tiket sekadar empat-puluh hingga enam-puluh-lima sen, mengikut kelas.

Federal dijadikan kedai tetapi tidak lama ia juga ditutup.

Malahan, seluruh kawasan di sini kini kelihatan sepi.

Tentu keadaan seperti ini sama dengan di Bukit Bintang di Kuala Lumpur dimana ada Bukit Bintang Park atau BBP, yang juga merupakan pusat hiburan dimana terdapat kegiatan hiburan dan haram berlaku.

Tetapi kini kawasan Bukit Bintang sudah berubah menjadi pusat pelancongan dan membeli-belah yang penting, yang akhirnya sudah hilang pengaruh Cinanya dengan bertambah ramainya pelancong dari luar negara termasuk dari negara Arab sehinggakan kini terdapat apa yang dipanggilkan Little Arabia.

Di bandar dan pekan besar lain seluruh negara juga terdapat pusat-pusat seperti itu dimana kegiatan haram dilakukan terang-terang pada suatu ketika dahulu.

Melayu sudah berpindah dari kampong ke kawasan bandar, jadi tidak hairanlah kalau semua pusat hiburan dan haram dulu yang dikuasai oleh kumpulan Cina kini sudah berubah.

Dan mana ada sebarang penulis Cina dan India di Malaysia yang telah menghasilkan sebarang buku, novel atau cerpen termasuk sajak tentang keberanian orang Cina dan India mempertahankan negara?

Mana ada lagu patriotic dalam bahasa Mandarin dan Tamil?

Mana ruang tentang ketenteraan dalam akhbar dan majalah Mandarin dan Tamil?

Malah di negara lainpun kecuali Singapura, tidak ada seorang tokoh negara tersebut yang telah berjuang mempertahankan negara dimana mereka berada sekarang.

Di Amerika, tidak ada seorang askar keturunan Cina atau India yang telah dihantar ke luar negara, jauh sekali mempunyai seorang wira negara tersebut dari kalangan kaum-kaum pendatang ini.

Malah yang menjagakan ketenteraman dan keamanan di Malaysia, terletak di atas bahu orang Melayu.

Malangnya, yang mendapat ganjaran besar ialah kaum Cina yang boleh menjalankan perniagaan mereka dengan mudah, sehinggakan mereka dibenar untuk menjalankan perniagaan halal, walaupun mereka bukan berugama Islam.

Kenapa mereka mahu terlibat dengan perniagaan halal? Sebab mereka boleh dapat keuntungan.

Dan kenapa mereka mahu terlibat dengan perbankan Islam? Sebab mereka boleh dapat keuntungan.

Tetapi kenapa mereka tentang hukum Hudud? Sebab ia adalah hukum untuk orang Islam sahaja, kata mereka.

Tetapi tidakkah perniagaan halal dan perbankan Islam itu mematuhi hukum Islam?

Mereka hanya mahu guna hukum Islam kalau mereka boleh mendapat keuntungan dalam bentuk kewangan.

Tetapi mereka tidak tahu yang mengawal hukum halal dan perbankan Islam adalah hukum Hudud.

Tanpa ada hukum Hudud, sistem perniagaan dan pemakanan serta kewangan Islam tidak boleh wujud dengan sempurna.

Dan berapa ramai orang Cina dan juga India yang terlibat dengan perniagaan halal dan perbankan Islam di Malaysia?

Jumlahnya besar.

Tetapi berapa ramai orang Cina dan India yang mempunyai saudara-mara jauh atau dekat yang terlibat mempertahankan negara dengan menyertai pasukan bersenjata? Jumlahnya tidak seberapa.